Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum salam sejahterah ,guru guru,bapak kepala sekolah ,reka rekan yg di hormati sekalian

Saya ingin mewakili rakan-rakan murid sekolah ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
"SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru di sekolah ini yang telah bersusah payah mengajar.
mengasuh dan mendidik kami untuk menjadi murid yang baik bukan sahaja untuk berjaya dalam bidang
pelajaran, tetapi yang lebih penting menjadi insan yang baik dari segi moral dan keperibadian

Kami percaya guru-guru sekolah ini telah berusaha dengan sepenuh jiwa raga tanpa mengenal bosan
dan jemu untuk memastikan anak-anak didik di sekolah ini mencapai kejayaan. Sebenarnya, tidak ada
apa yang dapat kami berikan kepada guru-guru sebagai usaha membalas jasa mereka, hanya kata-kata
keramat iaitu ucapan TERIMA KASIH

Kami sedar dalam melayan dan mengurus anak didik setiap hari guru- guru berhadapan dengan kerenah
dan tingkahlaku yang kurang menyenangkan. Ada di kalangan kami yang sukar menerima nasihat. Ada di
kalangan kami yang malas dan tidak membuat kerja rumah. Ada di kalangan kami sering menimbulkan
masalah dan menjadikan sekolah huru-hara. Justeru itu, atas kenakalan dan kurang budi bahasa yang
menyinggung perasaan guru-guru, saya ingin mewakili semua murid sekolah ini memohon kemaafan.
Tanpa kemaafan guru-guru tentunya ilmu yang kami terima sukar untuk dimanfaatkan

"Jika pengetahuan adalah cahaya, maka anda adalah bintang penuntun yang memberi kami cahaya ini.
Terima kasih kepada anda, kami meninggalkan ketidaktahuan dan bersiap untuk menjelajahi dunia yang
indah ini penuh dengan pengetahuan dan misteri yang menakjubkan!"

Kata-kata tidak pernah dapat membayar pengetahuan yang telah anda berikan kepada kami, kata-kata
tidak pernah dapat memberitahu anda betapa diakuinya kami, para siswa, memiliki anda sebagai
guru.Anda selalu menjadi pendidik luar biasa yang tahu persis bagaimana menerangi jiwa dengan
cahayanya sendiri. Sekali lagi saya ucapkan selamat hari guru

Sekian dari saya wassalamu'alaikum wr.wb

Anda mungkin juga menyukai