Anda di halaman 1dari 3

KENAPA SAYA MENJADI SEORANG GURU

Kerjaya

Cita-cita

Keluarga

Saya menjadi seorang guru adalah kerana Kerjaya merupakan


titik kehidupan seseorang bagi menyara kehidupannya sendiri
serta keluarga yang tercinta.
Walaupun bagi sesetengah orang berpendapat profesion ini
tidak sepopular kerjaya doktor,peguam dan sebagainya,tetapi
bagi saya kerjaya yang saya pilih ini adalah satu pekerjaan
yang sangat sesuai dengan jiwa saya.Selain itu, saya juga
suka bekerja dikalangan kanak-kanak berbanding bekerja
dikalangan orang dewasa.Saya juga menjadi guru kerana,
pekerjaan sebagai seorang guru dianggap sangat mulia disisi
agama.Saya menjadi seorang guru kerana pekerjaan sebagi
seorang guru mempunyai masa kelapangan dengan keluarga
yang panjang semasa musim cuti persekolahan.
Disamping itu,saya menjadi seorang guru kerana pengajaran
yang diambil di institut perguruan dahulu adalah dalam
bidang pendidikan.
Lagipun kos pendidikan khas ini
memang kos yang sangat menarik bagi saya. Kerjaya seorang
guru adalah sangat mulia di mata masyarakat.
Saya juga ingin mencuba perkara yang baru dan kagum
dengan kerjaya seorang guru kerana segala-galanya bermula
dengan guru.
Saya menjadikan profesion perguruan sebagai bidang kerjaya
saya kerana sejak dari kecil cita-cita saya ingin menjadi
sorang guru,tetapi ketika itu saya tidak mengkhususkan
pengkhususan apa yang saya ingin ambil kerana saya tidak
didedahkan dengan cara yang betul tentang profesion
perguruan ini. Apabila guru meminta saya untuk
memberitahu apa yang saya ingin jadi ketika dewasa kelak
saya dengan berkeyakinan akan menjawabCITA-CITA SAYA
IALAH INGIN MENJADI SEORANG GURU.
Sewaktu saya masih bersekolah ayah saya inginkan saya
menjadi seorang doktor tetapi malangnya saya tidak cukup
layak untuk menjadi seorang doktor.
Malah ibubapa saya juga gembira saya mendapat kos ini serta
dapat melanjutkan pengajian dalam bidang ini di UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
Saya juga memilih menjadi seorang guru kerana ingin
memenuhi harapan keluarga agar saya menjadi seorang
pendidik.

Tanggungjawab

Tambahan pula kerjaya sebagai seorang doktor bagi saya


mempunyai tanggungjawab yang cukup besar walaupun
kerjaya sebagai seorang guru juga mempunyai
tanggungjawab yang besar tehadap semua aspek
kehidupan.Ini kerana guru menjadi tunggak utama dalam
mendidik anak-anak bangsa.

Profesion sebagai guru bagi saya sangat bagus untuk diri saya
kerana menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru pendidikan
khas akan mengajar saya untuk lebih menjadi seorang yang
penyabar dan tabah.
Sekarang saya
merasakan semakin penyabar orangnya walaupun bukan di
tahap yang terbaik lagi.
Profesion perguruan ini juga bagi saya dapat memberi
pengalaman kepada saya dan juga memberi saya serba
sedikit pengetahuan tentang sikap-sikap pelajar-pelajar khas.
Selain itu,saya menjadi guru kerana saya ingin membantu
anak-anak bangsa dalam memperoleh ilmu pengetahuan.
Saya juga menjadi guru kerana ingin menyampaikan ilmu
pengetahuan yang saya ada kepada anak-anak didik.
Saya menjadi guru kerana ingin melahirkan insan yang
berguna kepada diri , keluarga,masyarakat dan Negara.
Saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana berasa
terpanggil dalam membantu mereka yang kekurangan upaya
agar mampu berdikari dan mampu mengurus diri sendiri.
Selain itu, saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana
ingin mengajar anak bangsa menjadi modal insan yang
berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Saya berminat dalam bidang pendidikan khas dan berasa
bangga sekiranya menyumbangkan tenaga pada murid
pendidikan khas.
Kerjaya seorang guru
yang membuatkan kita sentiasa ingin belajar dan bukannya
hanya mengajar semata-mata.
Saya dapat mengenali dengan lebih dekat pelajar-pelajar
yang mempunyai masalah tidak kira dari segi anggota badan
dan juga masalah pembelajaran.

Dorongan

Pada masa yang sama juga,saya terdorong untuk memilih kos


ini kerana saya juga
tergolong dalam golongan khas kerana
anggota tangan dan kaki sebelah kanan lemah akibat
penyakit ketumbuhan otak ketika berumur 10 tahun.
Dengan mengajar pendidikan khas, kita mempunyai kelebihan
dari guru biasa. Contohnya masalah pendengaran, Guru khas
akan menggunakan bahasa isyarat untuk mengisyaratkan
kepada murid.
Selain itu, dengan mendidik pelajar khas ini kita sentiasa
ingat kepada Allah SWT tentang kekuasaan-NYA dan
menginsafi tentang diri kita dan kita haruslah bersyukur

kerana ada hikmah disebaliknya mereka menjadi kurang


upaya.
Guru pendidikan khas akan mendidik Pelajar khas ini
memberikan kita satu teladan hidup betapa mereka tabah
dalam menghadapi kemungkinan yang tidak diduga. Ini
kerana dalam sekelip mata, ada yang menjadi OKU secara
tiba-tiba dan mereka berjaya menghadapinya.
Saya juga menyedari bahawa besarnya ganjaran pahala
menjadi orang berilmu dan menyebarkan ilmu kepada orang
lain.

Minat

Cabaran

Saya juga berasa seronok bila murid murid yang tidak


pandai membaca boleh membaca, tidak pandai mengira
boleh mengira dan tidak tahu menulis dapat menulis.
Saya menjadi guru kerana kecenderungan dan minat yang
mendalam dalam bidang pendidikan sejak di bangku sekolah
menengah lagi.
Saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana bidang
pendidikan khas ini adalah satu bidang yang mencabar,
hanya mereka yang berani, kental dan ikhlas sahaja boleh
berada dalam bidang pendidikan khas ini.

Anda mungkin juga menyukai