Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN SUMBANGAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN

UNTUK AHLI PUSPANITA KKR TERKESAN BANJIR


ANJURAN BIRO PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN KELUARGA,
PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA.
KERTAS CADANGAN SUMBANGAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN UNTUK AHLI PUSPANITA
KKR TERKESAN BANJIR ANJURAN BIRO PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN KELUARGA,
PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA.

1. PENDAHULUAN

Pada Disember 2021, bencana banjir yang telah berlaku di negara kita baru-baru ini adalah
diluar jangkaan. Ramai penduduk sekitar yang terkesan dan tidak terkecuali kepada penjawat awam
amnya dan kakitangan KKR serta agensi khususnya.

Sebagai tanda prihatin daripada PUSPANITA CAWANGAN KKR, sebanyak 13 orang ahli
puspanita telah pilih untuk menerima sumbangan bantuan khas kepada anak-anak ahli PUSPANITA
yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Harapan PUSPANITA
KKR agar sumbangan ini dapat meringankan beban para ibu bapa dalam menguruskan hal ehwal
persekolahan anak-anak mereka.

2. OBJEKTIF

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk :

2.1 Membantu ahli puspanita dalam menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak


mereka.
2.2 Mengeratkan silaturahim antara ahli Puspanita KKR.

3. ANJURAN

Biro Pendidkan & Pembangunan Keluarga Puspanita Cawangan KKR dengan kerjasama
Jawatankuasa Induk Puspanita KKR

2
4. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 10 Februari 2022 (Khamis)


Masa : 9.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Lobi Utama KKR, Blok A

5. KUMPULAN SASARAN
Sumbangan ini khas diberikan kepada ahli Puspanita KKR terkesan banjir yang mempunyai anak
bersekolah di peringkat pra, rendah dan menengah.

6. TENTATIF PROGRAM
Tentatif program adalah seperti berikut :

9.00 - 9.15 pagi : Pendaftaran Sesi 1


9.30 - 9.45 pagi : Sesi serahan sumbangan
9.45 - 10.00 pagi : Pendaftaran Sesi 2
10.00 - 10.15 pagi : Sesi serahan sumbangan
10.30 pagi : Penutup

7. IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERBELANJAAN JUMLAH (RM)

1. Sumbangan bantuan khas persekolahan RM 100 x 13 org 1300.00

2. Bunting RM 66 x 5 set 330.00

3. Makanan RM 6 x 15 org 90.00

4. Caj servis penghantaran x RM18.00 18.00

JUMLAH BESAR 1738.00

3
8. PENUTUP

Semoga program ini dapat membantu para ibu bapa dalam menguruskan perbelanjaan
persekolahan anak-anak khususnya dalam menyediakan kelengkapan sekolah seperti pakaian, alat
tulis, beg sekolah dan sebagainya.

Disediakan Oleh , Disahkan Oleh,

(NURUL SYAFIKA BINTI NOR RIZAN) (DATIN HJH. ZAFIA BINTI ZAINAL ARIFIN)
Setiausaha Pengerusi
Biro Pendidikan & Pem. Keluarga Biro Pendidikan & Pem. Keluarga
Tarikh : Tarikh :

ULASAN PENGERUSI PUSPANITA KEMENTERIAN KERJA RAYA

Saya telah menyemak Kertas Cadangan ini dan SUMBANGAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN
UNTUK AHLI PUSPANITA KKR TERKESAN BANJIR ANJURAN BIRO PENDIDIKAN &
PEMBANGUNAN KELUARGA, PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA seperti
butiran di atas adalah ** diluluskan / tidak diluluskan

Ulasan :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------

Tandatangan,

................................................
(DATIN Dr. SARINA BINTI Hj. SHUIB)
Pengerusi,
Puspanita Kementerian Kerja Raya
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai