Anda di halaman 1dari 1

Pada pagi yang berbahagia ini, kami berhimpun bersama-sama bagi meraikan majlis

sambutan maulidurrasul iaitu sambutan mengenang hari kelahiran Nabi Besar Muhammad
SAW. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaMu.

.............................................................

Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan
dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan
ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai
bekalan kami untuk menuju akhirat Mu.

..................................

Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu. Perteguhkanlah


ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jadikanlah kami bangsa yang taat kepada
perintahMu, kuat berusaha, kuat beribadat dan mampu menghadapi segala cabaran serta
ingin terus maju ke hadapan sesuai dengan peredaran zaman. Jauhilah kami dari segala
sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana
kepada kami.

...................................

Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami
dengan kemuliaan sunnah nabi Muhammad s.a.w., Muliakanlah kami dengan cara hidup
baginda rasululullah s.a.w.Ya.. Allah, Peliharalah kami, daripada melakukan penghinaan dan
pendustaan terhadap nabi akhir zaman. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keazaman
untuk mengamalkan sunnah rasulMu dalam kehidupan.

Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada
yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan
belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta
dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa
dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan
berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di
akhirat.

Anda mungkin juga menyukai