Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PROF.

AINOLUTFI
MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN UAE 2023
 
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SALAM RAMADHAN

Yang Berbahagia, Mr Khalid Ghanim Alghaith Ambassador of the


United Arab Emirates

Yang dihormati,

Barisan Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM,


kakitangan pejabat Urusetia dan taska MAKPEM
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur saya rafak ke hadrat Allah


S.W.T yang telah menganugerahi kita bulan Ramadhan Al Mubarak,
bulan yang penuh keberkatan dan gandaan pahala melebihi seribu
bulan.

Selaat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


dan keluarga serta para sahabat baginda.

Pertamanya, marilah kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan


limpah dan rahmatnya, diizinkan kita berhimpun pada hari ini
untuk sama-sama memeriahkan Majlis Berbuka Puasa yang
dianjurkan oleh United Arab Emirate (UAE) saban tahun. Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk menguapkan terima kasih kepada
pihak UAE atas tajaan Majlis Berbuka Puasa pada hari ini. Saban
tahun pihak UAE menaja Majlis Berbuka Puasa seperti ini dan telah
diurusetiakan oleh MAKPEM.

Hadirin sekalian
Saya ingin mengucapkan Selamat datang kepada
semua jemputan terutamanya anak-anak dari rumah amal,
anak – anak tahfiz serta tuan-tuan dan puan puan sekalian.
sekalian. Saya difahamkan seramai 132 orang anak- anak dari
pertubuhan amal dan 20 orang individu yang dipilih untuk
menghadiri majlis kita pada hari ini.

Hadiri yang dihormati sekalian Berpuasa di bulan Ramadhan


merupakan Rukun Islam yang ketiga. Selain daripada menahan lapar
dan dahaga di siang hari, berpuasa turut mengajar kita erti
kesabaran, ketabahan dan selalu mensyukuri nikmat yang diperolehi.
Selari dengan matlamat ini, marilah kita bersama-sama
menyempurnakan tahap keimanan dan meningkatkan ketaqwaan
dengan melakukan nilai tambah yang antara lainnya seperti
memperbanyakkan sedekah, melakukan solat sunat Terawih dan
bertadarus. Sesungguhnya bulan Ramadhan juga mengajar kita erti
bersyukur dengan segala nikmat yang kita perolehi ini. Dan dengan
rasa kesyukuran itu ia diharapkan akan dapat meningkatkan lagi
ketaqwaan kita terhadap Allah SWT.

PENUTUP

Saya tidak bercadang mengambil masa yang lama untuk berucap


pada petang ini. Justeru itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa
untuk sama sama memeriahkan majlis pada petang ini dan tahniah
juga diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk
menjayakan Majlis Berbuka Puasa pada hari ini . Akhir kata, semoga
majlis yang diadakan pada hari ini mendapat sinar rahmat dan
keberkatan dari-Nya. Sekian, terima kasih dan selamat berbuka puasa

Anda mungkin juga menyukai