Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi. Terima kasih pengacara majlis. Yang berusaha barisan pen-penolong kanan.

Yang dihormati semua guru SK Lekir Yang dikasihi anak-anak murid sekalian ALHAMDULILLAH KITA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERKUMPUL dalam PERINGKAT SEKOLAH PADA TAHUN INI. SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD S.A.W, PENGHULU SEGALA RASUL, PEMBAWA RAHMAT SEKALIAN ALAM. Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t tuhan semesta alam. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W, penghulu segala rasul, pembawa rahmat sekalian alam dan para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin serta para sahabat baginda. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang amat bermakna ini, iaitu Program Khatam Al Ouran dan Ihya Ramadan 1434H peringkat sekolah pada tahun ini. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Panitia Agama Islam dan j-QAF kerana berjaya merancang, mengelola dan melaksanakan program ini yang memerlukan semangat dan komitmin yang tinggi.

Program Khatam Al Ouran dan Ihya Ramadan merupakan aktiviti tahunan sekolah yang menekankan kepada penghayatan syariat dan kepentingan perlaksanaan kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah agar dapat diterapkan khususnya di kalangan murid-murid sekolah.Program ini mengandungi pelbagai pengisian yang mampu mengajak murid-murid dan warga sekolah agar dapat menghayati syariat Islam dalam kehidupan seharian. Objektif 3.1Menanamkan semangat cinta kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan. 3.2 Meningkatkan tahap kesedaran dan kesungguhan murid dalam melaksanakan syariat Islam 3.4Meningkatkan roh syiar Islam di sekolah menerusi penglibatan murid dalam pelbagai acara pertandingan. 3.5 Mengeratkan silaturahim dikalangan murid dan guru Tuan-tuan dan puan-puan, Manusia memang diciptakan untuk beribadah kepada Allah yang maha esa. Al-Quran merakamkan firman Allah yang bermaksud: Tidak aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku. (Surah az-Zariyat:ayat 56)

Dunia dijadikan sebagai tempat manusia meraih prestasi dengan beramal soleh. Berlumba-lumba mengejar kebaikan.Berlumba-lumba menggapai kejayaan. Berlumba-lumba mengecap kebahagiaan. Tuan-tuan dan puan-puan Seawal bulan Rejab kita telah melatih diri berpuasa, bersedekah, berzikir, membaca Al-Quran dan beribadah lebih daripada bulan-bulan sebelumnya. Usaha itu digandakan pada bulan Syaaban dengan lebih banyak ibadah daripada bulan Rejab.Ini sebagai suatu persediaan memasuki Ramadan yang penuh keberkatan. Justeru itu kita telah cukup bersedia dan ternantinanti kedatangan Ramadan, merinduinya dan tidak sabar bersama dengannya. Mengingati bulan Ramadan sebagai bulan pesta ibadah bukan mengingati Ramadan sebagai bulan pesta makanan yang boeh didapati di bazar-bazar di sana-sini. Jadi jelaslah bulan Rejab dan Syaaban boleh dijadikan bulan pra universiti sebelum belajar di universiti Ramadan.Diharapkan dengan belajar dengan bersungguh-sungguh di universiti Ramadan kita dapat menjadi muslim berprestasi tinggi.Iaitu mukmin yang cemerlang di dunia dan akhirat. Mukmin berprestasi tinggi dimaksudkan sebagai mukmin yang mempunyai keyakinan yang teguh terhadap Allah, ilmu Islam yang mendalam, mempunyai watak, jati diri, identiti yang tersendiri

dan unik serta menyerlah dalam semua aspek kehidupan sama ada hubungan yang berkaitan dengan Allah S.W.T dan hubungan dengan manusia. Mukmin ini mempunyai tradisi budaya kerja yang tinggi dan cemerlang dengan modal insan yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada dunia dan juga berjaya dikehidupan sesudahnya iaitu akhirat. Mukmin berprestasi tinggi boleh diletakkan sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan di segenap aspek kehidupan, layak menjadi contoh dan teladan kepada semua mukmin di dunia ini. Tuan-tuan dan puan-puan dan anak-anak yang terlibat dalam aktiviti khatam Al-Quran dan Ihya Ramadan diingatkan amalan-amalan baik atau amal soleh itu, tidak dikhususkan pada bulan-bulan tertentu sahaja. Ia adalah usaha berterusan selagi hayat ada. Perkara yang penting ibadah itu dilakukan dengan niat yang betul, kefahaman yang jitu, mengikut syariat yang benar dan dilakukan dengan cara yang terbaik dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah dan menjadi kekasih Allah.Sesuatu yang dilakukan hanya atas dasar kecintaan kepada Allah sematamata, tidak kerana yang lain. Ingat apa-apa yang kita semai itulah yang kita tuai. Akhir kata

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Berbuka dan Selamat Menyambut Aidilfitri kira-kira 5 hari lagi, kepada semua hadirin dan hadirat sekelian, mudahmudahan berkat Ramadan kali ini, akan menjadikan kita insan yang lebih baik dan lebih berkualiti berbanding sebelumnya. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya merasmikan majlis penutupan Majlis Khatam AlQuran dan Program Inya Ramadan 1434 H peringkat SK Lekir.Tahniah sekali lagi.

Anda mungkin juga menyukai