Anda di halaman 1dari 8

Unit Pendidikan Khas Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Perak

Pengenalan
Jabatan Pelajaran Perak sentiasa berusaha ke arah untuk merealisasikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Perak sebagai yang terbaik di Malaysia. Seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan tahun 2012 sebagai Tahun Inovasi, Jabatan Pelajaran Perak telah dan akan berterusan menyahut cabaran ini dengan menghasilkan beberapa inovasi dalam usaha memartabatkan pengurusan PPKI di negeri Perak. Inovasi-inovasi berikut dilaksanakan bagi memastikan PPKI di negeri Perak menjadi yang terbaik di peringkat kebangsaan : 1. Menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Kedua, 2. Menghasilkan Buku Log Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) yang selaras untuk negeri Perak, 3. Memperkenalkan sistem dokumentasi i-file dalam pengurusan PPKI, 4. Membina format Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk muridmurid pendidikan khas mengikut piawaian negeri Perak, dan 5. Membina instrumen pemantauan PPKI berasaskan elemen-eleman dalam PRISMA. Dapatan pemantauan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mendapati bahawa Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Pertama yang diperkenal dan digunapakai pada tahun 2008 dan sistem dokumentasi i-file yang diperkenalkan pada tahun 2011 telah banyak membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan PPKI. Kini Jabatan Pelajaran Perak mengorak satu lagi langkah yang realistik dan praktikal dengan memperkenalkan konsep pengurusan yang dikenali sebagai PRISMA.

Pelaksanaan PRISMA dapat dijelaskan melalui model PRISMA seperti di gambar rajah berikut :

Model PRISMA

PRISMA
PRISMA merupakan akronim kepada :

Progressive, Responsive, Innovative, Sensitive Management with Accountability


Progressive membawa ciri-ciri : 1. Liberal, 2. Kemajuan, 3. Sentiasa berfikir ke hadapan, 4. Peneraju, 5. Dinamik, dan 6. Berani. Innovative membawa ciri-ciri : 1. Pembaharuan, 2. Luar biasa, 3. Di luar jangkaan, 4. Kreatif, 5. Canggih, dan 6. Berdaya cipta. Management membawa makna : Pengurusan PPKI yang cekap dan berkesan. Responsive membawa ciri-ciri : 1. Aktif, 2. Sedar, 3. Cepat bertindak, 4. Keterbukaan, 5. Fleksibel, dan 6. Peka. Sensitive membawa ciri-ciri : 1. Berhati-hati, 2. Memahami, 3. Diplomatik, 4. Menghalusi, 5. Menjiwai, dan 6. Empati. Accountability membawa makna : Sifat amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Prinsip PRISMA :

Penerapan Ciri-ciri Progresif, Responsif, Inovatif dan Sensitif dalam pengurusan PPKI yang cekap dan berkesan berlandaskan sifat amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi

Matlamat
Konsep PRISMA diilhamkan bagi menggariskan satu hala tuju yang jelas ke arah melonjakkan keberkesanan pengurusan PPKI di negeri Perak dalam Sistem Pendidikan Negara dengan satu matlamat iaitu KEMENJADIAN MURID. Ini selaras dengan moto Jabatan Pelajaran Perak iaitu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan.

Objektif
1. 2. 3. 4. Menaikkan imej PPKI, Menghasilkan suatu pembaharuan yang bermanfaat untuk semua, Perkongsian pintar dengan komuniti setempat, dan Mewujudkan hubungan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Domain
Matlamat dan objektif PRISMA yang digariskan dapat dicapai melalui perlaksanaan dan penghayatan empat (4) domain berikut : 1. 2. 3. 4. Kepimpinan Inovasi Hubungan Komuniti Jalinan dan Jaringan

Kepimpinan
Domain Kepimpinan bertujuan untuk mencapai objektif yang pertama iaitu Menaikkan Imej PPKI. Kepimpinan yang berwibawa dapat menyatukan sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang bersatu akan menjadi teguh dan dapat mengharungi sebarang cabaran yang mendatang. Kepimpinan yang terserlah mesti menunjukkan sifat-sifat seperti di bawah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Visi dan Misi yang jelas, PPKI yang berwatak, Matlamat dan Strategi Kerja yang sistematik, Ideayang kreatif, Kemahiran penyelesaian masalah yang tinggi, Pengurusan sumber yang efisien, dan Kepimpinan melalui teladan.

Inovasi
Domain Inovasi bertujuan untuk mencapai objektif yang kedua iaitu Menghasilkan Suatu Pembaharuan Yang Bermanfaat Untuk Semua. Hanya dengan inovasi, sesuatu yang lazim dapat diberikan kelainan melalui pendekatan, pandangan dan pemikiran secara out-of-the-box. Dalam konteks PPKI, inovasi adalah berfokuskan kepada bidang-bidang yang berikut iaitu : 1. Pengajaran dan Pembelajaran yang aktif dan efektif, 2. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kreatif mengikut keperluan murid, dan 3. Program-program khusus yang menjurus ke arah kemenjadian murid.

Hubungan Komuniti
Domain Hubungan Komuniti bertujuan untuk mencapai objektif yang ketiga iaitu Perkongsian Pintar Dengan Komuniti Setempat. Institusi pendidikan yang formal iaitu sekolah hanya dapat menyediakan perkhidmatan kepada murid pendidikan khas dalam persekitaran persekolahan sahaja. Rangkaian kerjasama dua hala yang erat di antara sekolah, ibu bapa/penjaga, masyarakat, badan kerajaan & badan bukan kerajaan (NGO) dapat memperluaskan persekitaran sedia ada yang dapat membina individu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

Jalinan dan Jaringan


Domain Jalinan dan Jaringan bertujuan untuk mencapai objektif yang keempat iaitu Mewujudkan Hubungan Profesional di peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa. Dalam era dunia tanpa sempadan dan kemajuan teknologi siber, pelbagai maklumat dan aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan secara global hingga ke peringkat antarabangsa. Kewujudan komuniti siber yang meluas telah membuka ruang dan peluang untuk kecapaian pelbagai informasi secara mudah dan tepat di hujung jari. PPKI negeri Perak perlu seiringan dengan perkembangan yang berlaku dengan memperluas dan memperkembangkan skop jalinan dan jaringan hingga ke peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai