Anda di halaman 1dari 12

Halangan Berkomunikasi

Halangan Fizikal

seperti suasana kawasan, masan dan jarak di antara penyampai dengan penerima
boleh menyebabkan penerima kurang jelas atau tidak dapat mendengar dan
memahami apa-apa yang diucapkan oleh penyampai.

Salah faham dalam komunikasi kerap berlaku akibat halangan fizikal.


Prasangka

Sesuatu isu boleh menutup fikiran seseorang.

Penerima yang tidak fleksibel mungkin menilai sesuatu mesej daripada penyampai
mengikut prasangkanya.
Tidak Memberi Perhatian

Penerima seharusnya memberi perhatian kepada penyampai semasa proses


komunikasi berlangsung.

Penerima yang tidak memberi perhatian menghalang komunikasi yang berkesan.


Komunikasi Lisan Boleh Bercanggah dengan Komunikasi Bukan Lisan

Mesej yang dihantar mungkin menimbulkan kekeliruan kepada penerima.


Cara atau gaya pertuturan

Semasa berkomunikasi, kita seharusnya bercakap dengan gaya dan nada suara yang
bersesuaian.

Ucapan yang terlalu laju, penggunaan loghat yang kurang difahami, tuduhan atau
komen negatif.
Tanggapan dan tafsiran kita terhadap sesuatu mesej

Berbeza-beza mengikut latar belakang nilai, budaya, tradisi dan persekitaran masingmasing

Oleh Nurul Halawati Azhari


KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Fenomena hari ini yang memperlihatkan
pelbagai gejala sosial serta tanda-tanda keretakan institusi keluarga, memerlukan
perhatian kita agar menilai kembali halangan-halangan dalam institusi keluarga
yang menjadi penyebab kepada keretakan tersebut.
Antara halangan utama yang menjadi penyebab kerenggangan hubungan yang
sepatutnya kukuh itu adalah halangan komunikasi kekeluargaan.
Ia merujuk kepada proses interaksi dua hala antara suami dengan isteri atau ibu
bapa dengan anak atau sesama ahli keluarga yang lain. Hubungan komunikasi
tersebut turut merangkumi komunikasi 'intra-personal' dan 'interpersonal'.
Keseluruhan hidup yang kita jalani memerlukan komunikasi bagi mencapai
keharmonian. Gunanya agar kita dapat memahami, membimbing, mendidik,
menyatakan perasaan dan fikiran dalam proses meningkatkan kepercayaan
terhadap pasangan.

Menurut Ketua Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Norazman
Amat, komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam hubungan suami
isteri.
"Kita menggunakan komunikasi dalam proses mendapatkan zuriat, menyatakan
perasaan dan kehendak, membina kemesraan dan kasih sayang, berhibur,
mengenali pasangan dengan lebih dekat dan juga untuk membimbing dan
mendidik," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Komunikasi
Dalam Keluarga' pada Seminar Pemantapan Keluarga Siri ke-14 anjuran Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini baru-baru ini.
Justeru, katanya, dalam mencapai proses tersebut, suami isteri haruslah sedar
bahawa rumah tangga yang dibina itu adalah milik bersama.
Bahkan mereka juga perlu memberi masa kepada pasangan untuk berkomunikasi
dan saling bertindak balas, tambah beliau.
Pasangan juga perlu sentiasa melayan dan menjadi pendengar yang baik. Malah
berusaha mengelak komunikasi yang tidak selaras serta menggunakan panggilan
yang mesra dengan penuh kasih sayang.
MENGHARMONIKAN RUMAH TANGGA
Norazman turut mencadangkan beberapa petua dilakukan oleh ramai pasangan
yang bahagia dan telah terbukti keberkesanannya.
Antaranya ialah dengan berkongsi melakukan kerja-kerja rumah, berbincang dalam
membuat perancangan pengurusan dan keputusan.
"Memang ada perbezaan tentang cara berfikir lelaki dan perempuan. Mungkin si
isteri suka bercakap, suaminya pula lebih banyak berdiam menyebabkan
perbincangan seringkali menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak satu lagi.
"Di sinilah kemahiran berkomunikasi sama ada secara verbal mahupun perbuatan
perlu diketahui oleh setiap pasangan. Sesekali, pasangan suami isteri perlu
menggunakan komunikasi humor untuk mengurangkan konflik dan ketegangan.
"Ada beberapa perkara yang dapat mengeratkan lagi kemesraan sesama ahli
keluarga. Misalnya memperingati dan meraikan hari penting pasangan. Beribadah
dan diamalkan secara berjemaah. Selain kegiatan beriadah dan melancong
bersama," terangnya.

Pada masa yang sama, setiap suami dan isteri perlu tahu bagaimana adabnya
melayan pasangan iaitu dengan menggunakan cara dan adab yang telah digariskan
dalam Islam seperti memberi salam, sopan dan hormat.
Sebagai ibu bapa pula, Norazman menekankan bahawa ibu bapa adalah contoh
kepada anak-anak dan tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan
anak-anak.
"Dampingi mereka dengan memberikan kasih sayang yang sempurna. Luangkan
masa untuk berbincang masalah mereka. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang
dan perhatian.
"Sekiranya diabaikan tanggungjawab ini, jiwa anak-anak akan kekosongan dan
mereka berasa tidak diperlukan oleh ibu bapa. Itulah sebabnya ada yang akan
mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah.
"Akibatnya, ramai yang tercebur ke kancah maksiat dan dadah. Keluarga tersebut
tentulah akan retak hubungannya.
Selain itu, cara penampilan ketika berbicara juga perlu diambil kira. Misalnya
memek muka, kesediaan fizikal dan mental, nada suara serta tatacara memberi
tumpuan.
Pasangan juga dinasihatkan agar tidak terlalu mempertahankan hak dan kedudukan
mereka. Letakkan sikap saling hormat-menghormati dan anggaplah pasangan
hidup tersebut individu terpenting dalam kehidupan. Malah jangan sesekali
melakukan penderaan fizikal dan psikologikal.
PENDEKATAN STRATEGIK UNTUK MENJADI PASANGAN BAHAGIA
Pasangan juga dinasihatkan agar sentiasa menganalisa diri mereka. Tujuannya bagi
mencari kelebihan, kelemahan, peluang, cabaran dan cara menanganinya.
Malah turut digalakkan mencari ilmu dan kemahiran serta meneguhkan pegangan
agama untuk diri dan keluarga. Selain saling hormat-menghormati, saling
mengambil tahu dan saling tolong-menolong dalam usaha mencapai impian dan
matlamat kebahagiaan keluarga.
Bapa juga perlu menjadi model ikutan, sering bermusyawarah, berjimat dan
menguruskan kewangan dengan berhemah serta mengamalkan kebaikan dan
kebajikan serta menjauhi kemungkaran.

Norazman turut menggariskan tujuh pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam


setiap keluarga. Tujuh Pendekatan Sakinah (Aman Damai) itu ialah:
* Sayang menyayangi antara satu sama lain
* Amanah dan bertanggungjawab
* Melaksanakan Kepimpinan sebagai ketua keluarga
* Ikhlas dan jujur
* Nafsu yang terkawal
* Tidak angkuh dan besar diri (ego)
* Saling hormat-menghormati

"Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengukuhkan


institusi kekeluargaan. Sebagai ibu bapa, mendidik anak-anak tentang pentingnya
amalan nilai-nilai murni akan menentukan keharmonian serta membina asas
kekitaan yang kukuh dalam diri.
"Dengan cara ini, anak-anak tersebut akan berkembang menjadi individu berkualiti
serta dapat menjamin pembentukan generasi yang lebih baik di peringkat yang
lebih meluas," ulas beliau.
-- BERNAMA

KOMUNIKASI YANG BAIK


Salah satu perkara yang terpenting dalam membina dan seterusnya mengekalkan
rumah tangga di atas landasan yang bahagia, dan lebih penting lagi di atas jalan hidup
Islami adalah aspek perhubungan suami isteri.
Rumah tangga Islam, sepertimana yang telah dijelaskan dalam rencana yang sebelum
ini , mempunyai ciri-ciri khususnya. Di antara ciri-ciri ini

Jika kita merenung sejenak kepada firman Allah SWT di dalam Surah ar Rahman ayat
4:
...mengajarnya pandai berbicara
Salah satu terjemahan kepada makna al bayan ialah seni berkomunikasi dan ini
merupakan salah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan kepada kita. Komunikasi
adalah satu usaha untuk seseorang itu dikenali dan difahami. Sekiranya melalui
komunikasi yang berkesan seorang itu dapat dikenali besar kemungkinan akan
dihormati dan dikasihi. Aspek komunikasi dalam keluarga adalah penting kerana kita
mahu dikenali dan difahami oleh mereka yang sangat rapat dan akrab dengan
kita. Sebenarnya banyak masalah rumah tangga berpunca dari komunikasi yang
kurang berkesan, yang banyak menimbulkan salah faham dan ketegangan. Proses
berkomunikasi ini melibatkan perkongsian buah fikiran, pandangan dan perasaan
dengan orang lain dengan jujur dan ikhlas. Contoh teladan yang terbaik untuk kita
dalam hal ini tidak lain dari yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Baginda
memperlihatkan kemampuan komunikasi yang sangat berkesan dalam semua ketika,
sama ada dalam mendidik keluarga, sahabat-sahabat mahupun dalam keadaan
berhadapan dengan mereka yang memusuhi dawahnya.
Di dalam al Qur an Surah al Ahzab ayat 70 terdapat arahan Allah SWT, yang
bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berkatakatalah dengan kata-kata yang tepat
Komunikasi yang utama di dalam rumah tangga
Kita sama-sama memahami rumah tangga yang dibina di atas asas Islam sudah pasti
jauh berbeza dari rumah tangga yang lain. Tumpuan kita berkomunikasi adalah
untuk memastikan supaya kehidupan kita tidak kegelincir dari landasan syara dan
jatuh kepada kemerosotan akhlak. Di dalam al Quran telah disebutkan juga bahawa
kita dituntut untuk berpesan-pesan kepada kebenaran; kepada kesabaran dan kepada
kasih sayang. Kita berkomunikasi dalam berbagai bentuk tetapi kesemuanya menjurus
ke arah ubudiyyah kepada Allah SWT sahaja. Bicara atau tuturkata mukmin
sepatutnya mempunyai ramuan yang bersifat rabbaniah yang terbit dari ketulusan hati
dan kejernihan jiwa yang terikat dengan Allah SWT dan berkomunikasi pula dalam
mengajak hati yang mendengar untuk menerima kebenaran yang membawa kepada
makrifah dan ubudiyyah.

Walaupun komunikasi dalam rumah tangga merangkumi komunikasi yang luas antara
suami dengan isteri, ibu bapa dengan anak dan berhubungkait dengan segala aspek
kehidupan, tetapi komunikasi di
dalam rumah tangga Islam tidak terkeluar dari unsur-unsur rabbaniyyah, sama ada
kandungan komunikasi mahupun cara atau perlaksanaan komunikasi.
Ta`aruf dan kasih sayang: rahsia komunikasi yang berkesan
Keberkesanan komunikasi dalam rumah tangga secara khususnya banyak bergantung
kepada se dalam mana perhubungan kita. Kita perlu berusaha untuk menyelami
perasaan serta isi hati pasangan kita supaya dapat diwujudkan komunikasi yang
membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan.
Pentingnya memberitahu hajat-hajat dalam rumah tangga
Walaupun kita mungkin telah berumahtangga beberapa tahun tetapi kita masih
merasai bahawa kita tidak mengetahui pengharapan dan hajat pasangan
kita. Matlamat-matlamat khusus dalam kehidupan, cara-cara layanan yang dihajati
dan diharapkan perlu difahami dengan jelas oleh suami mahupun isteri supaya dapat
dipertingkatkan perhubungan dan dikukuhkan tali kasih. Perkara-perkara ini
walaupun telah diberitahu secara tersirat tetapi saya merasakan bahawa pengharapan
ini perlu diberitahu secara lisan.
(Rujuk perbualan Qadhi Syuraih dengan isterinya dalam buku Ketegangan
Rumahtangga dan cara mengatasinya)
Komunikasi dalam pendidikan keluarga
Salah aspek yang terpenting dalam komunikasi dalam rumah tangga Islam adalah
dalam melaksanakan proses pendidikan isteri dan anak-anak terutama sekali sewaktu
menanamkan hakikat-hakikat Islam, membentuk akhlak dan tidak kurang
pentingnya dalam meluruskan semula isteri dan anak sekiranya tergelincir dari adab
dan garis-garis syara. Komunikasi ini tidak hanya berbentuk lisan kerana tindakan
dan perbuatan boleh membatalkan bimbingan lisan sekiranya bertentangan tutur kata
dengan tindakan. Oleh itu komunikasi berkesan hanya berlaku sekiranya adanya
thiqah (keyakinan) dalam diri yang menerima bimbingan lisan kepada yang
memberikan bimbingan. Arahan untuk mendidik keluarga ini boleh kita dapati dalam
Surah asy Syuara : ayat 214:
.dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat

Beberapa perkara penting dalam berkomunikasi


(a)

Berkomunikasilah di atas dasar kasih

Ramai orang berada di dalam takut dikenali diri yang sebenar dan mungkin akibatnya
akan mendapat layanan yang negatif dari orang lain. Rasulullah SAW telah
menunjukkan pendekatan yang paling baik dengan melayani orang dengan penuh kasih
sayang dan menerima sesiapapun dengan lapang dada. Kita mestilah jujur, bersikap
tidak bermuka-muka. Apabila kita melihat isteri kita dengan penuh kasih dan
tanggungjawab kita akan sensitif terhadap keperluan dan perasaan mereka dan ini
akan membantu untuk menghasilkan suasana yang harmoni.
(b)

Layanlah mereka supaya dirasai diri mereka penting dan dihargai

Setiap kita, sama ada suami atau isteri, akan merasakan sangat beruntung sekiranya
pasangannya melayaninya sehingga dirasakan diri mereka penting dan dihargai.
Pasangan kita akan terguris perasaan atau akan menderita di dalam perhubungannya
dengan kita tidak merasai dirinya dihargai malah akan merasakan diri mereka
terbiar. Rasulullah SAW sentiasa membawa sahabat-sahabatnya malah kanakkanakpun merasai diri mereka penting.
(c)

Setiap perkara itu ada masa dan situasi yang paling sesuai

Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya adalah memilih masa yang sesuai untuk
memperkatakan sesuatu terutama sekali dalam memberikan teguran dan
kritikan. Kita perlu memilih masa dan suasana yang tepat terutama sekali dengan
isteri atau suami kerana dengan cara ini dapat dikurangkan kesan negatif teguran
tersebut. Kadangkala sesuatu teguran itu boleh diterima sekiranya dilakukan sesuai
dengan situasinya.
(d)

Berilah perhatian kepada yang bertutur

Adalah penting dalam komunikasi agar yang mendengar memberikan perhatian kepada
yang bertutur kerana bukan sahaja dengan memberikan perhatian kita berpeluang
untuk lebih memahami yang cuba dikemukakan dan lebih penting dari itu adalah
dengan memberikan perhatian kita juga memberikan penghargaan kepadanya.
(e)

Kurangkan membuat andaian tetapi mintalah penjelasan

Terdapat juga situasi apabila kita tidak memahami yang diberitahukan kepada kita
dan ramai di kalangan kita biasanya membuat andaian dan kerap juga kita silap dalam
andaian kita. Untuk mengelakkan salah faham dan mungkin akibat yang lebih serius
maka eloklah kita meminta penjelasan.
Komunikasi dalam rumah tangga muslim adalah sangat penting kerana melalui proses
komunikasi inilah dapat dibaca isi hati dan diri sebenar seseorang itu. Hikmah dalam
komunikasi boleh bererti kemampuan memilih waktu yang sesuai untuk berkata-kata
ataupun harus diam sahaja. Walaupun komunikasi tidak hanya terhad kepada
pertuturan atau aspek komunikasi lisan sahaja tetapi ini ditekankan kerana salah
faham paling kerap berlaku akibat lisan dan salah faham dalam keluargalah akan
membawa akibat yang berat.
KOMUNIKASI YANG PALING UTAMA: MENTARBIYYAH ISTERI dan ANAK
DENGAN TARBIYYAH ISLAM YANG SEBENARNYA
Setelah dikemukakan kepentingan dan aspek-aspek perlaksanaan komunikasi dalam
rumahtangga, tujuan komunikasi yang paling utama adalah untuk mendidik atau
membawa isteri melalui proses tarbiyyah Islamiyyah yang bersumberkan al Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW agar suami isteri yang mengemudikan rumahtangga disediakan
untuk pembangunan keluarga yang berasaskan Islam dan dapat melahirkan anak-anak
yang berperanan dalam memperjuangkan Islam.
DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Apa dia pengajaran?


Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan
guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan
kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar,
demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?

guru dan murid,


guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
hanya bermakna apabila ada pembelajaran,

melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi


dan pelaziman,
melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa
atau symbol,
ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru,
murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
meliputi rancangan mengajar (KOPI),
proses yang melibatkan interaksi dua hala,
ada unsur sains dan seni.
Apa dia pembelajaran?
Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne
(1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan
perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses
pertumbuhan.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for
Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang
berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru,
atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang
baru.
Pembelajaran :

Satu proses yang berterusan,


Secara formal dan tak formal,
Secara formal melalui sekolah membaca, menulis&
mengira dsb.,
Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga,
media massa, persekitaran.
Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
Empat mazhab pembelajaran utama behavioris,
kognitif, sosial dan humanis.

Definisi komunikasi
Secara umum, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorng kepada yang
lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan
kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:
1. mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas penerima
2. makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima
3. perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah seperti
perubahan yang dikehendaki oleh penghantar
4. mesej yang disampaikan mempunyai kos efektif
Elemen dalam komunikasi
Elemen-elemen tersebut adalah:
1. Penghantar - Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan.
2. Mesej - Maklumat idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan
kepada pihak lain.
3. Gangguan - Perkara-perkara yang menggangu dan menghalang keberkesanan komunikasi. Akibatnya
maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau salah tafsir
Penghantar
Penghantar hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian sewajarnya iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

penghantar jelas tentang mesej yang hendak disampaikan


meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan
pasti dengan kepentingan mesej itu
Mendapatkan perhatian penerima
menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai
sensitif kepada maklumbalas pihak lain
mengenal pasti gangguan
mengurangkan gangguan

Maklum balas boleh diberi atau didapati melalui berbagai kaedah iaitu:
1.
2.
3.
4.

mengemukakan soalan-soalan sama ada daripada penghantar atau penerima


reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan
rephrasing atau paraphrasing iaitu merumuskan semula mesej
ringkasan-ringkasan

Antara gangguan dalam komunikasi ialah:

1. persediaan yang tidak mencukupi di pihak penghantar sehingga menyebabkan mesej


kurang jelas .
2. penghantar dan penerima tidak dapat mengenal pasti dan memisahkan antara
pemerhatian, sangkaan dan mesej sebenar.
3. pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum yang mengundang tafsiran
berbeza-beza mengenai perkataan
4. masing-masing mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai perkataan dan
ayat.
5. Satu pihak sensitif dan menghormati kelainan pihak lain. Anggapanya ialah semua
yang terlibat mempunyai pandangan dan perasaan yang serupa.
Terdapat beberapa kemahiran yang terlibat dalam komunikasi berkesan iaitu:
1. Kemahiran tingkah laku
a) komunikasi mata
b) kedudukan tubuh dan pergerakan
c) mimik muka dan air muka
d) ketrampilan
e) suara
f) komunikasi berkesan
2. Kemahiran menimbulkan minat orang
a) libatkan pendengar
b) menghiburkan
c) mengenalpasti keistimewaan orang lain
d) membawa topil perbualan yang anda mahir
3. Kemahiran memberi perhatian
a) mendengar dengan aktif
b) menumpukan sepenuh perhatian dengan perhubungan mata
c) mata tidak liar ke sana ke mari tidak kerap melihat jam atau tidak meninjauninjau
keluar
d) memberi maklumbalas lisan atau bukan lisan yang positif seperti perkataan
ya atau mengangguk angguk kecil
e) bertanya untuk penjelasan selanjutnya sekiranya kurang jelas
4. Kemahiran mendengar
5. Kemahiran pemerhatian
6. Kemahiran mengemukakan soalan

a) Soalan tertutup
b) Soalan terpimpin
c) Soalan terbuka
7. Kemahiran memberi rekleksi perasaan
8. Kemahiran memberi maklumbalas

Anda mungkin juga menyukai