Anda di halaman 1dari 18

LMCP 1652 PERSONALITI DAN KEHIDUPAN

TUGASAN INDIVIDU (ESEI) – 40%

Tret Personaliti: Lunak

Disediakan oleh:

Nur Aleisya Hidayah Binti Roslan

A174446

B.A English Language Studies (Hons.)

Pensyarah:

Prof. Dr. Khairul Anwar @ Johari Bin Mastor


PENGENALAN

2
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), lunak yang berkaitan dalam konteks ini
membawa maksud kepada 1. lembut dan merdu (bukan suara atau bunyi) dan 2. tidak lekas marah
atau sabar. Istilah-istilah ini dapat dikategorikan dalam nilai murni atau nilai positif yang ada pada
seseorang individu. Dengan sentiasa mengamalkan tret lunak, seseorang akan mula
mempraktikkan nilai-nilai positif yang lain seperti lembut hati, sabar, hormat-menghormati dan
lain-lain. Tret lunak juga sering terkait rapat dengan tret seperti lembut hati dan juga lembut
(kepondanan), walaubagaimanpun, tret lunak mempunyai huraian yang tersendiri kerana tret ini
merangkumi huraian am dalam sifat lemah lembut. Terdapat cabang yang luas berkaitan dengan
‘lunak’. Lunak dapat dirujuk di dalam aspek pergaulan/sosial, agama dan jantina.

Lunak merupakan tret personaliti yang mulia yang dapat menggalakkan seorang individu
untuk meninggalkan tingkah laku kasar. Berkelakuan lemah lembut juga tidak hanya terbatas
sekadar sesama manusia tetapi juga sesama haiwan dan makhluk yang lain. Menerapkan sikap
lemah lembut terhadap manusia seperti ibu bapa, rakan-rakan, orang sekeliling adalah satu
tuntutan agama dan juga kewajipan umum seorang manusia. Berbuat baik terhadap makhluk lain
juga merupakan common sense bagi seorang individu.

Pada zaman kini, terdapat banyak isu yang melibatkan kezaliman, bukti bahawa kurangnya
nilai lunak di dalam diri seseorang. Sebagai contoh, dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita,
kadang kala kita tidak dapat mengawal emosi dan meninggikan suara kepada ibu atau bapa. Jika
kita tidak peka dan mengabaikan perkara ini, sikap kasar dan keras hati dapat menghakis kelunakan
dan kelembutan diri. Jadi, kita harus sentiasa menanamkan sifat lunak di dalam hati dan berusaha
mengamalkannya walau di mana dan dengan siapa kita berurusan.

Terdapat sebuah hadis yang menceritakan tentang sifat lunak/emah lembut ini;

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut, menyukai lemah lembut dan
memberikan kepada lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan kepada sikap kasar.”

(HR Muslim)

3
ISI KANDUNGAN

4
1. Lunak dalam pergaulan sosial

1.1. Institusi keluarga

Memiliki peribadi yang mulia merupakan tuntutan semua agama. Peribadi mulia seperti hormat-
menghormati, bersopan-santun dan berlemah-lembut sesama ahli keluarga menjadi kewajipan
semua umat manusia. Ibu bapa dan anak-anak harus mengamalkan sikap toleransi sesama sendiri
dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Ibu bapa sewajarnya bersikap tegas dalam mendisiplinkan anak-anak,


walaubagaimanapun, kelunakan atau sikap lemah-lembut haruslah diterapkan dalam ketegasan.
Kita dapat menccontohi Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat garang dan tegas,
namun beliau memiliki sifat rendah hati yang membuatkan diri beliau dikenali sebagai orang yang
penuh kelembutan. Sebagai seorang dewasa yang lebih mengetahui asam garam kehidupan, ibu
bapa seharusnya cakna dan peka dengan cara mereka mendidik anak-anak.

Anak-anak pula wajib memainkan peranan dengan mematuhi kehendak ibu bapa jika ia
tidak menyalahi syariah dan undang-undang. Sebagai contoh, apabila ibubapa telah sedia upaya
berlembut dan bertolak ansur dalam mendidik, anak-anak perlu menerapkan cara yang sama dalam
bertoleransi dengan ibu bapa. Jika ibu/bapa meminta bantuan dari anak-anak, anak-anak wajar
membantu tanpa mengeluh kerana mereka telah banyak berkorban demi kesenangan anak-anak.

Selain itu, lunak juga perlu wujud diantara adik beradik. Dalam bergurau, perlu wujud rasa
hormat kepada yang lebih tua. Sama seperti kelakuan dengan ibu bapa, dalam kalangan adik
beradik juga perlu berlemah lembut contohnya apabila abang meminta bantuan kepada adik, atau
adik kepada abang.

Terdapat beberapa kes dera, malahan kes bunuh yang melibatkan anak dan
ibu/bapa/keluarga akibat pergaduhan. Memang tidak dinafikan bahawa sesetengah kes adalah
kerana tekanan perasaan atau kesihatan mental yang tidak stabil, tetapi terdapat juga kes di mana
ibu bapa atau anak mempunyai kehidupan yang normal tetapi masih terdapat kezaliman yang
berlaku dalam keluarga mereka. Jika sifat lunak diterapkan sejak kecil lagi, tidak mustahil bahawa
kejadian-kejadian ini dapat dielakkan daripada berlaku dan sebuah keluarga dapat hidup dalam
suasana aman dan tenang dengan penuh kemesraan.

5
Rasulullah s.a.w. menggalakkan setiap suami untuk mengasihi isteri, dan ibu bapa
mengasihi anak-anak mereka. Baginda sendiri mengamalkan suasa keluarga yang mesra dan penuh
kasih sayang dengan keluarganya.

Gambar-gambar di bawah merupakan antara salah satu bukti bahawa tiada ‘kelunakan’ sesama ibu
bapa dan anak-anak.

1.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bapa-dan-ibu-tiri-kanak-kanak-mangsa-
dera-sampai-lebam-di-mata-direman-23031

2.

6
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/567794/kes-anak-dera-ibu-bapa-
membimbangkan

7
1.2. Tempat kerja / belajar

Hubungan sesama rakan sekerja haruslah sentiasa dijaga dan anggaplah mereka sebagai keluarga
kedua. Hubungan yang mesra dan rapat dapat menjadikan suasana di tempat kerja lebih tenang
dan dapat merangsang prestasi kerja yang lebih baik. Bagaimanakah suasana ini dapat dipupuk?
Dengan cara mengamalkan sifat lunak sesama rakan sekerja. Apabila kita mengamalkannya
terlebih dahulu, rakan sekerja yang lain dapat mengikut contoh yang baik seterusnya mengamalkan
sifat lunak sesama rakan yang lain.

Apabila berhadapan atau berurusan dengan pelanggan, kekalkan sifat lunak dan amalkan
kelembutan ketika berbicara. Bayangkan sebuah situasi di mana kita merupakan pelanggan,
tentunya kita inginkan layanan yang baik dan ramah daripada peniaga. Maka dengan itu, kita
haruslah mengamalkan sifat yang lunak untuk memperoleh layanan yang sama.

Persekitaran tempat kerja juga selalunya dipenuhi dengan golongan pelbagai lapisan umur.
Golongan muda haruslah cuba belajar untuk menghormati dan mengamalkan sifat lunak kepada
mereka dan golongan tua pula sebaiknya mengamalkan sifat lunak dan bertoleransi tinggi terhadap
golongan muda, demi menjaga keharmonian suasana tempat kerja. Termasuklah antara pekerja
dan majikan, majikan seharusnya bersikap lunak dan menghormati pekerja, sama seperti pekerja
harus mengamalkan sikap toleransi kepada majikan. Jika sifat lunak terus diamalkan, persekitaran
tempat kerja akan menjadi lebih baik dan kita akan menjadi lebih produktif dan berasa tenang
bekerja dalam situasi itu.

Menurut Asmahanim Amir (2015), persekitaran tempat kerja yang kondusif dapat
memberi kesan positif kepada produktiviti kerja. Produktiviti kerja bukan sahaja membawa
keuntungan kepada sesebuah syarikat, malahan ia dapat membawa kepada perubahan ekonomi dan
kadar tekanan dikalangan pekerja di Malaysia. Apabila majikan dan pekerja mengambil tahu
tentang kepentingan menjaga produktiviti mereka dan kawasan persekitaran tempat kerja, pelbagai
perubahan dapat dibuat demi mencapai matlamat yang dimahukan.

Hanya dengan mengamalkan sifat lunak sesama rakan sekerja, majikan dan pelanggan,
sebuah perubahan besar dapat berlaku dan membawa impak positif yang dapat memberi kesan

8
yang tinggi pada peringkat yang lebih tinggi. Setiap pihak harus berganding bahu dalam
mengamalkan suasana yang kondusfi dan mesra alam dalam alam pekerjaan.

Perkara yang sama harus dipupuk dalam persekitaran tempat belajar tidak kira di sekolah
mahupun universiti, pelajar harus mengamalkan sifat lunak ketika berbicara dengan guru ataua
pensyarah dan pensyarah juga wajar mengamalkan sifat toleransi ketika berbincang atau mengajar.
Padangan masyarakat terhadap golongan cendekiawan seperti guru/pensyarah dan
pelajar/mahasiswa adalah sangat tinggi. Golongan ini sering diperhatikan dan diharapkan bakal
memimpin negara dengan baik pada masa akan datang, maka, terlebih dahulu,sikap pelajar
haruslah berpandukan tret positif agar aktivti harian dapat dijalankan dalam suasana yang kondusif
dan positif.

Sumber: http://www.ukm.my/news/Latest_News/suasana-kerja-penting-bagi-tingkatkan-
produktiviti-tnc-hepa/

9
2. Pandangan Islam tentang tret personaliti lunak/lembut

Tersebarnya Islam pada masa kini merupakan salah satu hasil dari dakwah yang berkesan. Dakwah
dapat dibahagi kepada dua, dakwah dengan sikap lembut dan dakwah dengan tegas/keras
(Norhasliza Shafi 2018). Jenis dakwah ini harus disesuaikan mengikut personaliti individu, tidak
semua individu selesa dan sesuai dengan dakwah yang tegas kerana sesetengah individu lebih
sensitif dan perlukan pendekatan yang lembut dan lunak. Manakala, di sudut yang lain, dakwah
secara keras seringkali mendapat kritikan dari sesetengah pihak.

Dakwah Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun di kota Mekah dan Madinah merupakan satu
rahmat bagi kita semua, ia telah menyebabkan berkembangnya Islam di seluruh dunia. Baginda
juga telah menyampaikan bahawa dakwah haruslah disampaikan dengan cara yang paling mudah
untuk diterima orang ramai.

Setiap manusia sukakan kelunakan dan kelembutan, maka hati manusia sering tertarik
kepada dakwah yang penuh kelembutan berbanding kekerasan. Islam mewajibkan agar para
pendakwah menyampaikan dakwah dengan penuh kelembutan dan hikmah (bil hiqmah), agar
mesej yang ingin disampaikan dapat dihayati dan meninggalkan kesan di dalam hati. Pada
peringkat permulaan, mungkin dakwah yang disampaikan haruslah secara lembut dan lunak,
dakwah yang tegas dan keras pula haruslah diletakkan sebagai pilihan yang hujung atau ketika
situasi memaksa contohnya dalam memberi amaran.

Contohilah adab dan tutur kata Nabi Muhammad ketika berdakwah, walaupun diuji dengan
pelbagai cabaran, Rasulullah tidak sekali pun kekok dan putus asa mahupun meninggikan
suaranya. Rasulullah dipenuhi dengan sifat lunak dan lemah lembut ketika berbicara, oleh kerana
itu, beliau sentiasa melayan sahabat mahupun musuhnya dengan adab dan sopan. Contoh terbaik
bagi kita dalam mengamalkan sifat lunak sudahpun sedia ada, dengan mencontohi dakwah
Rasulullah. Setiap perbuatan dan percakapan beliau sudah tentu dilengkapi dengan sifat lunak,
maka sebagai umatnya, kita haruslah berusaha mencontohi sifatnya dalam apa jua keadaaan dan
situasi.

Beralih kepada ketegasan dan kekerasan dalam menyampaikan dakwah, metod ini tidaklah
diharamkan mahupun dihalang dalam Islam, akan tetapi, Allah memerintahkan kita untuk

10
mengamalkan sifat lemah lembut terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa situasi
dimana cara dakwah ini dibolehkan, antaranya, ketika kita mahu meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Sebagai contoh, apabila seseorang individu itu terlihat menggunakan nama Islam
dalam sesuatu perkara yang menyongsang, atau dalam kata lainnya, apabila individu tersebut
mempersendakan ajaran Islam. Kedua, ketika menegakkan larangan Allah. Sebagaimana yang kita
ketahui, Allah tidak akan melarang kita dari membuat sesuatu perkara jika tiada sebab kukuh,
sebagai seorang hamba, kita haruslah mematuhi larangannya. Jika di dalam sebuah situasi dimana
seseorang individu mempersoalkan larangan Allah, dakwah yang tegas haruslah disampaikan
kepadanya. Situasi-situasi seperti ini membolehkan pendakwah untuk menyampaikan dakwah
dengan lebih tegas.

Terdapat beberapa dalil dalam berdakwah, antaranya:

1.

2.

11
3.

4.

12
3. Lunak: Perspektif jantina

Sama ada lelaki mahupun wanita, sifat lunak haruslah dipupuk sedari kecil oleh ibu bapa. Demi
melahirkan generasi yang penuh adab dan sopan, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam
menerapkan nilai lunak dalam diri anak-anak mereka. Pada peringkat awal pembesaran, kanak-
kanak lelaki mungkin lebih cenderung bersikap lasak dari kanak-kanak perempuan,
walaubagaimanapun, walaupun bersifat lasak, kaum lelaki masih boleh mengamalkan sifat lunak.

Terdapat perbezaan sifat di antara kedua-dua jantina ini, antaranya, pada usia seawal dua
tahun, kanak-kanak sudah mula memilih cara percakapan dan tingkah laku mereka. Bagi kanak-
kanak lelaki, mungkin mereka akan kelihatan lebih agresif, manakala perempuan lebih patuh.
Pemilihan warna yang disukai, mainan dan pakaian dapat dilihat dalam pembinaan personaliti
mereka. “Dalam situasi ini, peranan ibu bapa amat penting dalam membantu si anak supaya dapat
memahami dengan lebih jelas mengenai perbezaan jantina ini,” (Aminah 2019).

Keadaan persekitaran juga memainkan peranan penting untuk anak anak. Hal ini kerana
kebanyakan anak kecil akan mencontohi apa yang mereka lihat. Peratus kecenderungan anak-anak
untuk menjadi lebih agresif agak tinggi jika dia membesar dalam suasana yang agresif, sama juga
jika dia dibesarkan dengan sifat lunak, maka tempoh pembesaran anak tersebut akan dipenuhi
dengan sifat lunak dalam setiap perbuatan dan percakapannya.

Dalam apa jua situasi yang bakal terjadi pada masa hadapan seperti anak-anak mengalami
masalah kecelaruan identiti atau jantina, ibu bapa diharap agar tidak panik dan terus menghukum
anak-anak, manakala, mengadakan perbualan dari hati ke hati dengan anak mungkin dapat
membantu. Situasi ini tidak asing lagi dengan masyarakat pada hari ini, terdapat jumlah yang agak
besar dalam masalah kecelaruan identiti dalam masyarakat kita di Malaysia. Terdapat beberapa tip
yang mungkin boleh digunakan oleh ibu bapa dalam mengatasi masalah ini.

Tip yang pertama, ibu bapa haruslah bertoleransi dengan anak kecil dan tidak terlalu cepat
melabelakn mereka ganas atau terlalu lembut, mencari faktor perkara sebegitu terjadi merupakan
langkah pertama yang bijak. Kedua, ibu bapa digalakkan memberi peluang kepada anak mereka
bereksperimentasi dan mencuba pelbagai perkara baharu, asalkan ia tidak membawa mudarat
kepada anak-anak. Sikap ibu bapa yang paranoid tanpa sebab mungkin dapat membawa tekanan

13
kepada anak-anak semakin mereka membesar. Biarkan mereka merasai sendiri pengalaman seperti
jatuh basikal, bermain di padang bersama kawan-kawan dan memanjat pokok. Perkara-perkara ini
akan menjentik firasat semula jadi mereka dan membolehkan mereka mengenali diri mereka.
Seterusnya, keperluan asas kanak-kanak haruslah dipenuhi, keperluan seperti pakaian, makanan
dan tempat tinggal mungkin kelihatan agak remeh bagi orang dewasa tetapi perkara ini amat
penting dalam memastikan perkembangan yang lengkap dalam diri anak-anak. Jika salah satu dari
keperluan asas ini kurang atau tidak dilengkapi, kecenderungan anak-anak untuk rasa kekurangan
mungkin ada. Menjadi seorang ibu atau bapa tidak bermakna hanya membesarkan anak-anak
secara fizikal. Anak-anak juga memerlukan sokongan mental, oleh itu ibu bapa sewajarnya cuba
melihat sesuatu masalah dari perspektif anak-anak. Terdapat kes di mana anak-anak terlalu
terdesak dalam meraih perhatian ibu bapa, tetapi ibu bapa sibuk dengan tugasan di tempat kerja
mereka, dan akhirnya anak-anak terbiar tanpa panduan yang selayaknya.

Tidak dapat disangkal lagi tentang kepentingan penglibatan ibu bapa dalam proses
pembesaran anak-anak. Ibu bapa yang berjaya mendidik dan menerapkan kelunakan dan sifat
lunak pada anak-anak pastinya dapat menghasilkan sebuah keluarga yang mawaddah dan sakinah.
Anak-anak yang sudah terbiasa mengamalkan sifap lunak ini akan membesar dan
mengamalkannya dimana jua mereka berada, sama ada bersama keluarga, di tempat belajar,
mahupun di tempat kerja. Seterusnya apabila mereka sudah dewasa dan mempunyai anak, pastinya
mereka akan mendidik anak-anak dengan sifat yang sama demi melahirkan sebuah lagi generasi
yang baik.

14
KESIMPULAN

15
Kesimpulannya, sifat lunak ini jika dipupuk dalam diri setiap individu, terdapat kesan yang
baik yang dapat diamalkan contohnya jika seseorang itu mengamalkan sifat lunak, secara tidak
langsung dia akan menjadi seorang yang sopan ketika berbicara. Terdapat kesan baik yang
berpanjangan jika kita mengambil langkah memulakan amalam baik dalam satu masyarakat.

Ibu bapa merupakan pihak yang sangat penting dalam memupuk sifat ini dari kecil kepada anak-
anak. Anak kecil yang diasuh dan diajar untuk berkelakuan baik dan positif sejak dari kecil
mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menjadi insan yang berguna kelak. Selain ibu bapa,
diri sendiri juga merupakan faktor yang penting dalam mengamalkan nilai-nilai murni. Jika ibu
bapa sahaja yang bertungkus lumus menasihati tanpa diendahkan oleh anak-anak, maka tiada apa
yang akan terjadi.

Dalam mengamalkan nilai murni seperti lunak, kita harus tahu bahawa bersifat lemah lembut atau
lunak bukanlah penghalang bagi seseorang untuk bersuara dengan lantang apabila berhadapan
dengan situasi yang mengancam.

Dengan mengamalkan sifat lunak, hidup kita akan jauh dari sifat-sifat mazmumah seperti dengki,
tidak puas hati, sentiasa marah dan kurang bersyukur. Nilai murni mengajar manusia untuk
berkelakuan dengan lebih baik dan berfungsi sebagai batas dalam mengamalkan nilai yang kurang
baik. Perkara yang baik haruslah sentiasa dikongsi dan diingatkan kepada ahli keluarga, sahabat
handai dan orang sekeliling agar nikmatnya dapat dikecapi bersama.

Secara asasnya, lunak merupakan sifat lemah lembut. Sifat lemah lembut memang tidak asing lagi
dengan persekitaran kita, perkara ini haruslah sentiasa diteruskan. Kita boleh menjadikan
Rasulullah s.a.w sebagai contoh yang terbaik dalam mengamalkan sifat lemah lembut dalam
aktiviti seharian kita. Baginda dicintai ramai kerana akhlaknya dan disebabkan beliau
mengamalkan akhlak yang baik, ramai orang menerima dan menghormati baginda.

Saya sertakan sebuah hadis yang membuktikan kelembutan Rasulullah yang tidak hanya terbatas
sesama para muslimin tetapi juga dengan orang yang berlainan agama.

Dari Abu Hurairah r.a:

Seorang arab badwi telah membuang air kecil di dalam masjid lalu orang ramai bangun hendak
bertindak ke atasnya. Lalu Nabi s.a.w bersabda “Biarkan dia (hingga selesai membuang air kecil)

16
dan siramkan sebaldi atau setimba air ke atas kencing itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk
memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”

(Riwayat al-Bukhari)

Huraian Hadith:

1. Hadith ini menuntut kita berlemah-lembut terhadap orang jahil, tidak menyakitkan dan
memberi tunjuk ajar dengan cara yang baik.

2. Bumi menjadi suci dengan dituang air ke atasnya jika air najis hilang.

3. Sikap lemah-lembut dan kesantunan lebih memberi kesan dalam penyampaian dakwah
kerana ianya boleh menarik dan mendekatkan sasaran kepada kebenaran. Sebaliknya
kekasaran akan menyebabkan sasaran menjauhkan diri.

4. Masjid merupakan tempat suci yang perlu dijaga kebersihan dan kesuciannya.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

17
RUJUKAN

Asmahanim Amir (2015). Suasana Kerja Penting Bagi Tingkatkan Produktiviti – TNC HEPA.
[Dicapai pada] 15 Jun 2020 dari http://www.ukm.my/news/Latest_News/suasana-kerja-
penting-bagi-tingkatkan-produktiviti-tnc-hepa/

Dewi Nur Harasha Alias (2020). Bapa dan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera sampai lebam di mata
direman. [Dicapai pada] 15 Jun 2020 dari http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/bapa-dan-ibu-tiri-kanak-kanak-mangsa-dera-sampai-lebam-di-mata-direman-
230317

Hidayatussaadah (2017). Meneladani Sikap Lemah Lembut Rasulullah. [Dicapai pada] 15 Jun
2020 dari https://www.islampos.com/meneladani-sikap-lemah-lembut-rasulullah-19039/

IKIM (2015). Sifat Lemah Lembut Dalam Rumah Tangga. [Dicapai pada] 15 Jun 2020 dari
https://ikimfm.my/sifat-lemah-lembut-dalam-rumah-tangga/

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2017). Hikmah Sikap Lemah-lembut Rasulullah SAW.
[Dicapai pada] 15 Jun 2020 dari http://www.islam.gov.my/e-hadith/1145-hikmah-sikap-
lemah-lembut-rasulullah-saw

Melvin Joni (2020). Kes anak dera ibu bapa membimbangkan. [Dicapai pada] 15 Jun 2020 dari
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/567794/kes-anak-dera-ibu-bapa-
membimbangkan

Norhasliza Shafi (2018). Dakwah: Antara Sikap Tegas dan Lemah Lembut Ketika Berdakwah.
[Dicapai pada] 15 Jun 2020 dari https://www.kashoorga.com/dakwah-antara-sikap-tegas-
dan-lemah-lembut-ketika-berdakwah/

Siti Nadirah Hafidzin (2019). Lelaki kasar, wanita lembut. [Dicapai pada] 15 Jun 2020 dari
https://www.hmetro.com.my/hati/2019/07/471196/lelaki-kasar-wanita-lembut

18

Anda mungkin juga menyukai