Anda di halaman 1dari 9

Keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat

dan seterusnya membentuk sebuah negara. Tanpa institusi kekeluargaan, pembentukan sesebuah
negara tidak akan sempurna.
Definisi keluarga mengikut Kamus Dewan ialah seisi rumah tangga yang terdiri daripada
suami dan isteri sahaja atau bersama anak-anak. Keluarga juga merupakan asas sesebuah
masyarakat yang di dalamnya terjalin interaksi dari segi kognitif atau efektif antara ahli keluarga.
Pembangunan dan pembentukan sesebuah institusi kekeluargaan dalam sesuatu masyarakat itu
akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan sesebuah negara.
Terdapat beberapa definisi keluarga yang lain dari beberapa sumber yang berlainan
antaranya adalah seperti berikut :
a) Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi
yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan
perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga (Duvall
dan Logan, 1986).
b) Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga karena
adanya hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan
yang lain, mempunyai peran masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan
suatu budaya (Bailon dan Maglaya,1978 ).
c) Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan
beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam
keadaan saling ketergantungan (Departemen Kesehatan RI, 1988).
d) Di dalam keluarga terdapat dua atau lebih dari dua peribadi yang tergabung kerana
hubungan darah, hubungan perkawinan atau pengangkatan, dan hidup dalam satu rumah
tangga, berinteraksi satu sama lain dan di dalam perannya masing-masing dan
menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan. (Menurut Salvicion dan Celis
1998)

Kesimpulannya karakteristik keluarga adalah :


1. Terdiri dari dua atau lebih individu yang diikat oleh hubungan darah, perkawinan atau
adopsi.
2. Anggota keluarga biasanya hidup bersama atau jika terpisah mereka tetap memperhatikan
satu sama lain
3. Anggota keluarga berinteraksi satu sama lain dan masing-masing mempunyai peran sosial :
suami, isteri, anak, kakak dan adik
4. Mempunyai tujuan yang tersendiri seperti mencipta dan mempertahankan budaya,
meningkatkan perkembangan fisik, psikologis, dan sosial anggota.

Komunikasi adalah pesan yang disampaikan kepada komunikan (penerima) dari


komunikator (sumber) melalui saluran-saluran tertentu baik secara langsung ataupun tidak
langsung dengan maksud memberikan impak kepada komunikan sesuai dengan yang
diingikan komunikator.
Istilah komunikasi dari Bahasa Inggeris communication dan dari Bahasa Latin
communicatus diertikan sebagai proses pengkongsian diantara pihak-pihak yang melakukan
aktifitas komunikasi tersebut. Berkomunikasi merupakan proses bagaimana seseorang individu
berkongsi pengalaman dan berhubung dengan individu lain. Setiap individu mempunyai
pengalaman dan pengetahuan yang tersendiri. Apabila seseorang itu menyampaikan pengalaman
dan pengetahuan mereka kepada orang lain, maka itu dinamakan komunikasi.
Menurut

sejumlah

ahli, pengertian

komunikasi adalah

sebuah

proses,

menurut Laswell, pengertian komunikasi adalah sebuah proses yang memberikan gambaran
siapa mengatakan apa dengan cara apa, kepada siapa dengan efek apa. Mr. Carl I.
Hovland menambahkan bahwa pengertian komunikasi sebagai proses komunikator memberikan
stimulan yang umumnya terdiri atas lambang lambang bahasa (verbal atau non-verbal) sehingga
terjadinya perubahan tingkah laku penerima/orang lain. Mr. Theodorson memperlebarkan
pengertian komunikasi kepada wilayah idea dan emosi iaitu penyebaran informasi, idea-idea
sebagai sikap atau emosi dari satu individu kepada individu lain terutama melalui simbol simbol.
Mr. Edwin Emergy menganggap bahawa menghubungkan pengertian komunikasi sebagai salah
satu bentuk seni. Komunikasi ialah seni (art) dalam menyampaikan (to express) informasi, idea
dan sikap seseorang kepada orang lain. Senada dengan para ahli lainnya, Delton E beranggapan
bahwa pengertian komunikasi adalah sebagai suatu proses interaksi yang memiliki erti antara
sesama manusia.

Kepentingan komunikasi dalam keluarga merupakan satu proses dimana individu dalam
keluarga tersebut bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan dengan individu yang sering
mereka berhubung. Oleh yang demikian, institusi kekeluargaan akan menjadi lebih kukuh
sekiranya suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak pandai berkomunikasi sehingga keseluruhan ahli
keluarga merasakan dirinya dicintai, dikasihi, dihargai dan dimuliakan.
Komunikasi dalam keluarga bermakna perhubungan dua hala (memberi dan menerima)
secara lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak geri, air muka,
pandangan mata dan cara memandang. Kepentingan komunikasi dalam sistem keluarga yang
sihat akan menerima dan cuba memahami mesej yang disampaikan sama ada kabur atau
jelas, antara satu sama lain. Berbeza dengan keluarga yang tidak berfungsi, mesej yang
disampaikan jarang diterima secara betul, bahkan tidak diambil kisah atau dipedulikan (Lily
Mastura dan Ramlah Hamzah 2007).
Manakala menurut Brock dan Bernard, (1992) mereka telah menggariskan ciri-ciri
optimum situasi berkomunikasi dalam keluarga. Mereka menyatakan bahawa cara komunikasi
yang terbaik dalam keluarga mestilah dan melibatkan rasa ingin mendengar dan
berkongsi. Mesej yang disampaikan juga harus jelas dan sesuai. Apabila terdapat pencanggahan
pendapat, keluarga itu akan menerima persetujuan untuk berbincang. Keluarga sihat menjurus ke
arah penyelesaian masalah dengan cara yang positif iaitu memfokuskan bagaimana masalah yang
dihadapi dapat diselesaikan bukan dengan cara mencari siapa yang bersalah.

Komunikasi yang positif dan berkesan telah dikenal pasti sebagai asas kepada sesebuah
keluarga untuk berfungsi dengan baik. Ini khususnya apabila anak-anak telah mula meningkat
remaja di mana pada waktu tersebut mereka mula berupaya untuk membina identiti dan
membuat keputusan. Sebagaimana kajian Barnes dan Olson (1985) menunjukkan apabila
komunikasi di antara ibu bapa dan anak remaja berlangsung dengan baik hubungan keluarga
semakin rapat, Wujud hubungan kasih sayang dan seterusnya memudahkan sebarang
penyelesaian masalah. Menurutnya lagi, komunikasi adalah satu proses yang memudahkan
pembinaan kohesi dan penyesuaian di kalangan keluarga.
Kebarangkalian berlakunya konflik dalam keluarga yang harmonis boleh dikatakan
tinggi juga, Ini disebabkan oleh pelbagai isu-isu ataupun faktor-faktor yang tidak diingini terjadi.
Ada masanya konflik yang berlaku dapat menguatkan ikatan dalam keluarga, tetapi tidak
dinafikan jika ada yang berakhir dengan permusuhan jangka panjang yang tidak ditamatkan
dengan mencari penyelesaian kepada konflik tersebut.
Antaranya faktor yang dapat menyumbang kepada berlakunya konflik di kalangan ahli
keluarga adalah tercetusnya rasa pada individu yang merasakan dirinya tidak dihargai. Ada
kalanya kurangnya rasa kasih di dalam anggota keluarga membuat seseorang merasa tidak
dihargai. Ini boleh disebabkan kerana masing-masing sibuk dengan tugas harian dan tidak dapat
meluangkan masa. Kita boleh cuba untuk bergilir-gilir ingin merasa dihargai, mulakan dengan
mencuba terlebih dahulu dengan menghargai saudara, lunakan ego dan berusahalah sekuat
tenaga untuk menghargai saudara-saudara, Pada masa yang sama kita boleh cuba meluangkan
masa bagi keluarga selain daripada melakukan aktiviti harian. Ia semua bergantung pada cara
kita mengutamakan kepentingan kita.
Faktor lain yang juga boleh menyumbang kearah konflik adalah perasaan cemburu. Kita
harus sedar bahawa kemampuan dan kebolehan setiap individu dalam keluarga adalah berbeza
dan hal ini dapat mencetuskan rasa cemburu di antara saudara. Kita harus sentiasa mengingati
bahawa mencemburui saudara sendiri tidak membawa maanfaat selain merengangkan hubungan
antara ahli keluarga. Lebih elok jika kita dapat mengenali penyebab kepada perasaan iri ini
terhadap keluarga kita, Daripada mencemburui ahli keluarga kita alangkah lebih baik jika kita
mengenali potensi diri kita sendiri dan berusaha menampilkan keunikan kita dengan sebaik
mungkin, Di sini adalah pentingnya kita percaya pada diri dengan apa yang kita miliki.

Keperluan privasi juga boleh menjurung kearah berlakunya konflik. Selain menjadi
seorang yang mempunyai gaya hidup sosial yang tinggi manusia juga ada masanya memerlukan
waktu bagi dirinya sendiri, Di dalam keluarga, kadang-kadang kita juga memerlukan tempattempat tertentu untuk privasi kita seperti bilik tidur. Konflik boleh terjadi apabila privasi kita
diganggu oleh orang lain, terutamaanya oleh saudara kita sendiri. Cara mengatasinya adalah kita
mengingatkankan ahli keluarga kita dengan cara yang baik tanpa dipengaruhi oleh emosi bahawa
ruangan tersebut adalah ruang untuk privasi anda. Kita juga boleh memberitahu bahwa dia tidak
boleh memasukinya tanpa seizin terlebih dahulu.
Keadaan ekonomi juga boleh menyumbang kepada konflik. Di dalam sebuah keluarga
keadaan ekonomi tidak harus menjadi jurang pemisah antara keluarga. Walaubagaimanapun
keadaannya, bersatulah dan saling membantulah satu sama lain untuk memperbaiki keadaan
ekonomi keluarga agar menjadi lebih baik. Jangan biarkan kesulitan ekonomi keluarga menjadi
punca keluarga pecah-belah.
Etika komunikasi dalam keluarga boleh dikira salah satu faktor juga,
Dengan mengamalkan etika dalam berkomunikasi yang betul seseorang individu akan
dapat memelihara hubungan kekeluargaan mereka, Amalan etika ini mampu memberi kesan
yang positif terhadap diri seseorang individu untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. Antara
etika komunikasi yang betul adalah kejujuran. Seseorang individu harus menceritakan
perasaannya dengan jujur. Sekiranya dia tersinggung hendaklah memberitahu ahli keluarganya
bahawa dirinya itu tersinggung. Seseorang yang tidak jujur akan perasaannya seumpama tidak
bertanggungjawab atas perasaan sendiri. Ia akan menyebabkan hubungan menjadi
tegang dan komunikasi menjadi negatif. Pada masa yang sama keperluan timbulnya komunikasi
yang mementingkan kepentingan dan tujuan bersama dengan tidak mementingkan tujuan
peribadi sahaja. Dalam situasi sebegini, kita tidak boleh bercakap untuk
memperjuangkan perasaan diri sendiri sahaja. Kita juga perlu menjaga kesahihan dan ketepatan
maklumat yang akan disampaikan kepada keluarga. Perlu menjauhkan diri dari memberi
maklumat palsu. Membuang niat untuk menipu and memperdaya orang lain sewaktu sedang
berinteraksi. Untuk menjaga keharmonian sebuah keluarga setiap individu perlu menggelakkan
diri dari terus mengumpat dan bergosip. Keadaan ini akan meruntuhkan lagi keteguhan
kekeluargaan. Sekiranya terdapat individu yang berbuat demikian, individu yang mendengar

tidak perlu masuk campur dan adalah lebih baik mendorong mereka yang bergosip berhenti
dengan baik tanpa menyinggung perasaan.

Strategi

Konflik yang wujud dalam keluarga dapat dikurangkan jika setiap seorang individu dalam
keluarga menambil inisiatif untuk mengekalkan keharmonian dalam keluarga. Hubungan yang
rapat intim adalah amat penting kepada kebahagiaan dan kesejahteraan jiwa manusia.
Seseorang individu memerlukan pasangan yang rapat dan intim seperti seseorang yang
dapat berkomunikasi dengannya ialah supaya dapat menghilangkan rasa kesepian dan kesunyian
yang dialami jikalau mereka tidak memiliki seseorang. Ini tidak bermakna apabila seseorang
individu itu berkahwin mereka tidak akan mengalami rasa sepi dan sunyi. Kesepian dan
kesunyian boleh muncul pada bila bila masa dan di manamana sahaja. Ada kalanya individu itu
berasa sunyi dan sepi meskipun mereka berada di dalam rumah sendiri dan dikelilingi oleh isteri
atau suami atau anakanak. Oleh yang demikian untuk menjadi kekasih atau suami atau anakanak
yang sangat dicintai, seseorang itu perlu mempunyai kemahiran menghilangkan rasa sepi dan
sunyi orang yang kita cintai.

Perkara lain yang kita boleh mengamalkan adalah rangsangan. Sebagai manusia setiap
individu memerlukan pasangan dalam hidup kerana mereka memerlukan rangsangan begitu juga
anakanak memerlukan ibu dan ayah sebagai rangsangan kepadam mereka. Manusia memerlukan
rangsangan fizikal seperti sentuhan, belaian kasih saying daripada orang yang rapat dengan diri
mereka. Kemahiran berkomunikasi seperti berbual bual, memuji, menghibur dan bergurau
adalah sangat perlu untuk memberi rangsangan emosi kepada orang yang dicintai. Manusia juga
memerlukan rangsangan daya intelek. Oleh itu sebagai pasangan suami isteri mereka hendaklah
sentiasa menambahkan ilmu agar setaraf dengan pasangan masingmasing. Begitu uga dengan
ibu bapa, mereka perlu mempunyai pengetahuan berhubung minat dan keperluan anakanak yang
sentiasa berkembang.

Selfesteem atau estim diri pula merupakan fungsi komunikasi yang ketiga. Estim diri
menerangkan bahawa manusia memerlukan kehadiran orang lain yang rapat dalam hidup
mereka. Ini kerana manusia memerlukan kemuliaan dan penghargaan. Dengan kehadiran
orang yang rapat, individu sudah cukup merasa dirinya diperlukan, dihargai dan penting
kepada orang lain. Perasaan itu adalah merupakan asas kepada estim diri yang sihat. Untuk
menjadi pasangan, ibu, ayah dan anakanak yang dicintai, individu itu memerlukan
kemahiran membuat orang yang dicintai yakin diri mereka diperlukan, dihargai dan
dimuliakan. Kemahiran yang digunakan ialah kemahiran mengucapkan katakata
pengiktirafan, penghargaan, sanjungan dan pujipujian. Di kalangan orang Asia amnya, dan
orang melayu khasnya, kemahiran ini jauh lebih memuaskan.
Fungsi komunikasi yang keempat adalah perkongsian. Sebagai manusia biasa individu perlu
menambahkan lagi rasa kenikmatan yang dialami dalam hidup dan mengurangkan rasa
kesengsaraan. Untuk menjadi pasangan atau ahli keluarga yang dicintai kita juga
memerlukan kemahiran membantu pasangan serta ahli keluarga mengecap rasa nikmat

yang lebih tinggi lagi daripada apa yang mereka rasai. Individu itu juga ingin berkongsi
dengan orang lain segala tuah dan nasib baik yang diperolehi. Begitu juga halnya dengan
nasib malang dan kedukaan yang menimpa individu tersebut. Seseorang akan dapat
berkongsi segala duka yang dialami, apabila mereka mempunyai individu lain yang rapat dan
intim dengan mereka. Individu mula tertarik, berkenalan, jatuh cinta dan seterusnya
mendirikan rumah tangga kerana didorong oleh keempatempat keperluan itu. Seseorang
individu dalam keluarga itu mempunyai pengharapan agar setiap anggota keluarga
memenuhi keperluan jiwa yang begitu mendalam.

Luangkan waktu untuk mendengar

Anda mungkin juga menyukai