Anda di halaman 1dari 4

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI NEGARA

MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
- Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi iaitu faktor fizikal dan faktor
kemanusiaan.

1.1 FAKTOR FIZIKAL


- Faktor fizikal bekaitan dengan faktor alam semula jadi yang sedia ada
-Faktor fizikal ialah :

BENTUK MUKA BUMI

i) Bentuk muka bumi jenis tanah pamah sesuai ditanami padi , memudahkan pembinaan
kilang , jalan raya , jalan keretapi , kapal terbang .
ii) Kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelape sawit di Tenggara Pahang .
iii) Kawasan pinggir laut juga sesuai ditanami pokok kelapa seperti di Bagan Datoh , Kudat ,
dan Sipitang .
iv) Aktiviti perikanan air tawar dan akuakultur dijalankan di Tasik Cenderoh dan Bukit
Merah di Perak

TANIH

i) Jenis tanih mempengaruhi jenis tanaman yang dapat diusahakan .


ii) Tanih alivium sesuai ditanam padi sawah seperti di Dataran Kedah-Perlis , Dataran
Kelantan , Dataran Kerian dan Tanjung Karang .
iii) Tanih laterik yang bersaliran baik sesuai ditanami getah seperti di segi tiga jengka dan
kelapa sawit di Labis JOHOR .
iv) Tanih gambut sesuai ditanami nanas seperti di Renggit , Pontian , dan di Labis Johor .
v) Tanih beris ( campuran tanah liat dengan pasir ) ditanami tembakau di bacok , kelapa di
Bagan Datoh dan gajus di Pantai Kelantan dan Terengganu.

IKLIM

i) Malaysia mengalami iklim katulistiwa dengan purata suhu tahunan , 27C dan jumlah hujan
tahunan kira-kira 2600ml
ii) Jenis tanaman seperti padi , getah ,kelape sawit , koko ,nanas ,kopi dan lada hitam.
iii) Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana , iaitu kira-kira 18c di kawasan tanah tinggi
seperti Tanah Tinggi Cameron , Pahang dan Kundasang , Sabah sesuai bagi penanaman teh ,
sayur sayuran , dan bunga - bungaan .
iv) Suhu sederhana juga menggalakkan pelancong di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah
Tinggi Genting , Tanah Tinggi Cameron , Bukit Tingggi , dan Bukit Fraser .
v) Iklim yang panas sepanjang tahun menggalakkan akitiviti penangkapan ikan .

BAHAN MENTAH

i) Bahan mentah menggalakkan prindustrian


ii) Petroleum - industri membersihkan petroleum , bahan bakar kenderaan , polimer , cat dan
minyak pelincir .
iii) Gas asli - industri membuat bahan bakar kenderaan dan baja urea .
iv) Kaolin -industri barangan tembikar ,jubin , dan pinggan .
v) Kayu balak - industri venir dan perabot .
vi) Kelapa sawit - industri memproses minyak sawit untuk membuat majerin dengan sabun
vii) Getah - industri memproses susu getah , membuat sarung tangan , kasut , dan tilam .
viii) Nanas - industri mengetin nanas dan makanan.
ix) Perikanan - industri membuat keropok dan ikan masin .

FAKTOR KEMANUSIAAN

- Faktor yang bukan semula jadi yang dikawal oleh manusia


faktor kemanusiaan ialah :

TEKNOLOGI

i) Teknologi melibatkan penggunaan peralatan canggih dengan teknik pengurusan yang cekap
dan maju dalam sektor perindastrian , pertanian , perdagangan , dan sebagainya.
ii) Penggunaan jentera dalam pelbagai kegiatan ekonomi:

penanaman padi - jentera pembajak dan jentera penuai


indutri automobil - robot digunakan untuk memasang kereta
penggunaan kapal korek untuk melombong biji timah
gergaji berjentera untuk memotong batang pokok
jentera penaik pukat tunda
iii) Penggunaan jentera telah mencepatkan kerja , meningkatkan daya pengeluaran ,
menghasilkan produk berkualiti , mengurangkan pencemaran dan meningkatkan keselamatan
iv) Kegunaan ICT dalam pelbagai kegiatan ekonomi telah mencepatkan kerja , meningkatkan
daya pengeluaran , dan menjimatkan kos
v) Contohnya , kewangan ( e-banking) , pendidikan (e-learning) , dan perdagangan(e-
commerce)
vi) Teknologi dalam pembiakan baka telah menghasilkan klon dalam bidang pertanian ,
perhutanan dan perikanan
vii) Contohnya pokok klon getah RRIM600 menghasilkan banyak susu getah
viii) Penggunaan teknik lain seperti :

teknik penapaian
polomer
alat automasi
teknologi mekatronik
nanoteknologi
elektrononik molikular

DASAR KERAJAAN

i) Dasar pertanian negara (DPN 3) dilaksanakan untuk memaju dan memperkembangkan


sektor pertanian di Malaysia.
ii) Di bawah DPN 3 , pendekatan perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk
diberikan tumpuan .
iii) DPN 3 juga menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara
komersial bagi meningkatkan bekalan kayu pada masa depan .
iv) Penubuhan agensi seperti perbadanan produktiviti negara (NPC) dan SIRIM Berhad oleh
pihak kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti .
v) Penubuhan beberapa agensi oleh kerajaan seperti MARA telah membantu memberikan
latihan kepada belia dalam bidang keusahawanan .

PASARAN

i) Pasaran terdiri daripada pasaran tempatan yang merangkumi kawasan dalam negara dan
pasaran antarabangsa yang meliputi pasaran di luar negara
ii) Barangan yang mendapat permintaan yang tinggi di luar negara ialah hasil pertanian
seperti kelapa sawit dan nanas , hasil kayu balak , barangan kilang , dan petroleum.
iii) Agensi kerajaan yang membantu memasarkan keluaran negara adalah
sepertiFAMA untuk pasaran tempatan dan MATREDE untuk pasaran antarabangsa.

MODAL

i) Terdapat dua sumber utama modal , iaitu modal domestik dan modal pelaburan asing.
ii) Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu , institusi kewangan seperti Bank
Pertanian , Permodalan Nasional Berhad (PNB) , dan majlis amanah rakyat(MARA).
iii) Modal pelabuhan asing diperoleh daripada pelabur-prlabur negara asing yang datang ke
Malaysia untuk membuka perniagaan dan membuka ladang .

BURUH

i) Buruh merupakan tenaga penggerak dalam proses perancangan , pengeluaran , pengurusan


, dan pemasaran .
ii) Bekalan tenaga buruh di Malaysia terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing.
iii) Buruh boleh dikelaskan kepada tiga tahap , iaitu buruh mahir ,buruh separuh mahir dan
buruh separuh tidak mahir.
iv) Buruh tidak mahir dan separa mahir kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian ,
pembalakan , perindustrian dan pembinaan
v) Buruh mahir bekerja dalam sektor perkhidmatan sepeti pendidikan , pengangkutan ,
perubatan dan sektor perlombongan sebagai jurutera.

Anda mungkin juga menyukai