Anda di halaman 1dari 4

Jenis-Jenis Perindustrian di Malaysia

1. Perindustrian Pemprosesan

Pemprosesan Minyak Kelapa Sawit a. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan. b. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah. c. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya. d. Contoh : Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji. Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin. Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan. Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

2. Perindustrian Berat

Pemasangan/pembuatan kenderaan
a)

b) c)

d)

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi. Perlukan modal yang besar. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM). Contoh : membuat kereta Proton Saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

3. Industri Ringan

Pemprosesan minuman a. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna). b. Jenis perindustrian yang terpenting. c. Contoh : Pembuatan barangan elektrik, makanan, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya. d. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap. e. Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan. f. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia

4. Industri Desa

Pemprosesan kerepek/makanan ringan a. Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar. b. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia. c. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan. d. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong. e. Terkenal di Kelantan dan Sabah. Contohnya : Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh Mengecap batik / tenun sutera. Membuat keropok ikan / udang. Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

Anda mungkin juga menyukai