Anda di halaman 1dari 6

GAYA BAHASA Diksi Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berkaitan

dengan dunia persekolahan. Contoh katakata tersebut seperti sekolah,peperiksaan,Tingkatan Satu Dinamik,bilik guru,pertandingan pidato,guru disiplin,perpustakaan,kantin,mata pelajaran,Matematik dan sebagainya. Ayat a) Ayat pendek. Contohnya: *Suasana sunyi sepi. [hal.1] *Pintu diketuk *Pei Wen mengangguk. *Macam mana? *Tapi kenapa? *Ayah ketawa kecil. [hal.41] *Isnin [hal.60] *Pak Su tersenyum sinis. [hal.78] [hal.8] [hal.9] [hal.10] [hal.28]

b) Ayat panjang. Contohnya: *Selepas menjamu selera di kantin,Iman dan Pei Wen berbualbual di bawah pondok bertentangan dengan kelas Tingkatan Satu Dinamik. [hal.22]

*Selepas bersiar-siar di pantai,ayah membawa Iman dan kedua-dua mentuanya makan ikan bakar di sebuah restoran yang terletak di kawasan itu. [hal.41] *Sebagai persiapan menghadapi peperiksaan,Iman mengadakan perbincangan secara berkumpulan bersama-sama dengan Pei Wen,Zulkarnain dan Adif. [hal.93] *Ketiga-tiga murid tersebut diminta tampil ke hadapan untuk mengambil laporan kemajuan daripada Cikgu Julia. [hal.108]

Personafikasi Unsur personifikasi,iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu dimasukkan oleh pengarang. Contohnya: Senyuman anak gadis yang berusia tiga belas tahun ini bisa menyejukkan hati sesiapa yang memandang. [hal.3] b) Iman yakin,ada sesuatu yang bermain-main di fikiran teman rapatnya itu. [hal.8] c) Lampu kamarnya dimatikan. [hal.16] d) Iman dan Zulkarnain sudah berdiri tercegat di hadapan pintu pagar sebuah banglo. Suasana bening menyelubungi kawasan rumah bangle dua tingkat itu. [hal.66] e) Pertemuan yang berlaku antara Iman dengan Cikgu Julia,berjaya dalam melenyapkan keraguan yang bertapak di hati Iman. [hal.87] f) Walaupun malam gelap pekat,Iman dapat melihat ada sinar yang terang menantinya di hujung sana. [hal.122] g) Tanpa disedari,air matanya dibasahi pipinya. Bersama angin malam yang lembut menyapa tubuhnya,dia mendakap tubuh ayah erat-erat. [hal.122]
a)

Hiperbola Unsur gaya bahasa hiperbola turut disertakan oleh pengarang. Contohnya:
a) b)

c) d)

e)

Pei Wen menjeling tajam kearah Linda. [hal.21] Ada sepasang mata sedang memerhati gelagat mereka dari kelas Tingkatan Satu Dinamik. Pandangan itu penuh dengan rasa benci yang membuak-buak. [hal.25] Tiba-tiba Iman terpandang Linda sedang memerhatikan tingkah lakunya. Wajah Linda masam mencuka. [hal.52] Walaupun Iman masih belum mendengar kata putus daripada ayah,berita terbaharu yang diberitahu oleh Adif,member segunung harapan terhadapnya. [hal.92] Mak Cik Sofia kata, Adif akan bertukar sekolah,tahun hadapan,balas Iman sambil menikmati gelap pekat malam. [hal.120]

Simile Banyak unsure simile digunakan oleh pengarang. Contohnya: Mak cik menyayangi aku bagaikan anak sendiri. [hal.9] b) Bagaikan budak yang baru bertatih,dia masih meminta panduan dan nasihat daripada guru-guru serta rakanrakannya. [hal26] c) Sebelum berpisah,Iman memeluk Cikgu Julia.Cikgu Julia sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. [hal.87] d) Diari itu sering dibawa ke sana ke mari.Diari yang berwarna ungu itu bagaikan sahabat sejati. [hal.99] e) Muka Linda kemerah-merahan bagaikan menahan malu. [hal.111]
a)

Repetisi Unsur gaya bahasa repetisi turut digunakan oleh pengarang.Contohnya: Ayah telefon?Ayah dah balik ke sini.Bila? Ayah kata apa,nek? [hal.4] b) Penjelasan?Penjelasan apa lagi?Ayah engkau dan ibu aku akan berkahwin.Apa lagi yang ingin engkau jelaskan kepada aku!bentak Adif lalu terus berlari dan menuju ke tingkat atas. [hal.68] c) Seorang di Kuala Lumpur,seorang lagi di Seremban.Dapatkah kamu berdua menanggung rindu?usik Zulkarnain pula. [hal.109]
a)

Peribahasa Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang.Contohnya: a) Mereka saling membantu.Pelajaran menjadi bertambah mudah kerana wujudnya perkongsian buah fikiran. [hal.93] b) Iman tidak mahu menghantar berita kepada ibu lagi.Iman dah tawar hati,nek. [hal.95] c) Nama Iman sekali lagi menjadi buah mulut para murid di sekolahnya. [hal.106]

Sinkope Pengarang menggunakan sinkope atau sigkatan kata,bersesuaian dengan gaya bahasa dialog.Contohnya: Nenek pun ada dengar tentang hal ni.Isteri baharu ayahnya tu,cerewet sikit.Mungkin di belu dapat menyesuaikan diri di kampung kita ini. [hal.4] b) Masuklah dulu.Takkan nak bercakap di luar ni. Panas,ujar Iman pula. [hal.8] c) Eh,Adif.Kau ni senyap je dari tadi.Tak ada nak tambah apaapakah?soal Zulkarnain sambil mencuit bahu Adif Danial. [hal.24]
a)

Inversi Pengarang turut menggunakan unsur gaya bahasa inverse.Cntohnya: Kata ibu,tidak akan mencabar hidup kita sekiranya tiada dugaan yang menimpa. [hal.30]

Penggunaan Bahasa Inggeris Terdapat kata-kata bahasa Inggeris yang digunakan oleh pengarang.Contohnya: a) Tiada istilah honeymoon ketika berada di tingkatan satu. [hal.8] b) Saya no problem,cikgu,balas Linda bersahaja. [hal.21] c) come on,Iman. [hal.22]

Penggunaan Bahasa Arab Terdapat kata-kata bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang.Contohnya: a) Assalamualaikum.. nenek,ujar Iman sambil menjenguk ke dalam rumah. [hal.1] b) Astaghfirullahalazim..apa yang Linda cakapkan ini!Kenapa sampai ke situ fikiran Linda? [hal.28]

Anda mungkin juga menyukai