Anda di halaman 1dari 33

MERCUCITA TRADING

(CT0046283-K)

RANCANGAN PERNIAGAAN

PROJEK PEMPROSESAN COCOPEAT

DISEDIAKAN OLEH : ARUS MERCUCITA BIN


MOHAMED NORDIN
BIL PERKARA

1. Tujuan
2. Latar belakang perniagaan
2.1. Pengenalan
2.2. Latar belakang pengusaha & Salinan kad pengenalan yang disahkan
3. Rancangan Pengurusan
4. Rancangan Pemasaran
5. Rancangan Operasi
5.1. Status terkini perniagaan
5.2. Cadangan penggunaan melalui bantuan GAM
6. Rancangan Kewangan
6.1 Aliran tunai untuk tempoh 5 tahun.
7.0 Penutup

LAMPIRAN
L1 – Gambar perniagaan
L2 – Sijil SSM
L3 - Salinan Sijil-Sijil
L4 – Surat pengesahan sewaan
L5 – Perjanjian Sewaan Premis
L6 – Borang penilaian PPK
1.0 Tujuan

Tujuan kertas kerja ini dibuat dan dibentangkan adalah untuk mendapatkan
pembiayaan Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA)
daripada Agrobank dibawah dana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
(MAFI) yang disokong oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi
memajukan perniagaan pengeluaran sabut kelapa (cocopeat dan cocofiber).

Selain dari dana bantuan,khidmat nasihat teknikal juga diperlukan bagi


mendapatkan ilmu dan cara yang betul bagi memproses dan memasarkan
cocopeat ke pasaran tempatan.Dengan ada nya pembiayaan ini,maka diharap
projek pengeluaran sabut kelapa (cocopeat) dapat meningkatkan pendapatan
pengusaha melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan
inovasi serta pasaran yang kompetitif.

2.0 Latar belakang perniagaan

2.1 Pengenalan

Perusahaan cocopeat yang akan diusahakan Syarikat Mercucita Trading ini telah
ditubuhkan pada November 2016 yang bertempat di Kompleks Hentian Peladang Sri
Kerdau. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang Industri Asas
Tani (IAT) secara ekslusif dengan berteraskan produk -produk hiliran kelapa seperti
santan segar dan kerisik. Kini ianya lebih fokus dan berdaya saing dalam teknologi
pemprosesan cocopeat dan cocofiber.
Selain hampas kelapa, sisa buangan kelapa seperti sabut kelapa dapat dimanfaat kan
dengan cara diproses menjadi cocopeat.Maka tercetus lah idea untuk membangunkan
projek penghasilan cocopeat dari sabut terbuang sebagai salah satu produk hiliran
kelapa keluaran syarikat ini.

Tapak projek ini dijalankan di salah sebuah tanah lot di Kampung Sanggang, Temerloh
Pahang di mana pihak syarikat Mercucita Trading telah membina satu lot bangunan
bagi tujuan operasi dan penyimpanan.

Dari segi kewangan , pihak syarikat Mercucita Trading memerlukan dana sebanyak

RM 50,000 bagi membiayai kos membeli kelengkapan serta mesin yang ada dalam
perancangan serta membesarkan bengkel proses. Sebagai prospek yang berdaya
maju, kami berharap pihak Agrobank dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
(MAFI) dapat meluluskan permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.

1. Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : Mercucita Trading

No. Pendaftaran : CT 0046283-k

Alamat Perniagaan : No 2, Kompleks Hentian Peladang Sri Kerdau


Kampung Sri Ketumbit ,Kerdau
28010 Temerloh
Pahang Darul Makmur.

No Telefon : 014-5184634

Bidang Perniagaan : Peruncitan dan Industri Asas Tani


Jenis Perniagaan : Milikan Tunggal

Taraf Syarikat : 100% Bumiputera

Peta Lokasi
2.2 Latar belakang pengusaha dan Salinan kad pengenalan yang disahkan

Arus Mercucita bin Mohamed Nordin merupakan ahli PPK Sri Kerdau dan telah
berpengalaman menjalankan perniagaan santan segar sejak dari tahun
2016.Beliau merupakan usahawan muda yang berkelulusan Diploma
Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Cetusan idea untuk menjalankan perniagaan berasaskan kelapa ini bermula


apabila melihat sumber bekalan santan segar untuk penduduk setempat
khususnya di Kerdau amatlah kurang dan penduduk terpaksa ke Bandar
Temerloh untuk mendapat kan bekalan santan segar setiap hari.

Dari situ, maka beliau cuba mengambil peluang ini untuk membuka bengkel
pemprosesan santan bagi menampung keperluan penduduk setempat.Namun,
terdapat satu isu timbul dan menjadi masalah apabila timbunan sabut dari kelapa
yang telah dikupas terlalu banyak. Timbunan sabut kering ini melimpah sehingga
memenuhi halaman belakang premis .

Kuantiti sabut akan menjadi lebih banyak apabila tiba musim perayaan dan cuti
sekolah kerana permintaan terhadap santan agak tinggi ketika itu.Maka, dari situ
tercetus lah idea untuk memanfaatkan sabut sabut kering yang terbuang untuk
diproses menjadi cocopeat.
NAMA : ARUS MERCUCITA BIN MOHAMED NORDIN

UMUR : 30 TAHUN

NO KP : 910103-06-5003

NAMA PROJEK : PROJEK PENGELUARAN SABUT HANCUR (COCOPEAT)

No AHLI PELADANG : 0602

TARIKH LAHIR : 03 JANUARI 1991

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL MENTAKAB

JANTINA : LELAKI

WARGANEGARA : MALAYSIA

BANGSA : MELAYU

STATUS : BERKAHWIN

ALAMAT : LOT 1077 KAMPUNG SANGGANG 28020 TEMERLOH PAHANG DARUL


MAKMUR

NO TELEFON : 014 5184634

TAHAP PENDIDIKAN : DIPLOMA


3.0 Rancangan Pengurusan

Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat Mercucita Trading


yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat secara keseluruhannya.
Manakala bagi pengurusan projek , pihak syarikat akan menggaji kakitangan dan
buruh secara kontrak bagi tempoh selama projek itu berjalan.

Projek penghasilan cocopeat ini akan diuruskan sepenuhnya oleh saya dan
keluarga, kami juga turut dibantu oleh 2 orang pekerja bagi memudahkan kerja-
kerja mengurai sabut dan membungkus cocopeat dan cocofiber ke dalam guni.

Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh seorang Pengarah Urusan, 1 orang


Kerani, 1 orang Pengurus Bahagian dan Kewangan dan 1 orang Pengurus
Bahagian Jualan dan Pemasaran . Bagi pengurusan operasi, diketuai oleh
seorang seorang Penyelia Operasi dan 2 orang pekerja bagi melaksanakan
projek yang telah dirancangkan.

Pengarah Urusan : Arus Mercucita bin Mohamed Nordin


Pengurus 1 (Kewangan) : Badariah Bt Haji Ibrahim
Pengurus 2 (Pemasaran) : Fezlin Bt Haji Mohamed Nordin
Pembantu Pekerja : 1) Abdul Razak Bin Rosli
2) Muhammad Azizul Haikal Bin Abdullah
3.1 Carta Organisasi

Pengarah Urusan

Pentadbiran&kewangan Jualan & Pemasaran Teknikal & Operasi

Projek Cocopeat Projek Santan Segar


Pemasaran

3.2 Strategi Pengurusan


 Memberi bimbingan dan bantuan kepada pekerja supaya dapat
melahirkan pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi
 Mewujudkan hubungan yang baik di antara majikan dengan pekerja dan
memupuk semangat kerjasama di antara mereka bagi menghasilkan kerja
yang lebih efisyen dan berdaya maju .
 Memberi ganjaran bonus kepada pekerja setiap kali mendapat
keuntungan lebih.
4.0 RANCANGAN PEMASARAN

Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang dilaksanakan,


aspek pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dengan cekap
dan berkesan. Perancangan dan analisa semasa penting untuk memastikan
perlaksanaan sesuatu projek menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada
pengusaha. Terdapat 2 jenis pasaran yang dikenalpasti bagi memasarkan
cocopeat

1) Pasaran Runcit

Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk, trend pengguna dan


gaya hidup mempengaruhi permintaan cocopeat dan cocofibre dalam
Industrian pertanian negara.Faktor yang menggalak kan seperti promosi
kebaikan penggunaan cocopeat berbanding tanah memacu kepada
kenaikan permintaan cocopeat terutama di kawasan Bandar. Harga yang
ditetapkan bagi pasaran runcit adalah RM9 bagi satu bag cocopeat
seberat 7-8kg.

2) Pasaran Borong

Pasaran borong dikhususkan buat pengusaha – pengusaha tanaman


fertigasi yang memerlukan cocopeat dan cocofibre dalam kuantiti yang
banyak dan kerap. Di samping itu, kedai peladang juga akan dibekalkan
dengan cocopeat pada harga borong bagi meningkatkan jualan sebagai
usaha sama antara Mercucita Trading dan pihak PPK Sri Kerdau .
Harga bagi pasaran borong pula adalah RM 9.00bagi satu bag cocopeat
seberat 10kg beserta khidmat penghantaran percuma.
 Masalah Pemasaran

a) Kurang Saluran Pemasaran


Kekurangan saluran pemasaran menjadi punca cocopeat gagal
dipasarkan dengan baik kepada pengguna.

b) Kurang Prasarana
Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran
pengangkutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya.

c) Bekalan tidak terjamin


Bekalan sabut kelapa yang tidak menentu dan wujudnya saluran pasaran
yang luas menjadi faktor berlakunya masalah bekalan yang tidak
terjamin .

d) Persaingan
Persaingan yang hebat di kalangan pengusaha-pengusaha cocopeat yang
lain.

 Langkah-langkah Mengatasi Masalah

i) Pendekatan konsep ”Pasaran - Pengeluaran -Pemasaran”


ii) Penyebaran maklumat pasaran
iii) Mempertingkatkan promosi
iv) Penggunaan teknologi terkini
v) Mewujudkan industri hiliran kelapa
vi) Memperbanyakkan prasarana pemasaran
vii) Perlaksanaan penguatkuasaan

 Strategi Pemasaran yang Berkesan

i) Berkualiti
ii) Jaminan pengeluaran
iii) Pengendalian yang sempurna
iv) Kos pengeluaran yang minima
v) Pembungkusan yang baik
vi) Penghasilan yang cepat
vii) Memenuhi citarasa pembeli

4.1 Analisa Pesaing

Nama Pesaing Kekuatan Kelemahan


Kenmart Jaya - Lokasi yang strategik - Harga terlalu mahal
- Pengalaman lebih 15 - Kuantiti cocopeat terhad
tahun - Waktu perniagaan yang
- Kualiti cocopeat yang singkat.
baik
Sahas Nursery - Lokasi yang strategik - Kualiti cocopeat kurang
- Kuantiti cocopeat yang memuaskan
banyak - Harga terlalu mahal
- Waktu perniagaan yang
panjang
Peladang Temerloh - Waktu perniagaan yang - Kuantiti cocopeat terhad
panjang - Harga terlalu mahal
- Layanan yang mesra
Syarikat Ady Jengka - Harga yang murah - Waktu perniagaan yang
- Kuantiti cocopeat yang singkat.
banyak - Lokasi jauh dari pusat
bandar

 Proses Pemasaran

HIMPUNAN SETEMPAT

HIMPUNAN PUSAT

PEMPROSESAN / PENGILANGAN

PEMBORONGAN

PERUNCITAN
Strategi Produk

 Proses penghasilan cocopeat dihasilkan dalam keadaan yang bersih dan


bermutu tinggi.
 Bermutu tinggi yang dimaksudkan adalah cocopeat yang lebih mampat dan
kurang bendasing yang akan mengakibatkan isipadu cocopeat berkurang dan
tidak mampat.
 Pembungkusan produk haruslah dalam bentuk yang lebih ekslusif dan
menarik bagi memastikan pengguna lebih yakin terhadap kualiti produk kami.

Strategi Promosi

 Menggunakan plastik pembungkus yang mempunyai label mengandungi logo


syarikat,maklumat isi kandung barang dan tarikh luput.
 Memberi sampel contoh cocopeat beserta ‘flyers’ iklan kepada pekebun—
pekebun tanaman fertigasi. .
 Memasang bunting dan banner di kawasan – kawasan yang menjadi
tumpuan ramai.
 Mengiklankan tentang kualiti produk di laman social seperti blog,Facebook
dan sebagai nya serta pengiklanan melalui media massa dan media cetak

Strategi Harga

 Menetapkan harga mengikut strategi penembusan pasaran bagi jenama


produk yang masih hijau dalam industri ini,
 Menetapkan harga pada tingkat yang lebih rendah pada syarikat-syarikat lain
untuk menarik perhatian pengguna agar beralih cita rasa untuk mencuba
produk keluaran kami.
 Memberikan harga promosi kepada pengusaha-pengusaha tanaman fertigasi
yang dilihat sebagai prospek untuk mendapatkan jualan yang lebih.

Strategi Edaran

 Menghantar produk keluaran kami ke Nurseri, kedai baja dan pengusaha


tanaman fertigasi.
 Bagi penduduk disekitar premis kami pula,mereka boleh mendapatkan produk
kami secara langsung di premis perniagaan kami
 Memasarkan melalui agensi PPK dimana cocopeat akan dibekalkan secara
tetap kepada Kedai Peladang bagi kemudahan pengguna untuk
mendapatkannya.

i) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing


dan berdaya maju dalam sesuatu kemajuan pemasaran. Perkara ini boleh
berhubungkait dengan kos pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang
berterusan.

ii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran kelapa per hektar Malaysia


adalah di antara yang terbaik di rantau Asia tetapi ”keeping quality” yang
mencacatkan rantaian pengeluaran (supply chain).

iii) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategik di
mana tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket, supermarket, kedai
runcit, pasar malam, pasar awam serta lebih 280 buah gerai pasar tani.
Saluran pasaran adalah agak baik dengan adanya jalan perhubungan darat
yang sempurna dan pelabuhan yang efisyen.
5.0 RANCANGAN OPERASI

5.1 Status Terkini Perniagaan

Perniagaan kami telah berjalan selama 4 tahun iaitu pada 23 Januari 2017 dan
bertapak di Kompleks Peladang Sri Kerdau. Kami bermula dengan hanya
memproses dan memasarkan produk hiliran kelapa seperti santan segar dan
kerisik sahaja.Kini kami telah mengorak selangkah lebih kehadapan dengan ada
nya projek penghasilan cocopeat dan cocofiber ini.

Sehingga kini jumlah purata kelapa yang digunakan dalam sehari sekitar 200
biji.Penggunaan harian kelapa ini menghasilkan sabut seberat 100kg sehari.
Bekalan kelapa diperolehi dari ladang kelapa Matag yang berdekatan.Kelapa
akan dipetik setiap 4 bulan bagi memastikan kelapa cukup matang. Selain
itu,kami mendapatkan bekalan kelapa dari penduduk tempatan yang datang
sendiri ke premis kami bagi menjual hasil tanaman mereka sendiri.

Kami seringkali memenuhi permintaan pengusaha – pengusaha ladang tanaman


secara fertigasi dan polibag sekitar daerah yang berdekatan. Pengeluaran sehari
cocopeat boleh mencapai sebanyak 60 bag sehari dengan kapasiti mesin
pengurai sabut bersaiz 4kaki.

Purata jualan dalam seminggu meningkat sebanyak 300bag daripada 200bag


pada minggu sebelumnya ekoran banyak kesedaran mengenai kebaikan dan
manfaat yang dapat dibuat dengan mengguna kan cocopeat dan cocofiber.

Kami juga bertindak mengiklankan produk di halaman media sosial bagi


memastikan pengguna sentiasa peka dan senang untuk dihubungi bagi
memastikan produk sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
5.1.1 Keperluan bagi pembinaan struktur bengkel memproses
cocopeat

1. Mild steel
 Besi ini digunakan untuk membentuk dan menyokong
asas struktur.
 Struktur akan dibina bagi membentuk grill sepanjang
20 kaki dan tinggi 12 kaki.

2. Batu -bata dan simen


 Binaan tembok setinggi 4.5 kaki akan dibina bagi
menempatkan mesin pelerai sabut dan menyimpan
cocopeat yang siap diguni.
 Simen juga digunakan untuk kerja - kerja melantai
seluas 20m2

3. Heavy Duty Canvas


 Bertujuan untuk memerangkap habuk cocopeat
daripada terbang ke udara.

4. Bumbung
 Bumbung pisang sesikat akan digunakan bagi
menghalang dari hujan ,panas dan cuaca buruk.

5. Jaring hitam (Orkid Net)


 Bertujuan untuk menghalang kemasukan haba panas
matahari kedalam bengkel
 Berfungsi menghalang serangga dan haiwan perosak
daripada memasuki bengkel.

5.1.2 Tenaga Buruh

Memandangkan operasi pemprosesan cocopeat ini dilaksakan


menggunakan bantuan mesin maka keperluan bagi kerja-kerja
penyelenggaraan dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi
melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan
adalah seperti berikut :

BIL TENAGA KERJA JUMLAH FUNGSI


1. Penyelia 1 Orang Bertanggungjawab melaksana dan menyelia
kerja -kerja harian mengikut jadual
2. Buruh Am 3 Orang Melaksana kerja-kerja mengikut arahan
penyelia.

Untuk melaksanakan projek pemprosesan cocopeat ini , pengurusan


segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah
perlaksanaan projek ini adalah seperti berikut :

1) Pengumpulan Sabut Kelapa


2) Proses Leraian Sabut Kelapa
3) Pengasingan Fiber dan cocopeat
4) Pembungkusan
5.1.3 Pengumpulan sabut kelapa

Kelapa yang telah siap di kait dari ladang akan dikumpulkan dan disimpan
di dalam stor sementara menunggu untuk dikupas. Sabut yang telah siap
dikupas, akan dikumpulkan bagi membuang lembapan yang terkandung di
dalam sabut.

Sabut kelapa yang siap dikopek akan dilonggokkan di Kawasan terbuka


bagi memudahkan kerja untuk mengangkut ke dalam pusat pemprosesan
cocopeat.

5.1.4 Proses leraian sabut kelapa

Sabut kelapa kering yang telah dikumpul akan dibawa masuk ke dalam
bengkel untuk diproses menggunakan mesin pelerai sabut kelapa.Kami
memilih mesin pelerai bersaiz 5 kaki mengguna kan enjin diesel berkuasa
23HP. Keupayaan mesin ini mampu menghasilkan cocopeat sebanyak
50kg sejam dan cocofiber sebanyak 50kg sejam.Terdapat dua hasil
produk yang utama iaitu cocopeat dan cocofiber . Bahagian pengeluaran
cocopeat perlu dihadang menggunakan Heavy Duty canvas bagi
memudahkan kerja-kerja mengumpul cocopeat dan mengelakkan dari
debu-debu berterbangan.

Manakala cocofiber yang terhasil pula akan disatukan dan diikat menjadi
blok – blok kecil sebelum disimpan di dalam stor.

5.1.5 Pengasingan cocofiber dan cocopeat


Produk yang terhasil melalui proses peleraian sabut akan terbahagi
kepada dua jenis iaitu cocopeat dan cocofiber. Cocopeat atau cococoir
yang merupakan produk utama akan diasingkan dan disimpan di kawasan
gelap dan kering bagi mengelakkan cocopeat dari terkena cahaya
matahari dan lembapan.

5.1.6 Pembungkusan

Cocopeat yang telah siap diproses akan dibungkuskan menggunakan


guni plastik bersaiz 18” x 33”. Bagi pembungkusan pukal pula kami akan
gunakan saiz yang lebih besar seperti saiz 23” x 38” dari material jerami
dan plastic. Setelah siap dibungkus , guni cocopeat akan dilabel mengikut
jenis dan saiz bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.

Sabut kelapa dikumpul dan punggah ke dalam lori


Sabut Kelapa yang dikupas akan dilonggok kan di tepi mesin pengurai
Mesin pengupas sabut menggunakan teknologi enjin petrol untuk
mengupas sabut dan boleh mengupas sebanyak 400 biji sejam

Sabut yang telah siap


dikupas diangkut menggunakan ATV yang dipasang treler besi.
Sabut diproses menggunakan mesin pengurai sabut dan hasil output dari
mesin ini terdapat 2 produk utama iaitu cocopeat dan cocofiber.

Cocopeat yang dihasilkan akan diratakan terlebih dahulu bagi memudahkan kerja2
membuang bendasing yang ada.Teknik ini juga dapat memudahkan kerja-kerja
pembungkusan sekaligus dapat menjimatkan masa.
Cocopeat akan digunikan dan disusun di dalam stor.

Cocopeat yang telah siap diguni akan dihantar terus kepada pengguna
bagi memastikan mereka mendapat khidmat servis yang terbaik dan
berpuas hati dengan pembelian.
Cocopeat yang telah
dihantar akan di masukan
ke dalam polibag untuk
kegunaan di masa
hadapan.

Cocofiber yang dihasilkan akan dikumpul untuk digunikan.

Cocofiber dapat digunakan sebagai surupan di dalam pasu bunga bertindak untuk
menyimpan air dan menghalang pertumbuhan rumput rumput liar.
Cocopeat yang dihantar ke pelanggan di Bera
Ladang Fertigasi Timun di Bera

Penghantaran cocopeat di Pamah Kasih


Penghantaran cocopeat ke Kg Charuk Puting

5.2 Cadangan Penggunaan Melalui Bantuan

Dengan adanya bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM), kami dapat meningkatkan
lagi kualiti dan kuantiti cocopeat yang dihasilkan melalui naik taraf mesin dan
infrastruktur bengkel proses. Berikut adalah senarai sebut harga mesin dan peralatan
yang ingin dibeli.

Bil Jenis Barang Kuantiti Kos seunit


1. Mesin pengurai sabut 6 kaki 30HP 1 RM 30,000.00
2. Kos binaan bengkel proses 1 RM 20,000.00
TOTAL RM 50,000.00

Dengan ada nya mesin pelerai sabut dan bengkel proses ini, saya yakin dan percaya
bahawa syarikat kami mampu mengeluarkan hasil cocopeat yang berkualiti setanding
dengan jenama lain yang sudah lama bertapak di pasaran

6.0 RANCANGAN KEWANGAN

Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan
(hasil) yang diramal daripada projek ini.
i) Jumlah hasil yang diperolehi daripada sabut yang diproses
bergantung kepada kuantiti cocopeat dan cocofiber yang berjaya
dihasilkan.

Anggaran produksi sehari bagi cocopeat adalah sebanyak 200kg


dan cocofiber sebanyak 200kg.

Harga Jualan bagi seguni cocopeat seberat 10kg = RM12

Anggaran purata bilangan guni terjual sehari adalah sebanyak


20guni,

Ini bersamaan hasil jualan sehari sebanyak RM240 dan sebulan


sebanyak 600 guni bersamaan RM7,200.

1 tan sabut kelapa = 100 guni cocopeat (10kg)

Jualan Cocopeat (sehari) = 200kg / 20 guni

Jualan Cocopeat (sebulan) = 200kg x 30hari

= 6000kg@6tan = 600guni

1 guni cocopeat = RM12

Jualan cocopeat sehari = RM12 x 20 = RM240

Pendapatan kasar sebulan = RM240 x 30 hari = RM7,200

6.1 Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun

Perkara Tahun
1 2 3 4 5
Jumlah
Pendapatan 86,400 90,720 95,040 103,680 93,600 469,420
Jualan
Jumlah 86,400 90,720 95,040 103,680 93,600 469,420
Pendapatan (a)
Utiliti 3,600 4,140 3,960 4,200 4,440 20,340
Gaji Pekerja 36,000 36,000 36,000 36,000 36,000 180,000
Sewa Tapak 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 30,000
Kos Sabut 14,400 15,000 15,000 15,600 16,800 76,800
Jumlah 60,000 61,140 60,960 61,800 63,240 307,080
Perbelanjaan (b)
Lebihan / Defisit 26,400 29,580 34,080 41,880 30,360 162,300
(a-b)

6.2 Daya Maju Projek

Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk :

a) Nilai Kini Bersih (Net present Value) / NPV


b) Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate of Return) / IRR
c) Jangka Masa Pulang Balik Modal

Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual dibawah ini,kedayamajuan projek
ini dapat diukur.

Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun


TAHUN 1 2 3 4 5
PENDAPATAN KASAR
Pendapatan Jualan 86,400 90,720 95,040 103,680 93,600
PERBELANJAAN
Kos Pembangunan 45,600 46,140 45,960 46,200 46,440
Kos Pengeluaran 14,400 15,000 15,000 15,600 16,800
Jumlah Kos 60,000 61,140 60,960 61,800 63,240
PENDAPATAN BERSIH 26,400 29,580 34,080 41,880 30,360

NPV @ 10% =

IRR (%) =

Tempoh Pulang Modal = 1 tahun

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhan nya , projek pemprosesan sabut kelapa (cocopeat) ini mampu
memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahanya dalam tempoh jangka
masa panjang.Walaupun kos permulaan yang agak tinggi dengan kenaikan kos
pengeluaran yang tidak menentu, namun ia dapat diseimbangkan dengan
permintaan tinggi cocopeat di pasaran.

Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi serta
faktor kekurangan stok di pasaran, masih menunjukkan kedayamajuan yang relevan
bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab
peningkatan bilangan pengusaha cocopeat di Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yang


mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa
projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan
dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin juga menyukai