Anda di halaman 1dari 2

Huraikan faktor- faktor yang mendorong perkembangan Zaman Pencerahan

di Eropah pada abad ke-18.

Pencerahan ataupun enlightenment merupakan satu zaman yang berlaku di


Eropah selepas Renaisans dan Reformasi iaitu kira- kira pada tahun 1650-1800.
Enlightenment dapat didefinasikan sebagai Zaman Pencerahan dimana semangat
kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab musabab
dan kaedah-kaedah saintifik. Selain itu, ia juga merupakan satu zaman yang
mendukung gerakan pemikiran dan kepercayaan yang berkaitan dengan konsepkonsep seperti Tuhan, alam dan manusia. Malah, ia juga merupakan satu revolusi
intelektual yang telah melahirkan pemikiran yang liberal dan moden. Hal ini telah
membawa kepada sebuah perkembangan yang realistik yang turut didorong oleh
beberapa faktor disebalik kejayaan ini.
Salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan Zaman Pencerahan
ialah pengaruh renaisans yang telah menjadi faktor utama dalam perkembangan
zaman ini. Hal ini kerana renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan
pemikiran kritikal yang radikal dalam kalangan masyarakat. Ekoran daripada itu, ia
telah mendorong manusia menolak sistem yang sedia ada dan membuka mata
masyarakat untuk mengkritik sistem lama yang dirasakan tidak sesuai mengikut
perubahan zaman. Hasilnya, secara tidak langsung, munculnya negara bangsa,
ciptaan baru, kemajuan seni lukis dan seni bina. Justeru, jelaslah bahawa pengaruh
renaisans ini telah melahirkan masyarakat yang terbuka dan bersedia untuk
menghadapi perubahan yang lebih besar mengikut peredaran zaman.
Selain itu, zaman reformasi juga menyumbang kepada perkembangan Zaman
Pencerahan ini. Reformasi telah menamatkan konsep dunia Kristian dan melahirkan
aliran pemikiran baru seperti Protestan, Anglican dan Presbyterianism. Hal ini telah
sedikit sebanyak telah membantu kepada kemunculan negara mutlak dengan
pemerintah sebagai ketua agama dan negara. Pengaruh reformasi ini juga telah
menyebabkan golongan ini mula memburu kemewahan hidup dan berusaha
menubuhkan sesebuah negara yang kuat dalam segala aspek. Malah, badan- badan
yang muncul pada zaman ini juga mempunyai kuasa autonomi dan mula bebas
daripada ancaman gereja. Justeru, ekoran daripada itu telah menyebabkan idea
baharu seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas dapat diaplikasikan
dengan sebaiknya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh reformasi telah
memudahkan banyak pihak dengan pembaharuan dan matlamatnya dalam
meluaskan empayarnya.
Seterusnya, perkembangan Zaman Pencerahan pada abad tersebut telah
dipengaruhi oleh golongan ahli falsafah. Antara ahli falsafah yang ada pada ketika
itu ialah Voltaire, Rousseau dan Montesquieu yang telah mempengaruhi
perkembangan Zaman Pencerahan. Semangat zaman tersebut telah diperolehi

daripada revolusi saintifik dan intelektual pada abad ke 17 dan turut


mempopularkan idea- idea Francis Bacon, Rene Descartes, Spinoza, Locke dan
Newton. Pada zaman ini juga, falsafah peraturan semula jadi tetap diteruskan,
malah, masyarakat pada zaman ini begitu ragu- ragu terhadap tradisi tetapi yakin
dengan kuasa akal manusia dan sains. Idea yang timbul mengenai kemajuan zaman
ini dikatakan mempunyai ciri- ciri dominan dalam tamadun Eropah mulai abad ke 17
hingga abad ke 20.
Di samping itu, kemunculan kelas pertengahan merupakan satu lagi faktor
yang mempengaruhi perkembangan Zaman Pencerahan. Hal ini dapat dibuktikan
apabila golongan kelas pertengahan yang terpelajar, professional dan komersial
lebih ramai pada zaman tersebut berbanding dengan zaman sebelumnya. Golongan
budiman mula meninggalkan tabiat lama yang tidak sesuai dengan zaman baharu.
Sehubungan dengan itu juga, surat khabar mula bertambah pada zaman tersebut
dan rakyat dapat membacanya dimana sahaja seandainya tidak dapat
memperolehnya di rumah, malah, bilik bacaan turut disediakan untuk tujuan
berkenaan. Hal ini juga telah mendorong kepada permintaan yang tinggi untuk
kamus , ensiklopedia dan kajian ke atas semua jenis ilmu pengetahuan sekaligus
menjadikan gaya penulisan bada abad ke 18 semakin jelas dan mendapat
sambutan meluas. Golongan pertengahan iaitu borjuis bukan sahaja menjadi lebih
berpendidikan malah lebih peka dengan keadaan sekeliling. Ekoran daripada
keinginan mereka untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang tinggi, golongan kelas
pertengahan ini telah belayar dan menjelajah ke luar negeri. Antara tokoh yang
terlibat dalam penjelajahan ini ialah Columbus, Magella dan Francis Drake. Hal ini
telah menyebabkan mereka memperoleh pengetahuan dan mengenali budaya asing
sekaligus membawa perspektif baharu tentang kemanusiaan sejagat kepada
mereka. Oleh kerana itu, segala prasangka terhadap budaya asing terhakis dan
bermula cara pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab musabab.
Kesimpulannya, faktor- faktor ini jelas telah membawa kepada perkembangan
yang sangat membanggakan kepada negara Eropah ekoran daripada pelbagai
pembaharuan dan nilai- nilai positif yang telah diterapkan untuk membangunkan
sebuah negara yang pesat, malah, turut menjadikan Eropah sebagai sebuah negara
yang subur dengan idea- idea baharu pada abad ke 18 seterusnya meletakkan asas
yang kukuh bagi kelahiran Zaman Pencerahan.

Anda mungkin juga menyukai