Anda di halaman 1dari 41

Kumpulan 10

Bab 3 : Masyarakat Maritim



Definisi Maritim
Masyarakat maritim menghubung kait
dengan aktiviti berasaskan laut seperti
perdagangan, perikanan, pengumpulan
hasil laut, perkapalan, penerokaan dan
penjelajahan.

Masyarakatnya yang tinggal di pesisir
pantai, kepulauan, pelabuhan dan di
lembah sungai.

Pelabuhannya dilengkapi dengan
kemudahan seperti tempat menyimpan
barang, tempat penginapan, bekalan air
dan pusat berjual-beli.

Kedudukan Geografi
Kedudukan Portugal berhampiran dengan laut
mendorong masyarakatnya melibatkan diri dalam
bidang maritim. Portugal terletak di Semenanjung
Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik.
Mempunyai kawasan pantai yang panjang dan
mempunyai pelabuhan yang baik seperti Lisbon
dan Antwerp.

Pelabuhan ini berperanan sebagai pusat
pengedaran barang dagangan dan pusat
pengagihan rempah ratus yang dibawa dari Timur
kepada pedagang Eropah. Masyarakatnya menjadi
pelaut mahir kerana pengaruh kelautan yang
membolehkan mereka perolehi pengetahuan dan
pengalaman dalam bidang pelayaran.



Faktor Kemunculan Masyarakat Maritim di
Portugal

Kestabilan Politik

Faktor kebangkitan Portugal sebagai kuasa maritim.Ini menyebabkan raja Portugal
memberi tumpuan kepada kegiatan maritim. Raja daripada Dinasti Avis (1383-1577)
beri galakan kepada masyarakat Portugal melibatkan diri dalam bidang perdagangan
dan perkapalan.

Keadaan politik di negara Eropah lain tidak stabil seperti Sepanyol,Perancis dan
England.Ini kerana,negara kota Itali bersaing sama sendiridi Laut Mediterranean. Pada
ketika itu juga, Sepanyol dan Belanda belum menjadi negara bangsa.Perancis dan
England pula terlibat dalam Perang Seratus Tahun. Ini menjadikan Portugal mempunyai
ruang untuk muncul menjadi kuasa maritim.




Peranan Putera Henry
Beliau merupakan tokoh yang berperanan dalam bidang penerokaan dan
penjelajahan.Seorang saintis dan bekas tentera salib yang mengetahui ilmu
kartografi. Digelar Henry The Navigator kerana mengasas institut pelayaran
di Sagres.Institut ini berperanan sebagai pemberi latihan dan kemahiran
kepada pelayar. Ia menjalankan aktiviti penyelidikan, penciptaan peralatan
pelayaran dan membaiki kapal.

Pelayar yang dapat latihan telah menakluki Kepulauan Madeira(1419) dan
Azores(1427).Tahun 1460, Portugis menguasai rangkaian pelabuhan dari
Kepulauan Madeira hingga ke Cape Verde.

Putera Henry
Pelopor maritim pertama & teragung di
Portugal.

Menggalakkan pelayaran ke luar dari Eropah.

Menubuhakan institut pelayaran di Sagres bagi
mengembangkan & melahirkan pelayar
Portugal.

Membiayai semua peruntukan pelayaran.

Pelayaran pertama ke Afrika pada tahun 1418
Pengaruh Renaisans

Gerakan ini menyebabkan Portugis muncul sebagai kuasa maritim dan
menyebabkan perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans
mempunyai ciri-ciri seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat
kritikal, dan rasional.

Peranan institut gereja mengongkong pemikiran masyarakat mula hilang.Ini
menyebabkan muncul era baru yang mementingkan sains dan teknologi serta
kebebasan manusia berfikir. Era baru ini melahirkan semangat ingin tahu di
kalangan masyarakat dan mula meneroka kawasan yang belum ditemui.


Perang Salib








Perang ini memberi peluang kepada Portugal dan bangsa Eropah lain
mengenali peradaban dan kebudayaan Timur.Keadaan ini menjadikan
bangsa Eropah berfikiran terbuka dan cara pemikiran yang lebih
baik,menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup bangsa Eropah.Masyarakat
Eropah merantau dan belayar serata tempat. Mereka belayar ke Timur
mendapatkan barangan berharga.
Penerokaan wilayah Islam di Sepanyol mendedahkan orang Eropah kepada
ilmu pelayaran. Mereka menimba ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi,
geometri, matematik, sains dan perubatan. Ini membantu Eropah melibatkan
diri dalam penjelajahan.

Penemuan Baharu

Penemuan dalam teknologi pelayaran dan perkapalan membantu
penerokaan. Pelayar Portugal cipta peralatan seperti astrolab,carta pelayaran,
kompas magnetik, dan reka bentuk kapal.Peralatan ini digunakan untuk
menentukan arah dan longitud.

Berpengetahuan dalam bidang geografi dan ilmu pelayaran.Portugal
mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel. Kapal ini berupaya untuk
mengharungi lautan yang luas dan digunakan dalam pelayaran jarak jauh.

Astrolab
Kompass
Perkembangan Kapitalisme
Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal,hak milik persendirian,dan
persaingan dalam perniagaan. Ini menyebabkan raja negara bangsa dan
Portugal mempelopori perkembangan ini dan mengamalkan dasar
merkantilisme yang memberi penekanan terhadap pengumpulan
kekayaan,kekuasaan,jaga kebajikan penduduk tempatan.

Menguasai pelayaran melalui pelaburan baharu dan menjadi galakan
kepada pelayar dan raja menaja pelayaran.

Dorongan Daripada Pengembara Terdahulu
Pengembara memberi inspirasi kepada pelayar Portugal adalah seperti
Marco Polo,Odoric Perdenone.Catatan mereka menarik minat pengembara
Portugal mencari jalan laut seperti buku The Travels of Marco Polo. John
Monte pula merekod pengalamannya berkhidmat di Parsi,India,China.Ini
medorong Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur.

Mitos Prestor John diidentifikasikan sebagai Raja Ethiophia mendorong
kepada kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Portugal.



Ciri-ciri Masyarakat Maritim di Portugal

Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialah
perdagangan yang di jalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan
Antwerp.Masyarakat maritim melancarkan ekspedisi ke Timur untuk
menguasai perdagangan rempah .Pedagang Portugal memperoleh barang
dagangan seperti rempah-ratus, sutera dan batu permata .
Mereka membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil. Selain
berdagang masyarakat maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan ,
mengumpul hasil laut dan
mempunyai kemahiran
membina kapal.

Petempatan
Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir pantai, lembah
sungai dan kepulauan.Petempatan mereka berhampiran dengan laut
memudahkan mereka menjalankan kegiatan seperti perdagangan, menangkap
ikan dan mengumpul hasil laut .

Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai.
Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan ialah Pelabuhan Libson dan Antwerp
yang memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang
dagangan Portugal .

Teknologi perkapalan dan pelayaran
Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan
perahu seperti kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan.Kapal
jenis ini dibina dengan teknologi tinggi kerana akan digunakan untuk pelayaran
jarak jauh.
Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran teknologi pelayaran
di mana tokohnya ialah Putera Henry yang telah mengasaskan sebuah sekolah
pelayaran di Sagres. Sekolah tersebut terlibat dalam penciptaan peralatan bagi
memudahkan pelayaran seperti kompas magnetik, astrolab dan carta
pelayaran.Kewujudan sekolah ini juga membolehkan masyarakat Portugal
terdedah kepada ilmu nautika .
Penjelajahan & penerokaan

Masyarakat maritim di Portugal terlibat dalam aktiviti penerokaan dan
penjelajahan dan telah melancarkan ekspedisi mencari jalan laut ke Timur .
Bartholomew Diaz belayar ke Tanjung Harapan dan berjaya mengelilingi
Tanjung Harapan sampai ke Malindi kemudian beliau meneruskan pelayaran
ke Calicut , India .


Bartholomew Diaz
Cape Of Good Hope / Tanjung Harapan

.
Masyarakat maritim di Portugal merupakan
masyarakat yang berani menghadapi cabaran.
Sebagai contoh, ekspedisi yang di lancarkan
oleh Ferdinand Magellan di mana beliau
terpaksa menghadapi cabaran kekurangan
makanan dan kerosakan kapal namun
meneruskan perjalanan walaupun telah
didesak oleh anak kapal untuk berpatah balik.
Ini menunjukkan Magellan merupakan tokoh
yang berani menghadapi pelbagai cabaran
sepanjang pelayaran .

Memiliki sifat ingin tahu & berani
Masyarakat maritim mempunyai semangat ingin tahu yang kuat yang
menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah
masyarakat lain . Semangat ingin tahu ini mendorong mereka mengkaji bentuk
muka bumi , iklim dan cuaca sesuatu tempat
Ferdinand Magellan
Sumbangan Masyarakat Maritim di Portugal


Portugis berjaya menawan bandar Ceuta yang terletak di Maghribi
Portugis berjaya menemui Kepulauan Madeira
Portugis menguasai Kepulauan Azores
Portugis berjaya mengelilingi Tanjung Bojador
Portugis mendarat di Tanjung Blanc
Orang Portugis menemui Kepulauan Tanjung Verde
Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika
Penjelajahan

Barthlomew Diaz menjumpai Tanjung Harpan di Afrika Selatan
Vasco Da Gama belayar mengelilingi Tanjung Harapan dan
sampai di Calicut, India
1415
1419
1427
1434
1441
1444
1482-1484
1488
1498
Peta Perjalanan Bartholomew Diaz dan
Vasco Da Gama
Vasco Da Gama
Perdagangan
Tahun Peristiwa
1503 Portugal menubuhkan petempatan perdagangan di Cochin,
India
1511 Portugal menguasai Pelabuhan Ormuz
1517 Portugal mengasaskan pangkalan perdagangan di Canton
1520 Portugal mengasaskan pangkalan perdagangan di
Mozambique
1542 Portugal mengasaskan pangkalan perdagangan di Jepun
Penjajahan
Tahun Peristiwa
1415 Orang Portugal menawan bandar Ceuta yang terletak di
Maghribi
1427 Portugal berjaya menguasai Kepulauan Azores
1510 Orang Portugal menawan Goa di India
1511 Angkatan tentera Portugal menawan Melaka
1517 Portugal mengasaskan tanah jajahan di Macau
Afonso de Albuquerque
Belayar dari Portugal dan menawan Goa,
India pada 1510.

Belayar dari Goa dan menawan Melaka pada
1511.

Membina pelabuhan & kubu kuat di Goa &
Melaka.

Dari Melaka beliau belayar ke Siam, Burma
dan Kepulauan Melayu untuk mendapatkan
rempah-rempah.
Perkapalan
Masyarakat martim di Portugal mencapai kemajuan yang pesat dalam bdang
perkapalan.Mereka mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal serta
kemajuan dalam teknologi perkapalan.Mereka mempunyai kemahiran dalam
pembinaan kapal yang mampu belayar di lautan luas. Sebagai contoh mereka
memiliki teknologi membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan.Antara
peralatan baharu yang dicipta oleh mereka ialah carta pelayaran, kompas dan
astrolab.Mereka juga memiliki peta-peta yang lengkap bagi memudahkan
kegiatan penerokaan dan penjelajahan.

Institusi pelayaran: Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat
Eropah yang pertama mendirikan sekolah pelayaran yang didirikan oleh Henry
the Navigator di Sagres yang ditubuhkan untuk memberi latihan dan kemahiran
kepada pelayar Portugal. Sekolah ini memberi galakan dan dorongan kepada
pelayar-pelayar melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan dan penjelajahan.
Pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menguasai Kepulauan
Madeira, Azores dan belayar sepanjang pantai selatan benua Afrika.


Penyebaran Agama Islam

Masyarakat maritim di Portugal juga terlibat dalam penyebaran agama
Kristian.Dalam hal ini, mubaligh Kristian turut dihantar dalam ekspedisi
pelayaran ke Timur.

Mubaligh Kristian telah memulakan usaha untuk mengkristiankan penduduk
di tanah jajahan. Umpamanya penduduk Portugal dan mubaligh Kristian datang
beramai-ramai ke Brazil dan menetap di petempatan baharu seperti di Sao
Paolo, Pernambuco, dan Bahia.



Jepun sudahpun mengadakan
perdagangan dengan negara China &
Barat.
Jepun juga mengadakan dasar buka
pintu kepada negara luar untuk
berdagang dengan Jepun.
Pada abad ke-16, Jepun telah
mengadakan perdagangan dengan
Portugal.
Kemasukan pedagang Portugis
membawa banyak perubahan kepada
Jepun dari segi teknologi, taktik
perang, senjata, kesenian &
penyebaran agama Islam.
Kedudukan Jepun pada Abad ke- 16 dan 17

Kedudukan Geografi

Dari segi geografi,negara ini terdiri
daripada beberapa pulau yang
dikelilingi laut.Antara pulau yang jadi
tumpuan masyarakat maritim di Jepun
ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan
Honshu.Oleh kerana bentuk muka bumi
pulau-pulau ini yang bergunung-
ganang,maka petempatan didirikan di
kawasan pesisir pantai.

Lokasi petempatan yang berhampiran
laut menyebabkan penduduk terdedah
dengan kegiatan berasaskan laut.
Perkembangan ini menjadi asas
kemunculan masyarakat maritim di
Jepun.

Kemunculan Pelabuhan
Kemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di
Jepun.Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan
entrepot.Antara pelabuhan entrepot terpenting abad ke-16 ialah
Kyushu,Nagasaki,dan Shimoda yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun
dan pedagang luar negara.
Menjelang pertengahan abad ke-16,kapal pedagang Portugal berlabuh di
pelabuhan Kyushu.Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan
bangsawan Jepun.

Perdagangan
Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat
maritim di Jepun. Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di
Jepun.Pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di
rantau Asia Tenggara.
Menjelang zaman Tokugawa,hubungan perdagangan terjalin denngan China,
Korea dan Vietnam. Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal
juga datang ke Jepun. Di zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal
datang ke Jepun.Kedatangan pedagang asing ini menyebabkan muncul
masyarakat maritim.

Kemajuan pesat dalam pelayaran ini menyebabkan masyarakat maritim di
Jepun mampu untuk belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara.
Kemajuan yang dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal
menjadikan negara Jepun berjaya muncul sebagai masyarakat maritim. Jepun
melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran
serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.

Kemajuan Dalam Bidang Teknologi Pelayaran

Menjelang abad ke-16, muncul pusat
pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di
Jepun.Masyarakatnya juga mempunyai
kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal
besar yang sesuai untuk pelayaran jaraj
jauh.
Kapal Shuinsen merupakan kapal
yang diguna pedagang Jepun belayar ke
Asia Tenggara.

Dasar Kerajaan Jepun

Dasar buka pintu yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepada
kemunculan masyarakat maritim di Jepun.Dasar ini juga menyebabkan
masyarakat maritim Jepun terdedah pengaruh dari luar seperti Asia dan juga
Barat.

Menjelang akhir abad ke-16,pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti
perdagangan dengan Jepun.Selain pedagang,golongan mubaligh Kristian juga
terlibat dalam menyebarkan dakwah dalam kalangan penduduk Jepun.

Hubungan dengan Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun
menerima teknologi baharu dari Barat iaitu perkapalan.Perkembangan ini
memainkan peranan dalam merancakkan kegiatan maritim.

Galakan Pemerintah

Pemerintah juga memainkan peranan penting. Hideyosi merupakan
pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan.Beliau menggalakkan
pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Semasa pemerintahannya, Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea. Beliau
mengawal kegiatan perdagangan dengan negara-negara asing dengan
mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun
1587. Ekoran itu, pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar
ekspedisi ke Asia Tenggara.
Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan
diri dalam perdagangan maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu,
dasar perdagangan Shuinsen diperkenalkan. Berdasarkan dasar ini kapal dagang
yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara asing dikehendaki
memiliki mohor merah. Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan
melibatkan diri dalam perdagangan maritim.Abad ke-17, banyak kapal dagang
Shuinsen terlibat dalam perdagangan dengan Vietnam. Ini menjadi asas
kemunculan masyarakat maritim.


Pengaruh Luar

Kemunculan masyarakat maritim disebabkan oleh hubungan antara Jepun
dengan negara-negara lain. Menjelang abad ke-16,Jepun jalinkan hubungan
perdagangan dengan Portugal. Akhir abad pula, ramai pedagang dari Portugal
melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan.

Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan
Nagasaki. Menjelang abad ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol
menjalankan perdagangan dengan Jepun. Kedatangan pedagang Barat
menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat dan meletakkan
kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

Kapal Shuinsen
Shogun Tokugawa
Pelabuhan Nagasaki
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim di Jepun
Kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Jepun ialah perdagangan.
Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia
Tenggara.
Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan
Barat. Pedagang-pedang Jepun mengeksport barangan seperti tembaga,
berlian, danperak.
Antara barangan yang diimport oleh pedagangan Jepun ialah sutera,tembikar,
dan tembaga dari China. Barangan tropika pula diimport dari pelabuhan di
Asia Tenggara.


Kemasukan
Kapal Dagang
Portugis
Petempatan

Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantai dan kepulauan.
Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan
aktiviti perdagangan, menangkap ikan, dan mengutip hasil laut.
Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di
muara sungai. Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim
ialah pelabuhan Kyushu, Hiroshima, Nagasaki dan Shimoda.

Teknologi perkapalan
Masyarakat maritim Jepun terdedah kepada kemahiran dalam pembinaan
kapal dan perahu. Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar yang
dikenali sebagai Shuinsen. Kapal layar ini digunakan oleh pedagangan-
pedagangan Jepun untuk pelayaran jarak jauh seperti ke pelabuhan di Asia
Tenggara.
Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga mempunyai kemahiran
membina kapal seperti Higaki-kaisen dan Taru-kaisen. Kapal jenis ini
digunakan dalam perdagangan dalam negara yang melibatkan laluan antara
Osaka dan Edo.

Kapal
Higaki
Teknologi pelayaran
Masyarakat maritim di Jepun mempunyai kemahiran dalam teknologi
pelayaran.Mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu
pelayaran, ilmu nautikadan kartografi.
Masyarakat maritim menerima pengetahuan mengenai teknologi
perkapalan daripada pedagangan portugal. Shogun Leyasu mendapat
bantuan daripada orang sepanyol dalam teknologi perkapalan.
Penjelajahan dan penerokaan
Masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam aktiviti penerokaan dan
penjelajahan. Menjelang awal abad ke-17 , lebih daripada 350 buah
kapal terlibat dalam pelayaran ke luar negeri.
Secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisi perdagangan ke negara-
negara lain setiap tahun. Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga
melancarkan ekspedisi pelayaran ke China, Korea, dan Amerika Selatan.

Sumbangan Masyarakat Maritim di Jepun dalam
bidang Perdagangan

Penggunaan mata wang
Masyarakat maritim di Jepun menjalankan akktiviti perdagangan yang
melibatkan mata wang.
Menjelang abad ke-14, perdagangan Jepun menggunakan mata wang secara
meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang menyebabkan kegiatan
perdagangan kegiatan perdagangan dapat berkembang dengan pesat.
Kehadiran pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol dan British telah
menyebabkan penggunaa mata wang perak meningkat kerana digunakan dalam
urus niaga.


Perdagangan luar Negara
Hubungan antara Jepun dengan dunia luar berkembang pesat sejak zaman
Ashikaga. Pada zaman tersebut, perdagangan Jepun menjalankan perdagangan
dengan Negara di Asia Tenggara.
Hubungan perdagangan antara Jepun dengan Vietnam berkembang pesat
pada abad ke-16, ini di sebabkan oleh dasar kerajaan Ming yang menghentikan
segala aktiviti perdagangandengan Jepun.
Dasar kerajaan Ming menyebabkan pedagang-pedagang Jepun mengalami
kesukaran unuk mendapatkan barang dagangan dari China. Keadaan ini
menyebabkan pedagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam untuk
mendapatkan barang dagangan.
Persatuan perdagang
Perkembangan pesat dalam perdagangan telah menyebabkan muncul
Persatuan Dagang di Jepun.Pedagang-pedagang menubuhkan persatuan
dagang (guild) di pecan dan bandar-bandar besar.Sebagai contoh, orang
Belanda menubuhkan persatuan perdaganagn di Khusyu pada tahun 1609.
Selain persatuan dagang, persatuan kewangan yang di kenali sebagai
mujinko juga ditubuhkan.Selain itu, pusat pertukaran wang juga ditubuhkan
di bandar-bandar besar di Jepun.

Pengkhususan kerja
Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan berlaku
pengkhususan kerja.Penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi
seperti pertukangan, perlombongan dan perdagangan.
Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan
artisan.Golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik
dengan menggunakan teknologi dari Korea.Selain itu, orang Jepun juga
melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang
bermutu tinggi.

Kemunculan kelas pedagang
Perkembangan pesat dalam sector perdagangan menyebabkan muncul
golongan pedagang di Jepun.Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi
menyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.
Menjelang abad ke-17, golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi
mengendalikan urusan perdagangan.Pedagang-pedagang Jepun menubuhkan
persatuan pedagang di bandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan
mereka.

Kebudayaan

Penyebaran agama kristian
Paderi-paderi kristian daripada mahzab seperti Jesuit,Franciscan,dan
Dominican menyebarkan agama kristian di Jepun. Pada tahun 1582,terdapat
150 000 orang kristian dan lebih daripada 200 buah gereja di Jepun. Penganut
agama kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan
golongan bangsawan.
Pengaruh asing dalam bahasa Jepun
Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata
Jepun. Umpamanya perkataan Portugis,iaitu pao (roti) dan bosan (butang).
Perkataan Sepanyol yang diterima dalam perbendaharaan kata Jepun adalah
jabon (sabun). Perkataan Belanda yang diterima dalm bahasa Jepun ialah doek
(itik).

Kehadiran Mubaligh Kristian Portugis
Kehadiran pedagang Portugis

Anda mungkin juga menyukai