Anda di halaman 1dari 3

Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 hingga 1918.

Huraikan kesan perang tersebut


terhadap dunia Eropah.

Pendahuluan:

Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Belgium pada 4
Ogos 1914. Perang yang berlangsung selama empat tahun berakhir apabila Jerman dan sekutunya
ditewaskan oleh Pihak Berikat. Perang ini ditamatkan menerusi beberapa siri perjanjian melibatkan
pihak yang menang dan pihak yang kalah. Perjanjian Versailles yang dimeterai antara Jerman dan
pihak yang menang telah meninggalkan kesan yang amat mendalam. Oleh itu, perang ini
meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan social kepada negara-
negara benua Eropah.

Antara kesan politik yang dialami oleh benua Eropah ialah keruntuhan pemerintahan
monarki. Perang Dunia Pertama telah melenyapkan pemerintahan monarki di benua Eropah. Perang
ini menyebabkan system pemerintahan beraja d Jerman, Rusia, dan turki berakhir. Pada tahun 1925,
Empayar Turki Uthmaniyah yang meliputi Poland, Bulgaria,Czechoslovakia dan Finland berakhir.
Perang ini menyebabkan system pemerintahan beraja berakhir di Jerman apabila Kaiser William II
dibuang negeri ke Belanda. Pemerintahan beraja berakhir di Rusia Apabila tercetus Revolusi Rusia
pada tahun 1917. Oleh itu, Kerajaan onarki yangrutuh telah digantikan dengan Kerajaan demokrasi.

Seterusnya, Perang Dunia Pertama telah menyebabkan kebangkitan demokrasi. Selepas


tamat perang, Kerajaan monarki diganti dengan Kerajaan bercorak demokrasi. Peperangan ini
menyaksikan kemunculan Kerajaan republik di Rusia, Turki dan Jerman. Sebagai contoh, kerajaan
republic Turki diasaskan pada tahun 1923 dibawah pimpinan Mustapha Kamal Ataturk. Selain itu,
buah Kerajaan republic di Jerman didirikan apabila maharaja empayar Jerman dibuang negeri.
Jelaslah bahawa Perang Duna Pertama telah menyebabkan munculnya kerjaan-kerajaan demokrasi di
benua Eropah.

Selain itu, terdapat juga kesan dari aspek ekonomi. Antara kesan yang ditanggung oleh
negara-negara di Eropah ialah hutang antarabangsa. Perang Dunia Pertama menyebabkan beberapa
negara Eropah menanggung beban hutang yang tinggi. Hal ini kerana mereka harus membayar ganti
rugi kerana telah mlakukan kerosakan di Eropah. Buktinya, pada akhir Perang Dunia Pertama, hutang
yang ditanggung oleh Britain dianggarkan sejumlah 74 350 Lac Pound manakala hutang Perancis
berjumlah 1 474 720 Lac Pounds. Pada keseluruhannya, perbelanjaan perang ini lebih banyak
daripada segala kekayaan yang dimiliki oleh empayar Britain. Maka, terbuktilah bahawa Perang ini
menyebabkan negara-negara di eropah menganggung beban hutang yang tinggi.

Di samping itu, terdapat kesan dari aspek social. Antaranya ialah semangat perkauman yang
luntur. Perang Dunia Pertama menyebabkan semangat perkauman dan perbezaan warna kulit yang
menebal dalam kalangan bangsa Eropah mulai luntur. Sebelum tercetus Perang dunia Pertama,
rakyat Britain, Perancis dan jerman amat mementingkan keagungan bangsa masing-masing. Orang
Eropah memnadang rendah terhadap orang kulit hitam seperti orang Afrik dan India. Semasa
perang,semua bangsa tururt serta dalam perang. Umpamanya, tentera India dan Afrika membantu
tentera Britain dala medan Perang. Hal ini menyebabkan perbezaan dan semangat perkauman dalam
kalangan bangsa Eropah mula berkurangan.

Akhir sekali, munculnya peningkatan peranan Wanita. Semasa perang Dunia Pertama, ramai
golongan lelaki terpaksa meninggalkan pekerjaan dan menyertai tentera utuk mempertahankan
negara. Perkembangan ini menyebabkn wujud kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkilangan da
pejabat. Golongan Wanita diberi peluang untuk mengisi kekosongan kerja dalam sektor perkilangan
dan pengurusan. Hal ini menyebabkan skop pekerjaan Wanita menjadi lebih luas. Oleh itu, golongan
Wanita mula memainkan peranan penting dalam Masyarakat.

Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam
bidang politik, ekonomi dan social. Perang ini menyebbkan kegiatan ekonomi terjejas dan berlaku
masalah inflasi serta kebuluran. Dalam aspek social, perang ini telah menelan perbelanjaan dan
angka korban yang tinggi. Oleh hal yang demikian, masalah politik, ekonomi dan social yang timbul
akibat perang in merintis jalan kea rah Perang Dunia Kedua.

Bincangkan sumbangan idea-idea Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada abad ke-18.

Pengenalan:

- Pengasas kepada disiplin ekonomi moden


- Belajar di University Oxford (1740-1746)
- Dianugerahi gelaran Professor pada 1751 dan gelaran Dr undang2 pada tahun 1762 dari
university Glasgow
- Buku yang terkenal; The Wealth of Nation

Isi 1: Merkantilisme

-Menolak Tindakan mengawal tanah jajahan

- Tanah jajahan berkembang apabila diberi kebebasan

- Kawalan terhadap tanah jajahan menambahkan beban negara induk

Isi 2: Pengkhususan antarabangsa

- Perdagangan bebas meluaskan pasaran


- Lebihan hasil dipasarkan keluar negara
- Pengkhususan antarabangsa memajukan sesebuah negara

Isi 3: Teori faedah mutlak

- Memperkenalkan teori faedah mutlak


- Tidak praktikal menghasilkan barang yang boleh didapati dengan murah di negara lain
- Sarankan pengkhususan pengeluaran

Penutup:

- Pandangan yang dikemukakan oleh adam smith menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
England
- Idea yang dikemukakan olehnya diterima dalam bidang ekonomi dan diamalkan negara2 lain
di seluruh eropah.

Bincangkan ciri-ciri kemajuan yang dicapai oleh Masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16
hingga 17

Pengenalan:

- masy. Yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut


- terlibat dalam aktiviti perdagangan, perikanan dan pengumpulan hasil laut
- lahir masy. Maritim yang terdiri daripada pelayar, peneroka, pelaut dan pedagang.
Isi 1: Kegiatan ekonomi

-Pelibatan dalam aktiviti ekonomi berasaskan laut

-Ekonomi utama ialah perdagangan

- Perdagangan di pelabuhan2 Lisbon dan Antwerp

Isi 2: Petempatan

- berhampiran laut
- tinggal berhampiran pesisir Pantai, Lembah Sungai, dan Kawasan kepulauan
- memudahkan mereka menjalankan aktivit perdsgangan, menangkap ikan dan mengumpul
hasil laut

Isi 3: Teknologi perkapalan dan pelayaran

- mempunyai Kemahiran dlm pembinaan perahu dan kapal


- Caravel seberat 2000 tan
- Kapal2 ini dibina menggunakan teknologi tinggi dan digunakan dalam pelayaran jarak jauh

Penutup:

-Masy. Maritim Portugal memberi sumbangan dalam budang perdagangan, perkapalan,


penerokaan dan penjelajahan

- kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai laluan perdagangan dan mengasaskan koloni
tanah jajahan di timur

Jelaskan perkembangan kegiatan ekonomi feudalisme di Jerman pada abad ke 16 hingga 18

Pertanian:

- Tanaman bijirin seperti gandum, barli dan oat


- Petani dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan pekerjaan lain seperti
memburu, menangkap ikan dan memotong kayu

Industri:

- Industri tekstil seperti kain bulu dan linen


- Bandar seperti luberg, hamberg dan Bremen mengeluarkan logam dan bulu Binatang

Institusi kewangan

- Bank jerman banyak menyumbangkan bantuan kewangan kepada pedagang jerman.

Anda mungkin juga menyukai