Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Syukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan
ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Kerja kursus ini ialah antara
kerja yang perlu diselesaikan dalam kursus Pengantar Bahasa Melayu. Sepanjang
menjalankan tugasan kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalaan utama yang berlegar-legar dan
muncul dalam kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus lain yang
perlu disiapkan dalam tempoh masa yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut.
Walaubagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebalikny, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini
kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang baru dan asing bagi
kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan
sebenarnya telah disediakan lebih awal dalam tutorial di kelas pada setiap minggu.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi atau bekerjasama dengan rakan-
rakan,senior dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya
sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang
untuk bertanya kepada rakan-rakan,senior dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan
tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi
tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada
setiap minggu di dalam kelas lagi. Kolaborasi-kolaborasi seperti pembentangan di dalam
kelas tersebut antara lain ialah pemilihanbahan yang tepat dan baik,perkongsian idea,
pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan- bahan dengan rakan. Kolaborasi
seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

Itu adalah antara halangan yang saya lalui semasa membuat tugasan satu, tugasan
kedua iaitu penghasilan karya prosa atau karya kreatif merupakan tugasan yang agak
mencabar dari tugasan sebelumnya. Antara halangan yang saya tempuhi semasa
menyempurnakan tugasan ini ialah sumber untuk mencari karya yang belum disunting atau
belum dibukukan. Walaubagaimanapun saya menemui penyelesaian dengan berjumpa
bapa saya yang berada di kampung kerana IPG bercuti selama seminggu dan saya
berkesempatan untuk pulang ke kampung. Bapa saya merupakan sumber tunggal kepada
karya yang saya hasilkan. Beliau menceritakan legenda yang terkenal di kampung halaman
kami, cerita tersebut merupakan cerita turun temurun.
Terdapat banyak pengalaman yang saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini
antaranya tidak cukup tidur dan pengawalan diri yang kurang baik iaitu suka menangguhkan
kerja atau tugasan yang diberi. Saya juga kini sudah mendapat pendedahan suasana
kehidupan di IPG terutamanya tugasan yang diberi.oleh itu saya akan lebih bersedia apabila
ada tugasan yang akan diberikan nanti. Saya juga harus membaiki sikap saya yang suka
menangguhkan kerja kerana ia akan menyebabkan saya mendapat tekanan atau beban
kerja yang banyak kerana banyak kerja yang saya tangguhkan.

Saya juga telah menambah pengetahuan dalam Bahasa Melayu terutamanya dalam
tajuk Morfologi, berkaitan dengan tugasan satu iaitu menganalisis teks cerpen yang diberi
ke dalam aspek morfologi serta mengenal pasti system ejaan yang terdapat dalam Bahasa
Melayu. Hal ini akan membantu saya dalam pembelajaran yang seterusnya dan menjadi
penduduk Malaysia yang mampu bertutur dan menulis menggunakan bahasa yang betul
dan tepat.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai ikhtibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran
pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali dalam subjek ini, saya
mempelajari bahawa seorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang
tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan
tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer atau teknologi terkini. Oleh itu,
sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan
computer dengan baik . jika seorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini,
kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.
Tambahan pula guru harus peka dengan kemajuan di sekelilingnya kerana perkar tersebut
mempengaruhi pelajar yang diajar, contohnya gajet seperti telefon pintar yang digunakan
secara meluas sekarang oleh golongan remaja terutamanya.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan ini dengan


baik dan memuaskan hati saya. Saya juga telah mengalami banyak masalah yang
mematangkan saya dalam pembelajaran saya terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu.
Tugasan ini juga telah menyedarkan saya untuk mengatur masa dengan baik dan jangan
menangguhkan kerja yang diberi untuk mendapatkan hasiol yang baik dan sempurna. Saya
juga telah berusaha untuk mencapai objektif kerja kursus dan syukur saya telah Berjaya
mencapainya walaupun masih banyak aspek yang perlu diperbaiki.

Anda mungkin juga menyukai