Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS ASPEK-ASPEK KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU

BERDASARKAN NOVEL TITIK-TITIK PERJUANGAN


Novel Titik-titik Perjuangan mengisahkan perjuangan Pak Alim dan anak-
anak buahnya yang berjuang hingga ke titis darah terakhir demi sebuah
kemerdekaan. Segala-galanya diatur dengan penuh teliti. Kampung Mualim dijadikan
tempat untuk membuat perancangan menentang penjajah. Dari kampung ini juga
Pak Alim memulakan segala perjuangannya. Akhirnya, Pak Alim dan anak-anak
buahnya berjaya mendapatkan kemerdekaan dengan semangat mereka yang tinggi,
semangat ingin maju dengan mempelajari ilmu agama dan membaca al-Quran.
Kebudayaan Melayu dalam novel ini akan dibincangkan melalui beberapa aspek,
iaitu kesenian, adat, kepercayaan dan perubatan. Melalui drama ini kita dapat
melihat unsur kesenian masyarakat Melayu telah diterapkan. Masyarakat Melayu
suka mencipta kraf tangan serta peralatan atau perkakasan bagi tujuan kegunaan
harian mereka. Contohnya dalam novel ini mereka telah mencipta keris sebagai
senjata bagi mempertahankan diri. Dinyatakan dalam novel ini, keris adalah benda
seni yang meliputi seni tampa, seni ukir, seni pahat, seni bentuk serta seni
perlambangan. Pendekar-pendekar menyarung keris di pinggan. Menurut Siti Zainon
Ismail (1989), dalam masyarakat Melayu, keris merupakan lambang kegagahan dan
juga digunakan untuk kelengkapan diri sebagai penyelamat. Dalam novel ini juga
tertulis sebelum membuat keris perlu ada doa-ada tertentu, mantera serta diadakan
satu upacara dan makanan khas seperti ancak.

Sebelum membuat keris, ada doa-ada tertentu, mantera serta diadakan satu
upacara dan makanan khas seperti ancak .

(Titik-titik Perjuangan, 2009:17)

Selain itu, masyarakat Melayu yang mengerjakan sawah juga mengamalkan


adat kebudayaan Melayu dari segi kegiatan masa lapang khususnya selepas menuai
padi seperti mengadakan pertandingan dan bersabung kerbau, bersilat, main gasing,
tumbuk emping, nazam dan joget lambak. Silat merupakan salah satu daripada
cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman berzaman, iaitu seni mempertahankan
diri. Bersilat dapat meningkatkan kekuatan rohani sejajar dengan prinsip Islam yang
dipraktikkan. Seni silat, yang lazimnya diiringi paluan gendang dan gong, biasanya
dipersembahkan di majlis perkahwinan serta acara perayaan masyarakat Melayu.

Kebiasaan pesawah akan mengadakan pertandingan dan bersabung kerbau,


bersilat, main gasing, tumbuk emping, nazam dan joget lambak.
(Titik-titik Perjuangan, 2009:21)

Seterusnya, kesenian budaya Melayu dalam novel ini juga dapat dilihat dari
segi seni bina. Kebudayaan Melayu dapat dilihat dari segi struktur pembinaan masjid
yang dibina oleh masyarakat Melayu. Menurut Othman Mohd Yatim (1989),
bersama-sama masjid terdapat beberapa struktur bangunan yang diperlukan semasa
beribadah, iaitu menara, mihrab dan mimbar. Tambahan pula, menurut Amir A.
Rahman (1990), tujuan menara dibina ialah untuk melantangkan suara azan. Ketiga-
tiga struktur itu dihiasi indah dengan motif-motif Islam yang terdiri daripada kaligrafi,
bunga-bungaan, geometri dan sebagainya.

Corak-corak berunsur Melayu terdapat di tepi kubah. Menara batu pula


adalah ilham penduduk tempatan dan bentuknya seperti bentuk pagoda. Ukiran pada
bumbung dan dinding juga menyerlahkan keindahan alam yang terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan, seperti ukiran sulur bayur, mahkota dan awan larat .

(Titik-titik Perjuangan, 2009:23)

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup.
Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka
iaitu Islam. Pada zaman pengaruh Islam, masyarakat Melayu menjadikan Islam
sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Terdapat banyak adat dalam
kebudayaan masyarakat Melayu. Antaranya adat yang dapat dikesan dalam novel ini
ialah taat kepada raja dan negara. Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau
Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari
ini. Sebagai contoh,

Pemimpin masyarakat memerintahkan anak buahnya supaya taat kepada


Sultan kerana kerjasama antara rakyat dengan kerajaan penting untuk memajukan
iktisad serta menjaga kemesraan antara kaum.

(Titik-titik Perjuangan, 2009:130)

Selain itu, hubungan sosial dan kemanusiaan antara individu amat penting
diwujudkan dalam kehidupan masyarakat Islam. Oleh itu, terdapat adat-adat dalam
kebudayaan Melayu yang diamalkan untuk menunjukkan kesopanan dan kemesraan.
Misalnya, masyarakat Melayu dalam novel ini berjabat salam apabila bertemu.
Dalam budaya masyarakat Melayu, orang muda hendaklah memberi salam kepada
orang yang lebih berumur. Dengan memberi dan menjawab salam, dapat
menunjukkan seseorang itu beradab dan bersopan santun.
Atan menghulurkan tangan untuk berjabat salam, Pak Ngah menyambutnya.
(Titik-titik Perjuangan, 2009: 44)

Seterusnya, masyarakat Melayu dalam ini juga mengamalkan adat berpuasa.


Puasa adalah suatu ibadat yang dituntut oleh Islam kepada umatnya. Menurut Nik
Mustapha Nik Hassan, Mohd Ridhuan Tee Abdullah (1994), Melalui ibadat puasa,
umat Islam dilatih untuk meningkatkan tahap kerohanian, disiplin diri dan
mengamalkan perbuatan yang mulia. Misalnya, masyarakat Melayu dalam novel ini
berpuasa sebelum membuat keris dan semasa berperang.

Semasa berperang mereka akan berpuasa.

(Titik-titik Perjuangan, 2009: 58)

Di samping itu, masyarakat Melayu juga mengamalkan adat berdoa. Menurut


Noriati A. Rashid (2005), doa menjadi amalan kepada orang Melayu memandangkan
Islam yang dianuti menegaskan kepentingan doa sebagai suatu amalan hidup
sekiranya manusia menginginkan keberkatan dan rahmat-Nya. Doa memainkan
peranan untuk menggambarkan harapan yang disandarkan kepada kebesaran
Tuhan yang akan menentukan harapan tersebut terlaksana. Misalnya, penduduk
kampung mendoa agar Allah memberkati mereka.

Penduduk Kampung Mualim mengadakan majlis kenduri dan doa selamat


memohon kepada Allah memberkati usaha mereka menentang penjajah.

(Titik-titik Perjuangan, 2009:159)

Menurut Husin Fateh Din, Nazariyah Sani (2014), kepercayaan merupakan


amalan yang dianuti dan dilakukan oleh masyarakat. Dalam novel Titik-titik
Perjuangan, terdapat kepercayaan di kampung yang masih mempercayai perbuatan
khurafat dan tahayul. Khurafat bermakna kepercayaan karut yang bertentangan
dengan agama Islam juga terdapat kepercayaan-kepercayaan karut yang
bertentangan dengan ajaran agama Islam yang maha suci. Kepercayaan ini diwarisi
secara turun-temurun, dan satu generasi ke satu generasi. Selain itu, masyarakat
Melayu dalam novel ini juga mengamalkan kepercayaan nenek moyang yang
mempercayai kewujudan kuasa ghaib dan jin. Petikan-petikan berikut menunjukkan
contoh kepercayaan khurafat dalam masyarakat:
Sebelum menganut Islam, orang Melayu mengamalkan kepercayaan nenek
moyang. Walaupun masyarakat dah menganut Islam, amalan ini sudah sebati.
Mereka tetap yakin hantu dan syaitan boleh menolong mereka.

(Titik-titik Perjuangan, 2009:16)

Apa yang menyedihkan Si Pindai Kota, ialah perbuatan bomoh yang sudah
habis ikhtiar dengan ubat-ubatan, menggunakan kuasa makhluk ghaib untuk
menyembuhkan pesakit yang sudah nazak.

(Titik-titik Perjuangan, 2009:114)

Seterusnya, dari aspek perubatan pula, masyarakat Melayu dalam novel ini
telah mengamalkan kebudayaan Melayu yang tradisi dalam mengubati penyakit.
Perubatan tradisional Melayu ialah perubatan Melayu yang diamalkan oleh para
bomoh dan Tok Dusun sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak
menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba.
Misalnya, dalam novel ini, daun misai kucing digunakan untuk menurunkan panas
badan manusia yang disebabkan penyakit. Tambahan pula, serbuk kopi juga
digunakan dan ditaburkan ke atas luka yang berdarah.

Daun misai kucing direbus dan beri anak ini minum airnya setiap pagi
segelas sehingga demamnya hilang.

(Titik-titik Perjuangan, 2009:15)

Luka si anak diubati dengan menaburkan serbuk kopi ke atasnya.

(Titik-titik Perjuangan, 2009:49)

Anda mungkin juga menyukai