Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN

1.

TAJUK INOVASI
Jelajahi Dunia Sejarah

2.

NAMA PASUKAN & JABATAN / UNIT


Jabatan Sains Sosial

3.

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN


Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan
kaedah chalk and talk amat membosankan. Ini menyebabkan murid-murid kurang
minat untuk belajar Sejarah dan susah untuk mengingati peristiwa serta fakta
Sejarah. Satu cara yang amat berkesan adalah menggunakan komputer kerana ia
dapat menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk belajar dalam suasana
yang menarik dan gembira. Masalah utama ialah bahan bantu mengajar berasaskan
komputer dalam Sejarah adalah agak kurang, tidak sesuai dan juga mahal harganya.
Bahan bantu mengajar Sejarah yang terdapat di pasaran kebanyakannya dalam
bentuk hard-copy. Oleh itu, projek inovasi ini direka dan dibina khasnya bagi
membantu murid-murid mempelajari Sejarah dengan menggunakan kaedah
pembelajaran berasaskan komputer. Ia dilengkapi dengan pelbagai gambar dan
grafik yang sesuai dan menarik, rakaman audio suara yang jelas. Harga kos juga
amat rendah dengan menggunakan sekeping CD dan komputer sahaja. Tambahan
pula, penggunaan CD yang bersifat mudah alih membolehkan pengguna membawa

4.

ke mana-mana.
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Masalah-masalah penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk hard copy seperti
buku, majalah dan surat khabar amat membosankan dan tidak menarik. Selain itu,
bahan-bahan seperti ini mudah rosak dan tidak tahan lama. Bahan bantu mengajar
dalam bentuk hard copy juga susah dibawa kerana berat dan besar. Berikut
merupakan contoh-contoh bahan bantu mengajar yang terdapat di pasaran. Bahan
bantu mengajar yang sedia ada amat terhad dan kurang menarik.

Anda mungkin juga menyukai