Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU II KG.

SALAPING, KOTA MARUDU SABAH Kertas Cadangan Pengwujudan Galeri Sejarah


Pendahuluan : Subjek Sejarah merupakan salah satu cabang ilmu sains kemanusiaan yang banyak memainkan peranan penting dalam mempengaruhi peredaran zaman, budaya dan corak kehidupan manusia. Pengetahuan tentang peristiwa masa lalu adalah penting dalam mewujudkan kehidupan, budaya dan inovasi masa hadapan yang lebih positif dan cemerlang. Melalui pengetahuan sejarah, manusia mampu mengambil ikhtibar dan pengajaran untuk menjadikan kehidupan ini lebih positif di masa akan datang. Pengwujudan Galeri Sejarah di sekolah merupakan salah satu tindakan yang mampu menurus kepada minat dan pembudayaan pelajar terhadap warisan sejarah tanah air khasnya dan dunia amnya. Di samping itu, Galeri sejarah ini juga mampu menjadi pusat rujukan dan info kepada para pelajar bagi mengetahui peristiwa masa lalu dan juga sebagai maklumat pengetahuan dalam menjawab soalan peperiksaan. Matlamat :

Mewujudkan masyarakat yang meghargai nilai sejarah. Membudayakan pelajar meminati Mata pelajaran Sejarah. Objektif :

1. Memudahkan warga sekolah yang berpengetahuan sejarah. 2. Menarik minat pelajar terhadap subjek sejarah. 3. Memudahkan pihak guru dan para pelajar merujuk bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. 4. Sebagai langkah menambah keceriaan kawasan bangunan sekolah. Rasional :

Sejarah merupakan maklumat yag begitu dominan dalam kehidupan seharian khususnya dalam membantu mengetahui peristiwa masa lalu untuk dijadikan panduan dan ikhtibar dalam kehidupan manusia, mahupun dalam pembangunan sesebuah negara. Dengan itu sudut galeri sejarah ini diwujudkan bagi memastikan warga sekolah ini dapat mengakses maklumat secara langsung tanpa susah-payah mencari daripada sumber-sumber lain. Pengwujudan kemudahan ini akan membantu warga sekolah ini memperoleh maklumat di kawasan sekolah dengan mudah. Sudut Galeri Sejarah ini akan di Update dari masa ke-semasa. Tempat dan Tarikh : Kemudahan Sudut Galeri Sejarah akan diwujudkan di SMK.Kota Marudu II, di ruang laluan berdekatan dengan Bilik Guru 2, Tingkat 2.Pada awal bulan Jun 2013.

Kumpulan Sasaran : Semua warga SMK.Kota Marudu II. Jawatankuasa Induk : Penasihat: Tn.Haji Marmoh bin Kasman Pengerusi: En.Voon Hon Min @ Mohd Amin Voo Pengetua GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum Ketua Panitia Sejarah

Naib Pengerusi 1: Encik Datu Sainuddin bin Datu Hussin Naib Pengerusi 2: Encik Morris Kundapit Setiausaha: Cik. Freshniellis @ Mcquineo Jappri Jawatankuasa Kerjan / AJK : -

Pengerusi: Encik Fedelish Modirim (Ketua Penyelaras Sudut Galeri sejarah) Setiausaha : Bendahari: AJK Kecil : 1. 2. 3. Strategi : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mesyuarat Perancangan Penyediaan kertas kerja Urusan surat menyurat Mendapatkan peruntukan Membeli Bahan Gotong-royong mewujudkan Sudut Galeri Sejarah (Bersama Kelab Sejarah) Pameran dan kemas-kini Sumber sepanjang masa

Anggaran Kos: HARGA SEUNIT (RM) RM 110

BIL. 01 02 03 04 05 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15

KETERANGAN Meja Lipat Kain Alas Meja (Warna Kunning) Plastik pelapik meja Papan kenyataan Reben Gam / double tape Staples Kertas Berwarna A4 (Biru, Merah, Kuning) Ink Printer Berwarna Ink Printer Hitam Foto Paper A4 LCD Monitor CPU (Procesor) Wayar penyambung soket Kad Manila pelbagai warna Rak / Almari berkaca

KUANTITI 3 10 Meter

KOS (RM) 330

3 Rim 3 3 1 Rim 1 1 10 Meter 2 30 2

JUMLAH Sumber Kewangan : Peruntukan yang dipohon daripada pihak pentadbiran sekolah. Sumbangann Derma daripada orang-perseorangan. :

10 000

Penutup

Pencapaian murid dalam peperiksaan, penghasilan kerja kursus, dan kualiti pembelajaran pelajar dijadikan sebagai indikator bagi menentukan keberkesanan kemudahan ini dalam membantu peningkatan prestasi pencapaian akademik pelajar. Semoga Cadangan pengwujudan Sudut Galeri Sejarah ini dapat direalisasikan dengan jayanya melalui kerjsama dari semua pihak yang terlibat secara-langsung mahupun yang tidak langsung. SEKIAN Disediakan Oleh,

........................................... (FEDELISH MODIRIM) Ketua Penyelaras Sudut Galeri Sejarah SMK.Kota Marudu II, Kota Marudu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai