Anda di halaman 1dari 9

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMUSATAN BAHAN

DEFINISI: Pengajaran berpusatkan bahan ataupun alat menekankan penggunaan bahan-Bahan seperti komputer,slaid, transparensi, projector overhead, tv, pakej pembelajaran,model, carta dan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1997)

FAKTOR-FAKTOR objektif pengajaran, keperluan pelajar, ciri-ciri pelajar strategi pembelajaran MATLAMAT Penggunaan media dapat memastikan pelajar betu-betul literate iaitu boleh membaca, menulis dan memahami degan sepenuhnya segala pengetahuan dan apa-apa yang dipelajari. Bentuk penyampaian akan menjadi lebih fleksibel berasaskanjenis media, kandungan dan keperluan respon spasifik situasi pembelajaran (Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar & Rahil Mahyuddin, 1997).

CONTOH-CONTOH: Telivisyen - merupakan alat yang dapat menghidupkan P&P. Kajian tentang haiwan, tumbuh-tumbuhan dan cara hidup dapat dilihat dengan lebih menarik dan tepat konsepnya Slaid dan transparensi - membantu pelajar untuk memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat dan jitu berbanding kaedah chalk and talk. Bahan yang berwarna-warni dan disertai dengan ulasan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Model - adalah dalam bentuk tiga dimensi. Contohnya glob, rangka manusia, model gigi manusia. Model memberikan gambaran yang lebih tepat dan terperinci.

Gambar - adalah dalam bentuk dua dimensi. Gambar dapat menggambarkan dan menimbulkan kenyataan mutlak.. Warna pada gambar dapat menarik minat pelajar dan memberi kesan pada proses pengajaran dan pembelajaran. Carta pula mengandungi bahan pelajaran itu sendiri. Carta disediakan dalam bentuk yang mudah difahami serta diingati (Ee Ah Meng, 1997).

Projektor overhead - memprojek imej daripada transparensi ke skrin. Media yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar yang besar dan sederhana besar. Disebabkan operasinya di hadapan kelas, guru boleh mengekalkan pandangan dengan pelajar. Transparensi boleh disediakan oleh guru itu sendiri ataupun yang telah disiapkan secara komersil. Berbanding media lain, projektor overhead boleh digunakan dalam suasana cahaya biasa. Media ini sangat mudah digunakan. Filem bergerak adalah media pengajaran yang lebih baik berbanding slaid. Yang penting ia boleh dipersembahkan dalam versi perlahan ataupun dipercepatkan. Kadankala, ciri perubahan ini berbentuk animasi yang tidak ada dalam slaid.

Pita rakaman a. membekalkan potensi untuk dimainkan semula rakaman suara. b. digunakan untuk menyimpan suara degan mudah serta jimat. c. Sumber suara adalah daripada radio, televisyen dan juga suara pelajar itu sendiri serta orang-orang yang diminta pandangan dan ditemu duga. d. Maklumat dalam pita boleh dipadam atau diguna berulang kali atau disimpan dengan tidak kira masa dan boleh dimainkan semula bila-bila masa.

Komputer digunakan dalam bilik darjah untuk latihan dan latih tubi, kemahiran membuat program yang mudah dan permainan pendidikan. Komputer dapat menawarkan beberapa perkara. 1. Pendidikan matematik boleh dibentuk untuk mengelakkan pengajaran mekanikal yang boleh diselesaikan oleh kalkulator. Dengan menggunakan komputer, pengajaran matematik boleh memfokus tentang teori, makna nombor dan lebih konseptual. 2. Pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan akedemik yang berbeza boleh diberi tutor peribadi dalam mengikuti program yang khas dibentuk mengikut keperluan unik masingmasing. 3. Mengaitkan komputer dengan keupayaan komunikasi seluruh dunia, membolehkan pelajar memfokus kepada isu-isu global.

Modul: - adalah satu lagi contoh pengajaran berpusatkan bahan. - Modul adalah dalam bentuk pengajaran terancang. - Modul dilengkapi dengan objektif-objektif pelajaran, pra ujian, ujian selepas dan bahan pembelajaran - Terdapat pelbagai soalan dengan tahap kesukaran untuk menguji pemahaman pelajar. Pelajar juga dapat belajar dengan kadar yang sesuai dengan kebolehannya..

Anda mungkin juga menyukai