Anda di halaman 1dari 21

FONETIK DAN FONOLOGI

FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU KONSONAN LETUPAN GESERAN DAN GETARAN

Konsonan terbahagi kepada dua iaitu:


KONSONAN MELAYU ASLI

KONSONAN MELAYU PINJAMAN

Konsonan Melayu Asli (letupan)


Konsonan letupan bibir tidak bersuara Konsonan letupan bibir bersuara Konsonan letupan gusi tidak bersuara Konsonan letupan gusi bersuara Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara Konsonan letupan lelangit lembut bersuara

Konsonan Melayu Asli (Geseran)


Konsonan geseran gusi tidak bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran glotis bersuara

Konsonan Melayu Asli (Getaran)


Konsonan getaran gusi bersuara

Konsonan Melayu Pinjaman (Geseran)


Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara Konsonan geseran bibir gigi bersuara Konsonan geseran gigi tidak bersuara Konsonan geseran gigi bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

LETUPAN DUA BIBIR TIDAK BERSUARA [p] DAN LETUPAN DUA BIBIR BERSUARA [b]
Bunyi Konsonan [ p ] 1. Dua bibir dirapatkan (membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut) 2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ ke dinding rongga tekak (membuat sekatan udara dari paruparu ke rongga hidung. 3. Pita suara diregangkan. 4. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-merta. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara iaitu [ p ]. Bunyi Konsonan [ b ] Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p] tetapi berbeza dari segi: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

LETUPAN GUSI TIDAK BERSUARA [t] DAN LETUPAN GUSI BERSUARA [d]
Bunyi Konsonan [ t ] 1. Hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2. Lelangit lemut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ ke dinding rongga tekak untuk menutuo arus udara ke rongga hidung. 3. Pita suara direganggkan. 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t] Bunyi Konsonan [ d ] Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [t] tetapi berbeza dari segi: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [b].

LETUPAN LELANGIT LEMBUT TIDAK BERSUARA [k] DAN LETUPAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [g]
Bunyi Konsonan [k] 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara diregangkan. 4. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Bunyi Konsonan [g] Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [k] tetapi berbeza dari segi: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [b].

GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA [s]


Konsonan [s] 1. Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara/ 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara diregangkan. 4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara.

GETARAN GUSI BERSUARA [r]


Konsonan [r] 1. Hujung lidah dikenakan pada gusi 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara dirapatkan. 4. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara. 5. Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah.

GESERAN BIBIR [f] DAN [v]


Geseran [f] dan [v]

1. Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. 2. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. 3. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. 4. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasi ialah [f] dan bagi menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v].

GESERAN GIGI [th] DAN [dh/dz]


Geseran [th] dan [dh/dz]

1. Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah. 2. Lelangit lembut dinaikkan . 3. Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. 4. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. 5. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh].

GESERAN BERSUARA [z]


Geseran [z]

1. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. 2. Lelangit lembut dinaikkan. 3. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. 4. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z].

GESERAN GUSI LELANGIT KERAS TAK BERSUARA [sy]


Geseran [sy]

1. Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. 2. Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. 3. Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]

GESERAN LELANGIT LEMBUT [kh] DAN [gh]


Geseran [kh] dan [gh]

1. Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. 2. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. 3. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.

Soalan Kuiz =)
1) Senaraikan jenis jenis konsonan letupan, getaran dan geseran. 2) Nyatakan cara letupan gusi tidak bersuara (t) dan letupan gusi bersuara (d) dibunyikan berserta satu contoh perkataan bagi setiap jenis letupan. 3) Senaraikan perkataan yang mewakili bunyi konsonan geseran lelangit lembut (kh) dan (gh) 4) Bezakan cara membunyikan geseran gigi (th) dan (dh/dz) dari aspek glotisnya.

5) Berikan lima jenis konsonan melayu pinjaman geseran.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai