Anda di halaman 1dari 19

Konsonan Letupan Bunyi letupan terhasil apabila alat sebutan dirapatkan pada manamana daerah sebutan.

Dalam hal ini, arus udara dari paru-paru yang melalui rongga mulut akan tersekat dan kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan bunyi letupan ( plosif ). Di bawah adalah contoh-contoh konsonan melayu asli dan konsonan pinjaman:a) Bunyi kosonan melayu asli Terdapat 19 bunyi konsonan melayu asli, iaitu:[p]

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara

[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara [t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara [d] Konsonan letupan gusi bersuara [k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [] Hentian glotis [] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] Konsonan letusan lelangit keras bersuara [s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara [r] Konsonan geseran gusi bersuara [h] Konsonan geseran glotis bersuara [l] Konsonan geseran sisian gusi bersuara [m] Konsonan sengau dua bibir bersuara [n] Konsonan sengau gusi bersuara [] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [w] Separuh vokal dua bibir bersuara

[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara b) Bunyi konsonan melayu pinjaman Terdapat 8 bunyi konsonan melayu pinjaman, iaitu:[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara [v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara [] Konsonan geseran gigi tidak bersuara [] Konsonan geseran bersuara [z] Konsonan geseran gusi bersuara [] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara [x] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara [] Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

Seterusnya adalah tentang rajah-rajah yang mengenai tentang bunyibunyi konsonan melayu asli:-

Daerah Artikulasi Cara Penghasilan Letupan Letusan Geseran Getaran Sisian Sengauan Separuh Vokal Dua Bibir pb Gusi td s r l n Gusi Lelangit Lelangit Pita Lelangit Keras Lembut Suara Keras kg cj h

m w

Rajah : Carta konsonan Melayu Asli

Cara membunyikan konsonan melayu asli Huraian yang terdapat di bawah menjelaskan tentang peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti: Bibir Lidah Anak tekak Lelangit lembut Pita suara Dalam membunyikan konsanan bahasa melayu asli.

Letupan Dua Bibir Tak Bersuara [ p ] Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.

Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ] Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara.

Letupan Gigi-Gusi Tak Bersuara [ t ] Hujung lidah ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigigusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa

menggetarkan pita suara.

Letupan Gigi-Gusi Bersuara [ d ] Hujung lidah ditemukan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-

gusi. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara.

Letupan Lelangit Lembut Tak Bersuara [ k ] Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara dari paru-paru tersekat pada bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta tanpa manggetarkan pita suara.

Letupan Lelangit Lembut [ g ] Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara dari paru-paru tersekat pada bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara.

a) Hentian glotis [ ] Cara membunyikannya:1. Penyekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung telah dilakukuan dengan menaikkan lelangit lembut dan anak tekak ke belakang atau ke dinding rongga tekak. 2. Pita suara dirapatkan sepenuhnya. 3. Arus udara yang dikeluarkan dari paruparu dibiarkan menyekat di belakang rapatan pita suara. 4. Udara yang disekat oleh rapatan pita suara tersebut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Dengan itulah terhasil bunyi hentian glotis [ ], seperti contoh-contoh berikut.

Awal Tengah Akhir anak [ ana ] saat [ saat ] lemak [ lma ] ikan [ ikan ] rakyat [ rayat ] budak [ buda ] Contoh-contoh bunyi hentian glotis [ ]

Konsonan Letusan

Konsonan Letusan Lelangit Keras Tak Bersuara [ ] Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mullut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras. Sekatan udara dilepaskan secara perlahan-lahan tanpa menggetarkan pita suara.

Letusan Lelangit Keras Bersuara [j ] Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras. Sekatan udara dilepaskan secara perlahan-lahan sambil menggetarkan pita suara.

Konsonan Geseran

b) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ] Cara membunyikannya:1. Sempitan pada arus udara dilakukan dengan menaikkan hadapan lidah ke gusi. 2. Penyekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung dilakukan dengan menaikkan lelangit lembut dan anak

tekak ke belakang rongga tekak. 3. Pita suara direnggangkan. 4. Arus udara yang dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ] dihasilkan semasa udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Konsonan geseran gusi tidak bersuara adalah: Awal I. silap [ silap ] II. satu [ satu ] Tengah Bunyi konsonan [ s ] I. lasak [ lasa ] pada perkataan. II. lesu [ lsu ] Akhir I. pedas [ pdas ] II. lemas [ lmas ]

c) Konsonan getaran gusi bersuara [ r ] Cara membunyikannya:1. Hujung lidah dikenakan pada gusi. 2. Sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung dilakukan dengan menaikkan lelangit lembut dan anak tekak ke belakang rongga tekak. 3. Pita suara dirapatkan 4. Arus udara yang dikeluarkan dari paruparu melalui rongga

tekak menggetarkan pita suara. 5. Arus udara yang dikeluarkan melalui rongga mulut juga menggetarkan hujung lidah. Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Konsonan getaran gusi bersuara [ r ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Konsonan getaran gusi bersuara adalah: Awal I. rapat [ rapat ] II. rugi [ rugi ] Tengah I. tiram [ tiram ] II. seram [ sram ] Akhir I. sabar [ sabar ] II. lebar [ lebar ]

Bunyi konsonan [ r ] pada perkataan.

d) Konsonan sisian gusi bersuara [ l ] Cara membunyikannya:1. hujung lidah dikenakan pada gusi. 2. Penyekatan arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru ke rongga hidung dilakukan dengan menaikkan anak tekak dan lelangit lembut ke belakang rongga tekak. 3. Pita suara dirapatkan. 4. Arus udara yang dikeluarkan dari paruparu ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 5. Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja. Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Konsonan sisian gusi bersuara [ l ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Konsonan sisian gusi bersuara adalah:-

Awal I. lagu [ lagu ] II. lipat [ lipat ] Tengah I. tilam [ tilam ] II. kelam [ klam ] Akhir I. tebal [ tbal ] II. kekal [ kkal ]

Bunyi konsonan [ l ] pada perkataan.

Bunyi konsonan [ l ] pada perkataan.

e) Konsonan sengau dua bibir bersuara [ m ] Cara membunyikannya:1. sekatan pada arus udara dilakukan dengan merapatkan bibir bawah dan bibir atas. 2. Arus udara diberi laluan dari paru-paru ke rongga hidung dengan menurunkkan lelangit lembut dan anak tekak. 3. Arus udara dari paruparu masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. 5. Arus udara dilepaskan dengan perlahan-lahan. Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Konsonan sengau dua bibir bersuara [ m ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Konsonan sengau dua bibir bersuara adalah: Awal I. macam [ maam ] II. murah [ murah ] Tengah Bunyi konsonan [ m ] I. teman [ tman ] pada perkataan. II. lumba [ lumba] Akhir I. ketam [ ktam ] II. badam [ badam ]

f) Konsonan sengau gusi bersuara [ n ] Cara membunyikannya:1. Sekatan arus udara dilakukan dengan menaikkan hujung lidah pada gusi atau gigi gusi. 2. Arus udara diberikan laluan dari paru-paru ke rongga hidung dengan menurunkkan lelangit lembut dan anak tekak. 3. Pita suara dirapatkan 4. Arus udara dari paruparu melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. 5. Arus udara dilepaskan secara perlahan-lahan. Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Konsonan sengau gusi bersuara [ n ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Konsonan sengau gusi bersuara adalah: Awal I. naga [ naga ] II. nilam [ nilam ] Tengah I. tanah [ tanah ] Bunyi konsonan [ n ] II. panah [ panah ] pada perkataan. Akhir I. laman [ laman ] II. taman [ taman ]

g) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ ] Cara membunyikannya:1. Sekatan udara dilakukan dengan merapatkan belakang lidah ke lelangit lembut. 2. Arus udara diberikan laluan yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung dengan menurunkkan lelangit lembut dan anak tekak. 3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. 4. Arus udara yang dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung. 5. Arus udara yang disekat di belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan secara perlahan-lahan. Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Konsonan sengau lelangit lembut bersuara adalah: Awal I. ngilu [ ilu] II. ngeri [ ri ] Tengah Bunyi konsonan [ ] I. bingka [ bika] pada perkataan. II. rangkap [ rakap ] Akhir I. lalang [ lala ] II. tulang [ tula ]

h) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ ] Cara membunyikannya:1. Sekatan arus udara dilakukan dengan menaikkan depan lidah ke lelangit keras. 2. Arus udara diberikan laluan dari paru-paru ke rongga hidung dengan menurunkkan lelangit lembut dan anak tekak. 3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. 4. Arus udara dari paruparu melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung. 5. Udara yang disekat di bahagian depan lidah dan lelangit keras dilepaskan secara perlahan-lahan.

Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Konsonan sengau lelangit keras bersuara [ ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Konsonan sengau lelangit keras bersuara adalah: Awal I. nyaris [ aris ] II. nyala [ ala ] Tengah Bunyi konsonan [ ] I. banyak [ baa ] pada perkataan. II. senyap [ sap ] Akhir I.

i) Separuh vokal dua bibir bersuara [ w ] Cara membunyikannya:1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. 3. Arus udara disekat dari paru-paru ke rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut ke belakang rongga tekak. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 5. Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dangan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [ ].

Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Separuh vokal dua bibir bersuara [ w ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Separuh vokal dua bibir bersuara adalah: Awal I. waris [ waris ] II. wajar [ waar ] Tengah Bunyi konsonan [ w ] I. kawan [ kawan ] pada perkataan. II. lawan [ lawan ] Akhir I. Takraw [ taraw ]

j) Separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ] Cara membunyikannya:1. Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. 2. Bibir dihamparkan. 3. Arus udara dari paruparu ke rongga hidung disekat dengan menaikkan lelangit lembut ke belakang rongga tekak. 4. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [ ]. 5. Dengan inilah terhasilnya bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ].

Bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah bunyi Separuh vokal lelangit keras bersuara [ w ] . Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan Separuh vokal lelangit keras bersuara adalah: Awal I. yakin [ jakin ] II. yuran [ juran ] Tengah Bunyi konsonan [ w ] I. tayang [ taja ] pada perkataan. II. payah [ pajah ] Akhir I.

DIFTONG Asal perkataan diftong iaitu phtong adalah berasal daripada bahasa Yunani yang dimaksudkan sebagai suara atau disuarakan. Dengan itu, perkataan

dipthong dihasilkan, ia bermaksud dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata. Fonem diftong dalam bahasa melayu adalah seperti jadual di bawah:-

Jenis Diftong / ai / / au / / oi /

Kedudukan Diftong Awal Tengah Akhir / asikrim / / ghairah / / pandai / / aising / / khairat / / kldai / / aurat / / auto / /daulat / / tauliah / / boikot / / kalau / / pakau / / amboi / / kaloi /

Jadual fonem diftong bahasa melayu

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. a. (ai): b. (au): c. (oi): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Diftong [ai] Bermula dengan vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal

depan sempit. Keadaan bibir terhampar.

Diftong [au] Bermula dengan vokal depan luas dan digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Keadaan bibir bundar.

Diftong [oi] Bermula dengan vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Keadan bibir dari bundar menjadi terhampar. Cara membunyikan diftong Huraian di bawah menjelaskan peranan, keadaan, dan kedudukan alat-alat artikulasi serti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan diftong bahasa melayu. a) Diftong [ ai ] Cara membunyikannya:1. Keadaan bibir agak terhampar. 2. Hujung lidah terkena gigi bawah. 3. Depan lidah berada dalam kedudukan sama seperti membunyikan vokal [ a ]. 4. Selepas membunyikan vokal [ a ], lidah secara cepat digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal [ i ] ( gabungan dua vokal ini disebut secara berterusan, tidak ada hentain sebentar.) 5. Rongga hidung ditutupkan suapaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung, rongga hidung ditutupkan dengan menaikkan anak tekak dan lelangit lembut.

6. Arus udara yang dikeluarkan dari paruparu keluar melalui rongga mulut. 7. Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah Diftong [ ai ] .Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan oleh Diftong [ ai ] adalah seperti yang berikut: Awal I. aising II. Aidilfitri Tengah Bunyi Diftong [ ai ] I. hairan pada perkataan. II. haiwan Akhir I. pandai II. tupai b) Diftong [ au ] Cara membunyikannya:1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. 2. Hujung gigi kena gigi bawah 3. Depan lidah berada dalam kedudukan seperti membunyikkan vokal [ a ]. 4. Selepas membunyikan vokal [ a ], lidah melengkung ke arah lelangit keras. Dengan itu, lidah dapat digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal [ u ]. ( gabungan dua vokal ini disebut secara berterusan, tidak ada hentain sebentar.) 5. Arus udara disekat oleh rongga hidung supaya arus udara tersebut

tidak keluar melalui rongga hidung. Rongga hidung ditutupkan dengan menaikkan anak tekak dan lelangit lembut. 6. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut 7. Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah Diftong [ au ] .Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan oleh Diftong [ au ] adalah seperti yang berikut: Awal I. aurat II. audit Tengah I. taufan Bunyi Diftong [ ai ] II. tauliah pada perkataan. Akhir I. pisau II. pulau

c) Diftong [ oi ] Cara membunyikannya:1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. 2. Depan lidah berada dalam kedudukan yang sama seperti membunyikan vokal [ a ]. 3. Selepas membunyikan vokal [ a ], lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, redah sikit daripada cara membunyikan vokal [ i ]. Dengan itu, lidah dapat

digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal [ i ]. ( gabungan dua vokal ini disebut secara berterusan, tidak ada hentain sebentar.) 4. Arus udara disekat oleh rongga hidung supaya arus udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Cara menyekat rongga hidung adalah menaikkan anak tekak dan lelangit lembut. 5. Udara dikeluar dari paru-paru keluar melalui mulut. 6. Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah Diftong [ oi ].Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan oleh Diftong [ oi ] adalah seperti yang berikut: Awal I. Tengah I. boikot Akhir I. amboi II. sepoi

Bunyi Diftong [ ai ] pada perkataan.

Jenis-jenis diftong Diftong dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:a) Diftong naik Diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat, panjang manakala vokal kedua lebih daripada tekanan vokal pertama.

Jenis diftong ini kebanyakan terdapat dalam perkataan bahasa inggeris. b) Diftong turun Bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, panjang dan lebih tekananya daripada vokal kedua.

Anda mungkin juga menyukai