Anda di halaman 1dari 15

FONETIK DAN

FONOLOGI BAHASA
MELAYU

DISEDIAKAN OLEH : NURHADIRAH BINTI ZOLKIPLI


KOD SUBJEK : BMMB3013
NAMA PENSYARAH : PN. SARIMAWATHY BINTI JUMANIE
JENIS-JENIS ARTIKULASI

Konsonan letupan
Konsonan geseran
Konsonan sisian
Konsonan getaran
Konsonan sengauan
Separuh vokal
Konsonan pinjaman
Konsonan Letupan

• Konsonan letupan dikeluarkan dengan udara ditahan dan


dilepaskan dengan cepat. Konsonan jenis ini terbahagi kepada
sembilan jenis :
Konsonan [t] Konsonan [j]
dan [d] dan [dz]

Konsonan [p]
dan [b]

Konsonan [k]
Hentian [?]
dan [g]
i. Konsonan [t] dan [d]
• Konsonan [t] dan [d] dihasilkan apabila udara disekat dengan merapatkan dua bibir
atau mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara
tertahan.
• Proses sekatan dilepaskan, maka terhasillah bunyi [t] iaitu letupan gusi tidak bersuara.
• Bunyi [d] terhasil apabila pita suara digetarkan iaitu bunyi letupan gusi bersuara.
ii. Konsonan [p] dan [b]

• Penghasilan konsonan [p] adalah dari letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara
tidak bergetar.
• Konsonan [b] pula adalah letupan dua bibir bersuara kerana pita suara bergetar.
• Kedua-dua konsonan ini terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan.
• Udara pula tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar.
iii. Konsonan [k] dan [g]
• Bunyi [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat
arus udara.
• Bunyi [k] adalah letupan lelangit lembut tak bersuara.
• Bunyi [g] pula letupan lelangit lembut bersuara.
• Terhasil apabila pita suara dirapatkan dan arus udara keluar melalui rongga mulut
menggetarkan pita suara.
iv. Konsonan [j] dan [dZ]
• Bunyi [j] terhasil apabila bahagian hadapan lidah dinaikkan ke lelangit keras bagi
membuat sekatan pada arus udara.
• Suara direnggangkan dan arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan
pita suara.
V. Hentian [?]
• Hentian glotis terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding
rongga tekak bagi membuat sekatan udara ke rongga hidung.
• Pita suara tidak bergetar kerana ia dirapatkan dan arus udara keluar dari peparu
tersekat pada bahagian rapatan pita suara.
Konsonan Geseran
• Konsonan [s] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan ke gusi membuat sempitan
pada arus udara.
• Lelangit lembut dan juga anak tekak dinaikkan kebahagian belakang rongga tekak
bagi menyekat arus udara ke rongga hidung dan pita suara direganggkan.
• Bunyi geseran gusi tidak bersuara [s] apabila udara melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
• Konsonan [h] terhasil apabila udara keluar melalui pita suara yang
renggang dan rongga mulut sama seperti ketika membunyikan vokal.
• Bunyi [h] dinamakan bunyi geseran glotis tidak bersuara
Konsonan sisian Konsonan Getaran
• Bunyi [l] dihasilkan apabila lidah • Konsonan [r]- bunyinya terhasil apabila hujung lidah
dinaikkan ke gusi dan laluan diletakkan di gusi sehingga udara dapat melalui antara lidah
udara tersekat. dan juga gusi.
• Lelangit lembut dinaikkan dan • Lidah bergetar manakala lelangit lembut pada waktu itu
pita suara pula bergetar. dinaikkan.
• Bunyi [r] dinamakan sebagai bunyi getaran gusi bersuara.
Konsonan sengauan • Konsonan [n] • Konsonan [n] dihasilkan
• Konsonan [n] dihasilkan apabila apabila belakang lidah
dihasilkan apabila tengah lidah dinaikkan dinaikkan ke lelangit
lidah dinaikkan ke ke lelangit keras dan lembut dan bunyi yang
gusi dan bunyinya bunyinya dinamakan dihasilkan itu
dinamakan sengauan sebagai sengauan dinamakan sengauan
gusi bersuara. lelangit keras bersuara lelangit lembut
bersuara [ng]
Separuh vokal
• Konsonan [w] dihasilkan apabila
pada peringkat awal lidah seperti
hendak membunyikan konsonan [u]
tetapi bergerak kepada vokal yang
lain.
• Bunyi yang dihasilkan dinamakan
separuh vokal dan bibir bersuara.

• Konsonan [j] terhasil apabila lidah pada


awalnya seperti hendak membuat huruf
[i] tetapi bergerak kepada vokal yang lain.
• Bunyi inilah dinamakan separuh vokal
lelangitt keras bersuara.
Konsonan pinjaman

• Konsonan pinjaman ialah [dz] menjadi [z], [th] menjadi [s], [gh] menjadi [g], [dh] menjadi [d].
• Bunyi yang terhasil ialah bunyi-bunyi geseran.
• Bunyi [f] dan [v] pula dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah dan atas sehingga berlaku
geseran apabila udara melaluinya.
• Ketika menghasilkan bunyi [f] pita suara tidak bergetar dan bunyi geseran bibir gusi tidak
bersuara.
• Manakala ketika membunyikan huruf [v] pita suara akan bergetar dan menghasilkan bunyi
geseran bibir gusi bersuara.

Anda mungkin juga menyukai