Anda di halaman 1dari 22

Konsonan Sengauan

Bunyi sengau dihasilkan apabila


lelangit lembut diturunkan bagi
membolehkan udara keluar melalui
rongga hidung
Semua bunyi sengau dalam bahasa
Melayu dihasilkan dengan pita suara
bergetar
Semua bunyi sengau adalah
bersuara
[m] , [n] ,[] , []

Konsonan Sengauan
Dua Bibir Bersuara [m]
i. Bibir atas dan bawah dirapatkan untuk
menyekat arus udara
ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
untuk memberikan laluan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung
iii. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga
mulut dan terus ke rongga hidung
iv. Pita suara dirapatkan untuk membuat
getaran
v. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Cara membunyikan:

CONTOH [m]:1. [ makan ] (makan)


2. [ lama ] (lama)
3. [ alim ]

(alim)

Konsonan Sengauan
Gusi Bersuara [n]
i. Hujung lidah dinaikkan pada gusi untuk
membuat sekatan arus udara
ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
untuk memberikan laluan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung
iii. Pita suara dirapatkan
iv. Arus udara dari paru-paru melalui rongga
mulut terus ke rongga hidung
v. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Cara membunyikan :

Contoh [n] :1. [ naka ]

(nangka)

2. [ bina ]

(bina)

3. [ lapan ]

(lapan)

Konsonan Sengauan
Lelangit Keras Gusi Bersuara (ny) [ ]
i. Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk
membuat sekatan arus udara
ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk
memberikan laluan arus udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga hidung
iii. Pita suara dirapatkan dan digetarkan
iv. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut
dan terus ke rongga hidung
v. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit
keras dilepaskan perlahan-lahan

Cara
membunyikan :

Contoh [ ] :1. [ awa ]


2. [ amo? ]
3. [ baa? ]
4. [ taa ]

(nyawa)
(nyamuk)
(banyak)
(tanya)

Konsonan Sengau
Lelangit Lembut Bersuara (ng) []
i. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk
membuat sekatan arus udara
ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk
memberikan laluan arus udara yang keluar dari
paru-paru masuk ke rongga hidung
iii. Pita suara dirapatkan dan digetarkan
iv. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan
terus ke rongga hidung
v. Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan
lelangit lembut dilepaskan perlahan-lahan

Cara membunyikan:

Contoh [] : [ aa ]

(nganga)

[ bua ]

(bunga)

[ mala ]

(malang)

Konsonan
Separuh Vokal

Dinamakan sebagai separuh vokal


kerana bunyi vokal ini tidak
dihasilkan dalam keadaan yang
sempurna.
Bunyi ini tidak boleh dikatakan
sebagai vokal kerana berlaku
sekatan kepada aliran udara semasa
melafazkannya.
Semasa melafazkannya, kedudukan
lidah adalah sama seperti
melafazkan bunyi vokal tetapi akan
berubah selepas itu.

Separuh Vokal
Dua Bibir [w]
i. Bibir dibundarkan
ii. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut
iii. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
rongga tekak untuk menyekat arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung
iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
v. Pita suara digetarkan dan lidah bergerak
dengan pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal tengah []

Cara membunyikan:

Contoh [ w ]:1. [ waya ]

(wayang)

2. [ kawan ]

(kawan)

3. [ pulau ]

(pulau)

Separuh Vokal
Lelangit Keras [j] (y)
Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi
Bibir dihamparkan
Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
rongga tekak untuk menyekat arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung
Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak
pantas ke kedudukan untuk membunyikan
vokal []
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh
vokal lelangit keras bersuara [ j ]

Cara membunyikan:

Contoh [ j ]: [ ja ]

(yang)

[ taja ]

(tayang)

[ pakaj ]

(pakai)

Anda mungkin juga menyukai