Anda di halaman 1dari 27

KERJA KURSUS

BMK 2012 BAHASA MELAYU

TUGASAN 1:
PENULISAN ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH
ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA PADA PAPAN IKLAN, POSTER ATAU
NAMA PAPAN TANDA MATRIKS
AINUL ZAHIRAH BINTI ZAHRUDDIN E20161014652
SITI FARIHAH BINTI ABD MAJID E20161014660
NUR FARISHA BINTI MOHD SHAM E20161015149

SEMESTER : SEMESTER 1

KUMPULAN KULIAH :L

NAMA PENSYARAH : ENCIK MUHAMMAD FAWIZ BAKRI

1
KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PERBINCANGAN 5

2.1 ANALISIS KESALAHAN KATA NAMA KHAS 6

2.2 ANALISIS KESALAHAN KATA SENDI NAMA 8

2.3 ANALISIS PENGGUNAAN BAHASA CAMPURAN MELAYU 12

DAN INGGERIS

2.4 ANALISIS KESALAHAN IMBUHAN 17

2.5 ANALISIS KESALAHAN EJAAN 20

3.0 KESIMPULAN 24

BIBILIOGRAFI 25

2
1.0 PENGENALAN

Tatabahasa atau nahu merupakan pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan


perkataan atau proses pembinaan ayat atau penyusunan kata dalam ayat. (Kamus Dewan, Edisi
Keempat, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005).

Manakala iklan pula adalah satu bentuk pemberitahuan kepada orang ramai dan dalam
konteks ini adalah pemberitahuan kepada orang ramai melalui papan iklan contohnya seperti
papan iklan perniagaan di kedai atau tempat perniagaan.

Poster pula notis atau gambar yang ditampal pada dinding atau papan kenyataan dengan
tujuan mengiklankan sesuatu, papan tanda pula adalah sesuatu iklan yang memberitahu nama
sesuatu tempat.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penulisan ini adalah berkaitan kesalahan tatabahasa
yang terdapat didalam papan iklan, poster atau papan tanda. Kesalahan tatabahasa ini terdapat
dalam bermacam-macam bentuk dan berikutan ini adalah di antara kesalahan-kesalahan tersebut

Perkataan dapat digolongkan dalam golongan-golongan tertentu dengan melihat fungsi


kata itu dalam struktur tertentu seperti struktur fonologi, struktur morfem, struktur sintaksis atau
struktur semantik. Perkataan juga dapat digolongkan dalam golongan tertentu dengan melihat
hubungannya dengan kata-kata ain dalam struktur yang sama.

Perkataan digolongkan berdasarkan fungsinya dalam struktur ayat dan struktur semantik
kerana perkataan adalah unsur bebas yang boleh berdiri sendiri dalam binaan frasa, klausa dan
ayat. Struktur sintaksis bermaksud unsur-unsur yang membinanya terdiri darpada perkataan-
perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai unsur-unsur dalam ayat iaitu frasa
dan klausa. Dengan demikian, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang
minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis iaitu ayat,klausa dan frasa.

Perkataan-perkataan yang terangkum dalam golongan kata nama dapat menjadi unsur inti
dalam binaan frasa nama. Dengan perkataan lain, golongan kata nam ialah segala perkataan yang
dapat menduduki frasa nama dalam struktur tertentu ayat-ayat bahasa Melayu. Berdasarkan ciri-
ciri semantik perkataan, golongan kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan yang lebih
kecil iaitu:

Kata Nama Am

Kata Nama Khas

Kata Ganti Nama

3
Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang dibawa oleh setiap perkataan yang
tergolong dalam kata nama. Lazimnya, golongan kata nama itu digunakan untuk menamakan
orang, tempat atau benda. Subgolongan kata nama tersebut akan dihuraikan selanjutnya.

4
2.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan, dapatlah disimpulkan bahawa kesalahan


tatabahasa telah dapat dikesan pada papan iklan, poster atau papan tanda. Kesalahan ini telah
dapat dikesan pada setiap papan iklan dan poster yang telah dianalisis.

(Safir: 1921) mendefinisikan bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri (non-
instinct) manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol-
simbol yang lahir secara sedar. Sementara (Chomsky: 1957), mendefinisikan bahasa ialah suatu
set ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set yang terhad.
Menurut (Asmah Haji Omar: 1988), tokoh linguistik Melayu menyatakan bahasa merupakan
firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan.

Menurut (Nik Safiah Karim: 1986), pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan,
pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.

Seterusnya, dalam penganalisaan ini akan ditunjukkan kesalahan-kesalahan tatabahasa


dari aspek kesalahan kata nama khas, kesalahan kata sendi nama, campuran bahasa Melayu dan
Inggeris, kesalahan imbuhan dan kesalahan ejaan.

5
2.1 ANALISIS KESALAHAN KATA NAMA KHAS

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang,haiwan
,benda , perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.
Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh
dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata
nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata
nama khas hidup bukan manusia.

Terdapat banyak kesalahan penggunaan kata nama di papan tanda serta iklan. Hal ini
berlaku mungkin kerana kurang pengetahuan tentang penggunaan tatabahasa ataupun mereka
mengambil remeh tentang penggunaan tatabahasa. Contoh kesalahan penggunaan kata nama am
dan kata nama khas di iklan:

Gambar 1

Kesalahan: Penggunaan huruf kecil diawal kata nama hidup manusia

Kata nama khas hidup manusia

Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk manusia contohnya:

1) Ali Puteri Aminah

Huruf pertama kata nama khas perlu ditulis dengan huruf besar contohnya:

Encik Mail bekerja di Pejabat Pendaftaran Negara

Shah Alam ibu negeri Selangor

6
Kata nama khas hidup bukan manusia

Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup
tetapi bukan jenis manusia seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya,
contohnya:

1) Mikail Ananas comosus (nanas hijau)

2) Comel Vanda Diana (sejenis orkid)

3) Kuda Hevea Brasilia (pokok getah)

Kata nama khas hidup bukan manusia boleh menerima kata panggilan atau gelaran. Misalnya:

Sang lamri Sang Kura-kura

Kata nama khas tak hidup

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus
tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, undang-undang,
pangkat, bahasa dan seumpamanya. Contohnya:

1) Melayu

2) Jalur Gemilang

3) Proton Wira

4) Akta Kolej dan Universiti

5) Universiti Sains Malaysia

7
2.2 ANALISIS KESALAHAN KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi
nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah:

di bagi

Ke demi

dari tentang

daripada seperti

kepada bagai

pada umpama

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun
tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh
peraturan yang khusus yang dijelaskan seterusnya. Tambahan lagi, antara kata sendi nama ini
juga terdapat juga beberapa bentuk yang menganggotai golongan kata yang lain, contohnya akan
(juga fungsi sebagai kata bantu), dalam (juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif),
sampai (juga berfungsi sebagai kata kerja) dan antara (juga berfungsi sebagai kata arah).
Terdapat banyak kesalahan penggunaan kata sendi nama di papan tanda dan iklan antaranya
ialah:

Gambar 2

8
Gambar 3

Kesalahan : Penggunaan kata sendi nama di

i. Kata sendi nama “di”

Kata sendi nama di digunakan khusus dihadapan kata nama atau farasa nama yang
menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama
yang mengikutinya. Contohnya dalam ayat:

Ayahnya bekerja di di sekolah itu

Pertunjukan itu diadakan di Kuala Lumpur

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menerangkan waktu,masa atau zaman. Contohnya:

Raja Alam Shah memerintah pada zaman itu.

(bukan : Raja Alam Shah memerintah di zaman itu)

Dia masih belajar pada ketika itu.

(bukan : Dia masih belajar di ketika itu).

9
Gambar 4

Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa
maksud sasaran contohnya:

1) Borang perlu diserah pada staf

2) Seharusnya : Borang perlu diserah kepada staf

ii. Kata sendi nama pada

Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan digunakan dalam ungkapan ada + pada
(manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu seperti yang berikut:

menunjukkan keterangan waktu

1) Bas kami bertolak pada pukul sebelas pagi

2) Mesyuarat itu bermula pada hari ini

10
b) Kata sendi nama pada apabila didahului ada mesti diikuti dengan kata nama yang merujuk

manusia dan haiwan. Contoh:

1) Wang itu ada pada ayah

2) Jam itu ada pada adik

11
2.3 ANALISIS PENGGUNAAN BAHASA CAMPURAN MELAYU DAN INGGERIS

Terdapat banyak kesalahan tatabahasa pada papan tanda, papan iklan dan poster dengan
mencampuradukkan penggunaan bahasa campuran Melayu dan Inggeris. Penggunaan campuran
kepada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris melibatkan penggunaan ejaan dan binaan frasa atau
ayat mengikut sistem bahasa Inggeris. Penggunaan ini tidak digunakan dalam bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Ia termasuk penggunaan banyak bahasa dan mengutamakan bahasa
Inggeris. Artikel bertajuk Kesalahan Bahasa yang ditulis oleh (Noresah Baharom: 2001) pula
memfokuskan kepada kesalahan bahasa yang berlaku pada papan tanda perniagaan dan papan
iklan. Menurut beliau, terdapat pelbagai kesalahan bahasa berlaku atau dipamerkan ditempat
awam seperti papan iklan atau papan tanda perniagaan.

Antara kesalahan tatabahasa ini adalah tentang kesalahan penggunaan bahasa campuran
Melayu dan bahasa Inggeris. Kebanyakan kesalahan ini dilakukan pada papan iklan perniagaan,
poster atau pengiklanan

CONTOH CAMPURAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DAN INGGERIS

Gambar 5

Berdasarkan gambar 5 diatas saya perolehi beberapa contoh kesalahan tatabahasa di


Tanjung Malim, Perak. Ini menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam iklan dan papan tanda di kedai perniagaan. Kesalahan tatabahasa dalam gambar

12
di bawah telah menonjolkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti “Kedai
Pilihan Satu First Choice Shop”. Oleh itu, terdapat dua perkataan yang sama seperti “Kedai
Pilihan Satu” tetapi tulisannya lebih besar “KEDAI PILIHAN SATU” berbanding “Kedai Pilihan
Satu”.

Terdapat kesalahan imbuhan dan kesalahan ejaan seperti “Kedai Pelihan Satu”
sepatutnya “Kedai Pilihan Satu”. Selain itu, lebih baik menggunakan “Kedai Pilihan Satu”
diubahkan kepada “Kedai Pilihan Pertama” atau “Kedai Pilihan Utama”. Kesalahan penggunaan
kata bilangan tingkat yang salah, iaitu “first” dalam bahasa Inggeris bermaksud pertama dan
bukannya satu. Tambahan pula, kesalahan tatabahasa berlaku kerana penggunaan kata bahasa
Inggeris terjemahan kepada bahasa Melayu dengan cara yang salah.

Kesalahan : Kedai Pilihan Satu

Pembetulan : Kedai Pilihan Pertama

Gambar 6 Gambar 7

Gambar 6 yang ditunjukkan diatas adalah juga contoh kesalahan penggunaan campuran
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Selain itu, “Restoran Mak Tok Delight” juga merupakan
kesalahan campuran penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris. Terdapat kesalahan ejaan iaitu
“Restoran” dalam bahasa Melayu yang sepatutnya dieja dengan “Restaurant” perlu diubah
kepada “Mak Tok Delights Restaurant” atau “Restoran Hidangan Mak Tok”.

13
Gambar 7 yang ditunjukkan diatas adalah kesalahan pertama ialah mencampuradukkan
kod bahasa Melayu dengan kod bahasa Inggeris. Contohnya, “Cookies for Raya” sepatutnya
“Biskut untuk sempena hari raya”. Dalam iklan ini berlaku pencemaran bahasa atau penggunaan
‘bahasa rojak’ apabila pengiklan menggunakan istilah atau kosa kata bahasa Melayu yang
bercampur dengan kosa kata bahasa Inggeris dalam ayat.

Kesalahan kedua ialah kesalahan ejaan dan penggunaan perkataan singkatan yang
sepatutnya digunakan dalam pertuturan lisan sahaja. Contohnya, “konfem nak lagi” sepatutnya
“pasti hendak lagi). Kesalahan tatabahasa penggunaan bahasa pertuturan lisan pada papan iklan,
“konfem” sepatutnya “pasti” adalah kesalahan istilah dalam bahasa Inggeris.

Antara contoh-contohnya dalam gambar adalah seperti berikut:

1) “COOKIES FOR RAYA” sepatutnya “BISKUT UNTUK SEMPENA HARI RAYA”.

2) “Vanilla Flavoured” sepatutnya “Perasa Vanila”.

3) “Chocolate Flavoured” sepatutnya “Perasa Coklat”.

4) “Konfem”sepatutnya “Pasti”.

Gambar 8

Terdapat kesalahan pada gambar iklan yang ditunjukkan di atas iaitu kesalahan
mencampuradukkan kosa kata bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat pinjaman
bahasa pertuturan lisan dalam ayat standard yang formal. Sebagai contohnya "ada menyediakan
printing service khas untuk girls" sepatutnya "kami menyediakan perkhidmatan mencetak khas
untuk pelajar perempuan" atau "kami menyediakan percetakan khas untuk mahasiswa".

14
Pinjaman bahasa pertuturan lisan dalam ayat seperti "ada menyediakan...." sepatutnya kepada
"Kami menyediakan..."

Terdapat contoh-contoh dalam rajah adalah seperti berikut:

1) “ATTENTION” sepatutnya “PERHATIAN”.


2) “Printing Service” sepatutnya “Khidmat Mencetak”.
3) “PM” (Post Messages) sepatutnya “Pesanan Ringkas”.
4) “OR” sepatutnya “ATAU.”
5) “Boleh Pm or datang bilik kami di KUO 2-1-9” sepatutnya “Boleh hantar pesanan
ringkas atau datang ke bilik kami di KUO 2-1-9”.

Gambar 9

“FOOD DELIVERY SERVICE” sepatutnya “KHIDMAT PENGHANTARAN


MAKANAN”

“Order” sepatutnya “Pesan”

15
Gambar 10

Kesalahan tatabahasa dalam gambar yang ditunjukkan diatas ialah pengejaan kata
pinjaman yang salah iaitu “bamboo” ejaan dalam bahasa Inggeris. Ejaan yang sepatutnya ialah
“bambu”. Begitu juga “café” masih dieja dalam bahasa Inggeris, sepatutnya dieja sebagai “kafe”.

Terdapat juga kesalahan tatabahasa dari segi Hukum D-M iaitu unsur yang diterangkan
mendahului unsur yang menerangkan.

Terdapat kesalahan tatabahasa dalam rajah seperti yang berikut:

1) “Sri Bamboo Café” sepatutnya “Kafe Sri Bambo” (Kafe perlu didahulukan sebelum Sri
Bambo kerana Café adalah “Yang Diterangkan” manakala “Sri Bamboo” adalah
“Yang Menerangkan”.
2) “Nasi Ayam Black Pepper” sepatutnya “Nasi Ayam Lada Hitam”
3) “Paper” sepatutnya “Pepper”.

16
2.3 ANALISIS KESALAHAN IMBUHAN

Kesalahan imbuhan adalah antara kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan dan sering
dilakukan oleh peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu
yang betul dan tepat. (Ahmad Khair Mohd Nor: 2007) menjelaskan proses pengimbuhan
merupakan salah satu cara memperkembang kata dasar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang
tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk lain. Menurut,
mengikut (Nor Aslina Mamat dan Nur Izzati Izzah Nadzi: 2016), imbuhan ialah sebagai “unit-
unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan
makna”.

(Nik Safiah Karim et al: 2015) menjelaskan bahawa kata terbitan ialah bentuk perkataaan
yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata
dasar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus
diimbuhkan pada bentuk yang lain.

Bagi analisis kesalahan imbuhan, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh peniaga
atau pengiklan. Terdapat kesalahan yang saya temui. Contohnya, kesalahan imbuhan,
penggunaan “di” sebagai kata sendi nama atau penggunaan kata “di” sebagai imbuhan kata kerja
adalah seperti dalam ayat dibawah;-

1. “Di-larang masuk” sepatutnya “Dilarang masuk”

2. “Di-larang letakkan motosikal” sepatutnya “Dilarang meletakkan motosikal”

3. “Kerja pembersihan sedang di jalankan” sepatutnya “Kerja pembersihan sedang dijalankan”

4. “Di-larang mengguna telifon bimbit” sepatutnya “Dilarang menggunakan telefon bimbit”

17
CONTOH KESALAHAN IMBUHAN

Gambar 11

Dalam gambar 11, kesalahan pengimbuhan seperti “ Kedai Jahit” sepatutnya “Kedai
Jahitan” dan kesalahan Hukum D-M seperti “Yang Diterangkan” perlu didahulukan “Yang
Menerangkan” perlu dikemudiankan. Sepatutnya iklan tersebut adalah “Juzi Kedai Jahit” dimana
“Juzi” adalah tuan punya kedai.

Gambar 12

Terdapat kesalahan tatabahasa dalam gambar 12, kesalahan yang pertama adalah dengan
percampuran kod bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan berlaku bahawa rojak atau
pencemaran bahasa iaitu “Pengedar Makanan Ringan Lian Hong” sepatutnya “Lian Hong
Pengedar Makanan Ringan”. Kesalahan kedua adalah kesalahan Hukum D-M tidak patuhi, iaitu

18
unsur yang diterangkan nanti mendahului unsur menerangkan seperti “Perniagaan Lian Hong
Pengedar Makanan Ringan”.

Gambar 13

‘HK HIN’ perlu didahulukan (Yang Diterangkan). ‘Perniagaan” dikemudiankan (Yang


Menerangkan) susun perkataan yang tidak sama.

Tidak ada penjelasan perniagaan apa yang dijalankan.

19
2.5 ANALISIS KESALAHAN IMBUHAN

Menurut (Amran Halim: 1972 dalam Nuwairi Hj Khazaai: 1992), ejaan ialah keseluruhan
jalinan kaedah-kaedah yang mengatur pemakaian tanda-tada atau gabungan tanda-tanda visual
untuk melambangkan kesatuan-kesatuan fonologi sesuatu bahasa. Ringkasnya ejaan dapat
digolongkan sebagai rumus tulisan yang diselaraskan untuk mewakili bunyi-bunyi ujaran. Ejaan
menjadi kesalahan yang utama dan ketara dan ini merupakan satu perkara penting untuk diteliti
bila diperkatakan tentang penyalahgunaan bahasa. Antara kesalahan ejaan yang didapati daripada
rencana ini.

Perkataan muhram di perenggan pertama telah disalah eja. Perkataan muhram sebenarnya
adalah muhrim huruf ‘a’ selepas ‘i’ harus digantikan dengan huruf ‘i’ supaya maksud perkataan
lebih jelas.

Sememangnya kesalahan ejaan dapat dikesan berlaku pada pelbagai perkara dan tempat
di mana-mana sahaja tidak terkecuali dalam penggunaan bahasa pada papan tanda perniagaan.
Berdasar tinjauan yang telah dilakukan kesalahan ejaan ini terus berlaku kerana segelintir
peniaga tidak mengantikan papan tanda perniagaan mereka yang masih menggunakan sistem
ejaan yang lama dengan papan tanda, poster atau papan iklan baru yang menggunakan sistem
ejaan baru. Selain itu, terdapat juga papan tanda, poster dan papan iklan yang dikesan sudah
digantikan dengan papan yang baru namun masih lagi terdapat kesalahan bahasa padanya.

20
CONTOH KESALAHAN EJAAN

Gambar 14 Gambar 15

Berdasarkan gambar 14 diatas, gambar menunjukkan gambar poster “LALUAN BARU


BAS MUTIARA TANJONG MALIM KE KOTA BHARU”. Disitu kelihatan kesalahan ejaan
“TIKE” untuk ke Tanjong Malim ke Kota Bharu. Terdapat disitu kesalahan ejaan pada “TIKE”
yang sepatutnya ditulis ejaannya “TIKET”.

Gambar 15 pula menunjukkan sebuah “KELINIK LAI & TAN”. Didapati tuan punya
milik premis ini merupakan yang pakar dalam bidang perubatan dan telah lana sebuah “Kelinik
Lai & Tan” menjalankan aktiviti. Malangnya, pemilik sebuah “Kelinik Lai & Tan” tidak begitu
prihatin dalam menggunakan bahasa dan ejaan yang betul di premis mereka. Pada gambar diatas
perkataan “Kelinik Lai & Tan” didapati berlaku kesalahan ejaan pada perkataan “Kelinik”. Ejaan
yang betul ialah “Klinik” rujuk pada Kamus Dewan Edisi Keempat.

21
Gambar 16 Gambar 17

Berdasarkan gambar 16 juga menunjukkan sebuah klinik yang bernama “Somu Kelinik”.
Kedai pemilik “Somu Kelinik” ini juga mempunyai kesalahan ejaan pada “Kelinik” sepatutnya
dieja kepada “Klinik” Biladisebut seperti bahasa Inggeris tetapi ejaannya pula seperti bahasa
Melayu. “Somu Kelinik” perlu diubah kepada :klinik Somu” atau “Somu Klinik”.

Gambar 17 pula menunjukkan pencampuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa


Inggeris. Pada sebuah klinik pada gambar tersebut, disitu kelihatan kesalahan ejaan “LEAN
SOON KLINIKAL” yang perlu diubah kepada “LEAN SOON CLINICAL” ataupun boleh
diubah “Klinikal Lean Soon”.

22
Gambar 18

Kesalahan ejaan “Perabut” sepatutnya “Kedai Perabot”.Kesalahan Hukum D-M


menyebabkan kesalahan makna “Perabot Ban Seng” bermaksud “Kedai Menjual Perabot Ban
Seng” dalam rajah 10.

23
KESIMPULAN

Penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan iklan, poster atau papan tanda adalah
penting untuk memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan atau bahasa paling
utama di Malaysia. Oleh itu, hal ini membuktikan bahawa masalah kesalahan bahasa pada
poster, papan tanda dan papan iklan masih lagi terus berlaku dan haruslah diatasi dengan segera
dengan penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan.

Kesalahan tatabahasa sering ditemukan di tempat-tempat awam. Ini menggambarkan


bahawa pengiklanan tidak mengambil berat akan kesalahan tatabahasa tetapi lebih
mengutamakan bahawa iklan mereka nampak menarik serta dapat difahami sahaja adalah sudah
mencukupi.

Sikap sambil lewa akan kepentingan tatabahasa ini boleh menyebabkan martabat bahasa
Melayu menjadi rendah. Oleh itu, adalah penting untuk para pengiklan mengambil serius perkara
ini kerana bahasa menunjukkan budaya bangsa.

Mungkin, salah satu cara yang boleh digunakan untuk memastikan tidak berlakunya
kesalahan tatabahasa pada papan iklan, poster atau papan tanda ialah dengan melibatkan badan
berkuasa seperti Majlis Perbandaran Tanjung Malim. Penglibatan Majlis Perbandaran ini ialah
memastikan setiap papan tanda atau iklan perlu mematuhi tatabahasa yang betul. Jika terdapat
kesilapan maka teguran boleh dibuat kepada pemunya iklan atau papan tanda tersebut. Oleh hal
yang demikian, pastinya kita menginginkan sekurang-kurangnya penggunaan bahasa yang tepat
dapat digunakan pada papan iklan, poster dan papan tanda ini.

24
BIBILIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmood. (2010). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim, Mashudi Kader. (1987, 1989). Kesalahan Bahasa Dalam
Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang, Hulu Kelang: Selangor Darul Ehsan.

Abdullah Jumain Abu Samah. (2010). Atasi kesalahan bahasa dan kuasai penggunaan BMS:
Aplikasi tatabahasa natural. Shah Alam: Marshall Cavendish Editions.

Abu Hassan Abdul & Abd. Rashid Md. Idris. (2012). Modul BMK 3043 Seni Mengarang.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Sabran, /nawi Ismail, & Ton Ibrahim. (2014). Tatabahasa
Aplikasi tatabahasa natural. Shah Alam: Marshall Cavendish Editions.

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Chomsky, Noam. (1957). Syntactic Structures. The Hague/ Paris: Mouton.

Kamus Dewan, Edisi Keempat, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2005.

Marina Muin. (2001). Bahasa Melayu pada tanda di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris:
satu kajian laras. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Nik Safiah karim. Farid M. Onm. Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

25
Noresah bt. Baharom, Md. Nor bin Hj. Ab Ghani, Ibrahim bin Hj. Ahmad, Azizah bt. Supardi,
Saidah bt. Kamin, Aziah bt. Tajudin, Salmah bt. Jabbar, Hairani bt. Mohd Khalid &
Rodziah bt. Abdullah. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. Farid M. Onm. Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nuwairi Haji Khazaai. (1992). Beberapa Bentuk Kesalahan dalam surat rasmi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Nathesan. (2010). Beberapa persoalan penggunaan Bahasa Melayu dan penyelesaiaanya,


Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sapir, Edward. (1921). Language: An Indroduction To the Study Of Speech. New York: Harcout,
Prace: Bartley. Com, 2000. www.bartleby.com/186/.

26
27

Anda mungkin juga menyukai