Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan 1.0 PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 2.0 Pengenalan Objektif Kaedah Batasan Definisi Konsep

Halaman

1-3

GOLONGAN KATA 2.1 Golongan Kata Nama 2.1.1 2.1.2 2.1.3 Golongan Kata Nama Khas Golongan Kata Nama Kata Ganti Nama 2.1.3.1 2.1.3.2 2.1.3.3 2.1.3.4 2.2 Kata Ganti Nama Tunjuk Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama Diri Tanya Kata Ganti Nama

Golongan Kata Kerja 2.2.1 2.2.2 Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif

2.3 2.4 3.0

Golongan Kata Adjektif Golongon Kata Tugas 16

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

1|Page

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Dalam bahasa Melayu, perkataan dapat dikategorikan kepada kategori tertentu melalui beberapa kriteria. Sebagai contoh struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Kebiasaannya, perkataan dikategorikan dalam sintaksis dan semantik. Hal ini kerana pengkategorian ini dikatakan lebih selaras dengan perkataan yang merupakan satu bentuk bebas yang bertugas sebagai unsur dalam binaan sintaksis. Binaan ini didefinisikan sebagai konstruksi yang dibentuk oleh perkataan dan berfungsi sebagai ayat atau konstituen dalam ayat yang dikenali sebagai klausa dan frasa. Binaan ini juga terdiri daripada frasa, klausa dan ayat. Oleh itu, perkataan dari sudut binaan sintaksis merupakan bentuk bebas yang minimum yang bertugas sebagai unsur bagi setiap konstruksi sintaksis atau ayat, klausa dan frasa. (Nik Safiah Karim, et al,.2010). Di samping itu, kata nama, kata kerja dan kata adjektif boleh disebut sebagai golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Hanya tiga golongan kata tersebut sahaja boleh berfungsi sebagai inti bagi mana-mana frasa utama. Jika terdapat perkataan-perkataan yang lain, maka ia digolongkan dalam binaan frasa, klausa dan ayat menerusi perhubungan dengan perkataan-perkataan tiga golongan kata ini, ataupun berhubungan dengan binaan frasa dan klausa secara langsung. Kesimpulannya, dalam bahasa Melayu mempunyai empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. (Nik Safiah Karim, et al. 2010)

2|Page

1.2 `

Objektif Kajian Kajian kertas kerja ini akan memperincikan beberapa objektif seperti berikut :

a) Mengkaji golongan Kata Nama dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada Kata Nama Khas, Kata Nama Am, dan Kata Ganti Nama dengan memberikan contoh dalam bahasa etnik iaitu bahasa Dusun Tatana. b) Mengkaji golongan Kata Kerja yang terbahagi kepada Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif dalam Bahasa Melayu dengan memberikan contoh dalam bahasa etnik. c) Menjelaskan golongan Kata Adjektif dalam Bahasa Melayu dengan memberikan contoh dalam bahasa etnik. d) Mengkaji golongan Kata Tugas dalam Bahasa Melayu dengan memberikan contoh dalam bahasa etnik. .

1.3

Kaedah Kajian Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan kertas kerja ini ialah dengan

menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, majalah, jurnal, artikel telah digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini.

3|Page

1.4

Batasan kajian Dalam penulisan kertas kerja ini, saya telah mengambil kira beberapa batasan

untuk memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan. Dalam hal ini saya menumpukan kajian tentang golongan kata iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas dengan mengemukakan contoh dalam bahasa etnik iaitu Dusun Tanana Kuala Penyu.

1.5

Definisi Konsep

Dalam kertas kerja ini, aspek yang ingin dijelaskan ialah pengertian definisi berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Golongan kata ialah perkataan-perkataan dikelompokkan ke dalam empat golongan. Dalam buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940), Pendeta Zainal Abidin bin Ahmad (ZABA atau lebih terkenal dengan ringkasnya sebagai Zaba) menggunakan istilah jenis perkataan.

Dalam Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga 2008), golongan perkataan utama masih kekal empat, seperti dalam edisi awal Tatabahasa Dewan. Golongan perkataan tersebut seperti berikut:

a) Kata nama b) Kata Kerja c) Kata Adjektif d) Kata Tugas.

4|Page

2.0

PENGENALAN

Semua bahasa menggolongkan perkataan-perkataan yang ada dalam bahasa itu ke dalam tiga golongan besar, iaitu kata nama, kata kerja dan kata tugas.

Golongan-golongan lain dapat diwujudkan berdasarkan falsafah dan kecanggihan seseorang ahli bahasa itu membuat kajian. Umpamanya, adalah sangat nyata bahawa apabila kita mempunyai kata nama, (sebagai contoh : rumah, pokok, dll.). Dengan demikian kita dapat membina frasa seperti rumah besar, pokok cantik, dll.). Ada ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai sejenis kata kerja, iaitu kata kerja keadaan. Kata adjektif itu juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja.

Dalam bahasa Melayu, perkataan dapat dikategorikan kepada kategori tertentu melalui beberapa criteria. Sebagai contoh kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Kebiasaannya, perkataan dikategorikan dalam sintaksis dan semantik. Hal ini kerana pengkategorian ini dikatakan lebih selaras dengan status perkataan yang merupakan satu bentuk bebas yang bertugas sebagai unsur dalam binaan sintaksis. Binaan ini didefinisikan sebagai konstruksi yang dibentuk oleh perkataan dan berfungsi sebagai ayat atau konstituen dalam ayat yang dikenali sebagai klausa dan frasa. Dapatlah disimpulkan disini bahawa bahasa Melayu mempunyai empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. (Nik Safiah Karim, et al. 2010).

5|Page

2.1

Golongan Kata Nama

Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda, haiwan dan konsep.

Golongan kata nama boleh pula dipecahkan kepada sub-golongan berdasarkan ciriciri semantik perkataannya, iaitu kata nama khas, kata nama am. (Nik Safiah Karim, et al.,2010).

2.1.1 Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia (Abdullah, Morfologi, 2006). Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah yang berikut:

manusia

hidup bukan manusia Kata nama khas

Tak hidup

6|Page

Jadual 1 menunjukkan contoh kata nama khas manusia dan bukan manusia

Kata nama khas manusia Faren Etzel Michel Fennieyen Eveline

Kata nama khas bukan manusia Tumpuk Si Belang Sang Lamri Lassie Comel

Jadual 2 menunjukkan contoh kata nama khas bukan hidup Kata Nama Khas Bukan Hidup Kota Kinabalu Penampang Putatan Teluk Likas Membakut Sandakan Pulau Gaya Beaufort Keningau Tawau Pulau Manukan Kuala Penyu

2.1.2 Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Kata nama am konkrit ialah kata nama yang membawa kepada konsep kebendaan. Kata nama am abstrak pula merupakan jenis kata nama yang

7|Page

membawa konsep bukan kebendaan. Jadual dibawah merupakan contoh kata nama am abstrak dan konkrit dalam bahasa Dusun.

Jadual 3 Menunjukkan contoh kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak dalam bahasa Dusun. Kata nama am konkrit Gakod (kaki) balai (rumah) Tikuan (Teko) Usin (duit ) Longon (tangan) Manuk (ayam) dasam(hujan) Kata nama am abstrak Pitua (berkat) Omboriwoh (roh) Spiritu (kuasa) Mororobuat (kepercayaan) Umul(Usia) Vudut (bohong) Panahasan (Peperiksaan)

2.1.3 Kata Ganti Nama Golongan kata nama terbahagi kata ganti nama yang seterusnya kata ganti nama. Kata nama ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri Tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua, dan kata ganti nama diri ketiga. Berikut ini diperincikan penggolongon kecil kata ganti nama:

8|Page

Kata ganti nama tunjuk

kata ganti nama


Kata ganti nama diri

Kata ganti nama diri tanya pertama Kata ganti nama diri orang kedua

ketiga

2.1.3.1

Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjukkan pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu hino dalam bahasa dusun tatana iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan hiti dalam bahasa dusun tatana iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat.

2.1.3.2

Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu: (a) kata ganti nama diri tanya (b) kata ganti nama diri orang

2.1.3.2.1

Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama diri pula ialah kata yang berfungsi untuk menjadi pengganti

sesuatu benda, perkara dan manusia. Kata ganti nama diri ini dipecahkan pula kepada tiga jenis iaitu isai(siapa) yang merujuk kepada orang, nunu(apa) yang merujuk benda dan perkara manakala nombo(mana) pula digunakan untuk merujuk kepada benda dan orang.

9|Page

2.1.3.2.2

Kata Ganti Nama Diri Orang

Kata ganti nama diri orang merupakan jenis kata ganti nama yang merujuk kepada manusia. Ia terdiri daripada tiga kategori iaitu orang pertama, orang kedua dan orang ketiga. Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh kata ganti nama diri mengikut kategori dalam bahasa dusun yang dikaji.

Jadual 4 menunjukkan contoh kata ganti nama diri mengikut kategori dalam bahasa dusun tatana Kata ganti nama diri pertama Yoku (Saya) Akai (Kami) Tokou (Kita) Kata ganti nama diri kedus Pinsan (saudara) Pinsan (Saudari) Muyun (Kamu) Dika (Awak) Diya (Engkau) Diau (Anda) Kata ganti nama diri ketiga Sido(Ia) Isido (dia) Beliau (liau) Dioho(mereka) -nya (-dau

2.2

GOLONGAN KATA KERJA Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unnsur inti

dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Penggolongan ini dapat digambarkan melalui rajah yang berikut:

10 | P a g e

tak berpelengkap Kata kerja tak transitif Kata kerja Kata kerja transitif berpelengkap aktif pasif 2.2.1 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Berikut merupakan contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan berpelengkap dalam bahasa dusun tatana.

Jadual 5

Menunjukkan contoh kata kerja tak transitif berpelengkap dan tak berpelengkap dalam bahasa Dusun Tatana.

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap Tungag (Bangun) Raba (Tumbang) Mamanau (Berjalan) Mogiad (Menangis) Miparahau (Berkeliaran) Lumoyou (menjerit)

Kata kerja tak transitif berpelengkap Miyon (Tinggal ) Jumadi (Menjadi) Pibaasan (Berbual) Tambalut (Bertemankan) Haro (Ada)

11 | P a g e

2.2.2 Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalam meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contohnya dalam bahasa tatana: Jadual 6 menunjukkan contoh ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Dusun Tatana Ayat aktif Faren memohi id buuk (Faren membeli buku) Etzel mangakan id takano (Etzel makan nasi) Yoku tandango id ball (Aku menendang bola) Ayat pasif Id Buuk memohi id Faren ( Buku dibeli oleh Faren) Takano aakan id Etzel (Nasi dimakan oleh Etzel) Id buul tandango yoku (Bola ditendang oleh aku)

Fready mokianu id buuk (Fready mengambil Id Buuk mokianu id Fready (buku itu diambil oleh buku) Fready)

2.3

GOLONGAN KATA ADJEKTIF

Kata adjektif merupakan sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan ayat frasa adjektif. Golongan kata ini dapat dibahagikan kepada sembilan kumpulan mengikut makna-makna perkataan. Contoh dapat dilihat jadual di bawah dalam bahasa Dusun Tatana:

12 | P a g e

Jadual 7 Kata adjektif sifat Kata adjektif sifat

Golongan kata adjektif dalam bahasa Dusun Tatana Avasi (Baik), alahaat( jahat),apandaai( cerdik), sumbung (sombong). Avasi(Baik), alahaat(jahat), apandaai (cerdik), sumbung(sombong), kapahaadan(dengki), tamaha(kedekut), bengis, mogosi(takut), katama (berani)

Kata adjektif warna

Aragang(Merah),obulou(biru),osilou(kuning), osilou(putih), oitom(hitam), otomou(hijau), ungu(ungu) obuhog(kelabu)

Kata adjektif ukuran Kata adjektif pancaindera

Obulugu (bulat), alandui(bujur), walu pasagi(octagon) Raso(Rasa) : asadap(Sedap), monsom(masam), Koiso raso(tawar), opohit(pahit), oosim(masin) Pandang(mintong): Ogingo(cantik), araaat(hodoh), ayamut(comot) Mokinigou (Dengar) : merdu, mersik, nyaring, agangau(bising), ogiza(riuh) Moningud(Bau) : mangaris(wangi), ovutong(busuk), harum, hapak Mangasau(Sentuh) : aparad(kasar), ohomok(lembut), ohumis(licin), Okodou( keras), omukang(lembik).

Kata adjektif waktu kata adjektif cara Kata adjektif perasaan

Alaid(Lewat), alaid(lambat), osikap (cepat), osuad i (awa)l, spontan Oidau(Deras),osiau(laju), alaid(lambat), osonod(perlahan). Langadon(Rindu), omogit(geram), abanci(benci), orual(sedih), berahi, ghairah, ounsikou(gembira)

2.4

GOLONGAN KATA TUGAS Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen,

iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan keciil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsure inti bagi frasa-frasa 13 | P a g e

endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Adbul Hamid Mahmood, 1997). Misalnya, kata bilangan masuk ke dalam frasa nama melalui perhubungan dengan kata nama, seperti dalam Jadual 7 yang berikut: Jadual 8 Frasa Nama dalam bahasa Dusun Tatana FRASA NAMA Kata Bilangan Aramai (Ramai ) Duo (Dua) Piri-piro (Beberapa) Tiap-tiap Ogumu (Kebanyakan) Tulun (Orang) Ekong (Ekor) Penjodoh Bilangan Kata Nama Mimingkono(Pelakon) Susumangod(Askar) Tingau (Kucing) Tanak sikul (pelajar) Momomolukis(pelukis)

Kata penguat pula masuk ke dalam frasa adjektif melalui perhubungan dengan kata adjektif. Contohnya: Jadual 9 Frasa Adjektif dalam bahasa Dusun Tatana FRASA ADJEKTIF Kata Penguat Otopot(Sungguh) Noikot(Amat) Noikot(Paling) Kuang(Kurang) Kata adjektif Olumis (Indah) Araaat(hodoh) Alangkou(Tinggi) Osonong (Baik)

14 | P a g e

Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, ataupun tugas-tugas yang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikianm maka kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang berikut: Jadual 10 i. Kata hubung ii. Kata seru iii. Kata tanya iv. Kata perintah v. Kata pangkal ayat vi. Kata bantu vii. Kata penguat viii. Kata penegas ix. Kata naf x. Kata pemeri xi. Kata sendi nama xii. Kata pembenar xiii. Kata bilangan xiv. Kata arah xv. Kata pembenda xvi. Kata penekan Kata Tugas dalam bahasa dusun Tatana: Om(Dan), nung (atau), nga (tetapi) Wau(Wah),atukoi(amboi), aduh(aduh) Pingkuo(Bagaimana), soira (bila), piro(berapa), nokuro(mengapa) Popouskou(Sila) , popoondos(tolong), halapon(harap) Poingkaa(Hatta), mantad po(maka), di ontok dii(syahadan) Maso(Akan),nopongo(sudah), miumbang(pernah) Sangat, amat, noikot(paling) Nogi(Juga), lah. Tah, pun Au (Tidak), okon (bukan) Ialah, adalah id (di), mantad(dari), alarom(dalam) Oou(Ya), benar, otopot(betul) Duo(Dua), segala, beribu-ribu, sompori-pori(masing-masing) Savat (Atas),susut(bawah),saralom( dalam) :-dau(nya) -(dau(nya)

15 | P a g e

3.0

KESIMPULAN Perkataan dalam sesuatu bahasa digolongksn ke dalam golongan-golongan tertentu

berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik. Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya. Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna sedemikian seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.

16 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai