Anda di halaman 1dari 27

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kolokasi adalah istilah linguistik yang membawa maksud hubungan kedudukan atau
kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan. Manakala
perkataan berkolokasi bermaksud (bagi sesuatu yang) kerap kelihatan wujud
bersebelahan (berdekatan) antara satu sama lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015:
806) Ini bermaksud perkataan yang bergandingan dengannya hendaklah serasi dan
difahami apabila ianya disebut, ditutur atau dibaca.

Contohnya perkataan baju adalah kata nama tetapi tidak berkolokasi dengan lazat dan
akan menjadi baju lazat. Apabila dituturkan baju lazat maknanya tidak difahami. Ini
kerana kolokasi atau perkataan yang digandingkan bersama baju tidak serasi. Secara
tidak langsung ianya tidak dapat difahami dalam percakapan dan pembacaan.

Perkataan baju apabila digandingkan dengan perkataan besi akan menjadi baju besi.
Kolokasi baju besi iaitu baju yang diperbuat dari besi dan dipakai dalam peperangan.
Begitu juga dengan perkataan baju hujan ianya sejenis baju labuh daripada bahan kalis
air untuk melindungi seseorang dari dibasahi air hujan (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2015: 110-111) Perkataan baju juga boleh digandingkan dengan beberapa perkataan
lain antaranya kurung yang akan menjadi baju kurung, kemeja akan menjadi baju
kemeja, pengantin akan menjadi baju pengantin. Padanan ini dapat dilihat dalam
konteks bahasa, budaya, masa dan persekitarannya.

Dalam bahasa Inggeris, kolokasi di sebut collocation. Collocation adalah kata nama
yang terdiri dari dua patah perkatan iaitu co dan location. Co bermaksud sesuatu yang
berkongsi

manakala

location

pula

bermaksud

tempat.

Apabila

digabungkan

terbentuklah perkataan collocation yang membawa makna sesuatu pada satu tempat
yang sama. HURAIKAN LAGI SECARA TERPERINCI.

HURAIKAN DALAM BAHASA ARAB MAKNA KOLOKASI.


Contohnya perkataan

/ /

digandingkan dengan .

. Perkataan yang sesuai untuk

adalah dan akan menjadi , manakala

perkataan sesuai digandingkan dengan akan menjadi dan


perkataan pula sesuai digandingkan dengan menjadi .Firman Allah
di dalam Al-Quran









]69[

MAKNA DAN SURAH
Untuk lebih jelas, perhatikan perkataan fast quick yang bermaksud sesuatu yang cepat.
( Kamus apa)
Fast apabila digandingkan dengan food akan menjadi fast food yang bermaksud
makanan segera.Tetapi perkataan quick food adalah tidak sesuai walaupun quick
membawa makna cepat. Perkataan yang sesuai digandingkan dengan quick ialah meal
dan akan menjadi quick meal yang juga membawa makanan segera.

Contoh lain di dalam bahasa Inggeris ialah heavy dan di dalam bahasa Arab perkataan
. Kedua-duanya bermaksud berat didalam bahasa Melayu. Perkataan yang boleh

digabungkan dengan heavy.

Jadual 1.1 Perkataan yang boleh digabungkan dengan heavy

Bil

Perkataan

kolokasi

berkolokasi
dengan heavy

Didalam

maksud

di perkatan

bahasa arab

dalam bahasa dalam kamus


melayu

smoker

heavy smoker

perokok tegar

trafic

heavy trafic

kesesakan
jalan raya

meal

heavy meal

taxes

heavy taxes

sleep

heavy sleep

fog

heavy fog

fighting

heavy fighting

seas

heavy seas

road

heavy road

10

losses

heavy losses

11

rain

heavy rain

12

eyes

heavy eyes

13

task

heavy task

14

creps

heavy creps

makanan

Inggeris

di

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

1.7.1 Kolokasi

1.7.2 Kata Kerja

1.7.3 Kata Sendi

1.7.4 Hadis

1.7.5 Terjemahan Semantik

1.7.6 Terjemahan Komunikatif

1.8 Definisi Operasional

1.9 Kesimpulan

BAB 2

SOROTAN KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sorotan kajian literatur atau dipanggil sebagai tinjauan literatur adalah suatu kajian
lepas yang digunakan untuk mengenal pasti kajian-kajian terdahulu yang hampir sama
dengan kajian yang sedang dikaji. Dalam penyelidikan ilmiah ia telah menjadi suatu
proses yang penting dalam mengembangkan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan
yang ingin dijalankan. Pemilihan kajian literatur yang sesuai membantu dalam
menghasilkan sebuah penyelidikan bermakna dan diyakini kesahihannya. Di samping
itu, ia juga membolehkan kita mengenal pasti dan membezakan perkara yang telah
dikaji dan fokus perkara yang perlu dikaji.

Objektif kajian literatur adalah membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang
perlu dikaji, menemui pembolehubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baru
dan menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang
berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama (D.N. & Beile, P.,
2005) Selain itu, ianya adalah untuk memahami latar belakang struktur tajuk
penyelidikan yang ingin dijalankan berdasarkan pembacaan dan ulasan maklumat
melalui buku, jurnal, prosiding serta penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis).

Bertitik tolak daripada keterangan di atas, sorotan kajian literatur dalam kajian ini telah
mengfokuskan kajian-kajian lepas (tesis-tesis) yang berkaitan tentang kolokasi,
terjemahan semantik, dan terjemahan komunikatif. Tidak ketinggalan juga analisis
kerelevan kajian lepas (tesis) mengenai buku Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar
Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1).

2.2 Bahagian Pertama: Tesis-tesis Yang Berkaitan Kolokasi

2.2.1 Penggunaan Konsep Kolokasi Dalam Penterjemahan Arab-Melayu


Muhammad Fauzi Jumingan (Tahun) telah melaksanakan kajian mengenai penggunaan
konsep kolokasi dalam penterjemahan Arab-Melayu. Beliau telah mengatakan bahawa
konsep penggunaan kolokasi ini perlu diajar kepada pelajar melayu khususnya dalam
subjek karangan dan penulisan di dalam peringkat menengah mahupun bertaraf
universiti. Pada umumnya, penggunaan kolokasi ini membantu pelajar menguasai suatu
cabang ilmu linguistik Arab yang dipanggil ilmu uslub dan ilmu stilistik. Muhammad
Fauzi Jumingan mengatakan bahawa ilmu uslublah yang membezakan sesuatu ayat
atau ungkapan Arab itu asli atau ianya adalah bahasa ibunda (Bahasa Melayu).

Konsep Kolokasi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (806: 2005) ialah hubungan
kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain dalam
satu susunan. Dengan erti kata lain, kolokasi adalah gabungan dua patah perkataan
yang mesti seiringan atau perlu wujud bersama. Kolokasi di dalam bahasa Arab pula
dipanggil

ataupun

Pada hakikatnya,

konsep kolokasi ini telah lama digunakan. Namun, dalam konteks pendidikan di
Malaysia khususnya kepada pelajar Melayu, ianya masih baharu.

Di dalam kajian Muhammad Fauzi Jumingan, beliau telah menjumpai daripada


penulisan Ghazala (23: 2004) bahawa kolokasi dalam bahasa Arab berdasarkan ilmu
uslub terbahagi kepada 20 jenis. Antara jenis kolokasi yang selalu digunakan ialah
kolokasi (kata nama + kata sifat) dan kolokasi bersandar. Namun begitu, Muhammad
Fauzi Jumingan telah menumpukan perhatian kepada 10 jenis kolokasi yang utama.
Beliau telah membuktikan jenis-jenis kolokasi ini melalui beberapa contoh. Berikut ialah
sebahagian daripada kolokasi tersebut.

2.2.1.1 Kolokasi Namaan dan Sifatan (kata nama + kata sifat)


Kolokasi ini agak biasa digunakan di dalam wacana penulisan Arab seperti majalah,
buku dan surat khabar. Berikut adalah contohnya:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Cedera parah

Idea bernas

Tidur nyenyak (tidur mati)

2.2.1.2 Kolokasi Bersandar (idafah mudaf + mudaf ilayhi)


Kolokasi bersandar ini digelar dalam nahu Arab sebagai al-idafah. Misalnya adalah
seperti berikut:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Terbit mentari

Hilang Ingatan

Inti sari / inti pati

2.2.1.3 Kolokasi Ataf


Kolokasi ini lazimnya berkaitan dengan hubungan kata nama dengan kata nama yang
diantaranya terdapat penanda wacana waw (dan). Ia selalunya berkaitan dengan dua
kata yang berlawanan:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Yang salah dan benar

Yang baik dan buruk

Yang tua dan muda

2.2.1.4 Kolokasi Sifatan (kata sifat + kata sifat)


Kolokasi ini jarang dijumpai di penulisan bahasa Arab. Kebiasaannya, dua kata sifat
bergabung sama ada ia bersifat berlawanan mahupun sebaliknya.

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Dikeji dan dicela

Salah dan benar

Susah senang

2.2.1.5 Kolokasi Kerjaan dan Namaan (kata kerja + kata nama)


Kolokasi jenis ini pula bertujuan untuk menjelaskan sesuatu dengan jelas dan langsung.
Ia adalah gabungan kata kerja dan kata nama. Antara contohnya ialah:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Berjaya dengan cemerlang

Membaca dengan tertib

Sangat Marah

2.2.1.6 Kolokasi Kata Kerja Masdar (kata kerja + kata nama masdar {terbitan})
Kata nama terbitan terbentuk daripada kata kerja yang sama dan menjadi kolokasi kata
kerja masdar. Berikut adalah contoh kolokasinya:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Berjaya dengan cemerlang

Membaca dengan tertib

Sangat marah

2.2.1.7 Kolokasi Kata Kerja Sendi (kata kerja + kata sendi)


Kolokasi jenis ini adalah gabungan daripada kata kerja dan kata sendi. Manakala
perkataan kata sendi pula diikuti dengan kata nama. Contohnya:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Hilang dari pandangan (terlepas pandang)

Bertenang / ambil mudah

Ambil iktibar

2.2.1.8 Kolokasi Kata Kerja Relatif (kata kerja + kata nama relatif)
Kolokasi ini mengabungkan dua kata kerja dan diantaranya terdapat kata nama relative
(ism mawsul). Kolokasinya seperti berikut:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Meraih hasil

Allah mengampunkan perkara yang lepas

Yang sudah, sudahlah

2.2.1.9 Kolokasi Ataf Kata Kerja (kata kerja + kata kerja)


Kolokasi ini terdiri daripada dua kata kerja yang berlawanan dan digabungkan dengan
penanda wacana waw (dan). Misalnya ialah:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Menyusahkan dan Menyenangkan

Mengasingkan dan mengumpulkan

Mengizinkan dan menegah

2.2.1.10 Kolokasi Kata Adverba (al-Zarf)


Kolokasi jenis ini mempunyai dua kata adverb yang setara. Sebagai contoh:

Kolokasi Arab

Terjemahan Melayu

Awal dan akhir

Pagi dan petang

Pergi dan balik

Menariknya lagi, Muhammad Fauzi Jumingan telah menyediakan suatu teknik


penggunaan kolokasi dalam penterjemahan Arab-Melayu kepada pendidik bahasa
Arab, penterjemah serta pelajar melayu yang mempelajari bahasa Arab khususnya.
Sehubungan dengan itu, antara teknik yang telah dicadangkan oleh Muhammad Fauzi
Jumingan adalah:

Menjelaskan konsep kolokasi kepada para pelajar dan penterjemah, khususnya


yang berkaitan dengan definisi dan jenis kolokasi serta mengamalkan dalam

kemahiran menulis dan membaca.


Carikan contoh-contoh yang ada dalam wacana penulisan Arab serta

terjemahkan contoh berkenaan.


Bentuk ayat yang mengandungi contoh kolokasi (untuk subjek bersifat kemahiran

menulis).
Kategorikan jenis-jenis kolokasi yang ada dalam bahasa Arab (untuk subjek

bersifat membaca).
Cari sebanyak mungkin kolokasi dalam wacana teks Arab dan terjemahkan ke
dalam Bahasa Melayu (untuk pelajar penterjemahan Arab-Melayu) ataupun

sebaliknya (Melayu-Arab).
Penterjemah digalakkan menggunakan tesaurus dalam mencari padanan yang
sesuai dalam penggunaan kolokasi.

Hal ini demikian dapat disimpulkan bahawa kajian ini memudahkan para pelajar
khususnya untuk menterjemah Arab-Melayu atau Melayu-Arab dengan mudah dalam
perkataan kolokasi menggunakan teknik yang telah ditulis oleh Muhammad Fauzi
Jumingan. Pengkaji juga dapat mengenali sebahagian konsep dan jenis kolokasi yang
telah dikaji oleh beliau. Beliau ada mengatakan bahawa kajian ini jarang dikupas oleh
sarjana tempatan khususnya, walaupun sudah sekian lama penggunaan ini telah
dilaksanakan.

Kajian tentang Penggunaan Konsep Kolokasi Dalam Penterjemahan Arab-Melayu


yang dihasilkan oleh Muhammad Fauzi Jumingan (Tahun) ini banyak membantu
pengkaji menjalankan kajian dari aspek Analisis Kolokasi Kata Kerja Dan Partikel Jar
Berdasarkan Pendekatan Terjemahan Semantik Dan Komunikatif Dalam Kitab Bahru
Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1). Akan Tetapi pengkaji hanya
mengfokuskan kajian terjemahan kolokasi ini kepada satu jenis kolokasi sahaja, iaitu
kolokasi kk yang berpadanan dengan ks secara terperinci. Hal ini menjadikan pengkaji
lebih bersifat khusus berbanding dengan kajian Muhammad Fauzi Jumingan yang lebih
bersifat umum.

2.2.2 Masalah Penterjemahan Kolokasi Bahasa Arab ke Bahasa Melayu: Satu Kajian
Teks Tafsir.
Masalah Penterjemahan Kolokasi Bahasa Arab ke Bahasa Melayu: Satu Kajian Teks
Tafsir merupakan kajian yang telah dilaksanakan oleh Saifullah Kamalie. Dalam
kajiannya, beliau telah mengkaji masalah penterjemahan kolokasi bahasa arab ke
bahasa melayu terhadap terjemahan tafsir al-Quran yang bertajuk Fi Zilal al-Quran.
Beliau telah menyatakan bahawa dalam sebuah penulisan, satu perkataan jarang
muncul sendirian. Dalam konteks ini, sesuatu perkataan akan muncul bersama-sama
dengan perkataan lain menjadi sebuah maksud yang bermakna.

Gambaran mengenai keterangan tentang kolokasi yang secocok antara dua atau lebih
perkataan dalam sesuatu ayat mempunyai makna yang tertentu telah dihuraikan oleh
Sinclair (1991: 170), Collocation is the occurrence of two or more words a short space
of each other in a text (kolokasi adalah kemunculan dua atau lebih yang seiringan
dengan kata yang lain dalam sebuah teks dengan jarak yang tidak berjauhan). Lanjutan
daripada ini, Saifullah Kamalie telah menjadikan beberapa buah buku sebagai kajian
beliau tentang kolokasi. Antaranya ialah buku yang berjudul

karya

al-Sakkakiy (1937) yang mana telah dijadikan rujukan kolokasi yang terawal daripada
buku-buku yang lain.

Penyataan dalam buku al-Sakkakiy ini mengenai kolokasi adalah:














.







Apabila anda mulakan bicara, maka setiap perkataan yang wujud bersama perkataan
lainnya merupakan sebuah konteks, had sebuah perkataan berakhir juga merupakan
konteks. Tinggi dan rendahnya kedudukan perkataan ditinjau dari segi keelokan dan
kebolehannya diterima berdasarkan pada kesesuaian perkataan dengan konteksnya,
maka itulah yang disebut dengan

(sesuai dengan konteks) (al-

Sakkakiy, 1937: 74).

Rentetan daripada konteks al-Sakkakiy, Saifullah Kamalie melaksanakan kajiannya


mengenai pengenal pastian jenis kolokasi dalam tafsir Fi Zilal al-Quran serta
pengkajian tentang proses penterjemahan kolokasi Arab-Melayu pada masa kini. Oleh
yang demikian, beliau telah menjumpai suatu kaedah yang boleh digunakan di dalam
menganalisis kolokasi penterjemahan Arab-Melayu melalui kaedah korpus (corpusbased analysis). Fokus ini terdiri daripada style and authorship studies (penyelidikan
mengenai ciri-ciri khas dari tulisan pengarang), lexis (penyelidikan tentang kekerapan
partikel, frasa dan maknanya dalam jenis teks, serta perilaku kolokasi), dan translation
studies (penyelidikan menganalisis jenis kolokasi).

Bersangkutan dengan hal ini, Saifullah telah menggunakan suatu perisian komputer
yang dipanggil program aConcorde bertujuan untuk mengenal pasti kolokasi yang
terdapat di dalam buku tafsir Fi Zilal al-Quran. Selain itu juga, pencarian secara
manual telah digunakan oleh beliau untuk mencari beberapa kolokasi yang lainnya. Hal
ini disebabkan telah berlakunya kolokasi yang tidak beriringan atau berhampiran seperti
yang terdapat dalam bahasa Inggeris. Antara salah satu cara kolokasi secara manual
yang digunakan oleh beliau untuk memastikan preposisi itu sesuai atau sebaliknya
adalah dengan rujukan silang kepada sejumlah kamus khusus.

Jika ditinjau mengenai kajian Saifullah Kamalie mengenai jenis kolokasi, sebanyak 328
contoh daripada tafsir Fi Zilal al-Quran telah dikenal pasti bahawa 21 jenis kolokasi
terdiri daripada sudut tatabahasa dan lima jenis kolokasi dari sudut semantik. Melalui
analisis beliau juga, terjemahan harfiah dalam terjemahan Melayu-Malaysia dan
Melayu-Indonesia masih banyak digunakan dalam menterjemahkan kolokasi di dalam
tafsir Fi Zilal al-Quran tanpa mencacatkan maksud yang sebenarnya. Namun begitu,
huraian terjemahan ini masih diperlukan untuk lebih difahami oleh pembaca.

Yang menjadi tarikan pengkaji dalam kajian Saifullah Kamalie ini ialah beliau telah
menjumpai lima jenis kolokasi yang belum pernah diperjelaskan oleh penyelidik yang
terdahulu. Temuan terpenting ini telah menjadi rujukan ramai penyelidik dahulu dan
masa kini untuk dijadikan panduan dalam mengenal pasti kolokasi yang terdapat di
dalam buku yang lain. Berikut adalah lima jenis kolokasi tersebut:

Kolokasi Binaan Ma berpadanan dengan Min.


Kolokasi Frasa Sendi.
Kolokasi Kata Nama berpadanan dengan Frasa Sendi.
Kolokasi Kata Nama Mufrad berpadanan dengan Kata Nama Jamak.
Kolokasi Partikel Amma berpadanan dengan Fa.

Bukan itu sahaja, Saifullah Kamalie juga telah menemui kolokasi daripada data yang
dikumpul bahawa terdapat kolokasi yang tidak berasal daripada bahasa Arab. Ianya
dinamakan sebagai borrowed collocation (kolokasi pinjaman). Melalui kajian batasan
dan kriteria pula, kolokasi terbukti memenuhi batasan kriteria yang pernah dibahaskan
oleh beberapa orang ahli bahasa. Selain itu, pengenal pastian kombinasi leksem
bahasa mampu dijadikan panduan bahawa ianya adalah suatu kolokasi. Saifullah
Kamalie berharap agar peningkatan dalam mutu terjemahan kitab-kitab bahasa Arab
khususnya kepada bahasa Melayu-Malaysia dan bahasa Melayu-Indonesia mendapat
pujian dan sanjungan daripada pembaca.

Kajian ini dipilih untuk menjadi bahan sorotan kajian lepas kerana satu jenis kolokasi
akan dikaji oleh pengkaji iaitu kata kerja berpadanan gdengan kata sendi nama. Kajian
ini juga banyak membantu pengkaji daripada segi menterjemahkan kolokasi teks hadis.
Melalui pembacaan kajian ini juga, dapat mengembangkan serta membuka mata
pengkaji dalam Analisis Kolokasi Kata Kerja Dan Partikel Jar Berdasarkan Pendekatan
Terjemahan Semantik Dan Komunikatif Dalam Kitab Bahru Al-Madzi Syarah
Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1).

2.3 Bahagian Kedua: Tesis Yang Berkaitan Terjemahan

2.3.1 Penerapan Teori Semantik Dan Komunikatif Dalam Menterjemahkan Leksikel


Qala dan Derivasinya Dalam Al-Quran

Azani Bin Ismail @ Yaakub telah melaksanakan suatu kajian mengenai penerapan teori
semantik dan komunikatif dalam menterjemahkan leksikel qala dan derivasinya dalam
Al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan terjemahan leksikel qala dan
derivasinya dalam al-Quran khususnya dalam surah al-Kahf dalam kitab Tafsir Fi Zilali
al-Quran dengan penerapan teori semantik dan komunikatif yang dipelopori oleh Peter

New Mark (1981). Seperti yang telah diketahui terjemahan semantik adalah salah satu
pendekatan terjemahan yang berkisarkan mengenai budaya bahasa asal.

Manakala terjemahan komunikatif merupakan satu interaksi atau perhubungan dua


pihak dalam menyampaikan maklumat. Maksud yang lebih mudah adalah terjemahan
yang melibatkan kefahaman sosial di sesuatu tempat yang mementingkan keperluan
dan kehendak tahap bahasa masyarakat setempat. Walaubagaimanapun Azani bin
Ismail @ Yaakub menyatakan bahawa kedua-dua teori terjemahan ini mempunyai
fungsi dan matlamat yang sama iaitu memindahkan ilmu dalam bahasa sasaran supaya
difahami pembaca dengan baik.

Kajian ini dilaksanakan oleh beliau disebabkan teori terjemahan moden kurang sesuai
diterapkan dalam terjemahan teks kudus. Oleh itu, beliau telah cuba mengaplikasikan
terjemahan semantik dan terjemahan komunikatif dalam terjemahan teks kudus dengan
menggunakan kajian kepustakaan serta menggunakan kaedah kualitatif dalam
menganalisis data. Beliau juga menganalisis data dengan menggunakan analisis
kontrastif, analisis kandungan, dan analisis deskriptif. Melalui analisis data ini mampu
menjamin kewibawaan, kerasional, dan keempirisan dalam sesuatu kajian.
Azani bin Ismail @ Yaakub telah menganalisis 10 sampel dari surah al-Kahf yang terdiri
daripada ayat 66, 67, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75, dan 76. Cara pemilihan sampel ini
adalah dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Ia bertujuan untuk
mendapatkan dapatan kajian yang telah digariskan oleh pengkaji. Berikut adalah
sampel beserta terjemahan teks yang telah di pilih:

Sampe
l

Surah Al-Kahf

Terjemahan Teks

Cadangan Perubahan

Sumber Yang

Terjemahan Yang

Difokuskan

Difokuskan

Bertanya

(Dikekalkan perkataan
)asal

Berkata

Menjawab

Menegaskan

Jawab

Menjawab lagi

Menjawab

Lalu Musa bertanya

Lalu Musa
berkata

Menegaskan,

Menjawab,

mengatakan

berkata

(Dikekalkan perkataan
)asal

Ujar

10

Ujar

Soal / tanya

Berkata

Menegaskan

Ujar

Pujuk / rayu

Melalui 10 sampel yang dipilih secara sampel bertujuan ini, sebanyak 50% sampel
menggunakan

terjemahan

semantik

dan

50%

lagi

menggunakan

terjemahan

komunikatif dalam terjemahan leksikal qala dan derivasinya. Dalam kajian ini, Azani bin
Ismail @ Yaakub mengakui bahawa teori terjemahan moden sememangnya digunakan
walaupun tidak berlaku secara langsung. Selain itu, penggunaan kamus semata-mata
dalam menterjemahkan sesuatu teks terutamanya Al-Quran adalah kurang tepat. Ia
perlu diterjemahkan melalui pemahaman konteks sebagai contoh perkataan qala yang
telah dibincangkan dalam sampel di atas. Perkataan tersebut boleh membawa maksud
bertanya, menegaskan, menjawab lagi, lalu bertanya, menegaskan, serta pujuk/rayu.

Berdasarkan kajian ini, dapat membantu pengkaji menganalisis kolokasi kata kerja dan
partikel jar berdasarkan pendekatan terjemahan semantik dan komunikatif dalam Kitab

Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1). Kaedah terjemahan
yang digunakan Azani bin Ismail @ Yaakub boleh dijadikan panduan dan rujukan
kepada pengkaji untuk mencari kk berkolokasi bersama ks menggunakan terjemahan
semantik dan terjemahan komunikatif. Namun, kajian pengkaji lebih tertumpu hadis nabi
berbanding dengan beliau lebih kepada al-quran.

2.3.2 Kepelbagaian Terjemahan Preposisi Arab dan Fungsinya dalam Bahasa Melayu

Kajian kualitatif yang telah dilaksanakan oleh Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd
Saad yang bertajuk Kepelbagaian Terjemahan Preposisi Arab dan Fungsinya dalam
bahasa Melayu telah memberi kesan yang menarik dalam ilmu terjemahan
terutamanya daripada struktur semantik dan korelasi gabungan leksikel. Walau
bagaimanapun, terdapat juga pengguguran makna semantik yang dibolehkan selagi
tidak mengubah maksud asal ayat. Menariknya, kajian ini telah menemui panduan atau
rujukan yang baru untuk penterjemah menterjemah preposisi Arab ke dalam bahasa
Melayu.

Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad telah mengfokuskan tatabahasa Arab
kepada harf (kata sendi) dengan kata nama (kn) dalam kajian beliau untuk
menterjemahkan preposisi Arab kepada bahasa Melayu. Beliau telah mengkaji harf ini
meliputi definisi, pembahagian dan fungsinya dalam struktur ayat. Beliau juga telah
menjumpai pernyataan Mubarak (1992: 246) mengenai jenis harf. Mubarak menyatakan
bahawa huruf jar terbahagi kepada 17 jenis, tujuh daripadanya

(memajrurkan atau mengenetifkan isim dzahir dan mudmar) iaitu

Manakala

tujuh

jenis

lagi

adalah

(dikhususkan hanya pada isim dzahir) iaitu .


iaitu

Selanjutnya, tiga lagi disebut dalam bab istisna

Namun, Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad

telah mengecilkan skop kajiannya dengan hanya mengambil tujuh harf jar iaitu

Pemilihan ini berdasarkan penelitian

beliau terhadap sampel teks novel Arab yang berjudul Masrur dan Makmur
karangan Ahmad Shafiq Bahjat atau nama terkenalnya Ahmad Bahjat.

Novel ini dipilih kerana unsur-unsur kesusasteraannya dan kewujudan


preposisi Arab yang pelbagai. Tambahan pula, novel ini pernah dijadikan
sampel dan mempunyai autoriti dalam kajian PhD terjemahan Arab-Melayu
oleh Muhamad Fauzi Jumingan di UKM (Ibid: 25). Melalui novel ini, telah
dianalisis penterjemahan dari segi semantik dan komunikatif. Seterusnya,
diawal kajian ini beliau telah menilai data sampel dan dikumpul serta diteliti
sebelum diklasifikasikan fungsi semantik berdasarkan struktur ayat yang
diterjemah dalam bahasa Melayu melalui proses analisis linguistik.

Berdasarkan novel Masrur dan Makmur, Muhammad Luqman Ibnul Hakim


Mohd Saad telah menggunakan terjemahan semantik dan terjemahan
komunikatif dalam kajian beliau. Penterjemahan ini sangat penting untuk
mendapatkan maksud yang indah dan sempurna apabila dibaca dalam
bahasa sasaran.

Berikut adalah contoh penterjemahan semantik Arab-

Melayu dan penterjemahan komunikatif Arab-Melayu.

Bil.

Ayat dalam novel Masrur dan


Makmur

Melayu

Terjemahan Semantik Arab-

Angin bertiup keras seakan


meraung memperlihatkan
ramalan buruk yang tidak
menyenangkan manusia. M/s: 2
Baunya memperlihatkan
keseluruhan ladang anggur yang
lengkap. M/s: 11
Dengan adanya kulit bulu itu akan
merangsang kehangatan rasa.
M/s: 14

Terjemahan Semantik Arab-Melayu

Bil.

Ayat dalam novel Masrur dan

Terjemahan Komunikatif Arab-

Makmur

Melayu
Seringkali

pertemuan

dalam
dia

bahawa

dia

kekayaan

dengan

setiap

memberitahu
mendapatkan
ilmu

yang

khusus. M/s: 13
yang ada padanya.

Saya tidak akan mencampuri


urusan anda dan anda tidak akan
mencampuri urusan saya. M/s: 24
Meneguk lagi arak yang berwarna
bunga ros. M/s: 1


Terjemahan Komunikatif Arab-Melayu

Melalui contoh yang diberikan ini, pengkaji dengan lebih yakin menggunakan
terjemahan semantik dan terjemahan komunikatif dalam kajian yang
dilaksanakan iaitu menganalisis kolokasi kata kerja dan partikel jar berdasarkan
pendekatan terjemahan semantik dan komunikatif dalam Kitab Bahru Al-Madzi Syarah
Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1). Hal ini disebabkan kajian terjemahan dalam
novel Masrur dan Makmur dikaji oleh dua orang pengkaji yang tiada tolok bandingnya
kehebatan mereka dalam menyelidik iaitu Muhamad Fauzi Jumingan dan Muhammad
Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad yang pengkaji gunakan sebagai rujukan literatur.

2.4 Bahagian Keempat: Analisis Berkaitan Kerevelan Kajian-kajian Lepas Terhadap


Analisis Kolokasi Kata Kerja Dan Partikel Jar Berdasarkan Pendekatan Terjemahan
Semantik Dan Komunikatif Dalam Kitab Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih AtTirmidzi (Juzu 1).

Dalam konteks kajian pengkaji ini, sorotan kajian lepas yang telah dibahaskan dalam
bab ini tidak kira mengenai kolokasi, terjemahan semantik, dan terjemahan komunikatif
amat memberikan pengkaji idea dalam meneruskan kajian ini. Justeru itu, pengkaji
telah mengfokuskan kolokasi kk yang berpadanan dengan ks dalam bahasa Arab
kepada bahasa sasaran iaitu bahasa Melayu. Persamaan dengan kajian-kajian lepas ini
dapat memberikan panduan dalam menghasilkan sebuah kajian yang terbaik daripada
kajian-kajian lepas. Dengan kata lainnya, dapat menambahbaik kajian yang lepas
supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Bertitik tolakkan dengan persamaan ini, kajian Analisis Kolokasi Kata Kerja Dan Partikel
Jar Berdasarkan Pendekatan Terjemahan Semantik Dan Komunikatif Dalam Kitab

Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1) telah melihat beberapa
aspek dalam kajia-kajian lepas.

2.5 Kesimpulan

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi mengenai kajian-kajian lepas
tidak kira kajian daripada peringkat tesis ijazah doktor falsafah mahupun kajian
peringkat tesis ijazah sarjana, dapat disimpulkan bahawa kajian yang dipilih oleh
pengkaji iaitu Analisis Kolokasi Kata Kerja Dan Partikel Jar Berdasarkan Pendekatan
Terjemahan Semantik Dan Komunikatif Dalam Kitab Bahru Al-Madzi Syarah
Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1) sangat releven dan mempunyai kaitan dengan
kajian-kajian lepas yang telah dijadikan kajian literatur.

Kebanyakan tumpuan huraian yang telah diperjelaskan daripada kajian-kajian lepas


berkisarkan tentang kolokasi, terjemahan semantik dan terjemanan komunikatif.
Lanjutan daripada ini, ianya mempunyai kaitan dan sedikit persamaan dengan kajian
pengkaji. Oleh itu, selayaknya kajian ini dijadikan rujukan dan panduan dalam
meneruskan kajian saya berkaitan tentang Analisis Kolokasi Kata Kerja Dan Partikel Jar
Berdasarkan Pendekatan Terjemahan Semantik Dan Komunikatif Dalam Kitab Bahru
Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1).

Di samping itu, terdapat beberapa kolokasi yang memerlukan terjemahan komunikatif


daripada terjemahan sematik supaya difahami oleh bahasa sasaran. Oleh hal yang
demikian, kebanyakan kajian lepas yang dijadikan rujukan literatur ini adalah
berasaskan kepada analisis kandungan (content analysis) teks. Hal ini dibuktikan
dengan tajuk-tajuk mereka tidak kira berkaitan tentang Masalah Penterjemahan
Kolokasi Bahasa Arab ke Bahasa Melayu: Satu Kajian Teks Tafsir: Saifullah Kamalie
menggunakan kitab Fi Zillali al-Quran.

Selain itu, Penerapan Teori Semantik Dan Komunikatif Dalam Menterjemahkan Leksikel
Qala dan Derivasinya Dalam Al-Quran: Azani Bin Ismail @ Yaakub juga menggunakan
kitab Fi Zillali al-Quran. Tidak ketinggalan, Kepelbagaian Terjemahan Preposisi Arab
dan Fungsinya dalam bahasa Melayu: Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad
dalam menyingkap novel Masrur dan Makmur yang sebelumnya telah dikaji oleh
Muhamad Fauzi Jumingan.

Akhir kalam, kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam kajian-kajian lepas tidak


perlu di kritik secara negatif. Pandangan dan komen secara ilmiah sangatlah diperlukan
dalam menghasilkan sebuah kajian yang bermutu dan berkualiti. Dengan kata lainnya,
kajian yang dihasilkan oleh pengkaji tidak menyangkal segala keringat yang telah
penulis-penulis kajian lepas hasilkan. Akan tetapi, ianya adalah satu jalan untuk
mengukuhkan lagi kajian yang dihasilkan. Hakikatnya, melalui perbahasan ilmiah yang
pengkaji

lakukan

dalam

kajian-kajian

lepas,

ianya

sangat

berguna

dalam

mengembangkan buah fikiran yang mantap serta menjadi rujukan dalam mengkaji
berkaitan Analisis Kolokasi Kata Kerja Dan Partikel Jar Berdasarkan Pendekatan
Terjemahan Semantik Dan Komunikatif Dalam Kitab Bahru Al-Madzi Syarah
Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 1).

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Kajian Korpus

3.4 Korpus Kajian

3.5 Rasional Pemilihan Korpus

3.6 Reka Bentuk Kajian Korpus

3.7 Analisis Data

3.7.1 Analisis Kontrastif

3.7.2 Teori Terjemahan Semantik dan Terjemahan Komunikatif

3.8 Kerangka Konsep

3.9 Prosedur Pelaksanaan Kajian

3.10 Tatacara Pengumpulan Data

3.11 Prosedur Penganalisisan Data

3.12 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai