Anda di halaman 1dari 25

Kesusasteraan Melayu

DEFINISI Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu : Su indah, baik,, lebih berfaedah Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya J.S Badudu Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi Hashim Awang Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. GENRE SASTERA Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. KAMUS DEWAN Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. PERBEZAAN BAHAN
KESUSASTERAAN

SASTERA

DAN

BUKAN

SASTERA

BUKAN KESUSASTERAAN

Sajak tentang bunga kemboja. Novel yang mengisahkan pengembaraan dengan keretapi. Cerita mata-mata gelap. Drama tentang gadis menunggu telefon berbunyi.

Penerangan menegnai bungan kemboja. Jadual perjalanan keretapi. Berita jenayah. Panduan telefon.

UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN. Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu : a. Intelek.

Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah

Karya sastera. a. Emosi.

Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.

a. Imaginasi.

Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.

a. Teknik. - Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih katakata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain. Kesusasteraan Melayu Klasik -sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur tokok -tambah. -ia wujud sebelum adanya alat pencetak. -di hasilkan sebelum tahun 1800. -hasil yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak. -disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan. -punya nilai dan ukuran yang tersendiri. -terpancar worldview masayarakat -setiap karya adalah hak cipta bersama----- tiada nama pengarang. -khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan----tujuan hiburan dan pengajaran. -mempunyai unsur-unsur setempat. -bersifat universal. Kesusasteraan Lisan.

kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. dikenali juga sebagai sastera rakyat contoh sastera lisan berbentuk cerita: cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana ) cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk ) cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang ) cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah ) cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )

a. b. c. d. e.

PERIBAHASA -ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian yang tertentu(kamus dewan)

-juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah -contoh---biar mati anak janagn mati adat. PANTUN -sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat bis pertama meraris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya (Kamus Dewan). JENIS-JENIS PANTUN 1. Pantun dua kerat 2. Pantun empat kerat - Pantun kanak-kanak - Pantun jenaka - Pantun bersukacita - Pantun berdukacita - Pantun kiasan - Pantun budi - Pantun nasihat - Pantun agama - Pantun kasih sayang - Pantun nasib 3. Pantun enam kerat 4. Pantun lapan kerat 5. Pantun sepuluh kerat 6. Pantun dua belas kerat 7. Pantun tiga belas kerat 8. Pantun berkait Contoh:

Pantun dua kerat Pantun kanak-kanak

Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.


Pantun empat kerat Pantun jenaka

Ayam disabung jantan dipaut, Jika ditambat kalah laganya, Asam di darat ikan di laut, Dalam belanga bertemu jua.

Pantun enam kerat

Apa di harap padi seberang, Entah berderai entahkan tidak,

Entah dimakan pipit melayang, Apa diharap kekasih orang, Entah bercerai entah tidak, Entah makin bertambah sayang. MANTERA

Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)

TEROMBA

Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan). Merupakan susunan kata-kata adat.

Ciri-ciri

Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris. Terdapat sisipan berbagai-bagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dalam seuntai teromba. Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adt istiadat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya: Terombo dalam adat istiada perkahwinan.

GURINDAM

Sejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran. (Kamus Dewan). Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama. Jenis-jenis gurindam :-

Gurindam serangkap dua baris Gurindam serangkap empat baris Gurindam bebas SELOKA

Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll) Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu shloka. Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap Rima akhir adalah tidak tetap Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan

Seloka tidak mempunyai pembayang Contoh seloka tiada pembayang :

Sudah bertudung terendak Bentan, Dengan siapa saya sesalkan, Sudah untung permintaan badan, Pagar siapa saya sesarkan.

TEKA-TEKI

Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar atau rumit yang jawapanya harus diduga, soalan untuk menduga akal Contoh teka-teki ialah :

Kalau tuan muda teruna, Pakai seluar dengan gayanya, Kalau tuan bijak laksana, Biji di luar apa buahnya ?

KESUSASTERAAN TULISAN

Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi di perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.

NOVEL

Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang menarik. Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti Nurbaya.

Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :

Novel Perwatakan Novel Psikologi Novel Peristiwa Novel Resaman Novel Sejarah Novel Sosial Novel Politik Novel Lawan Alam Novel perwatakan

Perlukisan dan perkembangan watak. Contoh :Rentong

Novel psikologi

Menekankan penjiwaan watak Contoh : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman

Novel peristiwa

Peristiwa-peristiwa menarik tetapi mungkin tidak berhubungan. Contoh : Puteri Gunung Tahan

Novel resaman

Penceritaan tentang adat resam satu-satu masyarakat pada satu masa dan tempat tertentu. Contoh : Cinta Gadis Rimba

Novel sejarah

Penekanan kepada kedua-dua aspek sejarah dan adat resam Contoh : Panglima Awang

Novel Sosial Menekankan mengenai persoalan masyarakat Contoh : Salina Novel Politik Persoalan politik Contoh : Krisis Novel lawan alam

Kisah kawasan-kawasan tertentu Contoh : Ranjau Sepanjang Jalan

CERPEN

Cerita pendek (Kamus Dewan) Cerpen ialah bentukcereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang) Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.

Ciri-ciri

Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa Menonjolkan hanya satu kesan Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Segeluk Air tulisn Khadijah Hashim.

DRAMA

Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan. Perkataan drama berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud gerak.

Sifat Drama

Isu konflik Aksi fizikal atau mental Jangka waktu persembahan yang terbatas

Jenis Drama

Komedi Tragedi Opera Pantomin Tragedi-Komedi

SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA ESEI


Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk. Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.

SAJAK

Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

SIFAT-SIFAT SAJAK

Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga. Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap. Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap. Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.

BENTUK-BENTUK SAJAK

Disitkhon

Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap serangkap

Terzina

Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris

Quantrain

Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris. Bentuknya lebih menyerupai pantun dan syair.

Quintain

Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat

Sextet

Sajak yang digubah dengan pemaikaian rangkap yang terdiri daripada enam baris.

Oktaf (stanza)

Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimat

ISI DALAM SESEBUAH SAJAK


Unsur pujaan Unsur keagamaan Unsur kesedihan Unsur pengajaran Unsur sindiran Unsur percintaan Unsur pengisahan

CARA MENIKMATI SESEBUAH SAJAK


Mengenali sifat luar sesebuah sajak Mengenali gaya bahasa atau imej visual sesebuah sajak Mengetahui latar belakang penyair atau penulis Mengetahui tujuan penyair sesebuah sajak

CARA MENDEKLAMASI SAJAK


Pemahaman Mimik Peresapan Gerak geri Pengucapan Daya hafal Daya ucapan dan irama Batas kalimat

KRITIKAN SASTERA

Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sediri. Pertimbangan dan penilaian terhadap karya karya sastera akakn diperkuat dengan alasan alasan yang munasabah.

FUNGSI KRITIKAN SASTERA 1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu. 2. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.

3. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik. 4. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca. 5. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan. 6. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca.

BUKU-BUKU KRITIKAN TEORI 1. 2. 3. 4. Poetics oleh Aristotle Principles of literary Criticism (1924 ) oleh L.A. Richards Anatomy of Criticism (1957 ) oleh Norhrop Frye Kritikan Sastera di Malaysia

BUKU-BUKU KRITIKAN AMALI 1. 2. 3. 4. Lives of the Poets oleh Dr. Johnson. Essays in Criticism oleh Mathew Arnold Seleted Essays oleh T>S> Eliot Novel-novel Malaysia dalam kritikan susunan Hamzah Hamdani

Jenis Lain Kritikan Sastera


Kritikam mimetik melihat karya sastera sebagai satu perimen alam. Kritikan prgmatik melihat karya sastera sebagai alat yang boleh Kritikan ekspresif melihat karya sastera sebagai alat bagi pengarang menyatakan fikiran dan perasaannya Kritikan objektif melihat karya sastera sebagai sesuatu yang istimewa yang boleh berdiri sendiri.

Tingkatan

: Satu

Masa

: 80 minit

Tajuk

: Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Genre

: Puisi Melayu Tradisional. (Antologi Kasut Kelopak Jantung)

Fokus Utama: 10.3

Menyatakan bentuk dan nada puisi. Aras 1 (v) Menyatakan jenis, ciri dan bentuk puisi.

Fokus Sampingan: 12.1 Menghasilkan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Aras 1 (iii) Memilih diksi yang sesuai untuk membina baris pantun dua kerat.

Objektif:

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. ii. iii.

Menyatakan empat ciri atau bentuk pantun dua kerat. Menyatakan maksud bagi Pantun Dua Kerat Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata nama am dan kata nama khas daripada petikan tersebut.

Kemahiran Bahasa

: :

Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Sistem Bahasa

Tatabahasa:

Kata nama

Kosa Kata:

Umum:

belanga, gantang, jentik.

Istilah:

Pengisian Kurikulum

Ilmu:

moral

Nilai:

kerajinan, berterima-kasih, keberanian

Kemahiran Bernilai Tambah:

Penilaian

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT / Catatan Formatif

Set Induksi

Lakonan Situasi

Lampiran 1 (Skrip

Lakonan Guru memilih dua orang murid untuk melakonkan situasi. situasi)

Guru mengarahkan murid-murid lain memberi perhatian terhadap lakonan tersebut.

a. Perbualan antara Salman, seorang murid yang melakukan kesalahan disiplin dengan pengawas sekolah yang menangkapnya.

Guru meminta murid menyatakan jenis puisi yang digunakan dalam lakonan.

Guru menghubungkaitkan jawapan murid dengan pembelajaran hari ini.

Guru meminta murid merujuk Pantun Dua Kerat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung.

Lampiran 2 (pembahagian tugas kumpulan)

Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan dan memberikan arahan.

a.

Guru mengarahkan murid memberi maksud Pantun Dua Kerat.

b.

Guru mengarahkan murid menentukan pembayang dan maksud dalam pantun.

c.

Guru meminta murid mencari andaian yang tersirat pada baris maksud pantun.

d.

Guru menyuruh murid merenung semula pendapat atau andaian maksud tadi.

Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.

a. Guru meminta semua ahli kumpulan mengambil bahagian. b. Guru meminta murid melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian nyatakan maksud pantun dengan tepat.

Guru mengedarkan lembaran kerja kosong tentang bentuk-bentuk yang terdapat dapam pantun dua kerat. Objektif pertama tercapai

(lampiran 3) Lembaran kerja

Guru mengarahkan murid secara berpasangan untuk melengkapkan lembaran kerja tersebut.

Guru memantau perbincangan murid. Secara rawak, guru memilih beberapa orang murid untuk mengisi carta di papan putih berdasarkan lembaran kerja.

Guru memurnikan jawapan murid dan menerangkan secara terperinci bentuk pantun dua kerat.

Guru mengulang kaji tentang kata nama kepada murid-murid di dalam kelas. Guru mengarahkan murid menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas.

Lampiran 4 (Kad imbasan)

Guru akan mempamerkan hasil kerja kumpulan murid yang terbaik di sudut mata pelajaran di dalam kelas.

Penilaian dan Peneguhan

Guru memberikan sekeping kad imbasan kepada setiap kumpulan. Guru meminta murid berbincang untuk memberikan jawapan teka-teki itu dalam bentuk pantun dua kerat yang betul bentuknya.

Guru membuat kesimpulan dengan

menjelaskan sekali lagi tentang objektif P&P pada hari itu iaitu mengenal pasti empat ciri pantun, membaca pantun dan menghasilkan pantun dua kerat telah tercapai.

LAMPIRAN 1

Lakonan Situasi

Salman telah ditangkap oleh pengawas kerana kesalahan mencuru telefon bimbit rakan sekelasnya. Pengawas : Itulah awak Salman, tidak berfikir sebelum bertindak. Kembang jarak kembang jagung, berani buat berani tanggung.

Salman

: Saya sangat menyesal kerana tidak memikirkan akibat perbuatan saya. Periuk belanga kuali,

Busuk nama menipu mencuri

Pengawas

: Saya kata itik, awak kata ayam Sudah kena jentik baru nak diam

LAMPIRAN 2

Pembahagian Tugas Kumpulan

KUMPULAN 1 2 3 4 5

MAKSUD RANGKAP Rangkap 1 dan 2 Rangkap 3 dan 4 Rangkap 5 dan 6 Rangkap 7 dan 8 Rangkap 9 dan 10

LAMPIRAN 3

Lembaran Kerja

Bentuk-Bentuk Pantun

Luaran

Dalaman

Bebas / Terikat _______________________

Jumlah perkataan sebaris __________________________

Bilangan baris serangkap ___________________________

Jumlah suku kata sebaris ____________________________

Rima akhir ____________________________

Baris pertama? ____________________________

Baris kedua ? ____________________________

LAMPIRAN 4

Kad Imbasan

Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Contoh jawapan pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual : Pantun jual :

1. Banyak buah si pohon turi, Buah apa kulit berduri. 1. Banyak buah si pohon turi, Buah apa kulit berduri.

Pantun beli : Pantun beli :

______________________________ (pembayang) ______________________________ (maksud) Pagi-pagi ke rumah Kak Yan (pembayang) Jawapanyan mestilah buah durian (maksud)

Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Contoh jawapan pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual : 2. Naik beca di kota Melaka, Bilakah tarikh negara merdeka. Pantun jual : 3. Naik beca di kota Melaka, Bilakah tarikh negara Pantun beli: merdeka.

_________________________(pembay ang)

Pantun beli: Makan jambu dicicah

___________________________(maksu d)

cuka (pembayang) 31 Ogos kita merdeka (maksud)

Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Contoh jawapan pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual : Pantun jual : Kain perca atas pelenggar Kain perca atas pelenggar Buah apa biji di luar? Buah apa biji di luar? Pantun beli: Pantun beli: __________________________ (pembayang) Ikan keli si ikan tawar (pembayang) __________________________ (maksud)

Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Contoh jawapan pantun dua kerat (tekateki)

Pantun jual : Pantun jual : Kalau tuan bujak bestari, Kalau tuan bujak bestari, Binatang apa keris di kaki? Binatang apa keris di kaki? Pantun beli: Pantun beli: __________________________ (pembayang) Makan nasi di warung Pak Jaki __________________________ (maksud) (pembayang) Contoh pantun dua kerat (teka-teki) Contoh jawapan pantun dua kerat (tekaAyam jantan keris di kaki (maksud) teki) Pantun jual : Pantun jual : Beli ikan di geri Pak Tam, Beli ikan di geri Pak Tam, Apa binatang berdarah hitam? Apa binatang berdarah hitam? Pantun beli: Pantun beli: __________________________ (pembayang) __________________________ (maksud) Pastilah sotong jawapannya (maksud)

Pergi ke kedai bersama nyonya(pembayang)

KARANGAN DIMENSI KOMSAS- ULASAN CERPEN Soalan Contoh: Anda telah membaca sebuah cerpen yang menarik dalam salah sebuah antologi. Tulis ulasan tentang cerpen tersebut.

Jawaban: Judul cerpen: Sebutir Pasir di Kaki. Nama Pengarang: Norhisham Mustafa Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun: 2000 Cerpen yang telah saya baca baru-baru ini ialah Sebutir Pasir di Kaki, iaitu karya Norhisham Mustafa. Cerpen ini termuat dalam antologi Kerusi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2000. Setelah membaca cerpen ini, saya mendapati bahawa cerpen ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Terdapat beberapa keistimewaan cerpen ini yang ingin saya paparkan kepada semua pembaca. Pengarang cerpen ini telah berjaya mengolah cerpen ini dengan baik. Tema, persoalan, plot, nilai dan pengajaran yang diketengahkan dalam cerpen ini telah berjaya dijalin dengan baik.

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Fuad. Dia berasa marah apabila mendapati geran tanah pusaka milik keluarganya diambil oleh Datuk Sukar, iaitu bapa kekasihnya. Fuad marah kerana kejadian itu berlaku ketika dia berada di Singapura. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Datuk Sukar untuk meminta geran tanah tersebut semula. Fuad bersemuka dengan orang kaya itu dan Datuk Sukar menjelaskan bahawa tanah itu akan dijadikan tapak kilang tekstil oleh sebuah syarikat dari Hong Kong. Datuk Sukar menyatakan bahawa tauke Ban Heng hendak memajukan tanah tersebut secara usaha sama dengan tujuan untuk memanfaatkan tanah tersebut. Walaupun Fuad akan memperoleh RM280 ribu sebagai harga tanah tersebut, dia tetap menolaknya. Akhirnya Datuk Sukar menyarahkan geran tersebur kepada Fuad tetapi dia telah menghalau Fuad dari rumahnya, memecatnya dari jawatannya serta memutuskan hubungannya dengan Junainah, malah mengharamkan Fuad daripada menjejakkan kaki di rumahnya.

Cerpen ini bertemakan kesungguhan seorang anak muda dalam mempertahankan haknya. Fuad dengan tegasnya enggan menjual tanahnya sebaliknya berusaha untuk mendapatkan geran tanahnya semula daripada Datuk Sukar. Ketegasan Fuad harus diambil iktibar oleh semua orang supaya dapat menyelamatkan harta pusaka mereka dan tidak mudah ditipu. Persoalan yang timbul selepas membaca cerpen ini ialah tipu helah dan putar belit hartawan dalam usaha hendah merampas harta orang lain. Datuk Sukar sebenarnya membuat rancangannya untuk merampas harta pusaka Fuad dengan memberinya kerja dan merestui hubungan cinta antara Fuad dengan anaknya. Selain itu, kecintaan terhadap tanah pusaka melebihi cinta terhadap seorang gadis juga merupakan salah satu persoalan yang termuat dalam cerpen ini. Fuad rela memutuskan hubungan dengan kekasihnya daripada menyerahkan tanah pusaka milik keluarganya.

Plot cerpen ini disampaikan secara kronologi. Eksposisi cerpen ini cuba memaparkan watak Fuad yang marah apabila tanahnya hendak diambil oleh Datuk Sukar. Fuad pergi ke rumah Datuk Sukar untuk berbincang dengan orang kaya itu pada peringkat perkembangan. Pada peringkat perumitan pula, Fuad enggan bertolak ansur dengan Datuk Sukar untuk menjual tanah tersebut. Klimaks cerpen ini mengisahkan kemarahan Datuk Sukar. Datuk Sukar pengsan pada peringkat peleraian. Selain itu, pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang ketika mengembangkan cerpen ini. Antaranya termasuklah teknik imbas kembali. Sebagai contohnya, Fuad mengenang kembali pertemuannya dengan Junainah di halaman rumah Junainah. Secara keseluruhannya, plot kronologi ini disusun mengikut urutan, iaitu waktu dan peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiakan. Cerpen Sebutir Pasir di Kaki ini telah didukung oleh beberapa watak yang menarik. Watak utamanya ialah Fuad. Fuad merupakan anak bongsu daripada dua adikberadiknya. Dia berusia 27 tahun dan masih bujang. Dia merupakan pekerja Datuk Sukar, iaitu bapa kekasihnya. Fuad merupakan seorang yang tegas. Ini dapat dilihat apabila dia tetap tidak mahu menjual tanah pusaka walaupun ditawarkan harga yang tinggi. Dia juga berani kerana sanggup berjumpa dengan Datuk Sukar untuk mendapatkan penjelasan tentang penyerahan geran tanah oleh ibunya. Selain itu,

Datuk Sukar juga merupakan salah satu watak dalam cerpen ini. dia merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki kekayaan. Datuk Sukar suka mengambil peluang terhadap orang lain. Hal ini telah dibuktikan apabila dia meminta ibu Fuad untuk menandatangani surat penjualan tanah semasa Fuad berada di Singapura. Latar tempat dalam cerpen Sebutir Pasir di Kaki ialah rumah Fuad dan di kawasan rumah Datuk Sukar, iaitu di dalam dan di luar rumahnya. Selain itu, maktab perguruan dan Dewan Negeri turut menjadi latar tempat dalam cerpen ini. Masyarakat peniaga merupakan latar masyarakat cerpen ini. Golongan peniaga diwakili oleh Datuk Sukar dan tauke Ban Heng. Seterusnya, latar masyarakat cerpen ini ialah masyarakat yang tamak. Datuk Sukar mahu memiliki tanah pusaka kepunyaan keluarga Fuad walaupun dia memiliki banyak harta. Latar masa cerpen ini pula adalah pada waktu petang, waktu Maghrib dan waktu malam. Cerpen Sebutir Pasir di Kaki mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang patut menjadi teladan dalam kehidupan semua orang. Antara nilai yang ada dalam cerpen ini ialah nilai kasih sayang. Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sayang akan ibunya dan kekasihnya, Junainah. Selain itu, watak Fuad juga menggambarkan nilai keberanian. Sebagai contohnya, dia berani menentang tindakan Datuk Sukar meskipun Datuk Sukar merupakan majikannya. Pengajaran dalam cerpen ini ialah kita mestilah berani mempertahankan hak kita. Fuad berani mempertahankan tanah pusaka keluarganya daripada diambil oleh Datuk Sukar. Pengajaran lain ialah kita hendaklah menghindarkan sikap mementingkan diri. Datuk Sukar mementingkan diri dan tidak berunding dengan Fuad terlebih dahulu sebelum bertindak mengambil tanah tersebut.

Kesimpulannya, cerpen ini memberikan manfaat kepada penbaca. Nilai keberanian yang terpapar dalam cerpen ini dapat dijadikan teladan untuk segenap lapisan masyarakat. Nilai mulia seperti kasih sayang terhadap ahli keluaga mampu dijadikan teladan dalam kalangan remaja. Dengan adanya sorotan karya ini, ibu bapa dan para remaja sedar akan kepentingan menjaga hak keluarga mereka. Cerpen ini turut ditunjangi penguasaan bahasa yang indah dan berkesan. Oleh itu, cerpen Sebutir Pasir di Kaki karya Norhisham Mustafa wajar dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai