Anda di halaman 1dari 3

CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN

MELAYU

DAN

KEPENTINGANNYA

DALAM

Suprasegmental juga dikenali sebagai suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menumpangi atau menindihi sesuatu fonem. Ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Suprasegmental terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, nada dan intonasi.

Tekanan Tekanan menunjukkan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Tekanan biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Tekanan ditanda dengan tanda // Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.

Kepanjangan Kepanjangan atau disebut juga panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Ia ditanda dengan tanda titik yang dipanggil mora. Lambang bagi fonem ini ialah [ : ]. Lambang [ : ] menunjukkan satu mora, lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [ . ] menunjukkan setengah mora. Ciri kepanjangan ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa yang tertentu seperti bahasa Inggeris dan Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu.

Jeda Dikenali juga sebagai persendian, iaitu unsur hentian ( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda dilambangkan dengan tanda #. Unsur ini boleh membezakan makna. Sebagai contoh : saya membeli baju adik 1. # Saya membeli baju adik # ( membawa maksud membeli baju untuk adik ) 2. # Saya membeli baju # adik. ( membawa maksud memberitahu adik bahawa saya membeli baju ).

Tona / Nada Tona atau nada merupakan naik atau turunnya suara dalam pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditanda dengan nombor-nombor 1 ( rendah ), 2 ( biasa ), 3 ( tinggi ) dan 4 ( tinggi sekali ). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada

tekanan dan turun hingga 1. Dalam bahasa Melayu juga dinyatakan nada tidak fonemik iaitu nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. Intonasi Intonasi ialah turun naiknya nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Ia juga disebut sebagai lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat berbagai-bagai intonasi yang terdapat pada ayat. Contohnya, ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat dan ayat tanya pula mempunyai intonasi meninggi pada akhir ayat. Ayat-ayat yang kita tuturkan menggunakan intonasi yang berbeza-beza. Semua unsur suprasegmental iaitu tekanan, kepanjangan jeda dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam pertuturan.

Kepentingan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan Ciri suprasegmental merupakan istilah yang digunakan dalam penandaan kemahiran lisan. Jika dalam kemahiran tulisan penandaan disebut sebagai tanda baca yang memainkan peranan penting dalam berbahasa. Klausa seperti saya akan pergi ke kedai merupak an satu pernyataan jika diakhiri tanda noktah (. ), namun klausa akan berubah menjadi pertanyaan apabila diakhiri tanda tanya. Sebagai contoh : Saya akan pergi ke kedai. Saya akan pergi ke kedai ? Dalam kemahiran lisan tidak didapati tanda baca, oleh itu pengucapan kata atau ayat sangatlah penting. Berdasarkan contoh yang diberi, ayat yang diucapkan dengan intonasi menurun memberi erti pernyataan, sedangkan dengan intonasi menaik mengubah menjadi pertanyaan. Intonasi mempunyai hubungan yang erat dengan struktur ayat kerana ia menjelaskan sejauh mana kemahiran penutur. Penutur yang mahir berbahasa dapat mengenal hubungan antara intonasi dan ayat. Melalui ciri-ciri suprasegmental juga dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu mempunyai bentuk. Bentuk-bentuk yang terkandung seperti ayat-ayat, rangkai kata dan perkataan berimbuhan. Dengan ini dapat diterangkan kepada pelajar tentang sifat-sifat bahasa Melayu mempunyai kelainan dengan bahasa lain. Di samping itu, ciri-ciri suprasegmental juga dapat menerangkan bahawa bahasa Melayu mempunyai imej atau laras yang tersendiri. Sebagai contoh, laras berita, sukan dan hiburan. Ini kerana bahasa Melayu mempunyai persaingan dengan bahasa-bahasa yang lain. Ciri-ciri suprasegmental juga dapat menyatakan bahawa bahasa Melayu mempunyai makna. Bahasa digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan manusia lain dan ia mempunyai bunyibunyi yang tersusun menurut hukum-hukum. Ia digunakan untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu. Kepentingannya dalam pengajaran lisan ialah pelajar boleh bertutur dengan jelas dan bermakna. Selain itu, ciri-ciri suprasegmental juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai sistem iaitu susunan tertentu dalam bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu dan sintaksis. Melalui sistem ini, pertuturan dapat dilakukan dengan tepat dan bernas. Pengajaran kemahiran lisan dapat

dilakukan mengikut sistem-sistem bahasa yang betul bagi mengelakkan berlakunya kesalahan dalam berbahasa. Ciri-ciri suprasegmental juga dapat menyatakan bahasa mempunyai bunyi. Tanpa bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi, bahasa tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kepentingannya dalam pengajaran lisan ialah pengajaran bahasa ditekankan kepada cara penyebutan yang betul

KESIMPULAN Dalam bahasa Melayu, fonologi dan fonetik berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana melaluinya kita dapat mengetahui secara terperinci tentang penghasilan bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong. Dapatlah dirumuskan kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal ialah bahagian lidah yang berperanan sama ada bahagian hadapan, tengah atau belakang. Ketinggian lidah yangdinaikkan sama ada tinggi atau rendah. Keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan dan pembukaan rahang sama ada luas atau sempit. Konsonan pula ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat halangan oleh alat artikulasi. Ia terdiri daripada konsonan bersuara dan tidak bersuara. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan asli dan pinjaman. Diftong pula menyatakan bahawa dua vokal hadir dalam konteks yang sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Sementara itu, fonem dan alofon pula membincangkan hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Bunyi-bunyi ini akan menentukan sama ada ia bunyi distingtif atau tidak distingtif. Kepentingan suprasegmental juga dibincangkan dalam kertas kerja ini. Dengan ciri-cirinya dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu mempunyai sistemnya yang tersendiri dan berdaya saing untuk menjadi bahasa yang utama di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai