Anda di halaman 1dari 5

Teks pengacara Majlis Sambutan Hari Raya, SM Sains Hulu Terengganu

Tahun 2016

Tindakan Teks
PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT
UCAPAN PENGUMUMAN
Mengumumkan ketibaan Yang dipertua PIBG,En Abd Ghani Bin Awang, Puan Pengetua, Ustazah Nor Hayati Binti
Yusoff diiringi Penolong-Penolong Kanan masuk ke dewan.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Semua hadirin diminta ( berdiri) dan bersedia

(Selesai lagu Negaraku)

Semua hadirin dipersilakan duduk.

SETELAH VIP DUDUK


Bismillahirahmannirahim

Yang Berusaha, En Abd Ghani Bin Awang, Yang dipertua PIBG SM Sains Hulu Terengganu,
Yang Berusaha , Ustazah Nor Hayati Binti Yusoff, Pengetua SM Sains Hulu Terengganu
Yang dihormati, En Mohd Rafi Bin Omar, Penolong Kanan Pentadbiran
En. Megat Abdul Karim Bin Megat Hussain,Penolong Kanan HEM
En. Aimin Fadhlee Bin Mahmud Zuhodi, Penolong Kanan Kokurikulum.
Ketua-ketua Bidang
Guru-guru Cemerlang
Kaunselor
Guru-guru serta pelajar-pelajar yang dihormati sekalian

,
Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
Assalamualaikum dan salam aidilfitri,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu tahun 2016 .

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan ………………………………… untuk memimpin


bacaan doa.
Dipersilakan
BACAAN DOA
Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………………………atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dimuliakan,tidak lengkap rasanya majlis kita jika tidak mendengar ucapan daripada Tuan
Pengetua yang kita sayangi dan hormati.Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Ustazah Nor Hayati Bt Yusoff, Pengetua SM Sains Hulu Terengganu untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Nor Hayati Bt Yusoff atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Dengan penuh takzim, Majlis menjemput En. Ab.Ghani Bin Awang, Yang dipertua PIBG untuk
menyampaikan sepatah dua kata.Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakam ucapan terima kasih.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis akan diteruskan dengan sesi permotongan kek. Dijemput Yang dipertua PIBG,En.Ab. Ghani Bin Awang diiringi
Ustazah Norhayati Bt Yusof,Penolong-penolong Kanan dan guru-guru dan beberapa orang pelajar yang meraikan Hari
jadi Bulan Mei hingga Julai untuk naik ke pentas untuk menyempurnakan sesi pemotongan kek.
Terima kasih diucapkan .Makanan telah tersedia.Tanpa membuang masa,semua hadirin dipersilakan untuk menjamah
juadah yang telah tersedia di atas meja.

Awan bersua citra berkasih,


Ukiran sukma kilauan kelisa,
Sambil berbual nikmati juadah,
Persembahan pelajar ceria acara.

Majlis akan dihiburkan dengan persembahan daripada para pelajar.

Majlis diiringi dengan sesi penyampaian cenderamata kepada pentadbir dan guru yang menyambut hari lahir bermula
bulan Mei hingga Julai.
Dijemput En Ab Ghani Bin Awang, Yang dipertua PIBG SM Sains Hulu Terengganu diiringi oleh Ustazah Nor Hayati Bt
Yusoff, untuk menyampaikan cenderamata.

(Baca nama penerima cenderamata)


Terima kasih diucapkan kepada En Ab Ghani Bin Awang dan Ustazah Nor Hayati Bt Yusoff .
.Dengan ini, berakhirlah majlis Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah pada tahun ini. Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih.
Jamuan Hari Raya akan diteruskan.Hadirin dipersilakan menjamu selera dengan juadah-juadah yang telah tersedia.

Saya sudahi majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr....Wabillah.

Anda mungkin juga menyukai