Anda di halaman 1dari 6

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En.

Syarizam
bin Abdullah dengan diiringi dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil
tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Lambaian Kasih,
Sanjungan Budi, sempena persaraan En.
En.Syarizam bin Abdullah, GPK Pentadbiran Sk
St.Anthony.
Ucapan alu-aluan

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati Pn Nancy Jupei a/k Taeik
Guru besar Sk st.Anthony
Yang Diraikan
En Syarizam bin Abdullah
Yang Berusaha Cik Arbah binti tusin
Penolong Kanan HEM sk.st.anthony
Yang Berusaha En Sujang Bawan
Penolong Kanan Kokurikulum
Seterusnya
Barisan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian
Selamat datang ke :
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi, sempena
persaraan Yang Diraikan En Syarizam bin Abdullah

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi
ini untuk meraikan En Syarizam bin Abdullah
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala
bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang
Diraikan En Syarizam bin Abdullah sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang
berakhir sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran
di sk st Anthony.
Bacaan doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam menjulang
pendidikan sarawak, salam warga sk.st.Anthony.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: ustaz Amir bin wahidudin. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bagi yang beragama kristian, diminta untuk
bertafakur dalam cara masing-masing.
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini,
marilah sama-sama kita saksikan persembahan
daripada adik-adik tahap 1 di mana telah mewakili
st.anthony ke pertandingan action song yang lalu.
Mereka akan menyampaikan action song yang
bertajuk ___________________________
Dipersilakan.

Ucapan guru besar

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis menjemput Pn Nancy Jupei Guru Besar Sk


st.Anthony untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas
ucapan Guru Besar sebentar tadi

Ucapan wakil murid

Tanpa melengahkan masa lagi,


majlis dengan ini menjemput adik yonathan noel,
Ketua pengawas SK St.Anthony bagi mewakili
murid-murid untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas
ucapan sebentar tadi

Persembahan murid

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan yang

kedua

kedua.
Persembahan yang seterusnya ini akan
dipersembahkan oleh murid-murid tahap 2.
Mereka akan mempersembahkan tarian
_________________
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan yang

Persembahan guru

seterusnya. Dipersilakan.
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini,
marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas
daripada guru-guru sk st.Anthony untuk
En.Syarizam bin Abdullah
**** persembahan

Semoga En.syarizam dan kita semua terhibur


dengan persembahan khas _____________yang
cukup istimewa sebentar tadi. Untuk makluman
murid-murid sekalian lagu ini merupakan lagu
kegemaran cikgu syarizam. Persembahan ini
dibimbing khas oleh ______________
Bukan mudah untuk menyanyikan lagu ini.
Persembahan

hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

multimedia
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan En.Syarizam binti Abdullah
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan En.Syarizam binti Abdullah. Terima kasih
kepada _________ yang menjayakan persebahan
tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber
inspirasi buat kita semua.
Ucapan en syarizam

Tidak sempurna kata tanpa bicara,


Tiada sempurna bicara tanpa bahasa,
Tidak sempurna perjalanan majlis kita,
Jikalau tiada ucapan dari En Syarizam abdullah
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada en syarizam di atas

Potong kek

ucapan beliau sebentar tadi.


hadirin- hadirat sekalian.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong
kek sempena persaraan en syarizam.

Majlis menjemput en syarizam, dengan diiringi Guru


besar, pn nancy, dan barisan gpk untuk naik ke
pentas bagi meneruskan acara memotong kek ini.
Kek ini sumbangan daripada guru-guru sesi pagi dan
staff sokongan.
Sebelum memotong kek marilah sama-sama warga
dewan kita menyanyikan lagu selamat hari jadi
Penyampaian watikah

kepada cikgu syarizam


Diminta en syarizamguru besar dan barisan gpk
untuk berada di atas pentas.
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah
Persaraan yang akan disampaikan oleh
______________kepada En. En syarizam
Untuk itu, majlis mempersilakan ___________
untuk menyempunakan penyampaian watikah
tersebut. Dipersilakan.

Penyampaian Hadiah

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian

& cenderamata

hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenangkenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu En. Syarizam bin abdullah
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.
Penyampaian cenderamata dimulakan dengan wakil
daripada pihak sekolah
-guru2-panitia-muridMajlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua penyampai cenderamata sebentar

Sesi fotografi

tadi.
Seterusnya diminta untuk semua guru-guru ke
hadapan bersama-sama yang diraikan en syarizam
untuk bersama-sama mengambil gambar sebagai
kenang-kenangan.

Tandatangan

Dengan itu, berakhirlah sudah sesi fotografi


kenang-kenangan. Sebelum bersurai, kita akan
menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan
En.syarizam abdullah akan menandatangani buku
rekod kehadiran dan punch card terakhir sebagai
tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia
pendidikan ini.
Dijemput en syarizam ke pejabat diiringi oleh Guru
Besar dan barisan GPK
Murid-murid diminta untuk beratur dan membuat
Penutup

barisan untuk acara lambaian kasih.


Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua guru dan murid yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan Majlis Lambaian
Kasih Sanjungan Budi, ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Anda mungkin juga menyukai