Anda di halaman 1dari 2

Apa itu teknologi? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, teknologi merujuk kepada:1.

Aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan lain-lain. 2. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masyarakat ~ tinggi.

Kemajuan teknologi masa kini banyak memberi kesan positif dan negatif kepada pengguna terutama kanak-kanak. Kita lihat kanak-kanak seusia dua tahun telah bermain dengan peranti eletronik dan gadget. Ini tidak termasuk permainan video yang membuat kanak-kanak tertumpu, selain itu termasuk televisyen dan penggunaan telefon pintar, komputer, komputer tablet, permainan PSP dan sebagainya. Kanak-kanak hari ini seolah-olah sebagi pengguna yang aktif sehingga banyak produk eletronik dan gadget secara komersial memberi tumpuan kepada pasaran kanak-kanak. Ibu bapa mungkin mudah untuk menjadikan anaknya duduk diam dan tidak mengganggu dengan memberikan mereka gadget untuk bermain.

Gaya hidup kanak-kanak masa kini hampir semua didampingi dengan permainan video. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan bermain permainan video sama ada di komputer tablet, televisyen atau playstation. Memang secara lumrahnya, kebanyakan ibu bapa risau permainan video yang keterlaluan boleh membawa pengaruh ganas ke dalam rumah mereka kerana kanak-kanak mudah meniru aksi kasar seperti bertumbuk yang mereka lihat semasa bermain. Namun, jika kanak-kanak didedahkan dengan permainan video yang merangsang minda, ia memberi kesan positif dalam perkembangan psikomotor dan kognitif mereka. Menurut kajian, permainann video mampu meningkatkan kebolehan dan kemahiran asas kanakkanak dalam perkara berikut: *Persepsi dan pengenalan kepada aspek ruang. *Pembangunan kemahiran menilai secara visual. *Perkembangan pemikiran logik. *Perkembangan kognitif dalam aspek teknikal. *Peningkatan skil yang lebih kompleks seperti membuat pemilihan. *Pengetahuan tentang ikon dan perlambangan.

Permainan video boleh mencabar kanak-kanak untuk berfikir dengan tangkas bagaimana untuk menang. Malahan ia juga memberi kanak-kanak autoriti untuk menguasai permainan dan bukan sebaliknya. Sifat mengawal ini satu faktor penting yang memotivasi kanak-kanak kerana ia sangat penting dalam proses pembelajaran. Sifat ingin tahu (curiosity) kanak-kanak akan terbina hasil setiap langkah dan interaksi yang berlaku dalam permainan. Ada kanak-kanak yang sukar menumpukan perhatian semasa belajar. Namun semasa bermain mereka boleh duduk berjam-jam di hadapan permainan video tersebut.

TINJAUAN PERMAINAN BERKOMPUTER SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN

Read more: http://alyadina.blogspot.com/2013/04/kebaikan-dan-keburukanteknologi.html#ixzz2ga7AZEvy

Anda mungkin juga menyukai