Anda di halaman 1dari 49

ETIKA DAN PERADABAN ( MPU2182 )

TAJUK:
KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI LAMBANG PERTEMUAN
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR ID PELAJAR


NIK NURUL AFIQA BINTI NIK DAUD BGJ220210076
WALIN QASRINA BINTI MISA BGJ220210126
MUHAMMAD WAFI BIN ZAILAN BGJ220210195
NUR HAZIRAH BINTI HENDRA HOMAISI BGJ220210070
NOR AKMAL BIN AZMI MALEK BGJ220210200

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NORIZA BINTI IBRAHIM

DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT (AB101)

KOLEJ POLY-TECH MARA, BANDAR BARU BANGI

SEKSYEN: AB1.32
SESI PENGAJIAN: 0722
ISI KANDUNGAN:
NO. TAJUK MUKA
SURAT
1. PENGHARGAAN 2

2. PENGENALAN 3-4

3. OBJEKTIF KAJIAN 5

4. ISI : 6-37

a) PERUNDANGAN
b) PERKAHWINAN CAMPUR
c) KEPENDUDUKAN
d) KEPELBAGAIAN BUDAYA
e) IMPERIALISME

5. PERMASALAHAN KAJIAN 38-41

6. CADANGAN 42-43

7. KESIMPULAN 44

8. RUJUKAN 45

9. LAMPIRAN 46-48

1
PENGHARGAAN (AFIQA)

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim,

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya, kami dapat menyelesaikan
tugasan ini dengan jayanya yang diberikan oleh Puan Noriza binti Ibrahim.
Alhamdulillah, setelah selesai melaksanakan tugasan ini, terdapat banyak manfaat yang
telah kami dapat. Salah satunya, kami dapat mengetahui tentang bagaimana
pembentukan masyarakat majmuk yang ada pada dunia sekarang. Bukan itu sahaja,
kami juga dapat menambahkan ilmu tentang sejarah-sejarah yang berlaku pada zaman
dahulu dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Terlebih dahulu saya sebagai wakil kumpulan kami ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada Puan Noriza binti Ibrahim yang telah mencurahkan ilmu serta
tunjuk ajar kepada kami bagi menyelesaikan tugasan berkumpulan ini. Terima kasih
juga kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk memberikan pertolongan serta
idea sekiranya kami tidak memahami tentang sesuatu topik tersebut sehingga kami dapat
memahami dan dapat menghuraikan idea berkaitan tajuk kami dengan lebih sempurna.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya iaitu Walin, Zirah, Wafi dan
Akmal yang turut memberikan kerjasama dan berkongsi pendapat sepanjang
menyelesaikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan sepanjang
menyelesaikan tugasan ini. Pengetahuan yang kami peroleh amat bermakna bagi kami
sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya akhiri ucapan ini dengan terima kasih.

2
PENGENALAN (AFIQA)

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa.


Urutan sejarah Malaysia daripada tamat perang dunia kedua iaitu pada tahun 1945
sehinga sekarang menunjukkan tiga era penting. Tiga era tersebut diukur berdasarkan
pola konflik, keamanan dan kestabilan dalam masyarakat pada setiap era. Tiga era
tersebut adalah era konflik. Akhir sekali, era kesepaduan sosial. Walaupun secara amnya,
keadaan di Malaysia aman dan damai tetapi masih juga ada konflik terutamanya dalam
perusuhan kaum yang tidak dapat dielakkan.

Hubungan masyarakat dalam sesebuah negara amatlah penting untuk membina


negara yang harmoni. Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi lambang pertemuan
masyarakat pelbagai etnik sekaligus melahirkan masyarakat yang majmuk. Masyarakat
majmuk dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah antara satu faktor kegemilangan
negara ini. Terbentuknya masyarakat majmuk rentetan daripada zaman Kesultanan
Melayu Melaka yang boleh dikaitkan dengan faktor pemerintahan misalnya terdapat
pemimpin iaitu dipimpin oleh Sultan Iskandar Shah yang berwibawa untuk memimpin
sesebuah negara agar dapat mewujudkan masyarakat yang majmuk. Selain itu, faktor
perundangan, perdagangan, perkahwinan campur seperti kaum Melayu dan Cina
misalnya Baba Nyonya, serta melalui penjajahan khususnya Portugis dan British yang
membawa kepada kepelbagaian masyarakat yang ada dalam negara kita sekarang.

Di samping itu, Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah Kesultanan Melayu


yang terletak di negeri Melaka pada zaman moden. Walau bagaimanapun, tahun
penubuhan Melaka telah dikaji semula dan telah berubah menjadi tahun 1262. Pada
kemuncak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, ibu kotanya berkembang
menjadi salah satu pelabuhan pindah kapal yang paling penting, dengan wilayah
kesultanan yang meliputi sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan
Riau dan sebahagian besar Utara Sumatera, Indonesia zaman moden. Oleh itu, bandar
Melaka telah digelar sebagai The Venice of the East iaitu tempat pertemuan pedagang
seluruh dunia yang singgah di Melaka. Melaka telah menjadi negeri yang pesat dengan
pedagang-pedagang dari luar negara seperti pedagang Arab, China dan India. Hal ini
dapat memupuk semangat kerjasama untuk melahirkan masyarakat yang pelbagai etnik.

3
THE VENICE OF THE EAST

4
OBJEKTIF KAJIAN (AFIQA)

Tajuk laporan bertulis kami adalah mengenai Kesultanan Melayu Melaka


Sebagai Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik. Maka, kami bersepakat untuk
menghuraikan beberapa objektif kajian bagi memudahkan lagi penghasilan laporan
bertulis ini. Antara objektifnya adalah,

i. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tentang sejarah-sejarah yang berlaku


semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.

ii. Untuk mengetahui bagaimana cara berlakunya pembentukan masyarakat yang


majmuk pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

iii. Mempelajari tentang aspek-aspek yang merangkumi pembentukan masyarakat


majmuk seperti pemerintahan, perdagangan, kependudukan serta kepelbagaian budaya.

iv. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kesan imperialisme pada
masyarakat selepas kedatangan Portugis dan British.

5
2.0 KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI LAMBANG PERTEMUAN
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK

2.1 PERUNDANGAN (WALIN)

Terdapat dua jenis undang-undang yang digunapakai pada zaman keagungan


Kesultanan Melayu Melaka agar mampu menjamin keselamatan penduduk rakyat di
negeri Melaka. Dua jenis undang-undang ini berasaskan peraturan Adat Temenggung.
Dua jenis undang-undang tersebut adalah Hukum Kanun Melaka, di mana undang-
undang ini digunapakai di darat manakala undang-undang yang digunakan di laut
merupakan Undang-undang Laut Melaka.

Undang-undang Melaka ataupun lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka


merupakan peraturan yang bukan bertulis. Undang-undang ini bertujuan untuk
membantu melindungi kerajaan, rakyat serta negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun
Melaka ini sudah dijalankan pada pemerintahan Sultan Muzaffar Syah pada tahun
1446 sehingga 1546 M, sekitar tahun 1489 sehingga 1511 Masihi baru digunapakai
pada pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Hukum Kanun Melaka ini digunakan bagi
menyelesaikan konflik di darat di antara satu sama lain dan tertakluk kepada semua
rakyat di Melaka serta pedagang asing yang berdagang di Melaka.

Undang-undang Laut Melaka ini telah ditauliahkan pada zaman Sultan


Mahmud Shah serta Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir sekitar tahun 1488
sehingga tahun 1510. Undang-undang Laut Melaka ini ditauliahkan supaya sentosa
dalam pelayaran, jangan bersalahan dan cabul dalam pelayaran, menyempurnakan
pekerjaan di laut dan di darat dan supaya nakhoda mengetahui adat dan peraturan
pelayaran. Undang-undang ini digunapakai bagi menyelesaikan masalah di laut dan
tertakluk kepada nakhoda Melaka serta pedagang asing yang berdagang di Melaka.
Jelaslah, ini menunjukkan bahawa Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai
lambang pertemuan pelbagai etnik.

6
2.2 PERKAHWINAN CAMPUR (WALIN)

Perkahwinan campur telah berlangsung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka


lagi, di mana, Sultan Mansur Syah berkahwin dengan anak perempuan pemerintah
China yang dikenali sebagai Puteri Hang Li Po pada abad ke-15 yang terbentuk
daripada hubungan diplomatik antara Melaka dengan China. Perkahwinan campur di
antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur
pertama di Melaka dan ini melahirkan sebuah etnik ataupun keturunan yang masih
wujud pada hari ini yang dikenali sebagai Baba Melaka dan majoritinya beragama
Islam. Selain itu, terdapat etnik lain yang wujud akibat daripada perkahwinan campur
ini iaitu Nyonya, Serani dan Chetti. Sama seperti Baba, Nyonya juga merupakan suatu
keturunan Cina, yang menjalani kehidupan seharian persis masyarakat Melayu. Mereka
bertutur dalam Bahasa Melayu antara satu sama lain serta makanan mereka juga
hampir sama dengan masakan masyarakat Melayu. Keturunan Baba dan Nyonya ini
juga bukan sahaja ada di Melaka, malah, terdapat juga di Pulau Pinang dan sebahagian
lagi berada di Singapura.

Selain itu, terdapat juga etnik baru hasil daripada pemerintahan iaitu Papia
Kristang. Papia Kristang merupakan bangsa Serani, hasil daripada perkahwinan
campur masyarakat Melayu dengan masyarakat Belanda dan Portugis yang berlaku
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Masyarakat Kristang ini dipercayai bermula
daripada hubungan dan perkahwinan antara wanita tempatan dengan lelaki Portugis.
Masyarakat Kristang ini masih lagi wujud di Melaka serta Pulau Pinang.

Akhir sekali, Masyarakat Chetti Melaka. Masyarakat Chetti Melaka atau


dikenali sebagai Masyarakat Hindu Peranakan merupakan satu kelompok masyarakat
minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini terjadi daripada pedagang lelaki
India yang berdagang di Melaka suatu ketika dahulu berkahwin dengan wanita
tempatan di sini. Masyarakat Chetti ini menganuti agama Hindu. Disebabkan
masyarakat Chetti ini hasil daripada perkahwinan campur, mereka menjalani
kehidupan seharian seperti masyarakat Melayu. Antaranya, makanan mereka persis
dengan masakan makanan masyarakat melayu. Perkara berikut menunjukkan bahawa
Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang pertemuan pelbagai etnik.

7
2.3 KEPENDUDUKAN (HAZIRAH)

Dari aspek pembentukan masyarakat pluraliti di zaman penjajah iaitu sebelum


kedatangan British di Tanah Melayu pada Ketika itu menjalankan aktiviti ekonomi
traditisional atau sara diri. Aktiviti ekonomi yang dimaksudkan adalah seperti bercucuk
tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan melombong. Dalam ekonomi
tradisional, penghasilan yang diusahakan adalah sedikit. Teknologi yang digunakan
merupakan teknologi mudah dan menggunakan buruh yang sedikit serta modal yang
agak murah. Masyarakat Melayu menternak binatang seperti lembu, kerbau, ayam dan
itik. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk kehendak dan keperluan sendiri.
Penangkapan ikan dijalankan di sungai, sawah padi dan laut yang mana hanya
menggunakan alat yang senang sepeti jala, bubu dan kail.

Selain itu, masyarakat Melayu juga telah menjalankan aktiviti. Terdapat tiga
aspek pembentukan masyarakat iaitu pembentukan masyarakat pluraliti di zaman
kesultanan melayu melaka, pembentukan masyarakat pluraliti di zaman penjajah dan
pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka.

Dari aspek pembentukan masyarakat pluraliti di zaman kesultanan melayu


melaka ialah Melaka merupakan sebuah negeri yang amat amanah dan gemilang yang
diperintah oleh para sultan dan pembesar yang pandai serta berpandangan jauh semasa
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, empayar
Melaka telah terkenal sebagai tempat pertemuan pedagang dari seluruh dunia dan digelar
‘The Venice of the East’. Perkara ini telah menyebabkan Pelabuhan menjadi padat dan
dengan kapal-kapal yang berada di Selat Melaka. Selain Melaka merupakan tempat yang
strategik sebagai tempat persinggahan kapal-kapal pedagang yang berlayar dari barat ke
timur, keadaan geografinya yang berada di garisan khatulistiwa juga telah mengadakan
Pelabuhan Melaka amat terlindung dari tiupan angin taufan ataupun gempa bumi. Oleh
itu, Melaka telah menjadi tempat yang amat pesat di zaman kenaikkan Zaman Melayu
Melaka. Kemajuan perdagangan di Melaka telah terjadi beberapa perkara iaitu
pemerintan yang mengamalkan beberapa konsep keterbukaan iaitu mengambil sesiapa
sahaja yang ingin berdagang di Melaka. Faktor kedua ialah penyebab kemajuan
pemerdagangan di melaka adalah kerana keupayaan pentadbirannya yang melancarkan
pemerdagangan.

8
Seterusnya, keselamatan di kawasan Selat Melaka di jaga oleh Laksamana
Melaka yang produktif juga telah menyebabkan ramai pedagang tertarik untuk
berdagang di Melaka yang selamat dari seranagn perompak dan lanun. Oleh itu, kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka juga telah mengadakan Undang-undang Laut Melaka yang
berasakan ajaran Islam yang mana ia telah menjadi keutamaan kepada keselamatan dan
kelancaran pentadbiran. Sikap penuh diplomasi dan keterbukaan pemerintah juga
menyebabkan Melaka menjadi harapan para pedagang. Hal ini dapat dilihat apabila para
pegawai istana yang dilantik bukanlah dari golongan orang melayu tempatan sahaja
malah terdapat juga orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana Sultan
Melaka. Malah, perkahwinan campur juga telah terjadi antara pemerintah Melaka
dengan pemerintah Negara China seperti perkahwinan antara Sultan Melaka pada ketika
itu iaitu Sultan Muzaffar Shah dengan Puteri LI PO dari Negara China.

Proses penghijrahan yang berlaku secara semulajadi atau tanpa paksaan mana-
mana pihak ini telah menyebabkan zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka menjadi
zaman Pluraliti. Berbanding dengan zaman negara bangsa, masyarakat pluralisitik yang
nyata telah diperkenalkan oleh British. Para pedagang yang ingin masuk ke sebuah
kawasan tidak memerlukan passport atau visa. Keadaan ini secara tidak langsung
membolehkan pedagang dari Arab, China, India dan negara-negara lain datang
berdagang secara sukarela. Proses akomodasi dapat diwujudkan secara baik antara
pedagang dengan masyarakat tempatan dengan sistemnya. Hasil daripada kemajuan
perdagangan antara Alam Melayu dengan pedagang daripada India, China dan Arab
telah membawa kepada hubungan sexara langsung dengan masyarakat tempatan. Pada
awalnya, Alam Melayu hanya sebagai tempat pelabuhan sementara, berkembang kepada
perkahwinan dengan masyarakat tempatan. Ada juga terhasil kesan daripada faktor
politik dan keagamaan.

9
Proses akomodasi ini secara tidak langsung telah melahirkan kategori
masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya di Tanah Melayu. Umpamanya,
Masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya yang lahir daripada perkahwinan perkahwinan
antara pedagang dari China dengan masyarakat tempatan yang kini bercakap dalam
dialek Hokken bercampur Melayu yang dikenali sebagai Melayu-Baba. Selain itu,
masyarakat Chitty juga telah terhasil daripada perkahwinan pedagang yang berasal dari
India Selatan berketurunanTamil yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Masyarakat ini menggunakan bahasa
campuran Tamil dan Melayu manakala pakaian dan makanan pula menerima unsur-
unsur tempatan. Disamping itu, wujud juga masyarakat-masyarakat lain seperti
masyarakat India Muslim, Sikh dan Peranakan Jawi.

Kesimpulannya, kegemilangan Melaka pada Zaman Kesultanan Melayu yang


diutamakan oleh dua aspek utama iaitu pusat pemerintahan dan pusat pemerdagangan
telah memperkenalkan masyarakat Melayu kepada unsur-unsur budaya daripada Arab,
China dan India. Percampuran unsur ini ditapis dengan local genius Alam Melayu.
Kedatangan golongan pedagang dan pendakwah agama daripada India dan Arab turut
membentuk masyarakat majmuk di Alam Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu
Melaka.

10
2.4 IMPERIALISME (AKMAL)
Imperialisme adalah sebuah kegiatan negara yang ingin meluaskan wilayahnya
dengan menguasai dan menjajah negara-negara lain. Selain itu, penguasaan sesebuah
negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lemah bertujuan mencari keuntungan
dari segi ekonomi serta politik. Zaman penjelajahan berlaku pada kurun ke-6 dan ke-17
yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Sepanyol, Portugis, Belanda dan Inggeris
menguasai Kawasan-kawasan tertentu demi membolot barangan dagangan dan
kepentingan ekonomi.

Setelah terjadinya revolusi perindustrian, dasar kuasa-kuasa barat telah berubah


dari membolot barang-barang dagangan yang mahal kepada mengambil alih banyak
Kawasan-kawasan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah untuk keperluan
kilang perusahaan mereka. Seterusnya mempunyai matlamat mengubah ekonomi negara
yang dijajah sepaya secocok dengan peraturan industri penjajah. Struktur ekonomi
negara yang dijajah diubah supaya bahan mentah dapat dihasilkan secara komersial dan
penjajah dapat menghasilkan barangan keluaran mereka agar dapat dipasarkan di negara
yang mereka kuasai. Imperialisme barat terjadi dan wujud berdasarkan politik dan
ekonomi.

11
FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME

Revolusi perindustrian mengubah cara pengeluaran barang-barang yang


digunakan. Terjadinya perubahan yang membolehkan barang-barang dihasilkan secara
besar-besaran dan memberi impak yang mendalam. Selain itu, wujudnya kilang-kilang
perusaahaan yang menyebabkan berlakumya permintaan yang tinggi terhadap bahan
mentah untuk diproses. Pasaran dapat lebih meluas dengan adanya permintaan yang
tinggi dalam pengeluaran barang-barang kilang dan barang-barang tersebut dicari atas
tujuan memasar. Seterusnya Britain adalah negara perindustrian dan mempunyai kuasa
maritim yang kuat pada masa itu,Britain mendahului negara-negara lain bagi
menjalankan dasar imperialisme.

Revolusi perindustrian telah merebak ke Eropah seperti negara Jerman, Belanda,


Perancis dan Itali telah menjadi kuasa imperialis yang kuat. Kewujudan alat-alat ciptaan
dan teknologi baharu menggalakkan lebih banyak kemunculan imperialisme barat juga
mewujudkan permintaan yang banyak terhadap bahan-bahan mentah. Sistem jalan kereta
api dan kapal berkuasa wap direka bagi mempercepatkan perjalanan menuju ke asia
tenggara. Kewujudan teknologi kuasa Eropah yang melebihi di negara Asia
menyebabkan Afrika berlumba dan bersaing sesame meraka demi mendapatkan tanah
jajahan. Situasi seperti mempercepatkan imperialisme barat di negara-negara Asia
Tenggara pada kurun ke-19 dan awal ke-20.

Pada tahun 1830, saingan daripada negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat
semakin sengit. Negara-negara ini telah mengenakan peraturan tarif iaitu cukai yang
dikenakan oleh kerajaan pada barangan yang diimport untuk melindungi industri
masing-masing. Selain itu, negara Britain tidak berasa senang kerana barangan mereka
tidak dapat dieksport ke Amerika dan Eropah dan menyebabkan Britain terpaksa
mencari jalan pasaran di Asia dan Afrika. Orang barat berhasrat untuk menyebarkan
pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut dan dikalangan orang Eropah
telah wujud semangat ingin bersaing dan berlumba untuk mengatasi antara satu sama
lain untuk kegiatan menakluk kawasan atau daerah diluar Eropah. Mereka menganggap
pemilikan tanah jajahan sebagai suatu status atau simbol sebuah kuasa yang kuat serta

12
mereka menganggap tugas untuk menyebarkan tamadun mereka diluar Eropah adalah
tanggungjawab mereka.

GAMBAR REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI EROPAH

GAMBAR TERUSAN SUEZ YANG MEMENDEKKAN MASA PERJALANAN


KE ASIA

13
GAMBAR LALUAN PERDAGANGAN ABAD KE 15

14
KEDATANGAN PORTUGIS

Pada tahun 1511 Portugis berjaya menguasai Melaka dibawah kepimpinan Alfonso
d’Albuquerque. Setelah Portugis menakluki Melaka, pusat-pusat perdagangan baru
wujud seperti Aceh dan Banten. Pada tahun 1512 pemimpin Alfonso mengirimkan
ekspedisi ke Maluku, Kep,Aru,Banda dan Ambon. Pada tahun 1522 pula kepimpinan
dibawah Antonio de Britto mendirikan benteng Saint John di Maluku.

PERKEMBANGAN KOLONIAL

Portugis mempunyai cara yang licik demi mencapai tujuannya. Sebagai contoh Portugis
menandai setiap tempat-tempat yang disinggahi dengan batu Padra. Tujuannya adalah
mengakui tempat itu sebagai wilayah kekuasaan Portugis. Selain itu, Portugis
memonopoli segala perdagangan di Maluku.

15
MASYARAKAT SERANI

Masyarakat Serani adalah hasil daripada asimilasi.Portugis berjaya menawan


Melaka pada sekitar 1511. Selain itu, askar Portugis adalah moyang (10 generasi)
kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah mencerobohi dan menjajah tanah Melaka pada
abad ke-16. Orang melayu menggelar askar penjajah sebagai benggali putih
mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit putih. Seterusnya
orang melayu menggelar mereka serani kerana asal perkataan serani adalah nasrani yang
membawa kepada pengikut jesus. Pada zaman penjajahan oleh tentera Portugis , wanita-
wanita Portugis dilarang mengikuti ekspedisi penjajahan pelayar dan kepercayaan karut
yang tidak membenarkan wanita di atas kapal. Kerajaan Portugis menggalakan penjajah,
pelayar dan tentera mereka supaya mengahwini wanita tempatan di bawah polisi
Alfonso de Albuquerque, pemerintah india Ketika itu.

Pada tahun 1604, 200 perkahwinan campur telah direkodkan khusus di Melaka.
Selain itu, serani adalah bangsa di Malaysia hasil perkahwinan campur antara tentera
Portugis dan orang tempatan pada abad ke-16. Sesetengah berdarah daripada mereka
berdarah Belanda,Inggeris,Cina dan India hasil perkahwinan campur nenek moyang
mereka. Perkahwinan campur telah menjadi kebiasaan kepada kaum cina dan india
berbanding kaum melayu islam di dalam kitab alquran pernah berkata seorang islam
tidak membenarkan berkahwin dengan individu yang berlainan agama. Melainkan
mereka memeluk islam sangat digalakan untuk berkahwinan.

Kristang adalah perkataan berasal daripada cristao bermaksud kristian.


Masyarakat Portugis Melaka dikenali sebagai gragok, iaitu slang merujuk kepada udang
dan geragau Portugis, merujuk kepada fakta komuniti Portugis Melaka secara
tradisionalnya adalah pencari atau nelayan udang. Setelah kejatuhan Portugal, Belanda
mengambil alih Melaka pada 1614. Kelompok serani masih mengekalkan tradisi
mereka, kebudayaan dan mengamalkan ajaran agama katholik dan Bahasa Portugis
dalam komuniti mereka. Kebanyakan mereka tinggal di Kawasan pinggir pantai seperti
kawasan perbandaran Melaka. Sebagai contoh masyarakat serani di Melaka, De Souza,
Gomez, Fernandez dan Lopez dan kira-kira 12,000 orang serani kebanyakannya berada
di Melaka dan Pulau Pinang.

16
TOKOH ATAU SELEBRITI YANG BERKETURUNAN SERANI

TUN JEANNE

17
HANS ISAAC

TONY FERNANDES

18
BAHASA KAUM SERANI

Kreol Kristang ialah salah satu daripada variasi kreol Portugis yang menjadi
bahasa dominan dan dipertuturkan lebih kurang seribu seratus atau 79% penutur serani
di sekitar Melaka. Variasi ini juga dipertuturkan oleh generasi tua beberapa keluarga
migran serani dan telah terserbar ke Kawasan lain Semenanjung Malaysia melalui
proses penghijrahaan khususnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang,Ipoh dan Singapura.
Variasi kreol yang dipertuturkan oleh penutur serani dikenali sebagai PAPIA
KRISTANG(yakni peretuturan kristian).

Terdapat pelbagai istilah yang dikaitkan dengan Kristang iaitu ia dikenali sebagai
“Petois Portugis” dialek Portugis atau “Malacca Creole Portuguese” atau Bahasa
‘gerage’ (shrimp language). Baxter ialah seorang penulis Portugis iaitu Rego pula
menamakan variasi ini sebagai ‘0 dialecto Portuges de Malacca’ iaitu dialek Portugis
Melaka. Komuniti Kristang yang diberi pelbagai rujukan mengikut Bahasa misalnya
mereka dikenali sebagai “Portuguse Eurasian” (Bahasa inggeris), masyarakat Serani dan
Nasrani (yakni ‘Nazrene’ orang yang berasal dari Nazareth).

Tetapi sejak November 1981, komuniti Kristang telah mendapat pengiktirafan


daripada kerajaan Malaysia dan dikenali sebagai “MALAYSIANS OF PORTUGUESE
DESCENT” atau masyarakat Malaysia keturunan Portugis seperti yang dikatakan oleh
YAB DATUK MUSA HITAM. Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ketika itu Melaka.
Walaupun terdapat pelbagai istilah yang dikaitkan dengan komuniti dan variasi kreol ini
tetapi berasaskan pemerhatian dan kajian penyelidik, penduduk tetap menggunakan
istilah Kristang atau Cristao seperti yang dipraktikkan oleh penutur natif serani untuk
Bahasa pertuturan mereka sementara komuniti Kristang atau Serani bagi merujuk
masyarakat keturunan Portugis di Melaka demi memelihara keaslian kebudayaan
mereka.

19
PEMERINTAHAN BRITISH

Penguasaan Inggeris di Negeri-negeri Melayu telah membawa pelbagai


perubahan dalam masyarakat tempatan. Masyarakat Melayu yang pada awalnya
menguasai struktur masyarakat, ekonomi dan sosio-politik tempatan telah mendapat
saingan sengit daripada penjajah Inggeris. Dalam masa yang sama kehadiran pihak
British telah menyebabkan beberapa pengubahsuaian telah dilakukan kepada sistem
pentadbiran, undang-undang, adat dan pendidikan di Tanah Melayu.

Dari segi aspek-aspek perubahan politik,penjajah Inggeris telah melaksanakan


perubahan dalam sistem pentadbiran di negeri-negeri di Tanah Melayu, terutamanya
selepas pelaksanaan sistem Residen. Pada awalnya, sistem Residen telah diperkenalkan
oleh British di Perak pada tahun 1874 berikutan termeterainya Perjanjian Pangkor.
Sistem Residen kemudiannya diperkenalkan di Selangor pada tahun 1875, di Pahang
pada tahun 1888 dan di Negeri Sembilan pada tahun 1889.

Sistem Residen yang diperkenalkan oleh British merupakan satu bentuk


pentadbiran British yang dinamakan sebagai sistem pemerintahan tidak langsung di
negeri-negeri Melayu. Mengikut sistem ini, Residen British yang dilantik menjadi
penasihat kepada sultan-sultan Melayu dalam urusan pentadbiran negeri kecuali hal-hal
yang berkaitan dengan adat-adat istiadat Melayu dan agama Islam. Kuasa melaksanakan
pentadbiran negeri sebenarnya terletak di tangan Residen British tetapi mereka bertindak
atas nama sultan-sultan negeri Tanah Melayu.

Ini kerana nasihat-nasihat yang diberikan oleh Residen British hendaklah


diterima oleh sultan-sultan melayu kecuali yang menyentuh adat istiadat dan agama
Islam. Residen British diberi tanggungjawab sepenuhnya terhadap pentadbiran am
negeri dan segala urusan pentadbiran. Kutipan cukai dan kawalan keatas semua hasil
negeri adalah dibawah kuasa Residen British. Raja-raja Melayu terpaksa patuh kepada
nasihat Residen yang bertanggungjawab kepada Residen-Jeneral iaitu Gabenor Negeri-
negeri Selat. Melalui pemerintahan secara tidak langsung ini British telah
memperkenalkan perubahan secara ansur-ansur melalui institusi-institusi politik yang
wujud pada masa itu.

20
Satu perubahan penting yang berlaku di negeri-negeri Melayu selepas sistem
Residen diperkenalkan ialah penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis ini adalah
untuk membincangkan perkara-perkara penting yang melibatkan pentadbiran negeri.
Pada mulanya ia ditubuhkan yang ditugaskan untuk membuat undang-undang, menjadi
mahkamah rayuan yang tertinggi dan badan kerajaan utama yang menguruskan
perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang melayu dan perkara-perkara
mengenai pelantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Keanggotaan Majlis
Mesyuarat Negeri ini terdiri daripada sultan sebagai ketua, Residen British, dua belas
orang pembesar dan seorang wakil masyarakat Cina.Residen yang menyediakan
agenda mesyuarat, melantik ahli-ahli Majlis yang diluluskan oleh Gabenor.Sultan secara
rasmi mengesahkan perlantikan itu.Ini menunjukkan bahawa kedudukan dan kuasa
Sultan semakin diketepikan kerana Majlis Negeri ini yang sepatutnya membincangkan
hal perundangan negeri tidak berfungsi. Akhirnya Majlis hanya berfungsi meluluskan
keputusan yang sudah dibuat, bermakna Sultan sendiri tidak mempunyai suara langsung
dalam Majlis ini. Bidang kuasa seorang Residen bukan lagi hanya menasihati tetapi
lebih kepada memerintah dengan hak kuasa mentadbir.Kuasa Sultan dan pembesar-
pembesar daerah telah beralih tangan kepada Residen yang sangat berkuasa itu.

Struktur pentadbiran sistem Residen dipecahkan kepada empat peringkat iaitu


Kampung, Mukim, Daerah dan Negeri. Pentadbiran kampung diketuai oleh Ketua
Kampung, memainkan peranan membantu Inggeris menjalankan arahan-arahan. Beliau
dibekalkan dengan kuasa kehakiman kerana Inggeris telah mewujudkan Mahkamah
Ketua Kampung. Mukim, iaitu gabungan beberapa kampung ditadbir oleh penghulu
yang berkuasa ke atas beberapa buah kampung.Peringkat Daerah pula ditadbir oleh
Pemungut Cukai dan Majistret atau Pegawai Daerah.Pentadbiran yang paling tinggi
ialah Negeri, pemerintahan dijalankan oleh Sultan dengan nasihat Residen.Pentadbiran
Residensi dijalankan secara berasingan antara negeri-negeri.Meskipun sistem Residen
ini dianggap sebagai sistem pemerintahan tidak langsung,tetapi sebenarnya sedikit
sangat panduan yang teraturdalam melaksanakan sistem itu.

21
Residen yang dilantik tidak mempunyai perintah dan peraturan yang jelas untuk
memandu mereka dalam melaksanakan sistem ini.Kejayaan seorang residen lebih
banyak bergantung kepada personaliti dan kemampuannya dalam mengendalikan
hubungan dengan pemerintah tempatan. Contohnya, kejayaan yang dicapai oleh Frank
Swettenham sebagai Residen Selangor dan Hugh Low di Perak dalam mentadbirkan
sebuah negeri yang dulunya kacau bilau menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur
yang lebih banyak dipengaruhi oleh kemampuan dan kebolehan secara peribadi.
Sebaliknya, seorang Residen yang tidak dapat sesuaikan diri dengan keadaan dan adat
resam tempatan akan menemui kegagalan sehingga membawa kepada kematian seperti
yang terjadi kepada J.W.W Birch.

Pembentukan negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk menggabungkan Perak,


Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bagi membentuk satu pemerintahan pusat. Di
bawah sistem pentadbiran baru ini, Sultan menerima nasihat British dalam
melaksanakan pentadbiran negeri mereka kecuali hal-hal yang berkaitan dengan adat
istiadat Melayu dan agama Islam. bu negeri NNMB terletak di Kuala Lumpur iaitu
sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. NNMB diketuai oleh Residen Jeneral
yang bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-neger Selat yang juga bertindak sebagai
Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. NNMB bukanlah berupa satu
bentuk Persekutuan tetapi sebenarnya ia lebih mirip kepada satu kesatuan politik.Ini
kerana NNMB tidak memenuhi syarat-syarat pentadbiran yang berupa sebuah
persekutuan. Penubuhan Persekutuan telah mencelikkan mata Sultan-sultan dan
golongan intelektual Melayu. Pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu penyatuan
keempat-empat negeri Melayu dalam satu gabungan jelas. Pada dasarnya kali pertama
dalam sejarah,Sultan-sultan Melayu di Tanah Melayu beberapa orang Sultan bertemu
sambil berbincang hal-hal politik.

22
Persidangan ini merupakan suatu acara rasmi tahunan yang dihadiri oleh semua
sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, ahli-ahli Mesyuarat Negeri, pembesar-
pembesar Melayu dan pegawai-pegawai British dengan dipengerusikan oleh
Pesuruhjaya Tinggi. Ia memberi peluang kepada sultan-sultan, ahli-ahli Mesyuarat
Negeri dan para pembesar Melayu untuk menyuarakan pandangan mereka dengan bebas
yang melibatkan kepentingan bersama. Persetujuan dicapai sebulat suara dan diserahkan
kepada Majlis Mesyuarat Negeri untuk tindakan selanjutnya. Persidangan ini
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persidangan. British menggunakan
tulisan jawa dalam urusan surat-menyurat dengan Raja-raja dan pembesar, untuk
memastikan raja-raja dan pembesar-pembesar memahami arahan dan tindakan yang
harus dijalankan.

DURBAR yang pertama diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.
Persidangan ini bersejarah kerana buat pertama kalinya Raja-raja Melayu di keempat-
empat negeri mengadakan pertemuan bersama. Persidangan kedua diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1903. Perkara penting yang bibincangkan ialah mengenai
penyertaan orang Melayu dalam kerajaan dan pembangunan ekonomi persekutuan serta
soal pemusatan kuasa yang berlebih-lebihan.

Desentralisasi ialah proses pengagihan kuasa pentadbiran, perundangan dan


kewangan dari peringkat kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri di NNMB. Ia
bertujuan untuk meningkatkan semula kuasa sultan dan negeri yang telah merosot serta
mengurangkan pemusatan kuasa ditangan Residen Jeneral NNMB. Ia dibentuk kerana
penubuhan Persekutuan 1896 menyebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan kepada
Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Pada tahun 1909, ia bertujuan untuk melonggarkan
kawalan yang luas dan ketat Residen Jeneral dan kerajaan pusat keatas Majlis-majlis
Mesyuarat Negeri dan membahagikan kuasa atau fungsi-fungsi tertentu kepada kerajaan
pusat dan kerajaan negeri.

23
Ketika pemerintahan Sir Lawrence Guillermafd, dsar ini lebih bertujuan
melonggarkan pemusatan kuasa berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi (Singapura)
ke atas Majlis-majlis Mesyuarat Negeri. Oleh kerana terdapat teguran dan seruan rasa
tidak berpuas hati dikalangan Sultan-sultan Melayu terhadap pelaksanaan Persekutuan
1896, tahun 1909. Usaha kearah desentralisasi dijalankan, tetapi kejujuran yang
dipamerkan oleh Sir John Anderson diragui. Akhirnya usaha desentralisasi ini
diteruskan secara berperingkat-peringkat semasa Sir Lawrence Guillermard dan Sir
Cecil Clementi. Proses ini dipercepatkan pada tahun 1930-an. Namun dasar
desentralisasi ini tergendala seketika apabila Jepun menyerang Tanah Melayu.

Antara aspek-aspek perubahan budaya yang dilakukan oleh Inggeris ialah


penghapusan sistem perhambaan. Golongan hamba merupakan golongan yang paling
rendah di dalam susun lapis masyarakat. Hamba berperanan menyumbangkan tenaga
untuk menambahkan harta tuannya. Mereka juga merupakan pegawai kepada tuannya
dan menjadi faktor yang melambangkan ketinggian status orang yang memilikinya. Oleh
itu, apabila seseorang itu mempunyai lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf
sosialnya sebagai seorang anggota masyarakat dan dapat mengukuhkan kedudukan
ekonomi tuannya. Bagi masyarakat Melayu tradisional sumber-sumber ekonomi kepada
Sultan dan Pembesar. Martabat dan kedudukan sultan serta pembesar digambarkan
dengan pemilikan hamba abdi.

Aspek perubahan budaya yang lain ialah penghapusan sistem kerah. Sistem
kerah merupakan sistem buruh paksa yang dilakukan di negeri-negeri Melayu sebelum
kedatangan kuasa Barat. Dalam sistem kerah, rakyat disuruh membaiki jalan, membina
tembok, masjid, parit, benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Ketika
perang, tenaga rakyat dikerah untuk membuat persediaan dan kelengkapan peperangan
dengan perbelanjaan yang paling rendah. Rakyat yang menjalankan kerja kerah terpaksa
menyara diri sendiri. Selepas kedatangan British, pembesar dilarang menggunakan
tenaga manusia bagi kerja-kerja peribadi ataupun kerajaan.

24
Selain itu, pihak British melakukan perubahan dalam aspek budaya dari segi
perlantikan Sultan. Contohnya, campurtangan British dalam perlantikan Sultan Abdullah
yang tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pembesar Perak. Berdasarkan adat Melayu,
Sultan Perak mestilah dipilih oleh pembesar. Sir Andrew Clarke telah melantik Raja
Abdullah sebagai sultan. Perlantikan Raja Abdullah tidak disokong oleh alat-alat
kebesaran Perak yang pada waktu itu berada pada Sultan Ismail. Ini kerana terdapat dua
orang Sultan di Perak, Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar-pembesar Perak
berserta ‘sokongan’ alat-alat kebesaran dan Sultan Abdullah yang hanya dilantik oleh
British.

Antara aspek-aspek perubahan budaya yang dilakukan Inggeris ialah


penghapusan amalan pungutan cukai oleh Sultan dan pembesar yang telah dijalankan
sejak turun-temurun. Selain itu, penghapusan perhambaan, bagi masyarakat Melayu
tradisional sumber-sumber tenaga hamba abdi merupakan sumber ekonomi kepada
Sultan dan Pembesar. Martabat dan kedudukan Sultan serta pembesar digambarkan
dengan pemilikan hamba abdi. Penghapusan sistem kerah dimana pembesar dilarang
menggunakan tenaga manusia bagi kerja-kerja peribadi ataupun kerajaan. Campur
tangan British dalam perlantikan Sultan, contohnya perlantikan Sultan Abdullah yang
tidak dipersetujui oleh kebanyakan pembesar Perak.

Sebenarnya, orang Melayu banyak menentang daripada menerima setiap


perubahan yang dilakukan British. Dari segi sosial, pembukaan petempatan dan kawasan
yang berpotensi dalam bidang ekonomi disebabkan oleh penghijrahan masuk beramai-
ramai buruh asing ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berperanan penting dalam
perkembangan negeri.

Punca orang Melayu menentang ialah kehilangan punca pendapatan dan hak
kekuasaan yang diwarisi turun-temurun. Ini berlaku di Pahang, apabila British
membentuk beberapa daerah dibawah pentadbiran Pemungut Cukai dan Majistret, ini
mengakibatkan kuasa para pembesar hilang kerana British melarang mereka meneruskan
peranan tradisi sebagai pemungut cukai dan pentadbiran keadilan. Kebencian semakin
memuncak dengan kehadiran kaum India dan Sikh kerana mereka amat jahil tentang
adat istiadat Melayu.

25
Penentangan wujud disebabkan kemerosotan kuasa dan kedudukan kesan
daripada perubahan pentadbiran yang diperkenalkan British. Seperti di Kelantan,
pembentukan jajahan dan perlantikan Ketua Jajahan sebagai pentadbiran telah
mengambil alih kuasa Engku Besar yang berkuasa sebelum ini. Beliau juga dikenakan
membayar cukai. Kekasaran dan ketidakcekapan pegawai yang bertugas serta denda
yang dikenakan terhadap mereka yang tidak membayar cukai pada masa yang ditetapkan
menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan. Pihak British turut memarahi dengan
kata-kata kesat.

Di Sarawak, disebabkan oleh tidak puas hati dengan pembatasan kuasa yang
diterima oleh Gabenor Sarikei di Sungai Rajang iaitu Syarif Masahor. Apabila kawasan
Lembah Hilir Rajang diserah kepada James Brooke dan mendirikan kubu Kanowit
disepanjang Sungai Rajang. Rentap juga menentang British kerana perubahan yang
dilaksanakan iaitu penghapusan perlanunan yang telah menjadi punca rezeki tradisi
orang Iban dan amalan pemburuan kepala orang Iban .

Di Sabah, Mat Salleh menentang kerana tidak berpuas hati terhadap campur
tangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di kawasan beliau. Syarikat juga bertindak
dengan menyerang dan membakar perkampungan beliau.

British memperkenalkan pelbagai bentuk perlembagaan yang mengakibatkan


institusi-institusi Melayu tradisional dan golongan intelektual mendapati peranan mereka
semakin kecil dalam hal ehwal kerajaan dan pentadbiran.

Secara kesimpulannya, perubahan politik dan budaya yang dilakukan oleh pihak
Inggeris tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat Melayu terutamanya bagi golongan
atasan seperti Sultan dan Pembesar.Ini kerana mereka kehilangan banyak kuasa,
pentadbiran British telah memberi dimensi baru kepada sistem pentadbiran. Sungguhpun
begitu, pentadbiran ini memberikan peluang kepada pembesar tempatan mengetahui
selok-belok pentadbiran melalui penglibatan mereka dalam Majlis Mesyuarat Negeri

26
KEMASUKAN IMIGRAN

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja
mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan
politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah
dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu.
Hal ini menjadi semakin hebat selepas campur tangan British di Negeri-negeri Melayu,
kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya.
Dari segi ekonomi, perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan
kemasukan imigran cina dan India secara beramai-ramai. Penghijrahan imigran Cina dan
India ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu sehingga ke hari ini.

Penghijrahan masyarakat luar ke Tanah Melayu bukan sahaja melibatkan kaum


Cina dan India, malah ada orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa,
Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Kebanjiran imigran-
imigran dari luar ini telah membentuk konsep masyarakat majmuk di Malaysia,
bermulanya dari sejak awal lagi. Persoalannya sekarang, kenapakah penghijrahan
berlaku pada zaman itu? Mengapakah kaum Cina dan India yang menjadi intipati kepada
pokok persoalan penghijrahan di Tanah Melayu, sedangkan terdapat juga bangsa-bangsa
lain? Soalan ini akan terjawab apabila kita mengupas akan proses kedatangan imigran
Cina dan India ke Negeri-negeri Melayu.

Dalam konteks sejarah, proses migrasi jelas berlaku pada abad ke-19 apabila
Kerajaan British berusaha membawa masuk golongan imigran Cina dan India untuk
berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.
Bahkan bukan sedikit yang berpendapat, masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini
ialah kerana kontruksi pihak British. Menurut J.S. Furnival dalam Ruslan Zainuddin
(2004), masyarakat majmuk kepada sebuah masyarakat seperti Malaysia hari ini terdiri
daripada pelbagai kaum dengan setiap kaum mempunyai budaya, agama, bahasa, adat
resam dan cara hidup yang tersendiri.

27
Melalui dasar pecah dan perintah (devide and rule) pihak British, konsep
masyarakat majmuk lahir daripada migrasi kaum-kaum Cina dan India dapat dicirikan
dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada di
bawah satu sistem. Perpecahan ini dapat dirujuk kepada aspek politik, ekonomi, dan
sosial masyarakat. Keadaan ini jelas apabila berlaku pembahagian buruh dalam sistem
ekonomi berdasarkan pemisahan kaum dalam masyarakat dengan setiap kaum
mempunyai fungsi-fungsi ekonomi yang tersendiri.

Jelas, bahawa proses kedatangan imigran-imigran Cina dan India ke Tanah


Melayu telah mendominasi kepelbagaian etnik di negara ini sekaligus melahirkan
sifat ‘hetergenous’ budaya, perpecahan social dan konflik. Masyarakat dikelompok
mengikut lokasi dan peluang-peluang ekonomi mereka. Keadaan ini telah melahirkan
sedikit sebanyak sifat komunalisme (perkauman) dalam masyarakat. Rentetan daripada
isu kemajmukkan masyarakat di Malaysia hari ini, memberi focus untuk meninjau
perspektif proses kedatangan imigran-imigran Cina dan India ke Tanah Melayu
berdasarkan sebab tertentu dan kesannya.

28
CARA KEMASUKAN BURUH

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu melalui sistem tiket kredit. Calon
imigran dari kampung akan dikumpulkan oleh Keh-Thau. Ketua dibayar wang bagi
setiap imigran. Imigran baru dikenali siri Kheh. Calon imigran diletakkan dibawah
pengawasan majikan imigran. Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau
bertulis. Jawatan pegawai pelindung buruh dari China telah diwujudkan di Tanah
Melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China. Selain itu, melalui
sistem pengambilan kakitangan. Majikan menghantar pegawainya ke China untuk
mendapatkan tenaga buruh. Tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan.
Pegawai bertanggungjawab mengiringi buruh sehingga sampai di tempat majikan.
Seterusnya melalui sistem pengambilan rumah kongsi. Pengambilan buruh dilakukan
oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh rumah kongsi. Pegawai membiayai
perbelanjaan sehingga sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu. Justeru, kemasukan
imigran China di Sarawak. Bermula sewaktu persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu,
iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke. Seramai 570 orang imigran Foochow
dibawa masuk ke Sarawak untuk mengusahakan pertanian gambir dan lada hitam.

Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu ialah sistem buruh bebas. Buruh
dating sendiri dengan biayaan masing-masing. Kedatangan mereka diatur oleh orang
atau kumpulan tertentu. Di Tanah Melayu, mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan.
Selain itu, melalui sistem kontrak. Majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu.
Sebagai balasan buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu.
Bayaran minimum antara 9 hingga 13 sen sehari. Berlaku penindasan terhadap buruh.
Digantikan dengan sistem kangani dengan berkuatkuasanya Undang-Undang Tabung
Imigresen India. Seterusnya melalui sistem kangani. Kangani bermaksud ketua, tandil
atau mundur. Kangani diberi kepercayaan majikan akan diiberi lesen dan dihantar
pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. Kangani diberi wang pendahuluan buruh
sehingga tiba di Tanah Melayu. Kangani seperti pengurus agensi membawa masuk
pekerja asing.

29
TERBENTUKNYA MASYARAKAT MAJMUK

Perluasan Inggeris juga telah menyebabkan berlakunya kewujudan masyarakat


majmuk atau masyarakat berbilang kaum . Terdapat 3 kaum utama di Tanah Melayu
iaitu Bumiputera atau Melayu, Cina dan India. Kewujudan masyarakat majmuk dapat
dibahagikan kepada aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik masyarakat
majmuk dikuasai oleh suatu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri.
Kewujudan masyarakat majmuk ini adalah disebabkan oleh dasar terbuka Inggeris
terhadap kemasukan buruh asing bagi memenuhi kepentingan mereka. Dari aspek
ekonomi, kewujudan masyarakat majmuk adalah bagi memenuhi tenaga buruh yang
diperlukan oleh pihak British dalam ekonomi perlombongan dan perladangan iaitu buruh
Cina ditempatkan di kawasan perlombongan manakala buruh-buruh India pula bekerja
di estet-estet atau di ladang-ladang. Dalai aspek sosial pula, kewujudan masyarakat
majmuk adalah bagi meraih keuntungan ekonomi pihak Inggeris iaitu apabila semakin
ramai buruh-buruh asing datang ke Tanah Melayu, pengeluaran ekonomi Tanah Melayu
akan bertambah dan ini meningkatkan keuntungan para penjajah yang sememangnya
ingin meraih keuntungan di Tanah Melayu.

Masyarakat majmuk ini wujud akibat daripada kemasukan imigran pada


pertengahan abad ke-19 dan telah melahirkan satu masyarakat majmuk, organisasi sosial
dan budaya yang berbeza. Kewujudan masyarakat majmuk juga berlaku ketika
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkembang pesat dan telah menyebabkan
Inggeris membawa masuk buruh-buruh Cina dan India bagi menambah tenaga buruh di
lombong. Buruh India juga digunakan dalam perusahaan getah serta projek-projek
pembangunan seperti jalan raya dan keretapi.

Kewujudan masyarakat majmuk telah menyebabkan kehidupan masyarakat


menjadi pelbagai. Hal ini berlaku kerana mereka hidup secara individualistik serta hidup
dengan cara kehidupan yang berbeza-beza samada dari segi agama, kepercayaan,
kebudayaan, adat, bahasa, kegiatan ekonomi dan petempatan. Ia juga berlaku akibat
daripada dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris iaitu dasar ‘Pecah’ dan ‘Perintah’ yang
bermaksud pengasingan masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu. Hal ini dapat
30
dilihat daripada orang Melayu yang hidup di kawasan luar bandar seperti kampung dan
desa.

Mereka juga masih mengamalkan sistem ekonomi sara diri seperti nelayan,
kegiatan pertanian secara kecil-kecilan dan pegawai-pegawai rendah. Manakala orang
Cina tertumpu di kawasan bandar dan menjalankan kegiatan perdagangan dan
perlombongan. Orang India pula tinggal di kawasan-kawasan estet dan ladang getah
bagi menjalankan kegiatan perladangan.

Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita hanya terdiri daripada penduduk
tempatan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan orang Cina
dan India secara beramai-ramai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan India
disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu. Mereka
mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan hidup di negara
asal mereka. Malahan British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah
Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan. Kehidupan yang
selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini telah menetap secara terus. Situasi
ini memberikan kesan terhadap kehidupan sosio-ekonomi di Tanah Melayu.

Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan
awal abad ke-20 ialah pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu pesat.
Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah
kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu, jumlah penduduk bertambah
menjadi 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan
Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Situasi
tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk di negara kita. Kehidupan mereka
bercorak berasingan dan mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang
datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kelompok. Mereka berbeza dari segi
dialek, adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka.
Orang India pula tinggal di kawasan ladang-ladang getah. Sedangkan penduduk
tempatan, iaitu orang Melayu tinggal di kawasan kampung luar bandar dan pesisir pantai.

31
DASAR BUKA PINTU

“Dasar buka pintu” merupakan satu dasar di mana sesebuah negara itu
menjalankan dasar perluasan untuk kepentingan keselamatan dari aspek sistem ekonomi,
politik dan juga sosial. Dasar ini dilaksanakan oleh ketiga-tiga kuasa besar Asia adalah
disebabkan oleh kegagalan sistem pintu tertutup yang mereka laksanakan sejak sekian
lama. Walau bagaimanapun, perlaksanaan dasar ini adalah didorong oleh pelbagai faktor
yang berbeza antara setiap negara, namun atas tujuan yang sama. Di Siam, dasar buka
pintu yang diasaskan oleh Raja Mongkut (1851-1868) dan diteruskan oleh Raja
Chulalongkorn merupakan faktor-faktor penting dalam mendapatkan kemajuan,
tambahan pula dengan sikap Raja Mongkut yang begitu terbuka dan cenderung ke arah
kemodenan Barat. Di China pula, dasar buka pintu ini dijalankan oleh Amerika Syarikat
bertujuan mewujudkan satu pasaran komersial yang bebas dan terbuka di negara China
kepada semua negara asing. Sebaliknya di Jepun, kuasa-kuasa asing seperti Russia,
British dan Amerika Syarikat telah cuba untuk membuka negara Jepun kepada
perdagangan asing dan hubungan diplomatik.

Perlaksanaan dasar buka pintu ini telah menimbulkan pelbagai implikasi dari
aspek ekonomi, politik dan sosial ketiga-tiga buah negara tersebut. Implikasi atau kesan
utama yang dapat dilihat ialah dari aspek ekonomi, di mana dasar buka pintu telah
membuka ketiga-tiga buah negara tersebut kepada perdagangan antarabangsa.
Perdagangan antarabangsa ini adalah merujuk kepada aktiviti urusniaga dan jual beli
antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Di Siam, dalam menjalankan
dasar buka pintu ini, Raja Mongkut telah membuka jalan perdagangan antarabangsa.
Bukti perkembangan pesat perdagangan antarabangsa di Siam adalah melalui bilangan
kapal yang datang berdagang di Bangkok telah bertambah 10 kali ganda dalam masa
singkat. Pada tahun 1852, hanya terdapat hanya 3 orang pedagang Eropah. Tetapi,
setelah Siam menjalankan dasar buka pintu ini, pada tahun 1856, bilangan kapal yang
datang berdagang di Bangkok telah bertambah kepada 200 buah. Dalam jangka masa
tersebut, Britain telah mula menguasai perdagangan asing Siam dan seterusnya muncul
sebagai pelabur utama di Siam. Dengan ini, Britain telah menerima keuntungan yang
banyak.

32
Selain itu, Singapura dan Hong Kong (yang merupakan pelabuhan kolonial
British) telah mula menjalankan perdagangan yang maju dengan Siam. Pada tahun 1941,
70% daripada perdagangan eksport Siam telah dijalankan oleh empayar British. Dapat
dikatakan bahawa, Siam telah muncul sebagai satelit ekonomi yang utama kepada
British.
Di China pula, pelabuhan mula dibuka kepada kapal-kapal dagang luar seperti
pelabuhan di sepanjang Sungai Yangtze. Ini adalah ekoran daripada perjanjian Nanking
1842. China juga, telah membuka 5 buah pelabuhan iaitu Amoi, Canton, Foo Chow,
Lingpo dan Shanghau bagi menjalankan perdagangan bebas ini. Perdagangan antara
China dan Amerika Syarikat yang kian pesat adalah berpunca daripada dasar
perdagangan bebas yang diamalkan Amerika Syarikat disebabkan oleh pembangunan
perindustrian yang pesat pada suku akhir abad ke-19. Amerika Syarikat berpendapat
bahawa Negara China merupakan pasaran yang berpotensi bagi barangan keluarannya.

Bagi negara Jepun pula, dasar buka pintu telah membawa kepada pertambahan
bilangan orang Barat di Jepun, terutamanya di pelabuhan Yokohama. Pada tahun 1853,
Komoder Perry telah mendesak Kesyogunan Tokugawa untuk mengadakan hubungan
perdagangan dengan Amerika Syarikat. Ekoran daripada itu, termeterailah Perjanjian
Tanagawa yang ditandatangani pada 31 Mac 1854 melalui 2 buah pelabuhan Jepun iaitu
Pelabuhan Shimoda dan Hekodate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat
untuk mendapatkan bekalan makanan dan berdagang. Orang Amerika juga diberi hak
melantik seorang konsul untuk tinggal di Shimoda dan diberi layanan “negara yang
paling diutamakan”. Mereka juga diberi layanan dan kebebasan dalam wilayah asing
dalam pengurusan awam dan jenayah. Ini jelas membuktikan berlakunya percampuran
politik semasa Jepun membuka pintunya untuk negara Barat.

Dari aspek sosial pula, kegiatan mengembangkan agama kristain oleh mubaligh
Amerika dan Perancis telah dibenarkan di Siam, China dan Jepun. Kerajaan
membenarkan penyebaran agama Kristian ini adalah disebabkan faktor untuk menjaga
perhubungan serantau di samping dari kesan-kesan perjanjian yang telah dijalankan.
Dengan ini, bertambahnya agama Kristian di negara mereka.
33
Di Siam, kegiatan mengembangkan agama Kristian oleh mubaligh dibenarkan
oleh Raja Mongkut. Mubaligh digalakkan menyebarkan ajaran mereka serta
pengetahuan Barat. Ia adalah bertujuan untuk menjaga perhubungan serantau. Ini
terbukti apabila sebuah sekolah Kristian telah ditubuhkan di Bangkok pada tahun 1852.
Di samping itu, Perjanjian Bowring 1855 juga telah ditandatangani yang menyebabkan
bertambahnya bilangan mubaligh kristian, ia merupak perjanjian persahabatan dan
perniagaan antara Siam dan China. Dengan adanya perjanjian ini telah menandakan
permulaan proses pembaratan Siam.

Di China pula, hubungan perjanjian antra negara China dengan kuasa-kuasa


barat bermulanya pembaratan di China. Selain Perjanjian Nanking, China juga telah
menandatangani satu perjanjian dengan Norway dan Sweden. Perjanjian-perjanjian ini
mempunyai ertian yang sangat penting kerana buat pertama kalinya, China telah
mengadakan perhubungan dengan negara asing atas dasar persamaan taraf setelah sekian
lama mengamalkan dasar tutup pintu terhadap negara luar. Ia juga telah menyebabkan
kegiatan penyebaran agama Kristian oleh para mubaligh turut berkembang pesat.
Apabila kegiatan kristian itu semakin berkembang dan dipelajari oleh setiap masyarakat
di China, tertubuhnya persatuan pemuja-pemuja tuhan seperti Tzu-Ching Shan iaitu
sebuah kawasan pergunungan strategik di Kwangsi Selatan.

Di Jepun, penyebaran agama Kristian adalah agak terhad di bawah kawalan


Syogun. Ini adalah bagi memelihara pengaruh agama nenek moyang mereka, agama
shinto. Namun, ia tidak begitu diperketatkan lagi setelah Meiji mengambil alih
pentadbiran.

Dasar buka pintu juga telah mengakibatkan sistem ekonominya yang dahulu
mencorakkan sara diri telah berkembang maju dan menjadi sebahagian daripada
ekonomi perdagangan.

34
Di Siam, dalam pemerintahan Raja Mongkut, sistem ekonomi sara diri
tradisional Siam telah digantikan dengan sistem ekonomi komersial. Pengeluaran kayu
jati, beras dan gula telah muncul sebagai barangan eksport negara Siam yang penting.
Ini terbukti apabila jumlah eksport beras telah meningkat daripada 5% jumlah
pengeluaran pada tahun 1850 kepada 50% jumlah pengeluaran pada tahun 1905.
Akibatnya, dalam jangkamasa setahun sahaja, Siam telah mempunyai imbangan
dagangan yang memuaskan serta pedagang-pedagang Barat telah berkerumun ke
Bangkok untuk mendirikan kilang-kilang padi, gula dan minyak.

Di China pula, pada tahun 1803, kementerian perdagangan ditubuhkan di Peking.


Pada tahun 1903, nama kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian
Pertanian, Perindustrian dan Perdagangan. Penggunaan barang-barang keluaran negara
China telah digalakkan oleh kerajaan. Pada tahun 1905, Yuan Shin-Kai telah
mengadakan pameran perindustrian. Maktab-maktab teknikal juga telah dibina di
beberapa wilayah negara China. Bank-bank moden juga telah ditubuhkan.

Manakala di Jepun pula, pemimpin-pemimpin Meiji telah memainkan peranan


penting dalam proses permodenan negara jepun. Kerajaan Meiji merupakan penggerak
pemodenan yang utama dalam banyak bidang. Kerajaan Meiji telah menubuhkan
Kementerian Perusahaan pada bulan Disember 1870. Perusahaan-perusahaan tempatan
telah digalakkan melalui pemberian bantuan teknikal, subsidi dan pinjaman-pinjaman
dengan kadar faedah yang rendah. Dengan menjalankan dasar buka pintu juga, kerajaan
Meiji telah mengembangkan perusahaan-perusahaan strategik seperti membina kapal di
Hyogo, Nagasaki dan Yokusuka. Dan membuat senjata dan peluru di Osaka Tokyo.
Kerajaan Meiji juga telah mengembangkan perusahaan bukan strategik seperti tekstil,
alat-alat mesin dan perlombongan. Pada tahun 1872, Kerajaan Meiji telah mengambil
alih kilang tekstil di kawasan Osaka dan sebuah kilang kaca di Tokyo pada tahun 1876.

35
Aspek sosial lainnya yang turut menerima kesan ialah perkembangan pendidikan
di Siam, China dan Jepun. Kesan dari dasar buka pintu yang telah dilakukan oleh Raja
Mongkut, beliau telah memajukan pemikiran dan mentaliti rakyat. Raja Mongkut telah
menguatkuasakan pelajaran dengan memperkenalkab pelajaran Barat yang lebih maju.
Raja Mongkut telah mengupah pendidik-pendidik Barat untuk mengajar kerabat diraja
dan golongan bangsawan. Di antara guru yang terkenal ialah Anna Leononens yang
telah tiba di Bangkok pada tahun 1862 dan berkhidmat sehingga tahun 1867. Selain itu,
untuk memberi dan menyebarkan pelajaran Barat, Raja Mongkut telah menggalakkan
penterjemahan buku-buku dari luar seperti dari Barat dan Arab untuk rakyat.

Dasar buka pintu juga telah memberi kesan kepada bidang pendidikan di negeri
China. Tujuan umum program pendidikan di China ialah untuk melatih dan memilih
pegawai-pegawai secara lebih efektif. Sistem pendidikan moden yang diperkenalkan
oleh kerajaan Ching pada tahun 1904 adalah berdasarkan model Jepun. Ia merangkumi
pendidikan sekolah rendah (4 tahun), sekolah menengah (5 tahun), sekolah tinggi @
kolej (3 tahun) dan Universiti peking (3 tahun). Sukatan pelajaran moden yang
mengandungi sejarah negara China dan Barat, sistem kerajaan dan ilmu sains telah
diperkenalkan.
Pada tahun 1905, sistem peperiksaan perkhidmatan awam tradisional (yang berdasarkan
klasik-klasik China) dihapuskan. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1906
untuk menyelia sekolah-sekolah. Kerajaan China menghantar ramai pelajar ke luar
negeri untuk menuntut. Pelajar-pelajar China ini dihantar ke Jepun, Amerika Syarikat
dan Eropah.

Manakala di Jepun, pemimpin-pemimpin Meiji mempunyai pegangan bahawa


negara Jepun harus dipermodenkan melalui penggunaan ilmu pengetahuan Barat.
Mereka sanggup memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan yang radikal untuk
menjamin kejayaan pemodenan negara Jepun. Namun begitu, kesan lain dari aspek
politik yang paling utama ialah menerusi skop kemerdekaan. Di Siam, pembukaan
perdagangan kepada negara luar telah membawa kepada pengekalan Siam sebagai
negara yang merdeka dan tidak pernah dijajah. Walaupun Siam gagal mempertahankan
kedaulatan ekoran pemberian kuasa kepada negara asing di wilayah tertentu, namun
36
Siam tetap kekal sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah
oleh negara asing kerana sikap pemerintah mereka iaitu raja Mongkut yang begitu
terbuka dalam menerima kemajuan Barat.
Di Jepun pula, dasar ini telah membawa kepada keruntuhan kerajaan Syogun
Tokugawa dan bermulanya pemerintahan raja-raja Meiji. Ini adalah kerana berlaku
pemberontakan yang tidak berpuas hati dengan sistem syogun ini.
Manakala bagi negeri China pula, ia telah menyebabkan pembahagian China kepada
wilayah-wilayah yang dikuasai oleh penjajah-penjajah Barat dan Jepun. Antaranya
Inggeris menguasai kawasan Hong Kong dan Shanghai, Jepun menguasai wilayah
Manchuria, Jerman pula di Wei-wei, Russia pula di Semenanjung Liao Ty dan Portugis
di Canton.

Secara keseluruhannya dasar buka pintu yang diamalkan di Siam, China dan
Jepun telah membawa kepada pelbagai kesan dari aspek sosial, politik dan ekonomi.
Implikasi ini turut membawa kepada pembaharuan, pemodenan dan pembangunan
negara-negara tersebut.

37
PERMASALAHAN KAJIAN (AFIQA)

Antara permasalahan kajian yang dihadapi oleh ahli kumpulan kami dalam
melaksanakan tugasan ini adalah kekangan masa. Hal ini kerana, kami tidak mempunyai
banyak masa yang lapang untuk berinteraksi bersama disebabkan kami mempunyai
tugasan-tugasan lain yang perlu kami selesaikan. Kami perlu mencari masa yang sesuai
bagi memastikan semua hadir dalam perjumpaan dan perbincangan untuk melaksanakan
tugas.

Selain itu, kami juga menghadapi masalah internet. Hal ini disebabkan oleh
rangkaian di kawasan kami tidak memuaskan sehingga kami sukar untuk membuat
pencarian maklumat di internet. Impaknya, hal ini dapat membuangkan masa kami
untuk menunggu sehingga internet tersebut memuaskan.

Bukan itu sahaja, ahli kumpulan juga menghadapi kesukaran untuk pencarian
maklumat. Hal ini kerana ada beberapa topik yang sukar kami dapatkan di internet.
Tajuk kami juga banyak focus kepada fakta-fakta sejarah sehingga ada maklumat yang
sukar dicari.

Kesimpulannya, kami memahami bahawa setiap tugasan pasti ada cabaran dan
dugaan yang perlu kami hadapi. Tetapi, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian,
pasti akan ada jalan penyelesaian. Oleh itu, setiap ahli kumpulan haruslah memainkan
peranan masing-masing dalam melaksanakan tugasan dan berkongsi pendapat dengan
baik.

38
PERMASALAHAN KAJIAN (WALIN)

Permasalahan kajian yang dikemukan merupakan masalah yang dihadapi oleh


ahli kumpulan semasa mengkaji tentang Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang
pertemuan pelbagai etnik. Terdapat beberapa cabaran semasa melakukan kajian ini.
Antaranya, seseorang daripada ahli kumpulan tidak memberikan apa-apa sumbangan
serta maklumat yang agak terhad untuk dikaji.

Antaranya, seseorang daripada ahli kumpulan kami tidak memberikan apa-apa


sumbangan semasa melakukan kajian ini sehingga menyukarkan kami untuk
menyambung projek ini. Walaupun sudah berkomunikasi tentang ini, dia masih tidak
mengambil sebarang tindakan. Perkara ini menyukarkan serta melambatkan kami
dalam melakukan kajian tentang Kesultanan Zaman Melayu Melaka sebagai lambang
pertemuan pelbagai etnik.

Selain itu, maklumat yang agak terhad untuk dikaji. Kesemua maklumat yang
berada di atas talian adalah terhad. Maklumat yang berada dalam buku juga terhad. Ini
agak menyukarkan kami untuk mencari maklumat daripada sumber yang sah dan
maklumat yang sah.

Kesimpulannya, semua ahli kumpulan kecuali yang di atas memberikan


sumbangan dalam melakukan kajian terhadap Kesultanan zaman Melayu Melaka
sebagai lambang pertemuan pelbagai etnik dengan melunaskan tanggungjawab
dengan baik. Kami semua menganggap permasalahan kajian ini sebagai satu cabaran
yang kami perlu hadapi dan akan membuahkan hasil yang lumayan sebaik sahaja
tugasan ini diselesaikan.

39
PERMASALAHAN KAJIAN (HAZIRAH)

Permasalahan kajian yang dikemukakan merupakan masalah-masalah yang


dihadapi oleh ahli kumpulan semasa mengkaji tentang Kesultanan Melayu Melaka
sebagai Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik. Terdapat pelbagai masalah
dalam menghasilkan dapatan kajian, antaranya ialah capaian internet. Pencapaian
internet di setiap tempat adalah berbeza. Semua ahli kumpulan kami menetap di hostel
kolej. Seketika capaian internet di hostel agak perlahan dan kadang-kala hilang
sambungan secara tiba-tiba. Hal ini kerana, ramai pelajar yang menggunakan internet di
kawasan tersebut dan menyebabkan internet perlahan. Keadaan cuaca juga kadang kala
menyebabka internet menjadi perlahan dan menyukarkan setiap ahli kumpulan
menyiapkan kerja yang ditetapkan.

Selain itu, kekangan masa juga merupakan salah satu permasalahan dalam kajian
kami di mana kami perlu mencari masa yang sesuai untuk membuat perbincangan
tentang kajian ini. Kami perlu memastikan setiap ahli kumpulan mempunyai masa
lapang kerana setiap daripada kami tugas lain pada masa yang ditetapkan.

Akhir sekali, masalah ketidakfahaman antara satu sama lain dalam ahli
kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan mempunyai pendapat yang berbeza. Oleh sebab
itu, terdapat masalah yang dihadapi kerana tidak mempunyai pendapat yang sama antara
ahli kumpulan.

40
PERMASALAHAN KAJIAN (AKMAL)

Permasalahan kajian ialah masalah masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan
bagi menyelesaikan tugasan tentang Kesultanan Melayu Melaka sebagai Lambang
Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik. Masalah-masalah yang diharungi untuk
mendapatkan maklumat adalah internet yang disediakan menjadi pelahan kerana
ramai pelajar yang menggunakannya. Apabila hujan lebat sambungan internet akan
terpadam secara tiba tiba yang menyebabkan segala maklumat yang dicari akan
terpadam dan pelajar perlu membuat semula.

Selain itu, tugasan yang diberikan padat. Pelajar mempunyai masa yang sedikit
kerana perlu menyiapkan tugasan yang lain pada masa yang sama dan boleh
memberikan tekanan kepada pelajar. Tidak terlepas juga ujian bertulis yang
membuatkan pelajar perlu ulangkaji untuk mendapatkan markah yang baik.

Akhir sekali, ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik walaupun terjadinya
kesalahan fahaman, mereka tetap menyiapkan tugasan dengan baik dan tepat pada
waktu.

41
CADANGAN (AFIQA)

Umum mengetahui bahawa, hubungan pelbagai etnik merupakan satu aspek yang
penting dalam kehidupan manusia kerana kesan daripada keadaan negara yang aman dan
damai mampu mewujudkan kestabilan ekonomi, politik dan sosial sehingga dapat
melahirkan masyarakat yang majmuk. Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat
campuran yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Namun, dalam tidak
sedar masyarakat pelbagai etnik ini masih tetap bergaul tetapi tidak bercantum. Seperti
yang kita tahui, setiap kumpulan mempunyai agama, adat, bangsa, bahasa dan cara
hidup tersendiri, Malah, ada segelintir kaum yang meminggirkan bangsa lain. Situasi ini
memerlukan negara untuk memberi perhatian terhadap kewujudan hubungan etnik yang
mantap dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, setiap pihak perlulah
berganding bahu untuk melahirkan masyarakat yang majmuk agar tiada perselisihan
faham antara setiap kaum.

Dalam perbincangan ini, antara perkara yang boleh dilakukan untuk mewujudkan
masyarakat yang majmuk adalah dengan sikap individu itu sendiri. Hal ini demikian
kerana, keamanan dan kesejahteraan negara datangnya dari sikap setiap individu.
Misalnya, setiap individu perlulah bertolak ansur dan saling sayang menyayangi antara
satu sama lain tidak kira bangsa, agama dan kaum. Setiap individu mestilah
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh,
masyarakat mengadakan rumah terbuka sempena hari perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri. Mereka seharusnya tidak menghalang jiran mereka untuk meraikan perayaan
bersama walaupun mereka berlainan agama. Seandainya setiap individu mengamalkan
sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti
keharmonian dan masyarakat majmuk dapat dikekalkan. Tegasnya bahawa sikap
individu memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan masyarakat yang
majmuk.

42
Media massa juga merupakan peranan yang penting dalam mewujudkan
masyarakat majmuk. Hal ini kerana, media massa merupakan satu mekanisma yang
dapat menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai dalam masa yang singkat
dan cepat. Sebagai contoh, menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan dengan masyarakat
pelbagai kaum seperti filem “Papadom” yang memaparkan perhubungan antara kaum
Melayu, Cina dan India. Hal ini disebabkan masyarakat kini mudah terpengaruh dengan
media massa. Maka, mereka juga akan melakukan perkara yang sama. Jelaslah bahawa
media massa merupakan mekanisma yang menghubungkan satu kaum dengan satu kaum
yang lain bagi membentuk masyarakat yang majmuk.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam
membentuk masyarakat yang majmuk. Hal ini kerana, negara kita mengamalkan amalan
demokrasi dan diperintah oleh sebuah kerajaan yang adil dan saksama. Misalnya,
kerajaan boleh menganjurkan program-program yang bermanfaat sesama masyarakat.
Hal ini dapat menyebabkan semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia
dapat disemarakkan. Impaknya, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat
berkomunikasi dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain tidak kira kaum,
bangsa dan agama. Tegaslah bahawa, kerajaan memainkan peranan dominan dalam
iltizam membentuk masyarakat yang majmuk.

Sudah terang lagi bersuluh, semua pihak perlulah bekerjasama dalam


mengekalkan masyarakat yang majmuk berbilang kaum. Oleh itu, masyarakat haruslah
berganding bahu dan bertolak ansur di samping pengamalan amalan tradisi serta
kerjasama antara setiap individu, media massa dan kerajaan bagi memupuk masyarakat
pelbagai etnik.

43
KESIMPULAN (AFIQA)

Secara keseluruhannya, Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi titik


tolak dalam lipatan sejarah di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang telah
berjaya mewujudkan masyarakat yang majmuk kerana hasil daripada sikap masyarakat
yang bekerjasama, kesederhanaan serta bertolak ansur dalam semua aspek. Perpaduan
dari segi masyarakat telah dibentuk supaya dapat menjamin keharmonian sesebuah
negara, meningkatkan ekonomi dan kestabilan politik walaupun perlu menghadapi
cabaran yang cukup besar untuk membentuk masyarakat yang majmuk.

Hubungan etnik tidak seharusnya dilihat dari sudut luaran sahaja malah lebih
penting dari sudut konseuptual. Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan
kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana ia berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal
rantau ini. Seterusnya, kewujudan pelbagai etnik yang berada di Malaysia terjadi
disebabkan oleh aspek-aspek tertentu seperti sistem pemerintahan yang sistematik,
menjalankan aktiviti perdagangan dengan kuasa luar, kependudukan yang strategik ,
serta kepelbagaian budaya yang telah menjadi penyumbang kepada kegemilangan pada
zaman ini. Bukan itu sahaja, hal ini terjadi disebabkan oleh kesan kedatangan Portugis
dan British yang menjadikan negara mempunyai masyarakat berbilang bangsa.

Disamping itu, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menghargai perpaduan


yang telah dicapai di Malaysia agar dapat mengekalkan keamanan yang telah dicapai
sejak tahun 1957. Maka, bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara,
masyarakat haruslah sentiasa bersatu teguh dalam mengekalkan keamanan dengan tidak
meminggirkan kebudayaan lain. Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan
masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan serta
perselisihan faham antara satu sama lain.

Jelaslah bahawa rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam merealisasikan


masyarakat yang majmuk umpama “Bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat
kerana muakafat“ sebagai tanda penghargaan atas perjuangan orang-orang dahulu yang
sanggup menggadaikan nyawa sehingga berlakunya pertumpahan darah demi
mempertahankan dan membentuk masyarakat majmuk yang ada pada zaman kini.

44
RUJUKAN (AFIQA)

1. Hukum Kanun Melaka

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_Kanun_Melaka

2. Undang-undang Laut

https://www.pnm.gov.my/pnm/resources/pdf%20file/PKMM/Undang-
undang%20Laut%20(presentation).pdf

3. Undang-undang Laut Melayu

http://www.jmm.gov.my/files/UNDANG.pdf

4. Masyarakat Chetti

https://ms.wikipedia.org/wiki/Chetty

5. Orang Kristang

https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Kristang

6. Baba dan Nyonya

https://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya

45
LAMPIRAN (AFIQA)

Manuskrip asal Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Laut Melaka

46
Gambar di atas merujuk kepada etnik Baba dan
Nyonya.

Gambar tersebut merujuk kepada etnik Serani.

47
Masyarakat Chetti Melaka.

48

Anda mungkin juga menyukai