Anda di halaman 1dari 17

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Mukadimah 2

2.0 Dasar Kesihatan Mental Negara

2.1 Definisi Kesihatan Mental

2.2 Matlamat/visi Dasar Kesihatan Mental Negara 3-5

2.3 Objektif Dasar Kesihatan Mental

2.4 Aspirasi Dasar kesihatan Mental Negara

3.0 Isu Yang Dipilih (Berdasarkan Keratan Artikel) 6-7


8-10
4.0 Punca-Punca Peningkatan Masalah Kesihatan Mental Dalam

Kalangan Masyarakat Di Malaysia


11
5.0 Kesan-Kesan Daripada Peningkatan Masalah Kesihatan Mental

Dalam Kalangan Masyarakat Di Malaysia 12

6.0 Cadangan Penambahbaikan Bagi Mengatasi Isu Yang Dipilih 13

7.0 Kesimpulan 14-15

8.0 Lampiran 16

Rujukan
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

1.0 MUKADIMAH

Milenia ini, mendepani dampak perubahan yang mengubah landskap kehidupan


masayarakat, Negara sememangnya perlu mewujudkan dasar-dasar tertentu bagi
membolehkan nasib golongan marhaen mendapat pembelaan sewajarnya di saat berhadapan
dengan masalah atau sebarang isu yang dipolemikkan. Umum mengetahui bahawa, dasar
awam adalah suatu yang mempunyai kaitan dengan tindakan atau keputusan yang dibuat oleh
Kerajaan dalam usaha untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul bagi mencapai
objektif dasar awam. Thomas R. Dye (1995) mendefinisikan dasar awam sebagai apa sahaja
pilihan atau keputusan yang dibuat oleh Pihak kerajaan baik ingin melakukan atau tidak ingin
melakukan sesuatu. Daripada makna tersebut maka jelaslah bahawa dasar digubal adalah
untuk membolehkan kita melihat dan membuat penilaian mengenai apa inisiatif yang dibuat
oleh kerajaan untuk membantu rakyat, sebab penggubalan dasar dan perbezaan impak yang
terzahir apabila dasar tersebut dibuat atau tidak dibuat oleh Kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, kita lihat juga definisi dasar awam yang dikemukakan oleh
Anderson (1995) yang menyatakan dasar adalah sebagai suatu “relatively stable, purposive
course of action followed by an actor or set of actors in dealing with a problem or a matter of
concern”. Masudnya, Anderson mencadangkan bahawa dasar awam adalah sesuatu
keputusan yang telah dilaksanakan bersama dengan tindakan yang telah dibuat. Selain itu,
apa sahaja kehendak, hasrat, saranan dan cadangan kerajaan yang dibuat oleh Kerajaan belum
tentu dikira sebagai dasar tetapi jika diselangi dengan tindakan maka ianya adalah maksud
sebenar bagi dasar awam. Justeru, dapatlah difahami bahawa operasi dasar awam
bermaksud penggubalan dasar yang berkaitan dengan urusan pentadbiran sesebuah Negara
dan pihak kerajaan (pembuat dasar) melaksanakan dasar tersebut dengan baik, telus dan adil.
Kumpulan pelaksana yang terlibat dalam menggubal dan melaksanakan dasar itu perlulah
daripada pihak yang memiliki hak dan berkuasa untuk menetapkan sebarang keputusan atau
melaksanakannya.

Bagi menjawab persoalan tugasan bagi subjek operasi dasar awam pada kali ini, saya
akan telah memilih suatu isu berkaitan dengan peningkatan kes kesihatan mental di Malaysia
kebelakangan ini. bagi menghuraikan tugasan ini saya juga akan menghuraikan bersama
dasar awam berkaitan isu ini iaitu Dasar Kesihatan Mental Negara (DKMN). Dalam masa
yang sama saya juga akan mengetengahkan punca, kesan dan cadangan bagi mengatasi isu ini
daripada terus menjadi beban fikiran masyarakat sehingga meragut nyawa yang berharga.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

2.0 DASAR KESIHATAN MENTAL NEGARA

Pasca pandemik memperlihatkan bahawa keperluan terhadap perlaksanaan dasar


kesihatan mental Negara amatlah tinggi dan wajar diperkemaskan bagi memastikan tiada
seorangpun yang tersisih daripada perhatian Kerajaan. Di bawah dasar ini, sistem kesihatan
yang telah digubal ini dijangka akan dilaksanakan dengan memberikan tumpuan kepada
usaha mempromosikan kesihatan, tanggungjawab individu serta keterlibatan komuniti ke arah
kehidupan yang lebih baik lagi disamping menghormati kemuliaan manusia. Dalam dasar ini,
pihak Kerajaan akan memainkan peranan mereka dalam memastikan apa sahaja isu berkaitan
masalah mental masyarakat dapat disolusikan dengan baik. Justeru, pengiktirafan, perhatian,
tumpuan, dana kewangan dan pertimbangan perlu disalurkan dengan sewajarnya kepada isu
dan apa sahaja program yang ada kaitan dengan kesihatan mental.

2.1 DEFINISI KESIHATAN MENTAL

Secara harafiahnya, Kesihatan mental adalah keupayaan seseorang individu,


masyarakat setempat dan persekitaran sekeliling yang berkomunikasi di antara satu
dengan yang lain dalam usaha untuk mempromosikan kesejahteraan dan fungsi yang
tersendiri. Selain itu, kesihatan mental juga bermaksud menggunakan kemampuan
kognitif, perhubungan dan efektif bagi memastikan objektif diri sendiri atau
kumpulan tercapai seadil-adilnya.

2.2 MATLAMAT /VISI DASAR KESIHATAN MENTAL NEGARA

Dasar Kesihatan Mental Negara memiliki visi yang jelas iaitu untuk
melahirkan kelompok masyarakat yang sihat dan seimbang dari aspek psikologi
mereka. Selain itu,dasar ini juga turut menekankan mengenai kepentingan menjaga
kesihatan mental disamping mencegah daripada berlakunya masalah-masalah
psikososial. Di bawah dasar ini, individu yang berhadapan dengan masalah kesihatan
mental akan dibantu dengan rawatan serta pemulihan yang berkualiti di samping
memberikan kemudahan yang secukupnya, sesuai dan berterusan. Dengan kewujudan
dasar ini maka individu yang bermasalah ini akan dilindungi dan memastikan
kesemua mereka mampu mencipta potensi yang optima.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

2.3 OBJEKTIF DASAR KESIHATAN MENTAL NEGARA

a) Dasar ini digubal adalah untuk menyediakan rujukan asas dalam membentuk
strategi dan membina halatuju untuk semua individu atau masyarakat yang terbabit
dalam apa juga bentuk perlaksanaan program di bawah dasar ini. halatuju utama dasar
ini sudah pasti untuk menjamin kesejahteraan rakyat serta menambah baik
perkhidmatan dalam memulihkan masalah berkaitan kesihatan mental.

b) mempertingkatkan kualiti dalam perkhidmatan kesihatan mental bagi sesetengah


komuniti yang berhadapan dengan risiko menghidap psikososial.

c) Menambah baik kualiti perkhidmatan khususnya psikiatri bagi individu yang


berhadapan dengan masalah kesihatan mental selain berusaha untuk terus
memberikan perlindungan kepada individu yang terlibat, ahli keluarga, badan tertentu
dan masyarakat setempat.

2.4 DASAR KESIHATAN MENTAL NEGARA

Dasar ini digubal adalah untuk menyediakan satu penanda aras dalam usaha
untuk merangka strategi selain menjadi hala tuju masa hadapan khususnya dalam
pengimplementasian program berunsurkan kesihatan mental masyarakat. Justeru,
terdapat 8 aspirasi penting yang terkandung dalam Dasar Kesihatan Mental Negara.
Antaranya ialah :

a) Mudah didapati serta adil dan saksama

Dasar ini adalah untuk menentukan agar inisiatif pengurusan mental mudah
didapati bahkan ianya boleh diperolehi secara adil dan saksama khusus bagi semua
lapisan masyarakat tidak kira perbezaan geografi, pangkat dan keupayaan ekonomi.
Menerusi dasar ini adalah diharapkan tiada seorangpun masyarakat yang tersisih
daripada dibantu dan diberikan perkhidmatan kesihatan mental yang sewajarnya.

b) Komprehensif/Lengkap dari aspek kemudahan

Dasar ini juga akan memastikan semua perkhidmatan kesihatan mental


bersifat komprehensif dan lengkap merangkumi pelbagai aktiviti rawatan, promosi,
pemulihan dan pencegahan. Hal ini adalah perlu bagi memastikan semua pihak akan
dapat menerima perkhidmatan rawatan yang berkesan dan sesuai tidak kira masa.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

c) Integrasi dan berkesinambungan

Tidak cukup dengan itu, dibawah dasar yang sama perkhidmatan Kesihatan
Mental komited untuk menyediakan program di peringkat Penjagaan Kesihatan
Mental. Melalui dasar ini, program kesihatan mental akan sedaya upaya
diintegrasikan ke dalam aktiviti yang sedia ada melalui kemenjadian sistem penjagaan
kesihatan yang bersifat primer. Selain itu, dasar ini juga digubal bertujuan untuk
menyediakan program berkaitan dengan perawatan kesihatan mental dalam kalangan
komuniti masyarakat agar bebas daripada masalah kemurungan, depresi, anxiety dan
banyak lagi. Kewujudan perkhidmatan ini sudah tentu akan dapat mengurangkan lagi
stigma masyarakat yang berhadapan dengan isu gangguan psikososial serta emosi
yang tidak menentu.

d) Kerjasama daripada sektor yang pelbagai

Dalam memastikan usaha ini dapat diimplementasikan dengan jayanya, maka


Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlu memainkan peranan yang cukup
penting terutamanya memberikan kerjasama yang jitu dengan kolaborasi pelbagai
sektor. Kolaborasi ini adalah berbentuk perlaksanaan aktiviti dan program berkaitan
kesedaran kesihatan mental yang diperlukan selain memastikan penglibatan komuniti
bagi mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni.

e) Melibatkan Masyarakat setempat

Selain itu, pihak kerajaan juga komited dalam memastikan penglibatan


masyarakat dalam apa juga bentuk perancangan, penilaian dan pengurusan aktiviti
yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan mental individu. Justeru, bagi memastikan
semua kelompok masyarakat terlibat, maka semua pihak seperti pakar-pakar
professional, pemimpin masyarakat, sukarelawan, badan bukan Kerajaan dan penjaga
perlulah saling bantu membantu bagi memenuhi semua keperluan dalam usaha
menangani peningkatan masalah kesihatan mental di Malaysia.

f) Sumber Manusia dan Latihan

Tidak cukup dengan itu, dasar ini juga turut merancang dan membangunkan
pengurusan sumber manusia khusus bagi kesihatan mental manusia yang mana akan
menjadi salah satu dari pelaburan utama Negara dalam bidang kesihatan.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

3.0 ISU YANG DIPILIH (BERDASARKAN KERATAN ARTIKEL)

Malaysia dan seisinya baharu sahaja berhasil melewati saat-saat kritikal lantaran
penularan wabak Pandemik Covid-19 yang berakar umbi sehingga meragut jutaan nyawa
dalam tempoh 3 tahun bermula awal 2020 yang lalu. Bertitik mula daripada penularan wabak
pandemik di Malaysia, Kerajaan telah mengambil langkah serius dalam membendung
penularan wabak melalui perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga
menyebabkan banyak premis perniagaan dan sektor awam/swasta berhadapan dengan notis
penutupan serta merta. Disebabkan larangan keluar rumah tanpa sebab yang penting, ramai
dalam kalangan masyarakat yang tertekan, stress, kemurungan dan anxiety bahkan ada juga
yang mengalami masalah mental yang teruk sehingga mengambil jalan pintas dengan
membunuh diri. Bagi menjawab persoalan tugasan pada kali ini, saya telah memilih artikel
yang bertajuk “Masalah Kesihatan Mental Membimbangkan-Khairy”. (Rujuk Gambar 1)

Gambar 1 : Artikel berkaitan isu semasa yang dipilih

Darsawarsa kini, terlalu banyak jenayah yang telah direkodkan di Malaysia dan
kebanyakan kes dilakukan oleh individu yang mengalami kecelaruan mental atau bermasalah
mental. Berdasarkan data yang telah direkodkan, isu masalah mental dalam kalangan
masyarakat di Malaysia memperlihatkan trend meningkat secara drastik dan ini dapat dilihat
dengan jelas menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS).
Peningkatan tersebut naik mendadak sebanyak lima kali ganda berbanding kes yang
direkodkan pada tahun 2020.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin, sejumlah 212,319


panggilan telah direkodkan oleh MHPSS pada tahun 2021 berbanding rekod panggilan pada
tahun sebelumnya yang hanya sebanyak 44,061 panggilan. Isu berkaitan masalah mental
dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin bertambah teruk semasa wabak pandemik
lantaran aduan berkaitan tingkah laku bunuh diri. Perbuatan jenayah bunuh diri juga turut
memperlihatkan trend meningkat yang cukup drastik iaitu sejumlah 81 peratus (1,142 kes)
pada tahun 2011 berbanding kes yang direkodkan pada tahun 2020 iaitu sejumlah 631 kes
sahaja. Umum mengetahui bahawa masalah kesihatan mental merupakan salah satu di antara
isu berkaitan kesihatan awam yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Bahkan, semua pihak perlu memberikan kerjasama yang jitu terhadap usaha kerajaan
untuk mengesan, bertindak balas terhadap wabak, mencegah dan menggalakkan masyarakat
setempat untuk mengamalkan corak hidup yang sihat dan seimbang bagi memastikan
masalah kesihatan mental ini tidak lagi menjadi kudis dalam kehidupan masyarakat milenia
ini. Bukan itu sahaja, berdasarkan kepada laporan oleh WHO (World Health Organization)
jelas bahawa terdapat peningkatan yang cukup ketara dalam kadar keresahan, anxiety dan
kemurungan yang bukan sahaja berlaku di peringkat Negara Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Jumlah peningkatan tersebut naik mendadak sehingga lebih 25 peratus pada peringkat awam
penularan wabak pandemik iaitu bertambah kepada hampir satu billion individu yang sedia
ada mengalami gangguan kesihatan mental.

Peningkatan dalam masalah kesihatan mental sememangnya memerlukan perhatian


daripada pihak yang sewajarnya dan dalam masa yang sama menuntut keperluan terhadap
integrasi nilai baharu yang efektif dalam mendepani wabak pandemik Covid-19. Sudah
terang lagikan bersuluh bahawa Covid-19 telah meninggalkan kesan negatif kepada
kebanyakan masyarakat merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuklah isu kesihatan
mental individu. Tidak dapat dinafikan bahawa isu ini sering diketepikan dan hanya
dipandang sebelah mata lantaran ianya tidak dapat diterjemahkan secara fizikal. Isu kesihatan
Mental sekiranya dibiarkan mampu memberikan impak yang cukup besar bukan sahaja
kepada individu, ahli keluarga, komuniti masyarakat mahupun kepada Negara itu sendiri.
Oleh itu, adalah amat penting bagi semua kelompok masyarakat untuk menyedari dan cakna
terhadap kewujudan polemik kesihatan mental ini agar tidak berterusan menjadi barah yang
akhirnya mampu memusnahkan seluruh kehidupan.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

4.0 PUNCA-PUNCA PENINGKATAN MASALAH KESIHATAN MENTAL DALAM


KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

Menurut WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia), kesihatan yang menyeluruh bukan


hanya bertumpu kepada satu elemen sahaja akan tetapi ianya turut melibatkan keseluruhan
aspek kesihatan termasuklah kesihatan mental, fizikal mahupun sosial (WHO, 2020). Jika di
tanya kepada sesiapa pun mengenai impak pandemik Covid-19 yang melanda hampir
kebanyakan Negara di saentero dunia, sudah pastinya jawapan yang diberikan adalah sama
iaitu Covid-19 telah mengubah cara hidup seseorang bahkan turut memberikan tekanan yang
cukup banyak lantaran perubahan mendadak yang terlalu drastik. Tidak dinafikan bahawa,
langkah sederap yang dilakukan oleh Pihak Kerajaan melalui perlaksanaan PKP telah banyak
membantu dalam mengurangkan jumlah peningkatan kes dan seterusnya mengekang
penularan wabak dari terus merebak pantas. Hampir kesemua golongan masyarakat tanpa
melihat kepada perbezaan bangsa, usia, kepercayaan serta status pekerjaan terkena tempias
berkaitan perubahan semasa ini sehingga menyebabkan kebanyakan daripada masyarakat
terpaksa menukar corak kehidupan lantaran larangan PKP yang membatasi pergerakan
mereka. Ekoran daripada itu, banyak individu yang berhadapan dengan kesukaran kerana
krisis yang terlalu mendadak dalam kehidupan mereka sehingga mereka secara tidak
langsung memperlihatkan reaksi normal seperti takut, sedih, bimbang, keliru, risau, geram
dan banyak lagi bahkan boleh mengundang kemarahan individu (Lai J et al., 2020; Qiu et al.,
2020).

Sebenarnya, terlalu banyak punca yang boleh dizahirkan lantaran peningkatan


masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Menurut Holmer et al., (2020), &
Gunnel et al., (2020) antara punca yang menyebabkan seseorang itu bermasalah mental
adalah impak daripada perasaan trauma atau tekanan yang terlalu banyak berkemungkinan
daripada kehilangan orang-orang yang tersayang yang disebabkan oleh wabak Covid-19.
Bahkan, ada juga di antara pesakit yang pernah dijangkiti dengan wabak Covid-19 yang
hampir berhadapan dengan kematian masih berasa trauma terhadap pengalaman pahit yang
mereka lalui dan keadaan ini secara tidak langsung telah mendorong mereka untuk berfikir
tanpa henti yang akhirnya membawa kepada depresi dan kemurungan (Mamun & Griffiths,
2020). Hakikat ini dikukuhkan dengan kajian yang dilakukan di China oleh Zhang & Ma
(2020) yang mana daripada 263 sampel kajian jelas memperlihatkan bahawa 52.1 %
responden merasa takut dan bimbang dengan wabak Pandemik Covid-19 yang menular
pantas.
3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

Tidak cukup dengan itu, satu tinjauan turut dibuat oleh Persatuan Psikologi Amerika
atau APA (American Pyshological Association) yang dilakukan di Amerika Syarikat untuk
melihat sejauhmana Covid-19 memberikan impak terhadap kehidupan rakyat di situ. Hasil
kajian mendapati bahawa terdapat 78 % masyarakat berhadapan dengan tekanan hidup
ekoran terkesan dengan wabak Covid-9. Selain itu, sejumlah 67 % pula menyatakan mereka
berasa stress dan burn out kerana terpaksa menjarakkan diri daripada hubungan sosial dan
hanya berkurung di rumah dalam suatu tempoh yang agak lama (APA, 2020). Di Malaysia
pula, hasil kajian mendapati bahawa penjarakan fizikal sebagai salah satu langkah
mengekang penularan wabak Covid-19 adalah salah satu penyebab kepada berlakunya
peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Hemavathi et al., (2020)
menyatakan bahawa penjarakan fizikal telah memaksa masyarakat untuk berkurung di rumah
dalam suatu tempoh masa yang agak lama dan jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang
dijangkiti wabak Covid-19, situasi tersebut akan mendatangkan trauma sehingga
menyebabkan tekanan perasaan kepada individu berkenaan.

Selain itu, antara golongan yang paling terkesan akibat penularan wabak ini adalah
frontliner (barisan hadapan) iaitu mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan seperti polis,
doktor, jururawat, tentera, bomba dan banyak lagi. Kebanyakan pekerja yang terlibat dalam
bidang kesihatan terdedah dengan masalah gangguan mental kerana mengalami depresi, burn
out, stress, anxiety dan kebimbangan (Nanda et al., 2017). Hal ini adalah kerana, kakitangan
yang bekerja di bawah Kementerian Kesihatan adalah antara pekerja yang paling terdedah
dengan jangkitan Covid-19 selain mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk memberikan
rawatan kepada pesakit yang terlalu banyak jumlahnya. Bukan itu sahaja, mereka juga
tertekan kerana tidak dapat pulang kerumah kerana perlu mengasingkan diri daripada ahli
keluarga kerana dikhuatiri mereka akan membawa virus pulang ke rumah. Kesemua situasi
ini akhirnya menjadi penyebab kepada ketidakstabilan emosi sehingga membawa kepada
permasalahan kesihatan mental yang kronik.

Daripada tinjauan yang dibuat oleh National Health and Morbidity Survey (2019),
jumlah rakyat di Malaysia yang berhadapan dengan isu kesihatan mental adalah hampir
setengah juta rakyat dan jumlah ini bukanlah suatu jumlah yang sedikit. 2.3 peratus dari
jumlah tersebut mengalami simptom depresi atau kemurungan. Selain tekanan emosi, punca
peningkatan masalah kesihatan mental juga mungkin disebabkan oleh banyak faktor lain
seperti kehilangan pekerjaan, bergaduh dengan pasangan, pengurusan kewangan dan banyak
lagi.
3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

5.0 KESAN-KESAN DARIPADA PENINGKATAN MASALAH KESIHATAN


MENTAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

Tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan masalah gangguan kesihatan mental akan
menyebabkan banyak implikasi negatif yang akhirnya akan membawa kepada kemudaratan
baik kepada diri individu itu sendiri, ahli keluarga mahupun ahli masyarakat. Salah satu
daripada kesan isu ini adalah menyumbang kepada ganguan kesihatan tubuh badan yang
secara tidak langsung akan menjejaskan keseluruhan kualiti kehidupan seseorang individu
itu. Gangguan kesihatan tubuh badan yang saya maksudkan adalah termasuk sakit kepala,
gangguan waktu tidur, kelesuan berpanjangan dan gastrik. Ini akan menyebabkan seseorang
itu tidak bersemangat untuk bekerja atau secara tidak sengaja akan mengurangkan kualiti
hasil produktiviti dalam rutinasi harian mahupun semasa bekerja. Biasanya, kebanyakan
masyarakat yang berhadapan dengan situasi ini akan mencari jalan keluar dengan mengambil
dadah atau minum arak sebagai suatu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Selain daripada menyumbang kepada gangguan kesihatan tubuh badan, masalah


mental juga mampu menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang mana kebanyakan
kes jenayah yang dilaporkan mutakhir ini melibatkan pelaku yang berlatarbelakangkan
masalah gangguan mental. Bahkan, keadaan ini juga boleh menjurus kepada berlakunya
penderaan, pertelingkahan serta pembunuhan yang disebabkan kegagalan menanggung emosi
yang terlalu menggunung. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan Puan Azlina @ Roszy
Mohamad Ghaffar yang menyatakan bahawa situasi stress yang dihadapi oleh seseorang itu
akan menyebabkan berlakunya konflik yang berpanjangan sehingga mampu mengurangkan
kemampuan fungsi mental dan akhirnya menyumbang kepada berlakunya masalah gangguan
mental. Akhir-akhir ini, kita seringkali dikejutkan dengan pembunuhan yang cukup tragik
melibatkan pemangsa yang mengalami penyakit mental. 

Pada 12 Mac 2023, berlakunya suatu pembunuhan melibatkan seorang kanak-kanak


berusia 3 tahun dan pelakunya adalah seorang remaja yang didapati kurang siuman selain
positif dadah. Kanak-kanak tersebut telah dibunuh secara kejam yang mana kepalanya
tersepit di antara dua dahan pokok dan tangannya diikat. Bukan itu sahaja, isu peningkatan
kes kesihatan mental juga akan menyebabkan seseorang itu kehilangan pekerjaan, kehilangan
ahli keluarganya, berhadapan dengan perceraian dan banyak lagi. Kesemua kesan yang
terzahir ini sememangnya memberikan tamparan yang cukup hebat kepada semua pihak dan
menuntut keperihatinan semua agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MENGATASI ISU YANG DIPILIH

Realiti kehidupan masyarakat di Malaysia pada masa kini terutamanya melibatkan isu
kesihatan mental sememangnya berada pada tahap membimbangkan ibarat telur dihujung
tanduk. Manakan tidak, masalah kesihatan mental ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan
orang dewasa akan tetapi turut menganggu gugat golongan remaja terutamanya pelajar
sekolah. Bilangan remaja berusia 13 hingga ke 17 tahun yang berniat untuk membunuh diri
menunjukkan trend peningkatan daripada 10 peratus pada lima tahun sebelumnya kepada
13.1 peratus pada tahun 2022. Justeru, dalam menangani isu ini beberapa cadangan
penambahbaikan perlu diimplementasikan bagi memastikan isu ini tidak berterusan menjadi
barah yang akhirnya merosakkan kehidupan insan.

Pertama sekali, Pihak berwajib perlu menggubal semula dasar kesihatan mental
Negara memandangkan isu ini sudah berakar umbi terlalu lama. WHO menganggarkan
sebanyak 1 juta nyawa telah diragut oleh kematian bagi setiap 40 saat. Bahkan, di Malaysia
sahaja anggaran purata kadar bunuh diri adalah sebanyak 13 orang bagi setiap 100,000 orang.
Sedar atau pun tidak, kes jenayah melibatkan pelaku masalah mental ini akan berhadapan
dengan hukuman di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
kepada mana-mana pesalah yang disabitkan dengan kesalahan iaitu hukuman penjara,
setahun denda ataupun kedua-duanya sekali. Perbuatan memansuhkan Seksyen 309 Kanun
Keseksaan ini sudah pasti dapat membantu mengurangkan perasaan takut dalam kalangan
pesakit mental dan mendorong mereka ke arah yang lebih baik. Oleh itu, jelaslah bahawa
penggubalan semula dasar atau menambah baik dasar yang sedia ada perlulah dikaji dan
disesuaikan dengan perubahan era globalisasi yang semakin rancak pada masa kini.

Cara lain yang dapat membantu mengurangkan peningkatan isu gangguan mental
dalam kalangan masyarakat sudah pasti perlulah bermula daripada diri sendiri terlebih
dahulu. Bagi memastikan kesihatan mental terjaga, kita perlulah sentiasa mengamalkan gaya
hidup yang sihat serta mengutamakan aktiviti riadah dan fizikal setiap hari bagi menjamin
kesihatan mental yang optimum. Sorotan kajian lepas dari Cambridge University Press yang
dikongsikan oleh Fox (1999) melaporkan bahawa selain memberikan kecergasan badan,
aktiviti fizikal juga menyumbang kepada peningkatan imej kendiri dan keyakinan diri,
sekaligus meningkatkan kualiti cara berfikir dan menstabilkan emosi. Oleh itu, dalam
melahirkan komuniti masyarakat yang sihat maka corak dan gaya hidup kita perlulah diubah
terlebih dahulu kerana minda yang cerdas datangnya daripada tubuh badan yang cergas.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

7.0 KESIMPULAN

Umum mengetahui bahawa perubahan yang dibawa oleh arus globalisasi seperti
penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan kebanyakan masyarakat terganggu dan
terkesan lantaran proses isolasi yang berlaku terlalu lama sehingga gangguan mental berlaku
dalam kalangan individu. Apabila berhadapan dengan tekanan yang melampau, seseorang
individu itu pastinya menghadapi kesukaran untuk tidur dan bertenang lantaran perlu
memikirkan banyak perkara seperti impak terhadap proses pembelajaran, pekerjaan, punca
pendapatan, taraf kesihatan dan banyak lagi. Semua kekangan yang terzahir akibat
perlaksanaan PKP telah menyebabkan pergerakan dan rutinisasi harian masyarakat terganggu
dan menjadi terbatas. Contohnya, seseorang yang workaholic sudah pasti akan berhadapan
dengan tekanan emosi dan fizikal apabila terlalu lama berkurung dirumah kerana sudah
terbiasa dengan kehidupan sebelum ini yang sibuk bekerja. Perubahan dalam rutinasi harian
ini menuntut kita untuk menormalisasikan dan membiasakan diri dengan norma kehidupan
yang baharu bagi memastikan kelangsungan kehidupan pada masa akan datang.

Sebagaimana yang dijelaskan diatas, jelaslah bahawa peningkatan masalah kesihatan


mental dalam kalangan masyarakat bukan sahaja memberikan impak kepada individu,
masyarakat, ahli keluarga akan tetapi turut memberikan impak kepada Negara secara
keseluruhannya. Hal ini adalah kerana, peningkatan jumlah pesakit mental secara tidak
langsung akan meningkatkan lagi perbelanjaan Kerajaan untuk melaksanakan program
pemulihan bagi pesakit mental selain Negara kehilangan banyak tenaga kerja yang berkualiti.
Oleh itu, bagi memastikan isu kesihatan mental ini tidak berterusan menganggu gugat
kehidupan masyarakat, maka Pihak berwajib perlu memainkan peranan yang penting
terutamanya menggubal dasar yang lebih jelas lagi berkaitan isu ini agar dapat disolusikan
dengan baik. Adalah diharapkan agar pesakit-pesakit mental ini tidak terus diabaikan dan
dipinggirkan sehingga tiada peluang langsung untuk mereka membina kehidupan yang lebih
baik. Maka, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli keluarga, ahli masyarakat dan
saudara sesama Islam untuk saling menjaga dan melengkapi di antara satu dengan yang lain.

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

8.0 LAMPIRAN (Artikel berkaitan Isu Semasa yang dipilih)

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

Artikel Berkaitan Jenayah Yang Dilakukan Oleh Individu Bermasalah Mental

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

RUJUKAN

Mamun, M.A. & Griffiths, M.D. (2020). First COVID-19 suicide case Bangladesh due to
fear of COVID-19 and Xenophobia: Possible suicide prevention strategies. Asian
Journal of Psychiatry, 51, 102073. Doi: 10.1016/j.ajp.2020.102073

Nor Atiqah Sulaiman (10 Oktober 2020). Masalah Kesihatan Mental membimbangkan.
Berita Harian Online. Capaian pada 08 Julai 2023.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1010651/masalah-kesihatan-
mental-membimbangkan-khairy

Pertubuhan Kesihatan Sedunia-World Health Organization. (2020). Capaian pada 8 Julai


2023 di https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019

Pietromonaco, P.R. & Overall, N.C. (2020). Applying Relationship Science to Evaluate How
the COVID-19 Pandemic May Impact Couples’ Relationships. American
Psychologist. Advance Online Publication. http//dx.doi.org/10.1037/amp0000714

Qiu, J., Shen, B., Zhao, M., Wang, Z., Xie, B., & Xu, Y. (2020). A nationwide survey of
psychological distress among Chinese people in the COVID-19 epidemic:
implications and policy recommendations. General psychiatry, 33(2), e100213.
https://doi.org/10.1136/gpsych- 2020- 100213.

Rafidah Mat Ruzki & Mohd Nasaruddin Parzi. (19 Mei 2020). Covid-19: Masalah Emosi Isu
Utama Kesihatan Mental Rakyat. Berita Harian Online. Capaian pada 1 Julai 2023
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-19-masalah-
emosi-isuutama-kesihatan-mental-rakyat

Sabitha Marican. (1977). Dasar awam di Malaysia: Isu dan konsep. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Wan Azmi Ramli. (1991). Dasar awam Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn.
Bhd.

Zhang, Y. & Ma, Z.F. (2020). Impact of the COVID-19 Pandemic on Mental Health and
Quality of Life among Local Residents in Liaoning Province, China: A Cross-

3
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM TUGASAN INDIVIDU

Sectional Study. International Journal of Environmental and Public Health, 17, 2381.
Doi: 10.3390/ijerph17072381

Anda mungkin juga menyukai