Anda di halaman 1dari 18

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

__________________________________________________________________________________

HDPS3403
SENI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK/
ARTS AND CREATIVITY FOR CHILDREN
SEMESTER JANUARI 2019
__________________________________________________________________________________

NAMA : NORAZIZAH BTE ABD AZIZ

NO. MATRIKULASI : NORAZIZAH001

NO. KAD PENGNEALAN : 800826-12-5148

NO. TELEFON : 0146568920

E-MAIL : gadisayuberbajukurung@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KOTA KINABALU


BAHAGIAN 1
1.0 PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa bidang pendidikan di Malaysia dewasa ini mempunyai
matlamatnya yang tersendiri baik secara umum mahupun tersirat sepertimana yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam falsafah tersebut, jelas dinyatakan bahawa
hala tuju pendidikan yang mana ianya bercorak individu dan juga masyarakat setempat.
Kedua-duanya adalah selaras iaitu untuk melahirkan warganegara yang cemerlang daripada
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Satu perkara yang perlu digarap dengan jelas oleh
setiap sistem pendidikan adalah watak manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem
tersebut. Watak manusia yang ingin dijelmakan merupakan watak yang indah dan unggul.
Oleh Itu, dalam bidang pendidikan yang kian mencabar ini, guru-guru dihadapkan dengan
situasi pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai yang berbeza-beza diantara satu dengan
yang lain.

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai


sekurangkurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan,
bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti
adalah visual-linguistik, logik-matematik, visualruang, kinestetik, muzik, interpersonal,
intrapersonal dan naturalis. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah
berasingan dan tidak saling bergantungan. Seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang
kemahiran tetapi cemerlang dalam domain kecerdasan yang lain. Menurut beliau lagi, setiap
individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-
beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi
pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Hasil kajian oleh pendidik seperti Armstrong (2000), Berman (1998), Campbell et al.
(1996), Jasmine (1996) dan Lazear (1991) jelas menunjukkan bahawa aplikasi teori
kecerdasan pelbagai dalam pendidikan berkeupayaan menyumbang kepada kejayaan
pembelajaran pelajar di sekolah. Untuk itu, tugasan ini dirangka bertujuan untuk
menghuraikan dengan lebih terperinci berkenaan Teori kecerdasan pelbagai disamping
menjelaskan tentang sejauhmana teori ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam
kelas. Tidak cukup dengan itu, tugasan ini juga adalah untuk membincangkan secara jelas
tentang justifikasi teori ini dapat membantu untuk meningkatkan lagi kretiviti seorang murid.
Kemudian, tugasan ini juga akan menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang
lengkap dan dapat mengintegrasikan Teori Gardner ini.
16
2.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Secara harafiahnya, Teori kecerdasan pelbagai ini sebenarnya telah dicadangkan oleh
Howard Gardner (1998) yang merupakan seorang ahli Falsafah dan beliau telah melihat
kecerdasan dari pelbagai persfektif. Menurut Gardner, kecerdasan mesti melibatkan satu set
kemahiran penyelesaian masalah yang membolehkan individu menyelesaikan masalah
apabila diperlukan untuk mendapatkan hasil yang berkesan (Sulaiman & Hassan,
2009)Melalui Gardner (2003) juga, beliau mencadangkan tujuh jenis Kecerdasan Pelbagai
yang perlu diambil kira iaitu; Linguistik, Muzikal, Logikal, Visual, Kinestetik, Kemahiran
Intrapersonal Dan Kemahiran Interpersonal. Kebelakangan ini, beliau menambah lagi dua
aspek kecerdasan iaitu Naturalis dan Eksistensialis yang menjadikan kepelbagaian
kecerdasan merangkumi sembilan aspek (Wong, 2011). Berdasarkan definisi diatas, maka
jelaslah bahawa kecerdasan itu merangkumi apa juga bentuk kemahiran atau kepakaran yang
dimiliki oleh seseorang individu.

Tidak cukup dengan itu, istilah pelbagai juga membawa maksudnya yang tersendiri
yang mana ianya diertikan sebagai bermacam-macam, berbagai ataupun berjenis-jenis.
(Pustaka, 2012). Jadi, apabila definisi kecerdasan dan pelbagai digabungkan, maka istilah
‘kecerdasan pelbagai’ membawa maksud kemahiran individu menyelesaikan sesuatu masalah
apabila diperlukan, bagi mendapatkan hasil yang berkesan dan kemahiran itu wujud lebih
daripada satu dan membentuk satu set kemahiran. Secara operasionalnya, jika dilihat kepada
Teori Howard Gardner itu sendiri, maka jelaslah bahawa Kecerdasan pelbagai yang meliputi
Sembilan jenis kecerdasan pelbagai membawa maksud yang berbeza dari pelbagai dimensi
yang berlainan. Yang pasti, Teori ini mulai diperkenalkan olej Gardner pada Tahun 1983
dalam bukunya yang bertajuk ‘’Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences.

Gardner (1983) mentakrifkan kecerdasan pelbagai sebagai kepakaran kecerdasan


manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, dan menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat, serta menghasilkan output yang efektif (Ariffin &
Mohd Meerah, 2004). Dalam bukunya tentang teori ini, Gardner (1983) telah mengemukakan
tujuh jenis kecerdasan iaitu Kecerdasan Linguistik, Logikal, Visual, Kinestetik, Muzikal,
Interpersonal dan Intrapersonal. Selepas itu, beliau menemui dua lagi kecerdasan iaitu
Naturalis dan Existensialis (Razali, Jantan, & Hashim, 2003).

16
 KECERDASAN LINGUISTIK

Menurut Gardner, kecerdasan Linguistik adalah sesuatu kecerdasan pelbagai yang


mempunyai kekuatan dari segi bahasa atau ‘’perkataan’’. Seseorang individu yang
mempunyai kecerdasan Linguistik ini lebih memahami duni dengan kewujudan bahasa serta
perkataan. Bahkan, individu jenis ini juga merupakan seseorang yang suka membaca,
menuliis disamping mudah mengingat sesuatu perkara dengan mudah dan gemar menyalin
nota semasa pdp guru di dalam kelas. Mereka boleh melayan, berhujah, mengajar dan
memujuk denganbaik melalui perkataan yang diluahkan dari mulut. Kebiasaannya, mereka
adalah penulis jurnal, peguam, dan penglipur lara (Telee, 2000).

 KECERDASAN LOGIKAL

Selain kecerdasan Linguistik, kecerdasan logical pula adalah suatu bentuk kecerdasan
pelbagai yang memiliki kekuatan dari segi nombor dan logic akal. Hal ini demikian kerana,
individu yang mempunyai tahap kecerdasan ini pula lebih memahami dunia berdasarkan
kepada akibat dan sebab kerana individu ini melihat kepada sesuatu yang logik disamping
menunjukkan hasil seperti operasi matematik. Kegemaran mereka adalah menyusun sesuatu
secara kemas danteratur serta mudah kecewa dengan individu yang tidak tersusun
kehidupannya. Mereka lebih mudah melakukan sesuatu tugasan mengikut arahan langkah
demi langkah, mengumpul maklumat dan menggunakan maklumat itu untuk menyelesaikan
masalah. Kebiasaannya, mereka adalah saintis, akauntan dan pengendali komputer
(Kallenbach & Viens, 2004).

 KECERDASAN VISUAL

Kecerdasan Visual pula merupakan suatu bentuk kecerdasan pelbagai yang


mempunyai kekuatan dari segi gambaran dan individu yang memiliki kecerdasan ini dapat
memahami dunia melalui gambaran tentang sesuatu idea mahupun peristiwa yang berlaku.
Kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini biasanya mempunyai kebolehan dari segi
mengasingkan serta mencantum semulasesuatu benda serta mengingat sesuatu perkara dalam
bentuk gambaran, bijak membaca peta dan blueprint. Kebiasaannya, mereka adalah arkitek,
jurutera mekanikal, juru terbang dan pelukis (Wong, 2011).

16
 KECERDASAN KINESTETIK

Kecerdasan Kinestetik merupakan Kecerdasan Pelbagai dengan “Kekuatan Jasad”


yang mana kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini biasanya lebih memahami dunia
melalui sesuatu yang bersifat fizikal. Ini membawa maksud, mereka gemar akan sesuatu yang
bersifat pergerakan fizikal serta apa juga bentuk pengalaman yang bersifat sentuhan. Bahkan,
mereka juga boleh mengawal pergerakan badan dengan baik, serta boleh mengendalikan
sesuatu alatan dengan mahir. Individu yang memiliki kecerdasan ini kebiasaannya merupakan
tukang kayu, atlet dan mekanik (Kasdu, 2004).

 KECERDASAN MUZIKAL

Kecerdasan Muzikal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan Muzik”.


Individu dengan kecerdasan ini memahami dunia melalui ritma dan melodi. Ciri – ciri mereka
adalah mudah mengenal pasti melodi – melodi lagu, meminati pelbagai jenis lagu dan
kebiasaannya mereka tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara jika
terdapat bunyi di sekitar mereka. Mereka juga mempunyai pendengaran yang baik, boleh
menyanyi mengikut ton lagu dan dapat mengenal pasti perbezaan genre lagu. Kerjaya yang
sesuai dengan individu ini adalah komposer, penulis lirik dan penyanyi (Telee, 2000).

 KECERDASAN INTERPERSONAL

Kecerdasan Interpersonal pula adalah individu yang mempunyai kekuatan manusia


dan mereka ini biasanya lebih memahami dunia daripada sudut pandangan atau persfektif
orang lain. Kanak-kanak yang berada dalam kategori ini adalah dicirikan kepada seseorang
yang suka berinteraksi dengan individu yang lainnya, seseorang yang boleh diajak
berkompromi, bertolak-ansur serta memiliki empatiterhadap orang lain. Bahkan, dalam erti
kata yang lain, mereka juga memiliki kemahiran dalam kepimpinan serta gemar melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum. (Kallenbach & Viens, 2004).

 KECERDASAN INTRAPERSONAL

Kecerdasan Intrapersonal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan Diri”


di mana individu dalam kategori ini memahami dunia melalui sudut pandangan mereka yang
tersendiri. Mereka juga mempunyai kepercayaan tersendiri tentang sesuatu perkara, mereka
juga tahu kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kerjaya yang bersesuaian dengan mereka
adalah kaunselor, ahli perniagaan dan pakar motivasi (Abdullah, 2009).

16
 KECERDASAN NATURALIS

Seterusnya adalah kecerdasan Naturalis yang mana ianya merupakan Kecerdasan


Pelbagai yang mempunyai ‘’Kekuatan Alam’’. Biasanya, individu dalam kategori ini adalah
mereka yang suka bekerja baik di dalam mahupun di luar bangunan bahkan mereka ini lebih
memahami dunia melalui apa yang berlaku di persekitaran mereka. Mereka suka
mengkelaskan barang atau perkara mengikut hirarki dan mereka percaya bahawa alam
sekeliling, isu ekologi dan haiwan adalah penting (Telee, 2000). Kecerdasan ini juga
merupakan satu kebolehan memerhati, memahami dan mengorganisasi alam sekeliling
mengikut klasifikasi kepelbagaiannya (Hajhashemi & Bee Eng, 2012).

 KECERDASAN EKSISTENSIALIS

Kecerdasan Eksistensialis adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “Kekuatan


Kerohanian”. Individu dalam kategori ini memahami dunia melalui hubungan diri dengan
pencipta. Mereka gemar bertanya tentang persoalan berkenaan tujuan hidup, tanggungjawab
hidup dan ke mana mereka akan pergi setelah mati. Mereka juga adalah indivdiu yang
mempercayai kewujudan Tuhan dan mencari hikmah kehidupan melalui agama yang dianuti.
Mereka kebiasaannya adalah pendakwah, guru agama dan pengkaji agama (Kallenbach &
Viens, 2004).

Berdasarkan kepada penjelasan yang terperinci di atas mengenai Teori Kecerdasan


Pelbagai, maka jelaslah bahawa menurut Gardner (1983), setiap individu memiliki jenis
kecerdasan pelbagai yang hampir sama tetapi pada darjah atau tahap kemahiran yang
berbeza-beza. Namun demikian, kecerdasan pelbagai seseorang individu murid itu boleh
dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran (Sulaiman & Hassan,
2009).

16
3.0 CARA MENGAPLIKASIKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PDP

Umum mengetahui bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh


Howard Gardner ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru untuk melaksanakan
tanggungjawab sreta me ngimplementasikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan dan efektif. Oleh hal yang demikian, terdapat tiga peringkat dalam usaha untuk
melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya
adalah peringkat padanan, percubaan serta peningkatan.

Cara mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah dengan memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan
pelbagai murid . Oleh hal yang demikian, guru seharusya mengenalpasti serta cakna akan
kepelbagian kecerdasan setiap murid bagi memudahkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Misalnya, jika murid dalam kelas tersebut cenderung dan mempunyai
mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang
melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik
minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan
yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Oleh itu, pada peringkat ini, guru perlu bertindak segera dengan mengenal pasti kekuatan
serta keistiemewaan mereka yang tersendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan
tersendiri murid. Dalam usaha mengenalpasti ini, secara tidak langsung guru dapat memilih
strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disamping memadankannya dengan
kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam
kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Seterusnya, guru juga boleh mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai menggunakan


peringkat percubaan dan pada peringkat ini guru perlu memikirkan bagaimana teori ini dapat
diaplikkasikan seperti bagaimana caranya untuk guru menggunakan bahasa lisan , bacaan dan
penulisan dalam proses pdp?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya
boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?.
Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu
mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik,
bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma
dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman
pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’?.

16
Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh
melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi
kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada
pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya
boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke
alam semula jadi? Bertitik mula daripada persoalan demi persoalan tersebut, guru seharusnya
memikirkan cara untuk memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali yang
melibatkan keadaan di dalam bilik darjah.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah dengan menghias bilik
darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, jika murid
tersebut lebih cenderung kepada verbal-linguistik, maka guru perlu menyediakan poster yang
melibatkan beberapa orang penulis terkenal. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk membawa murid keluar dari bilik darjah kerana ianya antara aktiviti yang dapat
menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap
individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Selain itu, guru juga boleh mengaplikasikan Teori kecerdasan pelbagai ini melalui
peringkat peningkatan yang mana guru perlu bertindak dengan mengaitkan teori kecerdasan
pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid baik secara langsung
mahupun tidak. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar
dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang misalnya, murid dapat melukis, menghasilkan peta
minda, membayangkan masalah serta mencari solusinya. Melalui kecerdasan kinestetik pula,
murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid
memahami ritma, harmoni, mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.

Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea melalui
interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan
intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan
diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan
contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya. Maka,
jelaslah bahawa guru perlu bertindak sebagai medium yang dapat menjadi penggerak kepada
peningkatan kecerdasan pelbagai murid. Bahkan guru perlu meningkatkan kreativiti murid
melalui kepelbagaian aktiviti dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk
peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

16
4.0 SEJAUHMANA TEORI KECERDASAN PELBAGAI DAPAT MENINGKATKAN
KREATIVITI MURID

Teori Kecerdasan Pelbagai dapat menyokong pembelajaran bersepadu yang


menyeluruh selaras dengan Falsafah pendidikan kebangsaan dan keperluan murid. Hal ini
demikian kerana ianya merangkumi lapan kecerdasan berbeza yang ada pada setiap murid.
Pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik misalnya, tumpuan tidak
seharusnya diberikan kepada kecerdasan logik matematik sahaja, malah guru juga boleh
mengintegrasikan pendekatan dan teknik PdPnya dengan kecerdasan lain melalui
kepelbagaian aktiviti yang sesuai.

Ini bermaksud, selain daripada menekankan kepada kecerdasan logik-matematik yang


melibatkan nombor,pengiraan, pengelasan dan pemikiran kritis, murid juga akan diterapkan
dengan aktiviti berteraskan kecerdasan yang lain seperti penggunaan bahasa secara
lisan,bacaan atau penulisan (verbal-linguistik), manipulasi bahan visual atau grafik,
warna,seni, metafora dan penyusun grafik (visual-ruang), penerapan unsur muzik, bunyi-
bunyian, ritma dan melodi (muzik), melibatkan pengalaman pergerakan seluruhbadan atau
aktiviti ‘hands-on’  (kinestetik), menggalakan perkongsian bersama rakansebaya,
pembelajaran kerjasama dan simulasi kumpulan (interpersonal),menyediakan peluang untuk
murid merangsang perasaan kendiri (intrapersonal)serta membawa alam semula jadi ke dalam
bilik darjah atau membawa murid keluar ke alam semula jadi (naturalis). 

Selain itu, Teori kecerdasan pelbagai ini juga dapat meningkatkan lagi kreativiti
murid melalui kepelbagaian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dan mampu
memenuhi keperluan semua murid yang mempunyai minat dan kebolehan yang berbeza,
murid berpeluang untuk belajar pada tahap yang optimum. Kejayaan murid dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan berdasarkan kecerdasan, kecenderungan dan minat
mereka akan memberikan impak positif yang tidak ternilai dalam diri murid. Ini ditambah
pula dengan perlaksaan pelbagai aktiviti yang mampu meningkatkan kecerdasan
interpersonal dan kecerdasan intrapersonal murid semasa pembelajaran matematik. Misalnya,
murid-murid dilibatkan dalam aktiviti berkumpulan semasa mempelajari topik penyelesaian
masalah bagi operasi tambah, berkongsi idea dan membuat simulasi kumpulan semasa
mempelajari kemahiran membina cerita berdasarkan ayat matematik penolakan yang
diberikan untuk meningkatkan kecerdasan interpersonal di kalangan mereka.

16
5.0 RANCANGAN PENGAJARRAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh 20 Februari 2019

Hari Rabu

Masa 8.00 – 9.00 ( 60 minit )

Bilangan Murid 15 orang

Kelas Tabika Perpaduan Taman Perumahan Kakitangan Kerajaan


Bukit Kuda W.p Labuan

Tunjang Utama Kerohanian

Standard kandungan PI 2.0 Akidah


PI 2.1 Mengamalkan kalimah syahadah sebagai asas keimanan
kepada Allah

Standard Prestasi PI 4 Mengetahui kalimah syahadah

Standard Pembelajaran PI 1.1.1 Menyebut Kalimah syahadah


PI 1.1.2 Menyatakan maksud syahadah

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat :


a. Meningkatkan kecerdasan, visual ruang dan
intrapersonal.
b. Mengenal pasti objektif yang ingin dicapai
c. Meningkatkan kepekaan kepada bahasa Isyarat

Alatan & Bahan Kad bergambar, gambar, Video , lembaran kerja, blok, krayon,
kertas manila kad

Nilai Bekerjasama, berani, bersyukur

16
MASA / ISI PELAJARAN AKTIVITI PdP CATATAN/ BAHAN
FASA

PERSEDIA GAMBAR -Guru menunjukkan kepada BBM :


AN murid gambar tentang Gambar
syahadah
(5 minit)
-Guru bersoal jawab
dengan murid tentang Nilai :
gambar yang ditunjukkan -Berkeyakinan
-Murid menjawab
pertanyaan guru
KBKK:
Mengenalpasti

MI: Intrapersonal,Naturalis

16
Soalan guru :
1. Gambar apakah
ini?

LANGKAH KAD BERGAMBAR


1 -Guru menunjukkan kepada Bahan : Kad Kalimah
murid sebuah kad
( 10 minit) syahadah
bergambar kalimah
syahadah dan membawa bergambar/Nyanyian Lagu
murid membaca secara
kelas mengikut gambar
MI:
-Murid mendengar
penerangan guru dan Intrapersonal,Naturalis
membaca secara kelas,
individu dan berkumpulan
Nilai :
Nyanyian Lagu Guru memberikan -Tekun
penerangan dengan teliti -Berkeyakinan
dan membawa murid -Berani
menyanyi lagu Kalimah
syahadah secara kelas dan -Kerjasama
beramai-ramai
-Guru bersoal jawab
dengan murid

16
LANGKAH PADANKAN SAYA BBM : Blok kayu
2 - Guru memberikan KB:
penerangan kepada murid Mengenal pasti,
(10 minit)
tentang aktiviti yang akan
mengelaskan
dilakukan.
- Guru memberikan blok
kayu yang mempunyai MI: Interpersonal,Naturalis,
kalimah syahadah kepada
visual ruang
murid dalam kumpulan
dan meminta murid untuk
memadankan blok kayu Nilai :
tersebut secara
-Tekun
berkumpulan
- Murid mendengar -Berkeyakinan
penerangan guru dengan -Berani
teliti dan memadankan
blok kayu yang
mempunyai kalimah
syahadah dengan betul

16
LANGKAH “JOM BBM :
3 MEWARNA’’ -Murid duduk di tempat Lembaran kerja, warna,

(25 minit) masing-masing untuk Pensil

membuat aktiviti secara


individu.
MI:Intrapersonal,

-Guru memberikan interpersonal Naturalis

lembaran kerja kepada


semua murid Nilai :
-Tekun

-murid menyiapkan -Berkeyakinan

lembaran kerja secara -Berani

individu -Bekerjasama

PENUTUP Rumusan dan


(5 minit) penerapan nillai. -Ulangkaji pelajaran hari BBM :
ini. Hasil kerja,
-Guru memberi pujian
kepada murid.
KB:
-Setiap kumpulan
menunjukkan hasil kerja Membanding beza,
masing-masing. Murid dan
guru menilai hasil kerja
MI:
tersebut
-Guru memberi pujian Intrapersonal, interpersonal
kepada murid

16
Naturalis

Nilai :
-Berkeyakinan
-Berani
-Bekerjasama

REFLEKSI
Murid - Murid berasa seronok dengan aktiviti memadankan blok kayu Kalimah
syahadah yang dilakukan oleh mereka tetapi keadaan kelas menjadi bising kerana
masing-masing berebut untuk memadankan dan menyanyi lagu kalimah syahadah
tersebut.

Guru - Penerangan guru yang sangat jelas dan perancangan aktiviti yang sangat
tersusun sangat menarik perhatian murid dan menjadikan kelas berjalan lancar seperti
yang dirancang tetapi guru gagal memastikan keadaan kelas terkawal kerana murid terlalu
bising.

Ulasan Guru/ Pensyarah Pembimbing


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
LAMPIRAN BAHAN BANTU

SET INDUKSI

16
Gambar untuk set induksi

LANGKAH 1

Nyanyian Lagu Twinkle Syahadah

LANGKAH 2

16
LANGKAH 3

6.0 KESIMPULAN

Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan


kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan,
suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh
Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan
sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard
Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan
dan latihan.Beliau telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada

16
seseorang.Kecerdasan seseorang tidak semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang
dinyatakan oleh Howard Gardner.Walaubagaimanapun, terdapat juga mereka yang yang
mempunyai tahap kecerdasan dalam kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Oleh hal
yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik untuk mengenalpasti terlebih
dahulu tahap kecerdasan murid bagi memudahkan guru untuk merancang strategi pdp yang
berkesan.

RUJUKAN

Abdullah, S. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.


Wangsa Melawati: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad, J. (1993). Tinjauan tentang Kekangan – Kekangan dalam Pelaksanaan Sains KBSM
di Sekolah – Sekolah Menengah di Negeri Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ariffin, S. R., & Nik Mohamed, N. N. (2011). Faktor Kecerdasan Pelbagai dalam
Pembentukan Profil Remaja. Malaysian Journal of Learning and Instruction , 183-
204.

Ariffin, S. R., Mohd Meerah, T., Othman, N., & Mohamed Zin, I. (2004). Analisis
Kecerdasan Pelbagai di Kalangan Pensyarah di Sebuah Institut Pengajian Tinggi.
Jurnal Teknologi .

Gardner, H. (2003). Multiple Intelligences After Twenty Years. Chicago: American


Educational Research Association.

Ghazali, N., & Ariffin, S. R. (2011). Menentukan Kecerdasan Pelbagai Pelajar Sebuah
Institusi pengajian. CIE-TVT , 421-426.

16

Anda mungkin juga menyukai