Anda di halaman 1dari 18

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

__________________________________________________________________________________

HDPS 4103
AFFECTIVE PLANNING AND TEACHING/
PERANCANGAN DAN PENGAJARAN AFFECTIVE
MAY 2019 SEMESTER
__________________________________________________________________________________

NAMA : NORAZIZAH BTE ABD AZIZ

NO. MATRIKULASI : NORAZIZAH001

NO. KAD PENGNEALAN : 800826-12-5148

NO. TELEFON : 0146568920

E-MAIL : gadisayuberbajukurung@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KOTA KINABALU


BAHAGIAN A
1.0 PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan guru pertama dalam proses yang
melibatkan usaha didikan awal kanak-kanak. Hubungan kasih sayang antara anak dan ibu
bapa serta persekitaran boleh ditafsir sebagai perapatan atau dalam erti kata lain pertautan.
Pertautan merupakan hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat
seseorang. perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada
seseorang. ianya terbentuk sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan ibu.
perapatan boleh diwujudkan melalui interaksi dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan,
guru-guru, jiran-jiran dan masyarakat.

Menurut Pipp & Haromon (1987),   pertautan merupakan sejenis hubungan emosi
yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti
sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi
bayi, pertautan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya. Ikatan atau hubungan ini
adalah untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas,
keselamatan dan kasih sayang. Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka
masa yang penting membentuk ikatan (bond) atau pertautan antara bayi dengan penjaga. Dia
juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh
ibu atau penjaga kepada bayi.

Tidak cukup dengan itu, jika dilihat dari persfektif  islam pula, terdapat satu  hadis
yang menyokong konsep perapatan. Aqra' b. Habitah berjumpa Rasulullah, semasa
perbincangan Hassan cucu Rasulullah datang, baginda mencium hassan. Aqra' berkata, " saya
ada 10 anak tetapi tidak pernah mencium mereka". Rasulullah berkata, " Allah akan
memuliakan mereka yang menunjukkan kasih sayang kepada anak". Hadis ini jelas
menunjukkan bahawa islam amat menitik beratkan soal perapatan dalam kehidupan sehingga
Allah akan memuliakan ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Tugasan ini merungkaikan mengenai konsep atau definisi pertautan secara jelas dan
terperinci berserta hujah yang jelas. Kemudian, tugasan ini juga menghuraikan tentang jenis
pertautan serta implikasinya kepada kanak-kanak. Bahkan, tugasan ini juga turut
menghuraikan dan menyatakan mengenai teori pertautan sebagaimana yang telah termaktub
dalam kajian lepas mengenai pertautan ini dan seterusnya membuat rumusan secara
keseluruhan mengenai konsep pertautan.

2
2.0 DEFINISI PERTAUTAN
Secara harafiahnya, definisi perapatan atau pertautan adalah “...reciprocal, enduring

emotional tie between an infant and a caregiver, each of whom contributes to the quality of

the relationship” (Papalia et al, 2004). Biasanya, pertautan ini terbentuk sedari azali lagi iaitu

sejak kanak-kanak tersebut dilahirkan dan secara tidak langsung, interaksi dan pertautan

ibubapa dengan anak akan memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap perkembangan

emosi anak-anak itu sendiri.

Terdapat tiga jenis pertautan yang utama, iaitu pertautan selamat (secure attachment),

pertautan mengelak (avoidant attachment), pertautan bimbang ketidaktentuan

(anxious/ambivalent attachment). Seterusnya ialah fasa pembentukan pertautan menurut

Bowlby (1969). Fasa pertama (lahir hingga 8 minggu) ialah bayi menerima orang lain di

sekelilingnya tetapi kebolehan untuk membezakan mereka adalah sangat terhad. Misalnya,

seorang bayi jika didukung oleh sesiapa sahaja baik yang ia kenali ataupun tidak, dia tidak

akan menangis. Kemudian, fasa kedua (8 minggu hingga 6 bulan) bayi mula dapat

membezakan tingkah laku terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi tersebut akan mula

menangis jika didukung oleh individu yang sering menjerit atau meninggikan suara

kepadanya.

Fasa ketiga pula,(6 bulan hingga 2 tahun) memperlihatkan situasi dimana bayi mula

memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Sebagai contoh, bayi hanya

membenarkan individu tertentu menyentuh atau duduk berhampirannya. Fasa yang terakhir

pula adalah bermula apabila kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya

dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar. Kemudian

jika kita lihat kepada, definisi kensep kendiri pula, ianya dapat dipandang dari perspektif

ABC iaitu Affection,Behavior,dan dan Cognition atau kasih sayang,tingkah laku atau kognisi

(Brehm dan Kassin,1993).

3
Komponen kognitif pula adalah bagaimana seseorang mengetahui diri sendiri dan

mengembangkan konsep kendirinya. Komponen afektif adalah cara seseorang mengevaluasi

diri sendiri, dalam masa yang sama berusaha semaksima mungkin untuk meningkatkan harga

diri, serta mencari tahu cara untuk mengatasi ancaman terhadap harga diri. Kompenen

perilaku adalah cara seseorang mempamerkan diri sendiri kepada orang lain dan

membentukkan tingkah lakunyanya sesuai dengan keadaan untuk bersosial. Hasil

pemerhatian dan soal selidik, didapati bahawa konsep pertautan yang berkait rapat dengan

konsep kendiri adalah konsep pertautan selamat.

Individu yang mengalami pertautan selamat adalah merupakan individu yang

mempunyai personaliti yang positif sehingga memandang positif terhadap diri sendiri.

Hubungan yang baik dan konsep pertautan selamat yang mereka lalui semasa bayi

membuatkan mereka berasa selamat dan tidak disingkirkan. Bagi mereka yang menerima

pertautan bimbang dan mengelak pula akan berasa tidak yakin akan diri sendiri. Menurut

seorang responden yang disoal selidik, dia merasa sukar untuk mengisi ruang yang meminta

mereka menulis kekuatan diri berbanding kelemahan diri.

Ini menjelaskan bahawa, apabila mereka disuruh mengambarkan diri sendiri, mereka

hanya mampu memberikan keburukan mereka sahaja. Menurut Brehm & Kassin (1993) dan

Baron & Bryne (1994) hal ini berkaitan pengalaman pertautan yang telahpun mereka alami

semasa kanak-kanak. Sebagai konklusinya, gaya kelekatan selamat telah berupaya

memberikan impak yang sangat besar dalam konsep kendiri. Oleh itu, dapatlah kita

simpulkan bahawa ibubapa merupakan individu yang bertanggungjawab dalam konsep

pertautan ini.

4
3.0 PERTAUTAN DAN IMPLIKASI

Menurut Papalia at el, 2004 pertautan membawa maksud hubungan ataupun sebarang

bentuk ikatan emosi yang wujud di antara bayi dan ibu bapanya atau penjaganya yang

membawa kepada satu tahap perhubungan. Keadaan ini berlaku kerana sejak daripada dalam

kandungan ibu lagi bayi sudah menunjukkan pelbagai emosi dan setelah lahir ke dunia, bayi

tersebut pastinya akan lebih peka terhadap orang sekeliling sama ada dia akan menyukai atau

tidak orang di sekelilingnya. Jika ibu bapa itu sendiri menjaganya dan mengambil berat

tentangnya serta memberikan secukupnya kasih sayang,bayi tersebut akan merasa selamat

dan mempercayai terhadap ibu bapanya termasuklah orang di sekelilingnya yang turut

mengambil berat tentangnya.

3.1 JENIS-JENIS PERAPATAN


Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan satu
prosedur iaitu The Strange Situation Procedure bagi tujuan untuk menilai pertautan bayi
(infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan kerisauan yang dialami
oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan dengan penjaga atau ibu. Beliau telah
membahagikan pertautan bayi kepada 3 jenis iaitu pertautan selamat, pertautan mengelak,
dan pertautan bimbang ketidaktentuan yang dapat diringkaskan seperti berikut :

 PERTAUTAN SELAMAT

Pertautan selamat biasanya berlaku apabila kanak-kanak mulai menerokai serta


memahami persekitaran mereka dengan rasa selamat dengan kehadiran penjaganya.
Walaupun terdapat orang lain yang tidak mereka kenali, mereka tidak merasa bimbang dan
dapat bergaul dengan orang asing tersebut dengan kehadiran penjaga disisi  mereka. Apabila
penjaga mereka meninggalkan mereka, mereka akan merasa sedih dan kecewa. Tetapi,
apabila penjaga mereka kembali, mereka akan menyambutnya dengan gembira dan berasa
tenang semula. . Bayi yang mempunyai perapatan selamat dengan ibunya biasanya
mempunyai ibu yang bersifat responsif dan peka terhadap keperluannya. Mereka sentiasa
memahami emosi bayi dan memberi respons yang positif terhadap emosi bayi. Mereka juga
menunjukkan kasih sayang kepada bayi serta menghayati peranan sebagai ibu kepada bayi.

5
Selain itu, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka dengan konsep pertautan
selamat supaya mudah untuk kanak—kanak apabila memasuki alam persekolahan kelak.
Mereka akan dapat menerokai alam persekolahan tersebut dengan perasaan yang gembira dan
seronok kerana mereka yakin bahawa ibu bapa mereka akan kembali dan mereka akan
berjumpa kembali dengan ibu bapa mereka.

 PERTAUTAN BIMBANG KETIDAKTENTUAN

Pertautan bimbang ketidaktentuan pula ialah apabila kanak-kanak merasakan tekanan


yang sangat besar apabila orang asing berada dengannya. Walaupun ibu bapa ada bersama
mereka, tetapi mereka akan tetap merasa bimbang kerana kehadiran orang asing. Perasaan
bimbang mereka bertambah apabila ibu bapa meninggalkan mereka. Apabila ibu bapa
kembali, kanak-kanak akan menghampiri mereka tetapi akan menolak sebarang perhatian
yang diberikan oleh ibu bapa seperti memalingkan mukanya dan tidak mahu dipeluk atau
didukung. Walaubagaimanapun,  mereka tidak akan berjauhan dengan ibu bapa. . Ibu kepada
bayi jenis ini tidak peka terhadap isyarat dan keperluan bayi. Dia juga bersifat menolak dan
kurang dari segi hubungan fizikal dengan bayi.

PERTAUTAN MENGELAK

Pertautan mengelak terjadi apabila kanak-kanak hanya menunjukkan perasaan yang


sangat sedikit terhadap penjaga. Mereka juga tidak berminat dan tidak akan menerokai
persekitaran walaupun ianya merupakan persekitaran yang baru bagi mereka.apabila orang
asing ada bersama kanak-kanak itu, mereka tetap tidak menunjukkan sebarang respon sama
seperti mereka tidak menunjukkan respon kepada penjaga mereka. Perapatan jenis ini
mempunyai kaitan dengan sifat ibu yang tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap
keperluan bayi. Ibu juga kekok ketika berinterkasi dengan bayi.

Pertautan dalam keluarga meninggalkan kesan terhadap emosi kanak-kanak. Kesan


yang pertama ialah perapatan penting kepada semua manusia. Semua manusia memerlukan
perapatan dari semua orang terutama daripada ahli keluarga sendiri. Sebagai contoh, bayi
yang lahir perlukan jagaan daripada ibu bapa untuk mendapatkan makanan dan perlindungan
emosi. Perkembangan kognitif kanak-kanak dibantu oleh kemesraan, kasih sayang serta
perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

6
Perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral kanak-kanak juga
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Kesan pertautan kepada emosi
kanak-kanak ialah pertautan yang dapat mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak tersebut
mampu membuat penilaian kendiri kepada diri mereka sendiri. Mereka menganggap diri
mereka sangat berharga serta mempengaruhi pergaulan dan perhubungan mereka dengan
orang lain. Konsep kendiri yang sudah ada dalam diri mereka sejak lahir membina tingkah
laku mereka hingga dewasa kelak. Jika positif konsep kendiri itu, maka positiflah tingkah
laku mereka apabila dewasa dan sebaliknya. Contohnya, ibu bapa haruslah memuji kanak-
kanak apabila mereka melakukan sesuatu kerja agar mereka berasa diri serta kerja yang
mereka lakukan itu dihargai. Ini dapat membina konsep kendiri yang positif dalam diri
kanak-kanak.

Kamarulzaman (2003) menyatakan bahawa kasih sayang merupakan tindak balas


yang berlaku secara serta merta dengan mengusap kulit, menggeletek, membuai lembut dan
tepukan manja. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman yang dilakukan oleh ibu bapa
terhadap mereka. Daripada pengalaman tersebut kanak-kanak mengaplikasikannya kepada
orang lain, binatang atau benda yang menyenangkannya. Ia menunjukkan perasaan kasih
sayang secara lisan bila sudah besar tetapi ketika kecil kanak-kanak menyatakannya secara
fizikal dengan memeluk, menepuk atau mencium objek yang disayangi. Selain itu, hubungan
antara ibu bapa dan anak-anak yang dilihat memainkan peranan yang penting dalam
membentuk pertautan selamat. Ibu bapa seharusnya sentiasa mengawasi anak-anak dan
mengenali rakan-rakan mereka serta melindungi mereka daripada gejala negatif agar mereka
sentiasa berasa selamat bersama ibu bapa.  Ibu bapa juga haruslah sentiasa melindungi anak-
anak tidak kira di mana mereka berada. Contoh yang boleh digunakan ialah ibu bapa sering
bertanyakan tentang persekolahan anak-anak serta kawan-kawan mereka.

Di sini wujudnya pertautan selamat antara ibu bapa dengan anak-anak. Kesan
pertautan terhadap emosi yang seterusnya pula ialah pertautan selamat akan mempamerkan
sikap-sikap yang positif dalam diri kanak-kanak. Misalnya, sikap positif yang terhasil iaitu
menolong ibu bapa ketika berada di rumah, menghormati orang tua serta mendengar nasihat
ibu bapa. Pertautan selamat juga dapat mempamerkan kanak-kanak untuk berkasih sayang
serta menghargai orang lain. Misalnya, ibu bapa memimpin tangan anak ketika melintas
jalan, anak akan berasa selamat dan menghargai jasa anda. Mereka akan lebih menghargai
anda.

7
4.0 TEORI PERTAUTAN
Bowlby, pengasas teori pertautan percaya bahawa pengalaman mendapat hubungan
yang selamat di rumah dapat membantu kanak-kanak untuk menganggap guru mereka
sebagai 'tempat selamat' ketika berada di prasekolah (Cugmas, 2007). Namun demikian,
dalam kajian terdahulu Cugmas (2004) menyatakan terdapat juga kanak-kanak yang tidak
mendapat pertautan yang selamat di rumah tetapi dapat membina pertautan dengan guru dan
merasa selamat semasa berada di sekolah. Kualiti pertautan yang wujud antara kanak-kanak
dengan guru didapati tidak dipengaruhi oleh pertautan antara kanak-kanak dengan ibu bapa
atau penjaganya (Cugmas, 2004). Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru mempunyai
inisiatif untuk membentuk pertautan dengan kanak-kanak, walaupun yang tidak mempunyai
pertautan yang baik di rumah. Malah terdapat kajian yang dijalankan sebelu ini menyatakan,
pertautan kanak-kanak dengan guru lebih tinggi berbanding dengan ibu bapa mereka (Bergin
& Bergin, 2009).

Teori pertautan menganggap seseorang yang tidak mendapat pertautan selamat akan
memberi kesan kepada jalinan hubungannya pada masa hadapan dan dalam aspek kehidupan
yang lain (Acer & Akgun, 2010). pertautan yang selamat antara guru dengan kanak-kanak
memberi kesan kepada perkembangan emosi kanak-kanak. Selain itu, pertatutan yang terbina
juga secara tidak langsung telah berupaya meningkatkan kebolehan sosial kanak-kanak,
membuatkan mereka mampu menerima cabaran, selain mengurangkan tingkah laku langsang
dan kurang tumpuan (attention deficits and hyperactivity) (ADHD), dan lain-lain tingkah laku
tidak bermoral (Bergin & Bergin, 2009). Sebaliknya, kanak-kanak yang mempunyai
pertautan positif, lebih berjaya dalam akademik, dan dalam aktivit-aktiviti lain di sekolah.

Menurut Bergin & Bergin (2009), guru adalah penentu kepada kejayaan kanak-kanak
di sekolah apabila guru mengambil berat tentang keperluaan kanak-kanak seperti bermesra,
menghormati dan percaya kepada mereka. Guru akan lebih mudah untuk membentuk
pertautan dengan kanak-kanak, khususnya kanak-kanak prasekolah dengan meluangkan masa
untuk bersama-sama dalam aktiviti- aktiviti yang membabitkan kanak-kanak. Oleh kerana
kanak-kanak prasekolah adalah masih muda dan berumur dari 4 hingga 6 tahun, mereka ini
masih memerlukan tempat selamat untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran di
prasekolah. Orang yang mereka harap dapat memberi kasih sayang tersebut ialah guru-guru
mereka.

8
5.0 RUMUSAN

Menurut Pipp & Haromon (1987),   perapatan merupakan sejenis hubungan emosi
yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti
sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi
bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya. Ikatan atau hubungan ini
adalah untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas,
keselamatan dan kasih sayang. Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka
masa yang penting membentuk ikatan (bond) atau perapatan antara bayi dengan penjaga. Dia
juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh
ibu atau penjaga kepada bayi. 

Sebagaimana yang telah diperjelasi dari awal pembahasan mengenai tugasan ini,
maka jelaslah bahawa pertautann amat penting bagi membentuk remaja atau individu yang
bersahsiah tinggi. Ia amat penting bagi mewujudkan individu yang mempunyai pemikiran
yang positif, berkeyakinan tinggi, hormat menghormati dan mempunyai akhlak yang baik.
Modul didikan keluarga amat baik bagi membantu masyarakat membentuk pertautan yang
baik dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang pertautan dengan anak
bagi mewujudkan generasi yang gemilang. Hal ini kerana pertautan ataupun hubungan kasih
sayang amat penting bagi pembentukan anak-anak yang baik. Kuih yang sedap selalunya
berasal dari resepi yang baik dan acuan yang cantik. Begitu juga di ibaratkan perhubungan
anak-anak dengan ibu bapa. 

9
RUJUKAN

Aroian, K.J, Templin, T.N., Hough, E.E., Ramaswamy, V. & Kata, A.J. (2010). A
longitudinal family-level model of Arab Muslim adolescent behaviour problems.
Youth Adolescence. doi:10.1007/s10964.010-9615-5.

Benson, P.L. (2002). Chapter 6: Adolescent development in social and community context : A
program of research. New Directions For Youth Development, 95.

Bradford & Lyddon, (1993). Dlm. Nelis, S.M & Rae, G. (2009). Brief Report : Peer
Attachment in Adolescence. Journal of Adolescence, 32, 443-447.
doi:10.1016/j.adolescence.2008.032006.

Cassidy (2008). Dlm. Flaherty, S.C., & Sadler , L.S. (2010). A review of attachement theory
in the context of adolescent parenthing. Journal of Pediatric Health Care.
doi:10.1016/j.pedhc.2010.02.005

Catalano, R.F., Berglund, M.L. Ryan, J.A.M. , Lonczak, H.S., & Hawkins, J.D. (2004).
Positive youth development in United States: Research findings on evaluations of
positive youth development programs. The ANNALS of the American Academy of
Political and Social Science, 591:98. doi:10.1177/000271603260102.

Crosnoe, R., Erickson, K.G. & Dornbusch, S.M. (2002). Protective functions of family
relationships and school factors on the deviant behaviour of adolescent boys and girls:
Reducing the impact of risky friendships. Youth Society, 33:515.
doi:10.1177/0044118x02033004002.

Flaherty, S.C., & Sadler , L.S. (2010). A review of attachment theory in the context of
adolescent parenting. Journal of Pediatric Health Care.
doi:10.1016/j.pedhc.2010.02.005

10
BAHAGIAN B
1.0 PENGENALAN
Pertautan adalah hubungan pertama dibentuk oleh manusia. Mereka cenderung
ditubuhkan pada peringkat awal dan amat dipengaruhi oleh interaksi antara bayi dan penjaga
utama mereka. Perkembangan emosi melibatkan kesedaran emosi seseorang. Bayi mudah
menunjukkan perasaan selepas kelahiran dan memperkembangkan emosi kepada yang lebih
rumit di sepanjang zaman kanak- kanaknya. Tidak cukup dengan itu, pertautan merupakan
hubungan yang melibatkan emosi mendalam dan ianya terbentuk diantara kanak-kanak
dengan seorang ataupun lebih orang dewasa yang menyatukan kanak-kanak dengan
penjaganya. Pertautan adalah perhubangan yang mendalam dan berkekalan yang wujud
antara kanak-kanak dan penjaga (penjaga, ahli keluarga atau anggota masyarakat) dalam
tahun-tahun awal kehidupan, terutamanya di antara kelahiran dan usia lima tahun.
Pertautan adalah hubungan bersama di mana naluri kanak-kanak menjurus kepada
penjaganya untuk mendapatkan perlindungan dan keselamatan, manakala naluri penjaga pula
adalah sentiasa ingin memupuk dan melindungi kanak-kanak di bawah jagaannya. Responsif
bersama ini, di mana penjaga memberi respon terhadap keperluan kanak-kanak dan kanak-
kanak pula respon terhadap jagaan penjaga, mewujudkan asas yang selamat untuk
perkembangan awal mereka. Keperluan asas bagi seorang bayi telah digambarkan secara
dramatik dalam kajian bayi yang mana ianya telah diinstitusikan tidak mempunyai penjaga
yang biasa. Hal ini demikian kerana, segelintir bayi biasanya telah gagal untuk mengalami
perkembangan dan kemudiannya meninggal dunia walaupun penjagaan fizikalnya berada
dalam keadaan yang baik. Pertautan menyumbang kepada kesan-kesan jangka panjang
terhadap perkembangan kanak-kanak. Ia mempengaruhi perkembangan awal otak, yang
memberi kesan ke atas kebolehan sepanjang hayat kanak-kanak seperti mengawal pemikiran,
perasaan dan tingkah laku.

Ia menyediakan ruang rasa selamat untuk kanak-kanak dan membolehkan mereka


untuk meneroka alam sekitar mereka, kembali ke orang dewasa ketika berada dalam
kesusahan. Kesan awal pertautan telah terbukti memberi kesan seumur hidup. Peratusan
tinggi bayi yang menghabiskan banyak masa pada peringkatawal. Terdapat kehidupan
mereka dalam institusi menjadi sama ada acuh tidak acuh secara sosial atau mendapat
„ketagihan kasih sayang‰, tidak pernah puas untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang
daripada sumber-sumber yang berleluasa.

11
2.0 PENERANGAN RINGKAS MENGENAI VIDEO

Berdasarkan penelitian saya kepada video yang bertajuk ‘’Attachment Aware in


Scchool’’ dan saya dapati bahawa masalah pertautan sememangnya seringkali menyerang
kanak-kanak sedari peringkat pra sekolah lagi. Berdasarkan kepada video ringkas itu,
masalah pertautan yang wujud dalam diri murid sebenarnya berlaku disebabkan situasi
dipersekitarannya terutamanya guru , rakan dan pihak sekolah itu sendiri. Jika dibiarkan
masalah pertautan dalam kalangan kanak-kanak akan menjadi lebih teruk bahkan ianya boleh
menjadi suatu masalah yang akan memberikan impak yang buruk pada masa akan datang.
Umum mengetahui bahawa, jumlah anak dan remaja yang semakin meningkat mempunyai
keperluan emosi dan tingkah laku yang melampau. Walaupun kanak-kanak dan orang muda
ini sukar untuk dijangkau, mereka memerlukan penjagaan dan penjagaan yang paling hebat.

Pada pendapat saya berdasarkan kepada apa yang saya lihat dalam video tersebut,
kanak-kanak yang pendiam biasanya menjadi begitu bukan kerana ianya adalah sifat
semulajadi mereka tetapi, persekitaran yang memaksa mereka untuk jadi pendiam. Dan
begitu juga apabila kanak-kanak tersebut mulai menunjukkan taring disekolah dengan
melakukan pelbagai bentuk masalah disiplin, bukan kerana merekka nakal atau sengaja
mencari masalah tetapi guru dan persekitaran seharusnya cakna akan asbab utama mengapa
murid berkelakuan sedemikian.

Jika kita rujuk kepada Teori Bowlby, kita akan dapat melihat bahawa pertautan ini
terbahagi kepada dua kategori dan Teori ini mengkategorikan sifat pertautan pertama kanak-
kanak sama ada selamat atau gelisah dan cuba untuk menggambarkan kesan daripada corak
pada tingkah laku dan hubungan berikutnya. Bowlby mentakrifkan „pertautan‰ sebagai
pertautan emosi dicirikan oleh kecenderungan untuk menjalinkan dan mengekalkan
keakraban dengan penjaga, terutamanya sewaktu keadaan tertekan.

Teori Bowlby mengatakan bahawa hubungan pertama anak dengan penjaga akan
mempunyai kesan yang mendalam terhadap perkembangan sepanjang hayat bayi. Keakraban
kepada penjaga memberikan kanak-kanak keselamatan secara psikologi. Oleh itu,
berdasarkan kepada video, jelas bahawa pengubahsuaian tingkah laku pertautan dan
represantasi mental seorang kanak-kanak boleh jadi ianya berpunca dari perubahan
perkembangan dan/atau perubahan dalam pengalaman, terutama dengan seorang lagi penjaga
yang lain. Jadi, apabila ianya melibatkan pertautan di sekolah, guru adalah asbab utama.

12
3.0 MASALAH PERTAUTAN DAN CARA MENGENALPASTI KANAK-KANAK
BERMASALAH PERTAUTAN

Alam sekolah rendah merupakan alam kedua untuk kanak-kanak bersekolah sekiranya
mereka pernah memasuki prasekolah. Ia merupakan pendedahan awal kanak-kanak dalam
aspek sosial. Dalam alam ini, kanak-kanak lebih suka kepada pembelajaran yang bersifat
aktiviti dan permainan berbanding dengan teori. Rakan-rakan sekolah memberikan pengaruh
besar terhadap sosial dan emosi murid dan boleh mempengaruhi kehidupannya pada masa
hadapan. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting dalam membimbing, menyokong dan
menggalakkan anak-anak berkembang menjadi individu yang bebas dan berupaya untuk
membuat pilihan terbaik dalam hidupnya. Ini kerana, ibu bapa merupakan model utama yang
menjadi contoh kepada anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan ibu bapa sewaktu kecil juga
banyak mempengaruhi cara sosial dan emosi anak-anak pada masa hadapan. Menurut Kenny
dan Rice (1995), murid yang mempunyai pertautan yang selamat dengan ibu bapa mereka
akan mempunyai konsep kendiri yang lebih jelas dan harga diri yang lebih tinggi.

Umum mengetahui bahawa pada tahap ini, murid-murid sekolah rendah dikatakan
mengalami tahap perkembangan yang normal dari segi intelek mahupun fizikal.
Walaubagaimanapun, keadaan persekitaran akan membentuk tingkah laku dan sifat-sifat
murid sama ada sifat yang positif atau sifat yang negatif. Kenakalan dan peristiwa yang
dialami di rumah seperti penderaan dan penggunaan bahasa yang kasar boleh menjejaskan
perkembangan sosial dan intelek mereka. Murid-murid yang mengalami masalah di dalam
keluarga biasanya akan mempengaruhi pergaulan sosial mereka di sekolah. Beberapa faktor
seperti kesibukan kedua ibu bapa, penceraian, lalai terhadap agama, terlalu dimanjakan atau
ibu bapa yang terlalu autokratik boleh dikaitkan dengan punca masalah kepada murid
berkenaan. Disebabkan oleh masalah masalah tersebut, secara tidak langsung akan
mewujudkan masalah pertautan dalam kalangan kanak-kanak semasa mereka berada di
sekolah.

Ada juga kanak-kanak yang mempunyai masalah pertautan jenis cemas atau
menghindar yang mana kanak-kanak dengan jenis pertautan ini seringkali menunjukkan
permusuhan, menolak kehadiran orang lain dan lebig suka bersifat halimunan dan tidak suka
berada dalam kelompok yang ramai. Kanak-kanak yang mempunyai masalah perrtautan jenis
ini biasanya kekurangan daya tahan diri serta kurang mampu mengekspresikan emosi
negative yang wujud dalam dirinya. Apa yang dia lakukan adalah menolak kehadiran orang
lain yang wujud di sekeliingnya dan sukka menyendiri.

13
Dalam masa yang sama, ada juga masalah pertautan yang jenis cemas dan menolak
dan biasanya 10% murid atau kanak-kanak akan menunjukkan masalah atau tingkah laku ini.
Hal ini demikian kerana, kanak-kanak tersebut mulai menunjukkan keengganan untuk
mengeksplorasi lingkungan dan lebih suka berhampiran dengan ibubapa dan dalam masa
yang sama suka menghindarkan diri dari orang lain yang tidak dia kenali. Jika dia berada
disekolah dan ditinggalkan oleh ibunya, dia seringkali berasa sedih dan menangis sehingga
sukkar ditenangkan walaupun oleh ibunya sendiri. Kanak-kanak jenis ini juga mampu
mengekspresikan emosi negatif namun dengan reaksi yang berlebihan.

Masalah pertautan timbul apabila kebergantungan terhadap orang yang rapat


dengannya amat tinggi dan keadaan ini telah menghasilkan kanak-kanak yang kurang
keyakinan diri, kurang berdikari serta dalam mmasa yang sama, seringkali mengharapkan
pertolongan daripada orang lain dan tidak mampu langsung untuk berdiri di atas kaki sendiri.
Kanak-kanak jenis ini juga mempunyai sikap tidak mudah mempercayai orang lain yang
tidak dia kenali walaupun dengan guru kelasnya sendiri. Mereka juga sukar untuk
memulakan hubungan sosial dan persahabatan. Sikap tidak mudah percaya kepada orang lain
yang tidak dikenali. Tidak mudah terpengaruh dengan perkara baru sama ada negatif atau
positif. Lebih memahami perasaan orang yang dekat dalam hidupnya.

Dalam isu dan permasalahan ini, guru adalah orang yang paling penting dan perlu
memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk mengenal pasti kanak-kanak
yang mempunyai masalah pertautan di sekolah. Cara pertama untuk mengenal pasti kanak-
kanak dengan masalah ini adalah melalui pemerhatian guru di dalam kelas. Guru seharusnya
cakna dan sentiasa memerhatikan murid yang agak pasif di dalam kelas, yang suka
menyendiri dan tidak suka mewujudkan komunikasi sosial dengan rakan yang lain. Tidak
cukup dengan itu, guru juga dapat mengenal pasti dengan cara melibatkan semua murid
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Biasanya, murid yang
mempunyai masalah pertautan akan menunjukkan reaksi yang pasif, negative, tidak mahu
memberikan kerjasama dan sebagainya. Realiti hari ini menunjukkan,kebanyakan guru terlalu
menekankan pencapaian akademik tanpa mempedulikan perasaan dan emosi kanak-kanak.
Sedangkan kejayaan kanak-kanak di sekolah berkait rapat dengan kesejahteraan emosi kanak-
kanak. Kesejahteraan emosi merupakan faktor kejayaan bagi kanak-kanak di sekolah dan
perapatan merupakan jalan untuk mendapatkan kesejahteraan emosi kanak-kanak (Bergin &
Bergin, 2009). Kanak-kanak menggunakan perapatan sebagai rasa selamat untuk menerokai
dunianya (Bergin &Bergin, 2009).

14
4.0 PERANAN GURU DALAM MENGENDALIKAN MASALAH PERTAUTAN DAN
TINDAKAN SUSULAN YANG BOLEH DIAMBIL

Menurut Bowlby (1988) cara membina emosi selamat dalam diri kanak-kanak ialah
dengan menyayangi mereka, menunjukkan kasih sayang, menyatakan bahawa mereka
disayangi meIaIui ucapan dan gerak geri, memberi perhatian dan sensitif kepada klu yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak yang ingin sesuatu bantuan dan perhatian. Sebahagian besar
daripada apa yang disebut ini dapat dihasilkan melalui hubungan intim dan perapatan di
antara orang dewasa dengan kanak-kanak tersebut. Rasa selamat ini boleh digambarkan
sebagai satu keadaan yang berkaitan dengan perasaan atau emosi dalaman seseorang kanak-
kanak terhadap orang lain atau persekitarannya. Perasaan rasa sayang, rasa selamat dan rasa
diri dilindungi adalah asas kepada keperluan manusia yang memberi kesan kepada
perkembangan psikologi seseorang (Sierra, 2012).

Rasa selamat merupakan satu perasaan yang timbul apabila berlaku penerimaan dan
kepercayaan kepada individu yang lain. Rasa selamat boleh terbentuk dalam diri seseorang
apabila berlaku perapatan (attachment) dan ikatan kasih sayang (bonding) dengan orang yang
dipercayai. Terdapat 10 perkara yang membuatkan kanak-kanak berasa selamat dari segi
emosi, iaitu (i) keperluan asasnya dipenuhi, (ii) merasa selamat dan yakin kerana ada tempat
untuk bergantung atau berlindung, (iii) merasa disayangi dan dipunyai, (iv) sentiasa
mendapat galakan pujian, (v) senyuman daripada orang-orang disekeliling, (vi) ada tempat
berbual dan bercakap, (vii) ada orang sudi mendengar, (viii) mendapat galakan untuk belajar
perkara baru, (xi) ada orang yang mengambil berat perasaannya, dan (x) diberi penghormatan
dan ganjaran (Levin & Carlsson-Paige, 2013).

Menurut Bee & Boyd (2004) lagi, perasaan selamat berbeza-beza bagi setiap
peringkat umur. Bagi orang dewasa, rasa selamat mungkin ditakrifkan dari segi kestabilan
kewangan, kerjaya dan keluarga. Bagi remaja, rasa selamat diterjemahkan dari segi
kebebasan membuat keputusan dan berkaitan identiti. Manakala bagi kanak-kanak, rasa
selamat adalah disebabkan adanya penerimaan, kepercayaan, autonomi, kasih sayang dan
kebebasan berdikari (independent) yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaganya. Atas dasar
itu, wujudlah persepsi bahawa adanya internal working model dalam diri kanak-kanak
(Bowlby, 1980 dalam Bretherton,1990; Collins & Read, 1994; Pietromonaco & Barrett,
2000; Johnson, Dweck & Chen, 2007) - yang menerangkan bahawa ibu bapa atau penjaga
adalah 'tempat selamat' (secure base) untuk kanak-kanak mendapat perlindungan, sebagai
tempat bergantung dan untuk mendapatkan kasih sayang dan keperluan asas.

15
Oleh itu, dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pertautan yang wujud dalam
kalangan kanak-kanak semasa di sekolah adalah, guru perlu memberikan khidmat kaunseling
kepada kanak-kanak yang betul-betul dikenal pasti mempunyai masalah pertautan yang
sangat teruk. Hal ini demikian kerana, kaunseling merupakan bidang perkhidmatan yang
semakin mendapat tempat di negara kita. Kaunseling dan kaunselor merupakan elemen yang
berkait rapat. Maka apabila dibicarakan mengenai kaunseling, ia secara langsung merujuk
kepada kaunselor. Kaunseling menurut Alexandra (1995) adalah suatu proses yang
melibatkan interaksi antara kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan
sulit dengan tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehingga resolusi yang
diambilnya itu membawa kebaikan kepada klien tersebut.

Suradi Salim (1996), mengatakan proses kaunseling membabitkan perhubungan


antara seseorang individu dengan individu yang lain bagi menyelesaikan suatu konflik yang
wujud atau pertentangan yang berlawan diselesaikan. Orang yang memberi pertolongan
dalam perhubungan tersebut ialah kaunselor yang mempunyai kelebihan pengajian dan
pengalaman. Kepentingan kaunseling telah banyak diakui oleh ramai pihak dan kepercayaan
dan harapan telah diberikan terhadap perkhidmatan kaunseling bagi menangani kemelut yang
timbul. Kepentingan kaunseling diper!rukuhkan lagi dengan pendapat David (2001) yang
mengatakan proses kaunseling ini berperanan mendidik serta membantu seseorang baik dari
segi masalah pelajaran mahupun sebaliknya. Mohd Salleh Lebar (1993) pula mengatakan
kaunseling didakwa berupaya membantu perkembangan dan pembinaan personaliti diri klien
ke arab yang lebih sihat.

16
5.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, kanak-kanak merasa selamat apabila berada dekat dengan


orang yang di sayangi dan dipercayainya. Apabila kanak-kanak merasa selamat, mereka tidak
takut untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti bermain, memberi pendapat, bersosial dan
berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang kemudiannya akan membentuk personaliti yang
positif dalam diri mereka. Menurut Erikson (1968, dalam Kamarulzaman, 2011), pengaruh
sosial dan budaya akan menentukan pembentukan personaliti seseorang pada masa hadapan.

Erikson menyatakan seseorang itu mempunyai lapan peringkat perkembangan dalam


kehidupannya. Setiap peringkat dipengaruhi oleh dua faktor yang bertentangan berdasarkan
layanan dan pengalaman yang diterimanya. Kejayaan di dalam sesuatu peringkat
membolehkan seseorang itu mencapai kejayaan di peringkat yang berikutnya. Demikian juga
bagi kanak-kanak; jika ia berjaya mencapai keperluan asasnya di peringkat bayi, misalnya ia
mendapat kasih sayang, kemesraan dan layanan baik daripada ibu bapa atau penjaganya, ia
berkemungkinan akan berjaya pada peringkat seterusnya iaitu pada usia kanak-kanak, remaja,
dewasa dan tua (Kamarulzaman, 2011)

Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa perapatan yang terbentuk dalam kalangan


kanak-kanak salah satunya adalah dengan guru mereka (Goossens & ljzendoorn, 1990 dan
Van ljzendoorn, Sagi & Lambermon, 1992, dalam MitchellCopeland, Denham & DeMulder,
1997). Apabila kanak-kanak terasa disayangi oleh guru, kanak-kanak akan menganggap guru
sebagai tempat selamat, mereka akan berjumpa guru jika bermasalah atau tertekan. Kanak-
kanak akan menganggap guru mereka sebagai 'tempat selamat', apabila guru mereka menjaga
mereka dengan rapi dan penuh kasih sayang (Demulder, et aI., 2000, dalam Cugmas, 2007).
Penyelidik-penyelidik terdahulu percaya bahawa hubungan guru dengan kanak-kanak yang
selamat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak sarna seperti mana perapatan selamat
antara ibu bapa dengan kanak-kanak (Beyazkurk & Kesner, 2005). Kesimpulannya, guru
adalah individu yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah
murid semasa di sekolah bahkan guru juga berupaya untuk menyelesaikan masalah pertautan
yang wujud dalam diri murid.

17
RUJUKAN

Denham, S., & Kochanoff, A. T. (2002). Parental contributions to preschoolersÊ


understanding of emotion. Marriage & Family Review, 34 (3/4).

Emde, R., & Sameroff, A. (1998). Relationship disturbances. New York: Basic Books.

Hunter, L. B. (1998). Images of resiliency: Troubled children create healing stories in the
language of sand play. Palm Beach, FL: Behavioral Communications Institute.

Jackson, B. (1991). Before reaching for the symbols dictionary. Journal of Sandplay
Therapy, 1, 55-60.

Kalff, D. M. (1980). Sand play: A psychotherapeutic approach to the psyche. Boston: Sigo
Press.

Kerns, K. A., & Tomich, P. L. (2000). Attachment-based assessments of parent child


relationships in middle childhood. Developmental Psychology, 36(5).

Lease, A. M., & Axelrod, J. L. (2001). Position in the peer groupÊs perceived organisational
structure: Relation to social status and friendship. Journal of Early Adolescence,
21(4).

Lewis, M, & Haviland-Jones, J.M. (2000). Handbook of emotions (2nd ed.). New York, NY:
Guilford Press.

Rosenberg, S. L., & McKeen, L. M. (1999). Positive peer groups reclaim rejected kids.
Education Digest, 65(4).

18

Anda mungkin juga menyukai