Anda di halaman 1dari 20

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


________________________________________________________________________
HBPE 1203
KECERGASAN FIZIKAL
SEPTEMBER 2014
________________________________________________________________________
TUGASAN
PENGUKURAN KOMPOSISI TUBUH BADAN
(1) MEMBUAT SATU PROSEDUR LENGKAP PENTADBIRAN UJIAN INDEKS
JISIM BADAN (IJB);
(2) MERANCANG

SATU

PROGRAM

UNTUK

HASIL

DAPATAN

YANG

DIPEROLEHI SAMA UNTUK PROGRAM KURANGKAN BERAT BADAN ATAU


PROGRAM KEKALKAN BERAT BADAN YANG UNGGUL; DAN
(3) MEMBERI PANDANGAN

TENTANG DAPATAN YANG KAUM WANITA

KURANG AKTIF SECARA FIZIKAL BERBANDING KAUM LELAKI (NATIONAL


HEALTH AND MORBISITY SURVEY, 2011)

NAMA

: MASTIZAH BT GOBIK

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH SARAWAK

KANDUNGAN
1

PENGENALAN
1.1 KONSEP PENGUKURAN KOMPOSISI TUBUH BADAN
1.2 MAKLUMAT DAN OBJEKTIF PENGUKURAN
KOMPOSISI TUBUH BADAN
1.3 FUNGSI UJIAN DAN PENGUKURAN
KOMPOSISI TUBUH BADAN

1
2
3

BATERI DAN PROEDUR UJIAN BAGI PENGUKURAN


KOMPOSISI TUBUH BADAN
2.1 UJIAN INDEKS JISIM BADAN (IJB)

PERANCANGAN PROGRAM MENGURANGKAN BERAT BADAN


3.1 DEFINISI OBESITI
3.2 PROGRAM MENGURANGKAN BERAT BADAN
KOMPOSISI TUBUH BADAN
3.2.1 CADANGAN PROGRAM LATIHAN SENAMAN UNTUK
MENGURANGKAN BERAT BADAN
3.2.2 CADANGAN PROGRAM PEMAKANAN UNTUK
MENGURANGKAN BERAT BADAN
3.2.3 BORANG UNTUK PROGRAM MENGURANGKAN
BERAT BADAN

9
9
9

10
13
14

PANDANGAN TENTANG DAPATAN YANG KAUM WANITA


KURANG AKTIF SECARA FIZIKAL BERBANDING KAUM LELAKI

15

KESIMPULAN

16

PERANAN GURU DAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU

17

1. PENGENALAN
Menurut Shaifol et. al. (2007) kecergasan fizikal murid dapat ditingkatkan melalui amalan dan
pengetahuan dalam Kurikulum Pendidikan Jasmani yang menyediakan murid ke arah
pembangunan modal insan yang sihat dan cergas. Perubahan tumpuan ini menurut Mansor et.
al. (2007) adalah disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang mengundang
peningkatan obesiti di kalangan masyarakat dunia. Obesiti menurut Mansor et. al. (2007) lagi
ini adalah merupakan penyebab pelbagai penyakit seperti hipertensi, penyakit jantung dan
diabetes jenis dua (Type II diabetes). Mansor et. al. (2007) menyatakan bagi mencapai hasrat
untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai penawar untuk pencegahan penyakit, maka aktiviti
fizikal yang menggunakan prinsip The Surgeons General (USDHHS, 1996) yang dikenali
sebagai FIT boleh digunakan sebagai panduan untuk meningkatkan komponen kecergasan
berlandaskan kesihatan.
Jadual 1: Formula Kecergasan
F = Frekuensi latihan (seberapa kerap mungkin atau setiap hari seminggu)
I = Intensiti sederhana
T= Tempoh (30 minit kumalatif)
Sumber: Mansor et. al. (2007)
Rajah 1: Komponen Kecergasan Berlandaskan Kesihatan

Sumber: Nordin et.al. (1996) (1996)

Pengukuran komposiri tubuh badan dijadikan sebagai isu untuk difahami oleh pelajar kursus
ini dalam meningkatkan kefahaman mengenai pengukuran komposisi badan sebagai salah satu
komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu dari sudut seperti; latar belakang fungsi dan
prosedur-prosedur yang terlibat (Martens., 2012)
.

1.1 KONSEP PENGUKURAN KOMPOSISI TUBUH BADAN


Pengukuran komposisi tubuh badan melibatkan pengukuran komponen bahagian yang
berlemak di dalam tubuh badan manusia sahaja (Borhan Yusof et al., 2012) . Menurut
Sharkey et. al. (2007) komposisi badan merujuk kepada jumlah relatif berat lemak dan
tanpa lemak. Walaupun berat badan tanpa lemak (berat badan tolak berat lemak) adalah
tidak berubah dengan latihan aerobik, kehilangan besar tisu lemak adalah dijangkakan.
Salah satu kesan terbaik yang telah didokumentasikan mengenai keberkesanan latihan
menurut Sharkey et. al. (2007) ialah latihan yang efektif dapat menghilangkan lemak
yang tidak diingini.
Martens et. al. (2007) menyatakan lemak badan yang rendah dan jisim otot yang tinggi
dapat membantu meningkatkan prestasi atlet dengan lebih baik dalam kebanyakan
sukan. Tetapi jika terlalu banyak lemak atau terlalu sedikit akan menjejaskan prestasi
sukan dan boleh membahayakan kesihatan atlet anda. Oleh yang demikian, menurut
Martens (2012) tindakan mengukur lemak badan dan mencadangkan satu program
senaman, dapat membantu atlet mencapai peratusan optimum lemak badan. Nordin
et.al. (1996) berpendapat individu yang cergas mempunyai kandungan lemak yang
rendah, sesuai dengan berat badan dan ketinggian.
Walau bagaimanapun menurut Nordin et.al (1996) lagi berat badan tidak
menggambarkan tahap komposisi badan individu kerana terdapat individu yang
mempunyai berat badan yang berlebihan mungkin disebabkan oleh peratusan berat
tulang yang tinggi atau mempunyai otot yang pejal. Menurut Sharkey et. al. (2007)
penyelidik menggunakan beberapa ujian seperti; (1) ujian indeks jisim badan (IJB)
dengan membandingkan berat badan dengan ketinggian individu; (2) ujian lipatan kulit
(skin-fold caliper) untuk mengukur ketebalan lipatan kulit menggunakan angkup
kaliper untuk mengukur peratus lemak badan; dan (3) ujian menimbang badan di
dalam air (Hydrostatic Weighing).

1.2 BERIKUT

ADALAH

MATLAMAT

DAN

OBJEKTIF

PENGUKURAN

KOMPOSISI TUBUH BADAN


Antara matlamat dan objektif perlaksanaan pengesanan status komposisi badan adalah
seperti berikut;
1.2.1

Satu stimulasi penting untuk mengetahui jumlah lemak yang ada pada badan
dan berat badan yang unggul sekiranya didapati peratus lemak yang ada pada
badan itu sesuai (Borhan et al., 2012).

1.2.2

Membantu generasi sekarang dalam pendidikan berkaitan masalah kegemukan


dan cara untuk mengatasinya. Dengan mengurangkan kadar obesiti dalam
kalangan masyarakat, kita akan mendapat kesan yang positif pada masa
hadapan. (Borhan et. al., 2012).

1.2.3

Mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung,


hipertensi serta penyakit tulang dan otot. Kajian yang dibuat oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan
aktiviti aktif dan menghadapi penyakit kronik dan penyakit yang tidak
berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis, dan tekanan darah tinggi
(Noncommunicable Disease Section-Disease Control Diversioon, 2006; dalam
Shaifol et.al. 2011).

1.3 FUNGSI UJIAN DAN PENGUKURAN KOMPOSISI TUBUH BADAN


Borhan et.al. (2011) menyatakan fungsi ujian dan pengukuran komposisi tubuh badan
adalah seperti berikut;
1.3.1

Memperkembangkan kecergasan fizikal yang sempuna untuk semua orang.

1.3.2

Memantau perkembangan pembangunan otot-otot dan jumlah lemak badan


yang hilang hasil daripada bersenam;

1.3.3

Menggambarkan perubahan yang berlaku pada tubuh badan berpunca daripada


pertumbuhan ubuh badan, pembangunan tubuh badan, kematangan dan factor
usia; dan

1.3.4

Sebagai satu alat meningkatkan prestasi atlet.

2. BATERI DAN PROSEDUR UJIAN BAGI PENGUKURAN KOMPOSISI TUBUH


BADAN
Menurut Rainer Martens (2012) kaedah dalam ujian dan pengukuran komposisi tubuh badan
adalah praktikal dan terdapat 3 teknik yang digunakan untuk mengukur tahap lemak badan
yang sering digunakan ialah; (1) ujian indeks jisim badan (IJB) dengan membandingkan
berat badan dengan ketinggian individu; (2) ujian lipatan kulit (skin-fold caliper) untuk
mengukur ketebalan lipatan kulit menggunakan angkup kaliper untuk mengukur peratus lemak
badan; dan (3) ujian menimbang badan di dalam air (Hydrostatic Weighing).
2.2 UJIAN INDEKS JISIM BADAN (IJB)
Indeks jisim badan merupakan satu ukuran yang memberi gambaran kepada komposisi
badan seseorang individu dengan membandingkan berat badan dengan ketinggian
individu yang merujuk kepada peratus berat badan yang mengandungi lemak
berbanding dengan tisu badan yang lain seperti tulang dan otot (Sharkey et.al., 2007).
Dalam tugasan ini pelajar kursus diminta menggunakan 10 orang murid sebagai subjek
untuk melaksanakan ujian indeks badan (IJB) dengan menggunakan prosedur yang
dinyatakan dalam

buku

penilaian

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

(SEGAK) (Perkembangan Kurikulum, 2006).


Prosedur Ujian
Nama Ujian

: Indeks jisim badan

Objektif

: Mengetahui klasifikasi kandungan lemak dalam badan

Alatan dan kemudahan:


1. Pengukur tinggi

2. Penimbang berat

3. Borang skor komposisi badan

Tahap:
Murid Tahun 6 (10 orang)
Jantina:
Lelaki dan Perempuan (5 lelaki dan 5 perempuan)
Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:
1. Pengukuran berat badan: Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran
kilogram:
(a)

Berdiri tegak di atas mesin penimbang (tanpa kasut);

(b)

Mata pandang ke hadapan;

(c)

Berat badan di atas kedua-dua kaki; dan

(d)

Bacaan diambil pada unit kg.

Perlaksanan proses pengambilan pengukuran berat

2. Pengukuran ketinggian: Murid dikehendaki mengukur ketinggian dalam meter.


(a) Berdiri tegak dan mata pandang ke hadapan;
(b) Bahagian belakang badan sentuh rod pengukur atau dinding; dan
(c) Pelaras ukuran menekan rambut pada kepala. Bacaan diambil pada unit
meter.

Perlaksanan proses pengambilan


pengukuran ketinggian

3. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:


Indeks Jisim Badan =

Bil
Murid

Berat

Tinggi

Murid 1

29

1.3

Murid 2

25

1.32

Murid 3

30

1.54

Murid 4

31

1.31

Murid 5

42

1.47

Murid 6

49

1.46

Murid 7

40

1.4

Murid 8

30

1.43

Murid 9

28

1.35

Murid 10

45

1.57

Berat badan (kg)


Tinggi (m) x Tinggi (m)

Prosedur Pengiraan IJB

BMI

Catatan

IJB =

29
= 29 = 17.16
1.3 X 1.3 1.69

17.16

Normal

IJB =

25
= 25 = 14.37
1.32 X 1.32 1.74

14.37

Normal

IJB =

30
= 30 = 12.66
1.54 X 1.54 2.37

12.66

Kurang Berat

IJB =

31
= 31 = 18.02
1.31 X 1.31 1.72

18.02

Normal

IJB =

42
= 42 = 19.44
1.47 X 1.47 2.16

19.44

Berat Berlebihan

IJB =

49
= 49 = 23
1.46 X 1.46 2.13

23

Berat Berlebihan

IJB =

40
= 40 = 20.41
1.4 X 1.4 1.96

20.41

Berat Berlebihan

IJB =

30
= 30 = 14.71
1.43 X 1.43 2.04

14.71

Normal

IJB =

28
= 28 = 15.39
1.35 X 1.35 1.82

15.39

Normal

IJB =

45
= 45 = 18.29
1.57 X 1.57 2.46

18.29

Normal

4. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.


Lelaki
Umur (Tahun)
9
10
11
12
13
14
15
16
17

Kurang berat
<14.0
<14.2
<14.6
<15.0
<15.4
<16.0
<16.6
<17.2
<17.8

Normal
14.0 - 18.6
14.2 - 19.4
14.6 - 20.2
15.0 - 21.0
15.4 - 21.8
16.0 - 22.6
16.6 - 23.4
17.2 - 24.2
17.8 - 24.8

Berisiko Berat Berlebihan


>18.6 - 21.0
>19.4 - 22.2
>20.2 - 23.2
>21.0 - 24.2
>21.8 - 25.2
>22.6 - 26.0
>23.4 - 26.8
>24.2 - 27.6
>24.8 - 28.2

Berat berlebihan
>21.0
>22.2
>23.2
>24.2
>25.2
>26.0
>26.8
>27.6
>28.2

Kurang berat
<14.8
<14.0
<14.4
<14.8
<15.3
<15.8
<16.3
<16.8
<17.3

Normal
14.8 - 19.2
14.0 - 19.9
14.4 - 20.8
14.8 - 21.6
15.3 - 22.5
15.8 - 23.2
16.3 - 24.0
16.8 - 24.5
17.3 - 25.2

Berisiko Berat Berlebihan


>19.2 - 21.8
>19.9 - 22.9
>20.8 - 24.0
>21.6 - 25.2
>22.5 - 26.2
>23.2 - 27.2
>24.0 - 28.0
>24.5 - 28.8
>25.2 - 29.6

Berat berlebihan
>21.8
>22.9
>24.0
>25.2
>26.2
>27.2
>28.0
>28.8
>29.6

Perempuan
Umur (Tahun)
9
10
11
12
13
14
15
16
17

(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
Jadual di bawah menunjukkan dapatan daripada pengiraan IJB yang telah dilakukan.

3. PERANCANGAN PROGRAM MENGURANGKAN BERAT BADAN

Berdasarkan dapatan yang diperolehi melalui IJB yang telah dilakukan, didapati 3 orang
pelajar berada pada tahap obes. Oleh yang demikian satu program telah dirancang bagi
mengurangkan berat badan mereka.
3.1 DEFINISI OBESITI
Baechle et. al. (2008) mengatakan obesiti merupakan satu sindrom yang berkaitan
dengan gangguan makan "gangguan pesta minum-dan-makan" (binge eating
disorders). Menurut Baechle et. al. (2008) dianggarkan kira-kira 30% daripada mereka
obes yang teruk mengalami gangguan pesta-makan, iaitu kelakuan mengambil
sejumlah besar minumn dan makanan. Baechle et. al. (2008) juga mengatakan obesiti
menimbulkan masalah serius kesihatan seperti meningkatkan risiko hiperlipidemia
(tinggi lemak darah), penyakit jantung koronari, strok, darah tinggi, intolerence
glukosa, diabetes jenis 2, penyakit pundi hempedu, osteoartritis, apnea tidur, dan
beberapa jenis kanser. Obesiti adalah, keadaan multifactorial kompleks dengan genetik,
fisiologi, metabolisme, sosial, budaya, alam sekitar, dan komponen psikologi (Baechle
et. al., 2008)
3.2 PROGRAM MENGURANGKAN BERAT BADAN
Berikut adalah pernyataan Sharkey et.al. (2007) bagaimana untuk merancang program
kawalan berat badan dan program itu hendaklah mengandungi kedua-dua latihan
aerobik dan latihan kecergasan otot. Menurut Sharkey et.al. (2007) lagi penetapan
kecergasan aerobik untuk menurunkan berat badan atau kawalan berat badan
memaksimumkan perbelanjaan kalori (jangka masa) dengan mengurangkan intensiti
senaman. Selain itu juga Sharkey et.al. (2007) menyatakan program yang dirancang
harus melanjutkan jangka masa senaman untuk meningkatkan pembakaran kalori, dan
perlu meningkatkan kedua-dua tempoh kekerapan senaman untuk mencapai faedah
yang maksimum daripada senaman. Oleh itu juga jika preskripsi kecergasan anda
mencadangkan 100 hingga 200 kalori senaman beberapa hari setiap minggu, Sharkey
et.al. (2007) mencadangkan kita perlu mencuba untuk bekerja di pinggir rendah zon
latihan (intensiti) dan meningkatkan pembakaran kalori (tempoh). Juga meningkatkan
kekerapan untuk setiap hari atau dua kali sehari, jika mungkin, dan menambah kegiatan

10

tambahan. Selain itu, lemak hilang, dan sekatan (diet) program kalori menyediakan
kelebihan dalam penggunaan lemak, serta kehilangan lemak dan pembakaran kalori,
walaupun pada individu gemuk (Kempen et.al., 1995).
3.2.1

Cadangan Program Latihan Senaman Untuk Mengurangkan Berat


Badan
Berikut adalah cadangan aktiviti yang berbentuk senaman dalam program
mengurangkan berat badan yang diambil dari laman yang beralamat seperti
berikut;

http://www.fitday.com/fitness-articles/fitness/exercises/lose-weight-

in-8-a-sample-8-week-workout-schedule.html#b/retrieved21October2014.
MINGGU 1-4
Permulaan pelan senaman ini akan memberi tumpuan kepada memecahkan
lemak, membina otot tanpa lemak dan meningkatkan daya tahan anda.
Isnin: Toning dan Cardio
5 minit memanaskan badan pada peralatan kardiovaskular pilihan anda
10 minit senaman kardio. Pada skala 1 hingga 10 dalam pengerahan
tenaga dilihat, bertujuan untuk tahap intensiti 6. Ini menyebabkan
pernafasan perlu diusahakan untuk ditingkatkan sedikit, tetapi anda
mampu mengekalkan rentak ini untuk beberapa waktu.
5 minit sejuk-down
set keriting bicep
set pulldowns tricep dengan tali
set pulldowns sisi pada mesin kabel
set depan menimbulkan dengan dumbbells
Selasa: Berhenti rehat

Rabu: Cardio dan Teras


5 minit memanaskan badan pada peralatan kardiovaskular pilihan anda

11

set latihan papan. Pegang setiap selama 30 hingga 60 saat.


set crunches pada bola kestabilan
set crunches basikal
10 minit latihan jeda ke atas peralatan kardiovaskular pilihan anda
minit sejuk-down
Khamis: Off
Jumaat: Cardio dan Badan Rendah
5 minit memanaskan badan pada peralatan kardiovaskular pilihan anda
set lunges dengan dumbbells
set squats ke kestabilan bola
set keriting kaki pada mesin
10 minit jogging atas treadmill
minit sejuk-down
Sabtu: 30 minit berjalan pantas
Ahad: Berhenti rehat
MINGGU 5-8
Untuk segmen seterusnya pelan senaman ini, menjangka untuk meningkatkan
latihan kardiovaskular dan latihan kekuatan anda.
Isnin: Toning dan Cardio
5 minit memanaskan badan pada peralatan kardiovaskular pilihan anda
20 minit senaman kardio. Pada skala 1 hingga 10 dalam pengerahan
tenaga dilihat, bertujuan untuk tahap intensiti 7. Ini menyebabkan
pernafasan ditingkatkan untuk membanting tulang dan perasaan yang
pasti menyebabkan keletihan.
5 minit sejuk-down
set keriting bicep pada mesin kabel
set akhbar cenderung halter
set sogokan tricep di sebuah bangku
set pulldowns sisi pada mesin kabel

12

set sisi menimbulkan dengan dumbbells


Selasa: Berhenti rehat
Rabu: Cardio dan Teras
5 minit memanaskan badan pada peralatan kardiovaskular pilihan anda
20 minit selang: 90 saat pada tahap 9 dilihat dalam pengerahan tenaga
dan diikuti oleh 30 saat pada Tahap 3 dilihat. dalam pengerahan tenaga
(Ulang 10 kali).
5 minit sejuk-down
Set latihan papan. Pegang setiap selama 60 saat
Set latihan papan sampingan. Tukar-dua pihak untuk menyelesaikan satu
set
Set kaki lurus diangkat ke atas sebuah bangku
Khamis: 20 minit ke atas peralatan kardiovaskular pilihan anda
Jumaat: Cardio dan Badan Rendah
5 minit memanaskan badan pada peralatan kardiovaskular pilihan anda
10 minit jogging atas treadmill
5 minit sejuk-down
set lunges dengan dumbbells
set squats dengan dumbbells
set anak lembu menimbulkan duduk dengan dumbbells
set lunges sampingan dengan dumbbells
Sabtu: 20 minit pada basikal pegun
Ahad: Off

13

Bagi setiap senaman, bertujuan untuk melengkapkan 10 hingga 12 ulangan


setiap set. Apabila memilih dumbbells untuk latihan anda, pilih sepasang
dumbbell di mana otot anda mencapai keletihan dengan pengulangan terakhir
setiap

set.

(http://www.fitday.com/fitness-articles/fitness/exercises/lose-

weight-in-8-a-sample-8-week-workoutschedulehtml#b/retrieved21Oct2014.
Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;
Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
Berjalan-jalan, berkebun.
Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
3.2.2

Cadangan Program Pemakanan Untuk Mengurangkan Berat Badan


Sharkey et.al. (2006) menyatakan terdapat beberapa mereka yang berfikir
bahawa diet bermakna mengelakkan makanan, terutamanya sarapan.
Melewatkan makan adalah perkara yang paling jangan dilakukan, ini adalah
kerana beberapa sebab. Menurut Sharkey et.al. (2006) antara sebab sarapan
mesti diambil adalah kerana; (1) Orang yang bekerja lebih baik apabila
bersarapan; (2) apabila anda mengelakkan makan, kita akan menjadi lemah
dan lapar dan lebih cenderung untuk makan apa sahaja. Cara yang paling
mudah

untuk

mengurangkan

kalori

waktu

makan

adalah

dengan

mengurangkan saiz dan bilangan anda menambah. Gunakan pinggan yang


lebih kecil dan isi sekali sahaja. Elakkan dengan menambah kali kedua,
kecuali untuk salad atau sayur-sayuran; dan (3) semestinya elakkan
mengambil pencuci mulut yang tinggi kalori, topping, kuah, dan sos.

14

Berikut adalah cadangan enam hidangan kalori rendah yang dicadangkan oleh
Sharkey et.al. (2006) .
KALORI RENDAH RANCANGAN ENAM HIDANGAN
Menu

Jenis Makanan

Sarapan

Telur atau keju


Buah-buahan
Keping roti gandum
Kopi atau teh

Minum Pagi

Buah-buahan segar atau kering


Susu (rendah lemak)

Makan Tengah Hari

Daging, ikan, ayam, atau sandwich


Susu, buah-buahan, atau jus sayur-sayuran

Minum Petang

Sup, buah-buahan, dan salad

Makan Malam

Daging, ikan, ayam, atau keju


Kentang, beras, kacang, jagung, atau gandum
produk bijirin
Buah-buahan segar
Sayur-sayuran, termasuk berdaun hijau
Kopi atau teh

Makan Malam
3.2.3

Buah-buahan dan yogurt rendah lemak

Borang Untuk Program Mengurangkan Berat Badan


Berikut adalah dua jenis contoh borang yang dicadangkan oleh Sharkey et.al.
(2006) untuk mencatat secara kognitif mengenai pandangan anda terhadap log
makanan harian dan jadual pengukuhan program kurangkan berat badan.

3.2.3.1

Borang Tambahan Secara Kognitif untuk Log Makanan Harian

15

3.2.3.2

Borang Jadual Pengukuhan Program Kurangkan Berat Badan.

4. PANDANGAN

TENTANG DAPATAN YANG KAUM WANITA KURANG AKTIF

SECRA FIZIKAL BERBANDING KAUM LELAKI (NATIONAL HEALTH AND


MORBISITY SURVEY, 2011)
Penemuan tentang penglibatan aktif secara fizikal antara jantina adalah konsisten dengan yang
Scheerder et al (2005). Downward et.al. (2007) dan Wicker et al (2009).

Kajian yang

dilakukan oleh Scheerder et al (2005) dan Downward (2007) didapati menunjukkan bahawa
lelaki lebih cenderung untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal berbanding
perempuan. Wicker et al (2009) menyokong penemuan ini dengan menggunakan data kajian di
Stuttgart (Jerman). Ini mungkin boleh dikaitkan dengan peranan tradisional jantina kerana
wanita mempunyai ciri semulajadi yang berperanan dalam penjagaan keluarga, selain itu juga
wanita didapati lebih cenderung untuk memperuntukkan lebih banyak masa untuk aktiviti
rumah daripada masa percutiannya yang melibatkan aktiviti fizikal (Cheah, 2011). Davis et al
(2011), menyatakan lelaki kerap melakukan pengembaraan yang berkait rapat dengan tahap
yang tinggi dengan aktiviti fizikal. Oleh kerana semasa dalam aktiviti perjalanan tersebut akan
melibatkan tugas-tugas harian yang melibatkan aktiviti secara fizikal yang lebih aktif

16

dilakukan oleh lelaki berbanding wanita (Davis et al, 2011). Oleh itu, pembuat dasar awam
perlu memberi perhatian yang lebih kepada wanita daripada lelaki seperti penyediaan program
kecergasan yang disiarkan dalam televisyen sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan
wanita kekal aktif secara fizikal walaupun tanpa menyertai pusat kecergasan atau pergi ke
taman rekreasi (Cheah, 2011)
5. KESIMPULAN
Berdasarkan tugasan ini didapati dapat membantu pelajar untuk membuat pengumpulan bahan
yang berpandukan prosedur untuk membuat pengukuran komposisi badan dengan betul. Selain
itu, juga pelajar dapat melakukan pengiraan secara manual dan merancang program yang
sesuai berdasarkan dapatan yang diperolehi.
(Jumlah perkataan 3140)

RUJUKAN

17

Baechle T. R. and Earle R. E. (2008) Essential of Strength Training and Conditioning: National
Strength and Conditioning Association (3rd ed.). Human Kinetics: Champaign, United
States.
Borhan Yusof, Mohamed @ Nohd Sadek Musaffa dan Hasbullah Ismail (2002) HBPE2203: Ujian.
Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Open University Malaysia: Seri
Kembangan.
Cheah Y.K. (2011) Influence of socio-demographic factors on physical activity participation in a
sample of adults in Penang, Malaysia. Mal J Nutr. 17(3):385391.
Davis M.G., Fox K.R., Hillsdon M. (2011) Getting out and about in older adults: the nature of daily
trips and their association with objectively assessed physical activity. Int J Behav Nutr Phys
Act. 21;8:116.
Downward P. (2007) Exploring the economic choice to participate in sport: results from the 2002
General Household Survey. Int Rev Appl Econ. 21(5):633653.
Jas Laile Suzana Jaafar. (1996). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mansor Fadzil dan Widad Othman (2007) HBEF1203: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Open
University Malaysia: Seri Kembangan.
Martens R. (2012) Successful Coaching:The most authoritative guide on coaching principles (4th
ed.) Human Kinetics: Champaign, United States.
Mohd Taib Harun. Norlena Salamuddin, Norkhalid Salimin, Yusof Ahmad dan Zolkifli Abd Ghani
(2012) HBPE1203: Kecergasan. Fizikal. Open University Malaysia: Seri Kembangan.
Mohd Sani Madon Modul Pembelajaran PJJ UPSI https://www.scribd.com/doc/181166379/ModulKesihatan-Dan-Kesejahteraan/retrieved21oct2014
Nordin Darus & Roziah Omar (1996) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM: Tingkatan 4 & 5
Jilid 1. Citra Publishing Sdn. Bhd.: Selangor.
Scheerder J., Vanreusel B., Taks M.(2005) Stratification patterns of active sport involvement
among adults. Int Rev Sociol Sports.40(2):139162.
Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan, Hasnul Faizal Hushin Amri, Sanmuga Nathan A/L
K. Jeganathan dan Yusop Ahmad (2011) HBPE1103: Pengenalan Pendidikan Jasmani.
Open University Malaysia: Seri Kembangan.
Sharkey B. J. and Gaskill S. E. (2007) Fitness and Health: Your complete guide to; Aerobic
Fitness, Muscular Fitness, Nutrien, Weight Control (6th Ed.). Human Kinetics: Champaign,
United States.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2006) Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK) Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur.

18

Wicker P., Breuer C., Pawlowski T. (2009) Promoting sport for all to age-specific target groups: the
impact of sport infrastructure. Europ Sport Manage Q. 9(2):103118.
Lose Weight in 8: A Sample 8 Week Workout Schedule http://www.fitday.com/fitnessarticles/fitness/exercises/lose-weight-in-8-a-sample-8-week-workout-schedule.html#b/
retrieved21October2014

Anda mungkin juga menyukai