Anda di halaman 1dari 46

8.

3) Menahan bola

Menahan bola dilakukan untuk mengawal bola yang datang

dari pelbagai arah. Bola yang ditahan dengan betul

membolehkan kamu bertindak sama ada untuk

membuat hantaran, mengelecek atau menjaringkan gol.

Cara memegang kayu semasa menahan bola

adalah sama sepeti memegang kayu semasa, membuat tolakan.

8.3.1) Mekanik menahan bola

a) Menahan bola dari arah hadapan

Pastikan badan berada di hadapan bola dan

selari dengan arah bola.

Kayu menegak dengan kepalanya rapat pada

permukaan Padang untuk mendapat kawasan

menahan yang luas.

Perhatikan bola sehingga ia ditahan.

Pegangan tangan kanak dilonggarkan dan

tangan kiri ke depan supaya kayu hoki

dicondongkan untuk mengawal dan

menghentikan bola.
Sentiasa perhatikan bola sehingga ia sentuh

kayu hoki.

Kedua dua kaki menghala kea rah bola yang

hendak ditahan dan pemain bersedia untuk

membuat satu hantaran atau pergerakan.

b) Menahan bola dari kanan

Pegangan

-Pegangan berjarak seperti untuk

menggelecek.

Mata

-Memandangkan bola yang datang ke arah anda.

Badan

-Badan dibongkokkan dan berpusing ke kanan

untuk memandang arah dari mana bola akan

dihantar. Lutut dibengkok dan badan dibongkokkan

rendah.

Kayu hoki

-Kepala kayu hoki diletakkan di sebelah kaki kanan.

Blade kayu menghadap bola dan dicondongkan ke

tanah.
c) Menahan bola dari kiri

Pegangan

-Seperti untuk menggelecek.

Mata

-Memandangkan bola yang datang ke arah anda.

Kayu hoki

-Bergerak ke arah bola untuk menemui bola hoki

dengan kayu anda. Kepala hoki berada di tanah di

sebelah kaki kanan. Bola melintasi badan dan dan

ditahan di hadapan kaki kanan. Pada masa bola

menyentuh kayu hoki, tukar posisi anda supaya anda

berada di belakang bola dan bersedia untuk tindakan

selanjutnya.

Badan
-Memutar badan untuk menggerakkan bahu kiri
supaya menghadap ke arah bola. Lutut dibenkok dan
badan bongkok dengan rendah.

d) Menahan bola dari belakang sebelah kanan

Pegangan

-Gunakan pegangan untuk menggelecek.

Badan
-Kaki menunjuk kepada gol penyerang. Lutut

dibengkok dan posisi badan dikekalkan

rendah. Kepala dipalingkan memandang atas bahu

kanan.

Posisi kayu

-Kayu dipegang di hadapan kaki kanan dengan

posisi kayu bertentangan. Maka (blade) kayu

menghadap bola dan dicondongkan ke tanah

membentuk ruang baji (wedge shape space) dan

kayu hoki dipegang dengan sudut 45 darjah ke

tanah.

-Selepas bola ditahan, mata kayu hoki digerakkan

ke belakang bola, kemudian menolak bola ke

hadapan dan menggeleceknya

8.3.2) Ansur maju bagi kemahiran menahan bola

a). X akan menolak bola kepada Y untuk menyerkap.

Kemudian Y akan menolak bola kepada X pula untuk

menyerkap.aktiviti ini diulang beberapa kali.

X Y

b). C meleretkan bola kepada D untuk menyerkapnya

di hadapan, kanan dan kiri. D akan

menolaknya pula kepada C untuk

menyerkap.Kemudian D

pula akan menolak bola kepada C ke

hadapan,kanan dan kiri untuk

menyerkapnya.

c). X menolak bola jauh kepada Y dan kemudian


akan menyerkapnya di Y1. Y pula akan
menolak jauh untuk diserkap oleh X di X1.
Ulang aktiviti ini beberapa kali.
YY

X X1

d). X akan menolak bola dan Y akan menyerkap bola

tersebut. Y pula menolak kepada V untuk

menyerkapnya. V menolaknya pula kepada

X. Ulang aktiviti ini dan kemudian tukar arah.

X

V Y

8.3.3) Permainan kecil bagi kemahiran menahan bola

Nama permainan : Pukulan berganti-ganti dan


menahan
Bilangan pemain: 4 orang
Masa permainan: 5 minit
Kawasan: padang
Prosedur permainan :

Jarak antara pemain ialah 20 ela. A pukul ke

B dan terus lari ke sebelah garisan B. B

menahan bola itu dan memukul ke C. C menahan

dan memukul ke D. D menahan dan membuat pukulan

ke B dan seterusnya. Keempat-empat pemain

berganti-ganti secara berterusan untuk

membuat pukulan dan menahan bola.


8.4) Mengelecek bola

Mengelecek bola boleh dilakukan dengan berkesan

apabila hujung kayu sentiasa hamper dengan bola. Bagi

pemain sederhana, ia menggunakan hanya sepuluh peratus

sahaja masa untuk bersentuhan dengan bola dan lagi

kurang daripada masa sebernarnya untuk bergerak dengan

bola. Mengelecek dilakukan untuk menewaskan pemain

lawan. Apabila kamu boleh mengelakkan kawalan pihak

lawan secara mengelecek, kamu mempunyai ruang dan

keadaan yang lebih baik untuk bertindak meneruskan

permainan.

Terdapat tiga cara mengelecek bola:

8.4.1) Mengelecek rapat

8.4.2) Mengelecek longgar

8.4.3) Mengelecek India


8.4.1) Mekanik mengelecek rapat

Kawalan rapat ke atas bola dapat dikekalkan dengan

membawanya rapat dengan kayu. Kemahiran

ini perlu untuk mengekalkan kawalan yang kuat, serta

merta dan berterusan ke atas bola di mana

kawasannya terhad dan juga untuk membawa bola

mengelilingi lawan.

Pegangan Tangan kiri di hujung kayu hoki

dengan belakang tangan

menghadap ke luar, siku dan

pergelangan tangan kiri

menghadap ke hadapan. Tangan

kanan memegang tengah kayu hoki

dengan tapak tangan menghadap ke

luar. Longgarkan sedikit pegangan

tangan kanan bagi memudahkan kayu

hoki untuk digerakkan

Badan Bongkok sedikit serta lutut dibengkokkan.

Mata Sentiasa memandang bola dan memandang

sekilas untuk memastikan ke mana

pemain - pemain akan bergerak dan

untuk mengkaji
situasi padang apabila bola di dalam kawalan

yang baik.

Bola - Harus berada ke kanan dan di hadapan kaki


kanan serta menyentuh kayu hoki

8.4.2) Mekanik Menggelecek longgar

Kemahiran menggelecek ini (open/dribble) digunakan

apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan

cepat.

Pegangan Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan

belakang tangan menghadap ke luar, siku

dan pergelangan tangan kiri menghadap ke

hadapan. Tangan kanan memegang tengah

kayu hoki dengan tapak tangan menghadap

ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan

kanan.

Badan Bongkok sedikit serta lutut dibengkokkan.


Bola Bola hoki harus berada di sebelah kanan dan di

hadapan kaki kanan. Bola tdak harus terlalu jauh

sehingga tidak dapat dikawal atau terlalu dekat

sehingga manghalang pergerakkan dan

mengehadkan penghihatan. Bola digerakkan ke

hadapan dengan ketukan dilakukan oleh tangan

kanan. Kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang

45 darjah ke tanah

Mata Memegang bola pada masa membuat

tolakkan. Pandang kehadapan dengan

serta merta selepas melakukan tolakkan

untuk mengkaji situasi permainan

8,4,3) Mekanik mengelecek India

Cara gelecek ini adalah asas bagi semua

gerakan dengan bola dalam permainan hoki.

Pemain- pemain yang dapat menguasainya akan

memperolehi kepuasan dab berupaya bertindak

cemerlang. Bola hoki diketuk secara pepenjuru di

hadapan dan seberang badan, iaitu

dengan bertukar-tukar posisi tangan dan kayu

hoki untuk melakukan pukulan hadapan (forehand)


dan menterbalikkan kayu hoki (revesed stick)

apabila kepala kayu hoki menghadap ke arah

badan pemain. Bahagian kepala kayu hoki

diputar di atas dan berdekatan dengan bola oleh

tangan kiri.

Pegangan menukar pegangan dengan membiarkan kayu

hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi

yang lebih selesa. Tangan kiri akan

memutarkan kayu meletakkan ibu jari tangan

kiri dengan menunjuk ke bawah kayu hoki

akan menolong mandapatkan keselesaan

pergerakkan kemahiran ini. Pegang kayu

hoki dengan longgar oleh tangan kanan,

lebih kurang 20 cm di bawah tangan kiri.

Kedua-dua tangan akan bergerak pada masa

menggelecek Indian dilakukan.

Bola Bola hoki berada di hadapan pemain dan bergerak

dalam arah sisian (laterally) lebih kurang lebar

bahu. Bola digerakkan secara menyilang dari kiri ke


kanan dan balik. Semakin kemahiran meningkat,

pergerakkan yang lebih luas boleh dilakukan,

khasnya untuk menngelirukan pihak lawan.

Mata Sentiasa memandang bola dan memandang sekilas

untuk memastikan ke mana pemain - pemain akan

bergerak dan untuk mengkaji situasi padang apabila

bola di dalam kawalan yang baik.

Badan Dicondongkan sedikit

Kaki Pada masa kaki kiri menyentuh tanah, ketukan bola


dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri pada masa kaki
kanan menyentuh tanah.

8.4.4) Ansur maju bagi kemahiran mengelecek

a) Kemahiran mengelecek rapat

Pemain mengelecek rapat di atas satu


garisan lurus
Pemain mengelecek rapat di antara pemain

dalam satu pasukan.

A A1

B B1

C C1

Pemain menggelecek rapat dalam satu


kawasan berbentuk segi empat. Apabila
diisyaratkan, pemain meninggalkan bola
dan mara ke hadapan untuk
menggelecek bola lain yang ditinggalkan
oleh rakan sebaya.

X2

X3 X1

X4 X6

X5

b) Kemahiran mengelecek longgar


Secara individu pemain berjalan secara

biasa sambil menggelecek bola

dengan kayu hoki, diikuti dengan berlari

perlahan-lahan.

jalan

lari

Mengelecek melalui halangan sebaris

Pemain menggelecek rapat dalam satu

kawasan berbentuk bulatan. Apabila

diisyaratkan, pemain meninggalkan bola

dan mara ke hadapan untuk

menggelecek bola lain yang ditinggalkan

oleh rakan sebaya

X1
X2
X3 X6

X4
X5

c) Kemahiran mengelecek India

Berdiri dengan kaki di kangkang seluas bahu,

berlatih menggerakkan kayu hoki dari sisi ke sisi

dengan menggunakan bola.

Tapak kaki

Berlari di atas garisan lurus sambil menggelecek

bola berturut -turut daripada sisi ke sisi garisan

itu. Reverse kayu hoki setiap kali membawa bola

balik daripada sisi kiri.

garisan
Pemain menggelecek rapat dalam satu kawasan

berbentuk segiempat. Apabila diisyaratkan,

pemain meninggalkan bola dan mara ke

hadapan untuk menggelecek bola lain yang

ditinggalkan oleh rakan sebaya.

A E C

D B F

8.4.5) Permainan kecil bagi kemahiran mengelecek

Nama permainan: Tiga dalam Satu

Bilangan pemain: tidak terhad

Masa: dicadangkan lima minit

Kawasan: padang hoki( separuh)


Prosedur permainan:

Terdapat tiga stesen yang disediakan. Stesen

pertama ialah untuk mengelecek rapat, stesen

kedua untuk mengelecek longgar, dan stesen

ketiga ialah untuk mengelecek India. Setiap pemain

perlu melalui stesen ikut urutan. Semasa pemain

mengelecek masa tamat dicatatkan. Sesiapa yang

tamat dalam masa yang singkat dianggap

pemenang.

tamat
Stesen
India 3

longgar

rapat

Mula Stesen Stesen


1 2
8.5) Menguis/menguit

Kemahiran ini ialah hantaran bola di udara dan sangat berguna

untuk penalti strok, hantaran-hantaran di mana terdapat

pihak lawan yang baik menyekat bola di atas permukaan padang

dan menjaringkan gol

8.5.1) Mekanik menguis/menguit

a) Pegangan - Seperti pegangan semasa mengelecek bola

tetapi dengan kedudukan tangan

kanan lebih rendah

b) Kedudukan bola dan badan


- Bahu menghadap ke arah mana bola ditujukan. Jarak

kaki dilebarkan lebih dari jarak bahu. Lutut

membengkok dan kedudukan badan direndahkan. Bola

dekat dengan kaki kiri.

c) Kedudukan kayu - Bilah kayu dicondong menyentuh bola


dan kedudukan gagang kayu
direndahkan.

8.5.2) Cara melakukan

Berat badan ditukar dari kaki kanan ke kaki kiri

Lengan kanan diluruskan dengan cepat dan kuat ke arah

depan dan ke atas manakala tangan kiri memandu kayu

hoki.

Lengan-lengan diluruskan untuk mendapat ikut lajak yang

baik

8.5.3) Kesalahan yang biasa dilakukan

Jarak kaki tidak cukup lebar

Padan terlalu tegak

Bola jauh dari kaki kiri


Bilah kayu hoki tidak rapat dengan bola

Tidak ada penukaran berat badan

8.5.4) Ansur maju bagi kemahiran menguis/menguit

a) Pertama sekali pemain perlu menguis tanpa

menggunakan bola. Kemahiran ini perlu dilakukan

di kawasan yang lapang.

b) Pemain berdiri dengan kaki rapat. Langkahkan kaki kiri ke

depan dan cuit bola yang berada di hadapan. Aktiviti ini

boleh dijalankan dengan menukar kaki kanan ke


depan. Ulang aktiviti ini dengan pemain berjalan tiga

atau

empat langkah ke arah bola dan menguit bola tersebut.

menguis

c) Pemain menguit bola ke dalam sasaran yang ditetapkan

seperti gelung rotan atau kotak. Jarak antara

pemain dengan sasaran ialah 20 ela.

menguis

d) Menguis bola melintasi halangan- satu palang dengan

ketinggian 3 kaki disediakan dua orang pemain


akan mencuba menguis bola melintasi palang itu. Jika

berjaya dengan percubaan ini, tingginya dinaik ke 4

dan 5 kaki. Latihan ini juga baik untuk menahan dan

menyerkap bola.

menguis

e) Kuis ke sasaran-peserta menguis bola dari satu tempat

pemulaan pada jarak 5 ela, 7 ela, 10 ela, 12 ela,

dan 15 ela. Pemain dikehendaki menguis kearah

skitel yang disediakan. Jika bola melalui skitel,pemain

dapat markah. Latihan ini akan melatih pemain

membuat kuisan dengan tepat.

menguis
8.5.5) Permainan kecil bagi kemahiran menguis/menguit

Nama permainan: permainan bersyarat(hoki bola tampar)

Bilangan pemain: lapan orang( satu kumpulan empat orang)

Masa: sepuluh minit

Kawasan : gelanggang bola tampar

Prosedur permainan:
Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang. Jadi pemain

perlu menguis kearah pihak lawan dan perlu menjaringkan

gol. Jika bola yang dikuis itu tidak dapat ditahan atau

dikawal oleh pihak lawan maka mereka dikira sebagai

pemenang. Pihak yang menjaringkan gol yang banyak

dalam sepuluh minit dianggap sebagai pemenang.

8.6) Merebut

Merebut adalah untuk melemahkan kawalan bola pihak lawan

dan berusaha untuk menguasai bola bagi membuat serangan

balas.

8.6.1) Rebutan hadapan- Teknik ini digunakan oleh seorang

pertahanan yang statik

dalam keadaan satu lawan

satu di mana penyerang perlu


mengelecek melepasi pihak lawan

tersebut.

Gambar-gambar di bawah menujukkan teknik rebutan

hadapan :

8.6.2) Rebutan lonjak

Cara rebutan ini bergantung kepada

keadaan mengejut di mana kayu

seorang pemain dilonjak ke hadapan bola

dengan menggunakan tangan kiri.

Kayu perlu dipegang dengan kuat di

tangan kiri walaupun tangan


kanan boleh membantu sebelum

membuat rebutan(lonjak) dan berat badan akan

dipindah ke kaki kiri sambil mengimbangkan posisi

badan.

8.6.3) Rebutan kilas

Teknik rebutan ini agak sukar untuk

dilakukan sebab ianya dikuasai oleh tangan kiri dan

dalam peraturan teknik, ia perlu dilakukan tanpa

menghalang kayu atau badan pihak lawan.Oleh itu,

teknik ini jika boleh perlu dielakkan.

Kemahiran ini adalah untuk

memerangkap bola dengan menggunakan reverse

stick supaya penyerang terlajak dan bola dapat

dikawal oleh pemain pertahanan. Rebutan ini

memerlukan kekuatan dan penga walan kilas tangan

kiri.
8.7) Menghantar

Menghantar hoki ialah permainan hantaran.

Seperti permainan berpasukan yang lain, bola boleh

digerakkan dengan lebih cepat berbanding dengan

melarikannya atau mengelecekkannya.


Selain daripada memukul ke arah pintu gol,

jurulatih perlu mengendalikan latihan-latihan dimana pemian-

pemain diperlukan:

Menghantar bola sambil bergerak untuk

sampai ke sesuatu sasarn yang juga

bergerak

Menghantar bola untuk sampai kepada

sasaran di mana dan bila ia

memerlukannya

Menghantar bola untuk menembusi

pertahanan pihak lawan. Ini memerlukan

pertimbangan pemian tentang kekuatan

daya, ketinggian, dan arah bola patut

dihantar.

Menyediakan diri untuk bermain semula

selepas membuat hantaran. Pemain-

pemain dapat membantu permainan sebaik

sahaja melakukan hantaran.

8.7.1) Jenis-jenis hantaran

Hantaran lintang- bola hantaran lintang

bergerak melintangi garis tepi.


Hantaran lintas- bola hantaran lintas bergerak

hampir selari dengan garis tepi.

Hantaran hadapan bola hantaran hadapan

dihalakan ke arah depan.

Hantaran belakang bola hantaran belakang

dihalakan ke belakang terhadap garisan

belakang sendiri.

8.8. Penjagaan gol

Penjaga gol adalah seorang yang paling utama

dalam satu pasukan. Pasukan yang gagah adakalanya kalah

kerana penjaga gol yang lemah dan adakalanya pasukan

yang lemah menang disebabkan penjagaan gol yang

cemerlang. Di peringkat awal, bola tenis boleh digunakan

untuk latihan menendang bola dan menahan bola dengan


tapak tangan. Begitu juga, bola digolekkan ke pintu gol dan

tidak dipukul pada peringkat awal.

Terdapat empat kemahiran asas dalam penjagaan gol. Iaitu;

8.8.1) Menahan bola dengan pelapik kaki-dua belah

dan sebelah.

8.8.2) Menggelongsor untuk menahan bola

8.8.3) Menendang bola

8.8.4) Menahan bola dengan tapak tangan

8.8.1) Menahan bola dengan pelapik kaki

Dua belah dan sebelah.

Gaya bersedia untuk bertindak semasa

berhadapan dengan penyerang yang cuba

membuat jaringan. Kedua-dua kaki hendaklah

rapat dan badan direndahkan. Mata perhatikan

bola.

8.8.2) Menggelongsor untuk menahan bola

Jangka masa yang baik untuk membuat lunsuran

adalah penting supaya bola dapat ditepis

dengan tapak kasut. Penjaga gol terpaksa

menggelongsor apabila ia telah keluar untuk

menyekat serangan ke pintu gol dalam keadaan


satu lawan satu. Penjaga gol juga perlu menggelongsor

apabila bola melintas ke sebelah kiri atau kanan.

8.8.3) Menendang bola

Bola yang menuju ke pintu gol boleh ditendang oleh

penjaga gol sebagai satu cara menggagalkan

jaringan. Bola yang meleret ditendang

oleh penjaga gol. Teknik asas hampir sama

dengan menendang bola sepak.Jika bola

bergerak laju ke pintu, penjaga gol sepatutnya

menahan bola terlebih dahulu sebelum

menendang.

8.8.4) Menahan bola dengan tapak tangan

Penjaga gol menggunakan tangan bebasnya untuk

menahan bola sekiranya bola itu dikuis atau

dipukul ke sebelah tangan bebasnya pada

paras pinggang, bahu, atau ke penjuru atas pintu


gol. Bola hanya boleh ditahan dengan bahagian

tapak dan tidak boleh ditolak atau ditangkap oleh

penjaga gol.

9.0 ) Aplikasi Prinsip Sains dalam Permainan Hoki

9.1) Kemahiran : Memukul


Aspek Huraian

Anggota badan Tangan


yang terlibat Tulang- radius, ulna, dan humerus
Otot- Biseps dan Triseps
Sendi- Engsel dan skapula

Hukum Newton Hukum Newton Kedua


- hal ini kerana bola hoki akan bergerak apabila
mendapat daya daripada kayu hoki. Di sini berlaku
pecutan dan bola hoki akan bergerak ke arah kayu hoki
itu ditujukan.

Sistem tuas Sistem tuas yang terlibat ialah Tuas kelas Ketiga.
Iaitu, daya berada di antara fulcrum dan beban. Dalam
fasa Contact beban merupakan kayu hoki, daya = otot
tangan dan fulcrum ialah sendi skapula

Pusat graviti Pusat gravity terdapat di tapak kaki. Tapak kaki diluaskan
dan badan direndahkan
- apabila badan direndahkan pusat gravity lebih stabil
dan memudahkan pemain untuk memukul dengan lebih
kuat.

KEMAHIRAN MEMUKUL (FASA CONTACT)


Aspek Fokus Gambar
Rajah Huraian

Bahagian yang Otot sisi anterior Semua otot


kecut
paha, otot tibia
anterior / sisi
ekstensor kaki

Jenis gerakan Gerakan sudut Gerakan Bersudut Gerakan bersudut


melibatkan sesaran
melengkung
pada arah dan
kelajuan yang
berlainan.
Gerakkan ini
bersudut pada
180 darjah.

Hukum Newton Hukum Semasa pukulan


pertama Inersia - penalty dibuat,
bola berada dalam
keadaan pegun
sebelum jaring gol

Hukum Newton Hukum Bola mula memecut


kedua pecutan - apabila dipukul oleh
pemain ke arah jaring.
Pecutan bola yang
bergerak bergantung
kepada jisim bola dan
megnitud daya luar
yang dikenakan oleh
kayu hoki pada bola.

9.2) Kemahiran : Menolak

Fasa : Persediaan
Aspek Huraian

Anggota badan Tangan


yang terlibat Tulang- radius, ulna, dan humerus, metakarpus
Otot- Biseps, Triseps, Barchioradialis
Sendi- Engsel, scapula, kondiloid

Hukum Newton Hukum Newton pertama


- bola hoki berada dalam keadaan pegun akan kekal
berada dalam keadaan itu kecuali pemain menolak bola
dengan kayu hoki. Selepas mendapat daya daripada
kayu baru bola itu akan bergerak.

Sistem tuas Sistem tuas yang terlibat ialah Tuas kelas Ketiga.
Iaitu, daya berada di antara fulkrum dan beban. Dalam
fasa persediaan beban merupakan kayu hoki, daya =
otot tangan dan fulkrum ialah sendi skapula

Pusat graviti Pusat gravity terdapat di tapak kaki. Tapak kaki diluaskan
dan badan direndahkandan serta kaki dikangkangkan
(kaki kanan berada depan) untuk mendapat kuasa.
- apabila badan direndahkan dan kaki dikangkang(kaki
kanan berada depan), maka pemain akan berasa lebih
stabil dan ini akan menyenangkan pemain untuk
menolak dengan kuat.

9.2.1) Sistem tuas dalam kemahiran menolak


Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang

bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum,

beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan fulkrum,

daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan

daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban.

Tuas jasad manusia terdiri daripada:

Tulang sebagai palang


Sendi sebagai fulcrum
Penguncupan otot sebagai penghasilan daya
Rintangan atau kerja sebagai beban

Tuas boleh dikelaskan kepada kelas pertama,kedua dan


ketiga.
Tuas kelas pertama
Tuas kelas pertama Tuas kelas ketiga

D D D
B
B B
F
FF
F F
Beban terletak antara daya dan Daya terletak antara beban dan
F antara daya
Fulkrum terletak fulkrum fulkrum
F
dan beban

Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga


menggunakan daya yang kecil menggunakan daya yang kecil menggunakan daya yang lebih
untuk mengatasi beban yang untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan pantas
besar tetapi pergerakan besar tetapi pergerakan
perlahan perlahan pada julat yang kecil

Contoh Penggunaan: Apabila berjengket atas hujung Mengangkat tangan di bahagian


Dalam permainan badminton, kaki. Hujung kaki bertindak siku dan siku bertindak sebagai
aktiviti merejam dan menerima sebagai fulkrum, otot kaki fulkrum, tangan sebagai beban
hantaran bulu tangkis. sebagai daya dan berat badan dan menghasilkan pengecutan
Sendi pergelangan tangan sebagai beban. otot bicep.
sebagai fulkrum, otot lengan
Contoh :
sebagai daya dan reket sebagai Contoh :
beban.
Contoh :

Klasifikasi tuas ini ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan fulkrum.
KEMAHIRAN MENOLAK (FASA PERSEDIAAN)
Aspek Fokus Gambar Rajah Huraian

Semua otot rangka


terkunci.
Semua otot tersebut
terkunci untuk
Otot bisep,
menghasilkan otot trisep,
satu dan
skapula tolakan yang kuat.

Bahagian
angota badan Otot-otot Utama Lengan Atas
yang terlibat

Otot tangan, dan otot tepi di


Sisi anterior lengan bawah
(kanan)
Otot di sisi posterior lengan
bawah ( kanan ) dan tendon
ekstensor

Aspek anterior skapula kiri

Jenis Gerakan Gerakan Pergerakan ini melibatkan


Rektilinear sesaran
menegak atau datar kerana semua
anggota badan terkunci semasa
persediaan
dalam kemahiran menolak.

Sistem Tuas Sendi bahu


Kelas ketiga sebagai
fulkrum. Tuas ini mengunakan daya yg
Daya lebih besar tetapi pergerakan
Otot tangan pantas.
kanan
sebagai Fulkrum Beban
daya.

Kayu dan
Bola hoki
sebagai
beban

9.3) Kemahiran: Menahan

Fasa: Fasa Pelaksanaan( bersentuh dengan bola)

Aspek Huraian

Anggota badan Tangan


yang terlibat Tulang- radius, ulna, dan humerus, metakarpus
Otot- Biseps, Triseps, Barchioradialis
Sendi- Engsel, scapula, kondiloid

Hukum Newton Hukum Newton Ketiga


- pada masa bola dan kayu bertembung, kayu hoki
mengenakan daya tindakan pada bola di titik
pertembungan. Bola pula mengenakan daya tindak balas
yang sama magnitutnya tetapi berlawanan arah. Dalam
fasa pelakasanaan apabila kayu dan bola hoki
bertembung bola dapat ditahan dengan baik oleh
pemain.

Sistem tuas Sistem tuas yang terlibat ialah Tuas kelas Ketiga.
Iaitu, daya berada di antara fulkrum dan beban. Dalam
fasa pelaksanaan beban merupakan kayu hoki, daya =
otot tangan dan fulkrum ialah sendi skapula

Daya
Fulkrum Beban

Pusat graviti Pusat gravity terdapat di tapak kaki. Tapak kaki diluaskan
dan badan direndahkan dan serta kaki dikangkangkan
tepi (kaki kanan berada depan).
- apabila badan direndahkan dan kaki dikangkang(kaki
kanan berada depan), maka pemain akan berasa lebih
stabil dan selesa serta dapat menahan bola yang datang
kepadanya dengan baik.

9.3.1) Anggota badan yang terlibat : Tangan

Tulang Radius, ulna, humerus metakarpus

Otot Biseps ,Triseps dan Barchioradialis

Sendi Engsel, scapula, dan kondiliod


10.0) Refleksi

Kerja kursus adalah satu bahagian yang amat penting dalam

membuat penilaian ke atas seseorang pelajar. Oleh itu, semua guru-guru pelatih

PPISMP mesti menyiapkan tugasan yang diberikan dalam setiap semester.

Dengan ini, Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Perguruan Tuanku Bainun telah

menyediakan satu tugasan individu bagi semua guru-guru pelatih PPISMP yang

mengambil pendidikan Jasmani samada sebagai subjek major mahupun minor

dalam semester ini. Saya telah menghadapi pelbagai masalah dalam perjalanan

menyiapkan tugasan semester ini.

Pertama sekali, saya menghadapi masalah dalam

memahami soalan yang diberikan dalam tugasan ini. Namun begitu, masalah ini

dapat saya atasi menerusi penjelasan terperinci daripada Encik Alyes dan juga

Puan Shanti, pensyarah Pendidikan Jasmani saya mengenai tajuk yang

dikemukakan. Di samping itu, beliau juga memberikan banyak maklumat yang

berguna untuk dijadikan isi dalam tugasan saya ini. Selain itu, saya juga turut

merujuk kepada Encik Rosdaud bin Ayub, pensyarah Pendidikan Jasmani. Oleh

itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka.


Tambahan pula, saya turut menghadapi masalah ketika

merujuk kepada bahan rujukan yang mengandungi maklumat berkaitan dengan

soalan tugasan ini. Namun begitu, masalah ini dapat saya atasi menerusi

pertolongan daripada pengawas perpustakaan yang telah membantu saya

mencarikan maklumat yang sesuai dengan soalan tugasan saya. Di samping itu,

saya juga turut berbincang dan berkongsi maklumat dengan rakan sekelas saya

berkaitan dengan tugasan ini. Menerusi perbincangan ini, saya dapat

menghasilkan satu tugasan yang lengkap.

Akhir sekali, tugasan individu ini memberikan saya banyak

pengalaman dan saya berpeluang untuk mempelajari mengenai acara olahraga

iaitu lompat jauh. Selain itu, hubungan saya dengan rakan sekelas menjadi

sangat akrab berikutan dengan perbincangan saya bersama-sama dengan rakan

sekelas saya. Ini turut membina semangat kerjasama dan tanggung-jawab dalam

diri kami. Sebelum mengakhiri refleksi ini, saya ingin mengambil kesempatan

dengan merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana

tanpa bantuan Tuhan, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan

semester yang ditanggung-jawabkan kepada saya.

Refleksi daripada,

Prabhu a/l Ragawan


11.0) Bibiliografi

Anda mungkin juga menyukai