Anda di halaman 1dari 10

MENAHAN BOLA Menahan bola dilakukan untuk mengawal bola.

Bola yang ditahan dengan betul membolehkan pemain bertindak untuk melakukan hantaran, menggelecek atau menjaringkan gol. Biasanya kemahiran ini digunakan untuk menerima hantaran dari rakan atau menahan bola yang dipukul oleh pihak lawan. Cara memegang kayu semasa menahan bola adalah sama seperti memegang kayu semasa membuat tolakan. Sebelum dapat melakukan kemahiran menahan bola, berikut adalah cara genggaman kayu untuk menahan bola:

a) Genggaman kayu untuk bola dari hadapan i. ii. Tangan kiri di bahagian atas pangkal kayu hoki Tangan kanan di bahgian pertengahan kayu hoki iii. Genggam dengan kuat supaya kayu tidak bergerak apbila ada kontak dengan bola.

b) Genggaman kayu untuk bola dari sisi i. ii. iii. iv. Gunakan bahagian permukaan kayu yang rata Tangan kiri di bahagian atas pangkal kayu hoki Tangan kanan di bahgian pertengahan kayu hoki Genggam dengan kuat supaya kayu tidak bergerak apabila ada kontak dengan bola. Untuk menahan bola, terdapat tiga kemahiran menahan bola yang perlu dikuasai. Antara kemahiran menahan tersebut ialah : a) Menahan bola dari hadapan b) Menahan bola dari sisi.

a) Menahan bola dari hadapan

Langkah 1

Langkah pelaksanaan : 1. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu 2. Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian atas pangkal kayu 3. Tangan kanan di tengah kayu

Besedia untuk menahan bola

Langkah 2

Langkah pelaksanaan :

4. Bergerak kearah bola sambil menurunkan kayu hoki untuk menahan bola. 5. Mata memandang kearah bola

Begerak untuk menahan bola

Langkah 3

Langkah pelaksanaan : 6. Condongkan badan ke hadapan untuk mengawal bola. 7. Kedua-dua lutut bengkok. 8. Hujung kayu hampir menyentuh tanah.

Menahan bola

Langkah 4

Langkah pelaksanaan : 9. Bahagian atas kayu hoki dicondongkan sedikit ke hadapan supaya boleh menyerkap bola. 10. Mata pandang ke hujung kayu hoki dan bola. 11. Bola ditahan dengan bahagian rata hujung kayu hoki.

Menahan bola

b) Menahan bola dari sisi

Langkah 1

Langkah pelaksanaan :

1. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu 2. Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian atas pangkal kayu 3. Tangan kanan di tengah kayu

Besedia untuk menahan bola

Langkah 2

Langkah pelaksanaan : 4. 5. 6. 7. Menghadap bola yang datang. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu. Gengam kayu dengan kuat Pusing badan dan bawa kayu ke sebelah kiri untuk menahan bola. 8. Badan condong sedikit ke hadapan untuk menahan bola dengan permukaan kayu yang rata. 9. Kaki kanan selaras dengan kaki kiri. Bergerak ke sisi kiri

Langkah 3

Langkah pelaksanaan : 10. Kedua-dua lutut bengkok sedikit. 11. Kayu hoki dibawa ke belakang. 12. Badan direndahkan lagi untuk menahan bola.

Bersedia untuk mengawal bola

Langkah 4

Langkah pelaksanaan : 13. Mata melihat bola semasa menahan bola. 14. Kayu hoki digenggam dengan kuat. 15. Pangkal kayu hoki dicondong ke hadapan semasa menahan bola.

Mengawal bola

Teknik lain untuk menahan bola sisi ialah dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

Menahan bola dari sisi kanan dengan menggunakan sebelah tangan

Menahan bola dari sisi kiri dengan menggunakan sebelah tangan

Untuk menahan bola, kemhiran menahan bola rendah juga perlu diaplikasikan. Berikut adalah cara untuk menahan bola rendah.

Langkah pelaksanaan: 1. Membengkokkan badan apabila bola menghampiri. 2. Mencondongkan kayu supaya permukaan kayu yang menyentuh bola adalah lebih luas.

LATIHAN ANSUR MAJU Ansur maju a) Statik (Berpasangan) 1. Menghadap kawan sepasangan (jarak 10 hingga 15 meter). 2. A memukul bola kepada B.B menahan dan memukul balik kepada A dan seterusnya. 3. Kemudian, jarak diubah kepada 20m,25m,30m dan seterusnya. gambarajah

b) Dinamik (Berpasangan) 1. A menolak bola sedikit ke hadapannya lalu memukul bola 3 atau 4 meter di hadapan B. 2. B lari ke hadapan dan menahan bola pukulan A, menolak bola sedikit ke hadapannya dan memukul bola 3 atau 4 meter di hadapan dan seterusnya. 3. Pasangan bergerak dari satu hujung padang ke satu hujung lagi dan patah balik.
A B

c) Dinamik (Berkumpulan) 1. A memukul bola kepada B. B menahan dan memukul kepada C. 2. C menahan dan memukul kepada a di tengah bulatan. 3. A menahan dan memukul kepada D dan seterusnya sehingga B menahan bola bagi kali kedua. 4. Apabila B menahan bola bagi kali kedua, B akan terus menolak bola ke tengah bulatan dan menggantikan tempat A. A berlari ke hadapan dang anti tempat b. 5. B akan memulakan pusingan baru dengan membuat pukulan kepada C , dan seterusnya sehingga semua pemain beraksi di tengah.

C A F

PERMAINAN KECIL

Kawasan menguis bola

Kawasan hantaran dekat dan mencedok (bagi pemainpemain pertahanan sahaja.

Kawasan menggelecek / hantaran dekat, menolak dan mencedok bola

Kawasan gol
Petunjuk

Kumpulan A

Kumpulan B

Syarat Permainan: 1. Semua pemain: a. Tidak boleh melakukan pukulan. b. Boleh menahan atau merampas bola. 2. Pemain pertahanan boleh bergerak bebas di dalam kawasan gol sendiri sahaja. Manakala penyerang boleh bergerak bebas di mana-mana kawasan gol kecuali kawasan gol sendiri. 3. Jaringan gol Cuma boleh dilakukan dengan cara menguis bola di dalam kawasan d. 4. Selain menahan atau merampas bola, pemain pertahanan boleh menggerakkan bola dengan cara hantaran bola dekat dan mencedok bola sahaja. 5. Pemain penyerang boleh menggerakkan bola dengan berbagai cara

(menggelecek, menolak, hantaran dekat dan mencedok bola). 6. Permainan dimulakan dengan tolakan bola oleh salah satu pasukan di tengah padang.

Anda mungkin juga menyukai