Anda di halaman 1dari 2

_________ _______Karangan

Dadah merupakan musuh utama negara kerana dadah boleh menghancurkan diri, keluarga dan
negara. Bincangkan kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

a. Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang kebanyakannya digunakan dalam bidang perubatan.
b. Malangnya, pada era modenisasi ini, berita-berita penyalahgunaan dadah masih menjadi santapan mata
masyarakat kontemporari dalam alam maya seperti media sosial.
c. Hal ini dikatakan demikian kerana masalah penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan belia
semakin hari semakin serius bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru.
d. Oleh hal yang demikian, kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah akan dikupas dengan teliti sehingga
akar umbi.
e. Hal ini bersesuai dengan peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan teladan.

Isi 1
a. Pengambilan dadah secara berlebihan akan mengancam kesihatan seseorang.
b. Hal ini dikatakan demikian kerana dadah akan menjejaskan sistem saraf penagih dadah.
c. Ketagihan dadah akan mengakibatkan otot-otot badan mengecut dan menimbulkan perasaan keluh-
kesah.
d. Selain itu, penagih dadah juga mengalami risiko untuk mendapat penyakit AIDS dan Hepatitis B
sekiranya mereka berkongsi jarum suntikan dengan penagih yang lain.
e. Keadaan ini menyebabkan mereka sentiasa berperang dengan kematian kerana penyakit tersebut
akan membawa maut, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Isi 2
a. Selain itu, penyalahgunaan dadah boleh merugikan negara.
b. Hal ini demikian kerana, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk membina pusat
serenti.
c. Kerajaan juga terpaksa menanggung rawatan pemulihan yang banyak untuk memulihkan seseorang
penagih.
d. Dalam pada itu, negara juga akan kehilangan tenaga buruh yang produktif untuk meningkatkan ekonomi
negara.
e. Oleh yang demikian, kemajuan ekonomi negara akan merosot dan taraf hidup rakyat akan terjejas.

Isi 3
a. Seterusnya, penyalahgunaan dadah juga menyebabkan peningkatan masalah sosial dan kegiatan
jenayah.
b. Bagi mendapatkan bekalan dadah, penagih dadah sanggup meminta wang secara paksa dan mengugut
ahli keluarga semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.
c. Hal ini akan menyebabkan keluarga penagih dadah menjadi huru-hura dan hidup dalam ketakutan.
d. Kes jenayah seperti mencuri, merompak, dan membunuh juga akan berlaku kerana penagih dadah hanya
mementingkan wang untuk membeli dadah.
1
_________ _______Karangan
e. Pendek kata, masalah sosial dan jenayah ini boleh menggugat keselamatan penduduk setempat.

Isi 4
a. Sementelahan pula,keluarga penagih turut akan mendapat aib apabila masyarakat setempat mengetahui
salah seorang anggota dari keluarga merupakan penagih dadah.
b. Secara langsung, maruah serta imej keluarga akan terjejas.
c. Masyarakat setempat akan memandang rendah serta menghina keluarga tersebut.
d. Hal ini akan mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dalam keluarga tersebut dianggap bersalah.
e. Kesannya, mereka tidak dapat hidup dalam keadaan yang harmoni, persis kata peribahasa kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga.

Isi 5
a. Selain itu,penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.
b. Hal ini berlaku demikian kerana dadah seperti kokain dan candu akan menyebabkan penagih berkhayal,
mengamali gangguan jiwa dan bertindak di luar kawalan.
c. Keadaan tersebut akan menimbulkan kekecohan sehingga mengancam keselamatan ahli-ahli keluarga
yang lain.
d. Selain itu, anak-anak yang melihat ibu bapa mereka menyalahgunakan dadah pasti akan mengikutinya
juga kerana bapa borek,anak rintik.
e. Berdasarkan huraian-huraian itu, jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberi kesan kepada institusi
kekeluargaan.

Penutup
a. Sebagai penutup wacana, penyalahgunaan dadah memang mendatangkan pelbagai kesan yang negatif
kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
b. Oleh itu, langkah-langkah yang sistematik harus dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut.
c. Langkah-langkah tersebut dilaksanakan secara istiqamah dan bukannya secara hangat-hangat tahi ayam
三分钟热度.
d. Dengan itu, semoga masyarakat di negara kita dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera, kondusif dan
harmoni.

Anda mungkin juga menyukai