Anda di halaman 1dari 2

AMALAN NILAI MURNI DALAM KELUARGA

AMALAN NILAI MURNI DALAM KELUAGA

PENGENALAN

Amalan nilai murni penting dalam sesebuah keluarga untuk mengekalkan keluarga yang
harmoni. Penerapan nilai-nilai murni dapat mempengaruhi diri seseorang itu menjadi seseorang
yang berhati mulia.

NILAI - NILAI YANG PERLU DIPUPUK

 Adil - ibubapa hendaklah bersikap adil dengan anak-anak dalam memberi kasih sayang
kepada mereka. Sebagai contoh, jika membeli sesuatu benda dan boleh digunakan
ramai atau belikan sesuatu yang semua orang dapat. Selain itu, jika ibu atau bapa
hendak menyuruh melakukan kerja rumah haruslah memberi tugas kepada semua anak
supaya dia tidak akan membandingkan kasih sayang ibubapa terhadap dirinya .                                        
 Jujur - anak-anak haruslah diajarkan bercakap perkara yang betul sahaja walaupun
mereka salah. Ini disebabkan kerana lebih baik dari mereka membuat kesalahan tetapi
tidak mengaku. Selain itu, ibubapa jangan pernah melakukan perbohongan terhadap
anak-anak kerana anak-anak telah meletakkan kepercayaan mereka terhadap ibubapa.
Selanjutnya, ibubapa mestilah mengajar anak-anak supaya jangan sesekali mengambil
barang orang lain yang bukan milik mereka. 

 Tolong menolong - amalan tolong menolong perlu diamalkan untuk menjadikan


kehidupan sesebuah keluarga itu akan lebih rapat dan harmoni. Apabila sikap ini
diamalkan sesuatu kerja akan menjadi lebih mudah dan akan cepat diselesaikan. Oleh
itu, slogan "Rumahku Syurgaku" akan menjadi kenyataan kerana rumah akan menjadi
harmoni dan tiada pergaduhan antara satu sama lain. 

 Menjaga kebersihan - amalan kebersihan hendaklah ibubapa mempraktikan kepada


anak-anak kerana seluruh ahli keluarga akan tinggal dalam rumah yang bersih dan
sihat .Contohnya, sampah sarap perlulah buang di tempat yang telah disediakan iaitu di
dalam tong sampah. Selain itu , amalan merokok mestilah dijauhkan kerana boleh
menjejaskan kesihatan ahli keluarga yang lain.                                                            

 Sayang menyayangi - sebagai ibubapa seharusnya menyayangi anak-anak dan anak-


anak pula mestilah sentiasa menyayangi ibubapa. Sebagai contohnya, sentiasa
mendengar segala nasihat mereka dan selalu menhormati mereka pada setiap masa .
Selepas itu, hendaklah mendahului mereka dan mesti meminta izin kepada seperti
hendak keluar rumah atau sebagainya.                                                                           
 Melakukan ibadah bersama-sama - ibubapa perlu sentiasa mengajak anak-anak untuk
sentiasa melakukan ibadah bersama-sama. Apabila tibanya waktu solat ibubapa
mestilah menyuruh anak-anak untuk solat dan berjemaah bersama sama ada di rumah
atau di masjid untuk mengeratkan lagi silaturahim .                                               

 Menerima kelemahan dan kekurangan - ibubapa mesti terima kelemahan dan


kekurangan anak-anak dan jangan membandingkan mereka antara satu sama lain. Jika
ibubapa membandingkan anak-anak, mereka akan terguris hati dan akan melakukan
protes terhadap ibubapa

PENUTUP

   Konklusinya, amalan nilai murni membolehkan sesebuah keluarga hidup dalam keadaan aman
dan bahagia. Oleh itu , ibubapa perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang diamalkan terlebih
dahulu agar dapat dicontohi oleh anak-anak bak kata pepatah " ke mana tumpah kuah, kalau tak
ke nasi " . Bukan itu sahaja, sesungguhnya amalan nilai murni dalam keluarga akan memberi
kesan kepada masyarakat dan negara .

Anda mungkin juga menyukai