Anda di halaman 1dari 14

HASIL KAJIAN..

Wau..

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang
di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa
lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman
sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah
mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis-jenis Wau:

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak,

wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau

sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi

kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan

Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang

menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan

hiasan dinding.

Membuat Wau..

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut

buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan


kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka

buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat

dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan

lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat,

lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu

bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga
pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan

dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi

rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya

mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari

daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan

kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu

kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju

Tiga.

Cara Bermain..

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.

Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara

menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan

cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat

Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh

masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-

layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan

ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan

pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama

ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.


Galeri Wau..

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih

popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang

seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum

termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti

di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap

tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta

dari luar Negara.

Latar Belakang Wau..

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal

dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,

Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di

Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan

Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan

bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta

kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada

busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang
pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara

berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-

I) Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-

orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran

pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-

berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang

terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan

tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan

perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui

bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam

hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya

menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang

menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam

pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan

Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang

diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu


acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari

lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang

dan seruling.

Dikir Barat..

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat.
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh
masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di
kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat
terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.
Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak
sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat
yang terkenal ialah :-

Karut Selampit.
Karut Menora.
Karut Jenaka Mak Yong.
Karut Wau Bulan.
Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat..

In Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X
(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)

Wau Bulan teraju tiga


(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a
single string for flying)

Ini malam sama-sama


(Tonight, all of us together)

Sama-sama bersuka-ria
(Together, we all have a good time)

Sejarah Wau Malaysia..


Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh

serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-

layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta

karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara

China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.

Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur

kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau..


Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara

Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja

sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka

sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu

dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin

mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu

membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga

padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui

menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan

menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki

membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan

menggunakan tali jerami.

Bahagian Perincian Wau..

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada

kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan

ekor wau.
Bahagian Utama Wau..

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,

kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian

untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama

untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam

pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam

bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai

kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih

teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa

ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam

semak atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut

mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana

mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh

seperti di waktu tengahari.


6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih

bayangnya.

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih

dahulu

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah

ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang

Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku,

mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh..

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut

menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk

mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan


dan kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama

satu jam.

2. Menyalai kepingan buluh pada bara api.


Meraut Buluh..

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan


seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut
dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat
dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter


dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk


bulan.
Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter
untuk memudahkan ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan
digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai..

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,

tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut

akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh

untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk
rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah

diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau..

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3

bahagian tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan

bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian

sayap

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh

ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.

Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan

untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut

nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh

daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau..

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang
pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas
tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa
langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.

3. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter
dari rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak..

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan


mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak
asas bagi wau.

4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di
atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas
corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas
kain lembap tadi.

5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan
kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan


berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau
untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.
Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan
kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal
kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja
berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu..

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap

wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara

memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai..

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala

wau.

Proses Membuat Serta Memasang Busur..

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau

diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas

dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut

kesesuaian bunyi yang dikehendaki.

4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang

dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada

kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat

menggunakan benang nilon.


Jenis Koleksi Wau Tradisional..

Wau bulan, Wau kucing, Wau jala budi dan Wau Merak.

Kesimpulan..

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional

ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan

juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan

masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu

sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki

peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai

salah satu aktiviti pada waktu terluang.

DEFINISI WAU..

Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan

kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu

cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telah menjelma menjadi

seorang anak gadis.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur.

Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat

bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak

ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukuranya.