Anda di halaman 1dari 31

Keunikan Seni Seramik Islam

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari
Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun,
penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan
logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat
traditional, yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan
seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Kraf tradisional dijelaskan dalam
rencana tembikar.

Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian
mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut,
dan meningkatkan kekuatan bahan seramik di samping dapat meneliti serta menilai
keaslian dan keunikan seramik tersebut.

Zaman Awal Islam


Zaman Kerajaan Umayyah
Zaman Kerajaan Abbasiyah
Zaman Kerajaan Fathimiyah
Zaman Kerajaan Seljuk
Zaman Kerajaan Mamluk
Zaman Pemerintahan Andalus
Zaman Pemerintahan Utmaniyyah
Zaman Pemerintahan Mughal
Alam Melayu (nusantara)

Kesenian Seramik Pada Zaman Awal Islam (Abad ke 2 – abad ke 8)

Awal abad ke 7, tentera arab Islam, telah menemui seni tembikar yang mempunyai teknik
kemahiran dan kesenian tradisi tersendiri pada beberapa tahun yang sudah. Mereka
menemui tembikar yang mempunyai sentuhan halus dan bersinar-sinar, licin berkilat dan
berwarna yang diperkenalkan di Mesir ketika awal kurun ke-4. Tembikar pada zaman ini
mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri yang mana terdapat batu permata biru yang
diadun dengan serbuk kelabu yang licin kemudiannya dibentuk kuarza. Kaedah ini
akhirnya tersebar ke pelusuk negara yang berdekatan seperti Parsi Iran. Tembikar ini juga
dikenali sebagai ”Tembikar Mesir”. Hal ini dapat dibuktikan melalui kaedah penemuan
cari gali di kawasan masyarakat Parsi bahagian Dura Eropah di persisiran Sungai Tigris
dan beberapa bahagian empayar Mesir pada zaman tersebut.

Jar Monochrome Glazed, telah wujud pada


abad ke-2 hingga ke-3.Tembikar ini
Mempunyai tiga pemegang dengan
bermotifkan corak bertali.

Amphora Monochrome Glazed. Merupakan


bekas penyimpan bahan cecair. Dipercayai
mempunyai penutup bekas, malangnya tidak
ditemui kerana ahli arkeologi hanya menemui
serpihan penutupnya sahaja. Dipercayai wujud
pada abad ke-2 hingga ke-3. Terdapat juga
pemegang tembikar dan disekelilingya juga
terdapat corak bertali.
Amphora Monochrome Glazed Tembikar
ini berwarna hijau gelap dan bersinar
yang wujud pada abad ke-3 dan ke-4
Ditemui di Syria dan Iran pada awal
pemerintahan Sasanian. Keunikan yang
terdapat pada tembikar ini ialah tembikar
ini mempuyai ukiran seperti tabir pada
bahagian atas dan mempunyai dua
garisan pada badan tembikar tersebut.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Umayyah

Sehingga kini, maklumat mengenai kesenian seramik pada zaman Umayyah adalah
sangat terhad. Hal ini kerana pengeluaran tembikar pada zaman tersebut tidak seperti
pengeluaran pada zaman sebelum mahupun selepasnya. Walau bagaimanapun, para
arkeologi mendapati seni seramik pada zaman Umayyah adalah legap dan tidak bersinar.
Namun ada juga ditemui beberapa tembikar membuktikan kewujudan tembikar yang
bersinar pada zaman Umayyah.
Jar Monochrome Glazed telah wujud pada
abad ke-7 hingga ke-8 pada era zaman
pemerintahan Umayyah. Terdapat empat
pemegang pada tembikar dan mempunyai
corak yang ringkas. Tembikar ini juga berkilat
namun kurang menyerlah berbanding dengan
tembikar yang dihasilkan pada zaman
sebelum mahupun selepasnya.

Jar berwarna biru ini ialah Bottled


Yellowish – White earthen merupakan
bekas penyimpan cecair dan berwarna
kekuningan ini juga dipercayai telah wujud
pada zaman pemerintahan Umayyah.
Pitcher Monochrome Glazed ini
dipercayai telah wujud pada zaman
pemerintahan Umayyah pada aabad
ke-7 hingga ke-8. Bekas air ini juga
ditemui di Iran atau Iraq.

Pilgrim Flask Monochrome Glazed,


ditemui di Iran atau Syria dan wujud pada
zaman pemerintahan Umayyah. Dan wujud
pada abad ke-7 hingga ke-8. Digunakan
untuk menyimpan air oleh para jemaah
haji. Terdapat juga ukiran sentuhan halus di
badan bekas air tersebut.
Bowl Monochrome Glazed With Carved Decoration merupakan mangkuk leper yang
mempunyai ukiran di sekelilingnya. Dikatakan wujud pada zaman pemerintahan
Umayyah pada abad ke-7 hingga ke-8.

Small Bowl With Carved


Decoration And Coated With A
Green Lead Glazed. Juga terdapat
ukiran daun-daun yang berwarna
hijau di sekeliling mangkuk kecil
tersebut. Selain itu mangkuk ini
juga telah dihasilkan pada abad
ke-7 hingg ke-8 pada zaman
pemerintahan Umayyah.
Selain mangkuk leper, mangkuk kecil dan
bekas air terdapat juga rekaan lampu yang
cukup menarik pada zaman dinasti Umayyah
ini. Antaranya pelita Unglazed Pottery Lamp
With Moulded Decoration yang ditemui di
Syria dan Byzantine pada abad ke-5 hingga ke-
7.Rekaan unik ini mempunyai 3 lubang sumbu
untuk nyalaan api. Juga terdapat ukiran yang
menarik di sekeliling pelita ini.

Unglazed Pottery Lamp With


Moulded Decoration merupakan
salah satu pelita yang juga
digunakan pada dinasti
pemerintahan Umayyah pada abad
ke-7 hingga ke-8. Terdapat sedikit
kemajuan dari segi rekaan bentuk.
Dipercayai dihasilkan di Syria atau
Mesir.
Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah

Kesenian seni seramik mahupun tembikar telah melibatkan beberapa buah negara pada
masa pemerintahan kerajaan Abbasiyah iaitu di Iran, Iraq dan Aia Tengah pada awal abad
ke-9 hingga awal abad ke-11. Apa yang menarik, rekaan bentuk seni seramik pada masa
ini merupakan rekaan yang lebih unik dan indah telah dihasilkan. Ciri-ciri yang
membezakan seni seramik pada masa ini dengan sebelumnya ialah terdiri dari objek
legap kuning dan putih bersinar. Mereka juga memperkenalkan ukiran yang berkilat di
atas seramik. Selain itu, ukiran-ukiran yang dihasilkan juga mengaitkan dengan
kepercayaan keagamaan di atas seramik tersebut.

Seni seramik pada zaman ini juga terdapat unsur-unsur mahupun pengaruh dari
China kerana adanya corak yang bermotifkan tompokan atau percikan di atas seramik
yang dihasilkan. Kemajuan dari aspek kesenian seni seramik pada pemerintahan
Umayyah ini terbukti apabila terdapatnya beberapa teknik mahupun skill yang
mengkelaskan jenis seramik yang dihasilkan. Antaranya ialah:

- Nishapur Polychrome Wares


- Black On White Wares
- Polychrome On White Wares
- Wares With a Coloured Ground Slip
- Yellow-Staining Black Wares
- Wares Imitating Luster
Nishapur Polychrome Wares merupakan seramik yang terdapat ketika pemerinathan
Zaman Abbasiyah. Pinggan ini mempunyai lukisan bermotifkan pahlawan atau pemimpin
yang berani pada zaman tersebut. Wujud pada abad ke-9 hingga awal abad ke-11. Ciri-
ciri yang ada pada seramik pada masa ini juga, objek dikatakan merupakan objek legap
dan bersinar.

Large Bowl Slip Painted With Coloured


Ground Slip. Juga dihasilkan pada abad ke-
10 hingga ke-11 dengan bercirikan ukiran
corak daun dan juga bunga di dalam
mangkuk tersebut. Mempunyai warna
merah tomato di sekeliling mangkuk ini.

Dikelaskan di dalam ketegori Wares With a


Coloured Ground Slip. Tembikar ini digelar
sebagai Ewer, Lead Glazed Relief Ware
yang telah dihasilkan pada abad ke-9 di Iraq pada awal pemerintahan kerajaan
Abbasiyah. Bekas air ini mempunyai ukiran bunga dan terdapat juga beberapa garisan
yang mengelilingi bekas air ini.

Bowl Opaque With Glazed dikelaskan


dalam kumpulan Black On White
Wares. Ciri yang menarik terdapat pada
seramik ini ialah, tulisan khat Kufi
berwarna hitam telah ditulis di atas
bekas yang berwarna putih. Selain itu
objek legap ini kelihatan berkilat dan
bersinar. Seramik kelas ini dihasilkan
pada abad ke-10 di Iran atau Nishapur
di bawah pemerintahan Abbasiyah.

Black On White Wares jelas dapat dilihat


dengan adanya khat Kufi menghiasi jug
tersebut.
Bowl Opaque With Glazed Ware With
Cobalt Blue Decoration and Kufic
Inscription. Dihasilkan pada abad ke-9
di Iran .Terdapat kaligrafi di atas
seramik berwarna biru.

Large Bowl Slip Painted Ware With Coloured Ground Slip Decorated With Manganese
Bands And Yellow Flower And Leaves. Diketegorikan sebagai Yellow Stained Black
Ware kerana Wilkinson adalah orang pertama yang menemui jenis ini. Ini kerana terdapat
permukaan berkilat yang berwarna hitam dan kuning terang. Seterusnya juga terdapat
Khat Kufi yang digabungkan dengan titik-titik dan juga bermotifkan burung terbang.

Selain itu, dikatakan


terdapat pada zaman
pemerintahan Abbasiyah
dari abad ke-9 hingga ke-11.

Diantara beberapa jenis seramik yang


bermotifkan khat kufi dan burung .
Bowl Slip Painted Ware With
Coloured Ground Slip
Decorated With Manganese
Bands And Yellow Flower And
Leaves.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Fathimiyah

Kesenian seni seramik pada zaman ini menggunakan teknik warna serta ukiran yang
berkilat. Muncul pada di Mesir pada kurun ke-9 dan telah berkembang pada zaman
pemrintahan di bawah kerajaan Fathimiyah. Terdapat juga unsur-unsur dari Negara China
dan diadaptasi ke dalam teknik seni ukiran seramik pada ketika itu yang bermula pada
akhir abad ke-10 hingga abad ke-12. Tembikar dengan ukiran yang bersinar dihasilkan
dengan meluas pada abad ke-11 dan ke-12.

Buktinya, mereka menemui banyak tembikar di Fustat. Pada ketika ini, seni
seramik yang dihasilkan banyak menjurus kepada motif ikon wanita, haiwan, tulisan serta
ukiran yang timbul malah rekaan baru juga dapat dikenalpasti. Terdapat lukisan gambar
wanita berbangsa cina dan juga ukiran dota (tompokan) di atas seramik tersebut.
Ukiran haiwan iaitu burung
yang timbul pada permukaan
jag tersebut.

Tembikar ini pada asalnya berwarna hijau gelap, tetapi


ianya telah dibakar di atas tempat pembakar tembikar.
Hasilnya, tembikar ini hampir keseluruhannya
bertukar warna menjadi warna hitam berkilat. Selain
warna hitam berkilat, terdapat juga ukiran wanita di
sekeliling tembikar tersebut.
Ukiran atau tebukan dibuat pada
permukaan atas tembikar sebagai
hiasan selain mempunyai empat
pemegang.

Terdapat corak daun di atas


permukaan tembikar. Selain
mempunyai warna biru yang
berkilat. Tembikar ini terdapat di
Mesir pada abad ke-12.
Objek ini merupakan lampu pelita
yang menggunakan minyak tanah
yang digunakan pada zaman
pemerintahan Fathimiyah.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Seljuk

Masyarakat pada masa ini


menggunakan kaedah ’Seljuk
White Ware’. Mangkuk ini
dinamakan Lobed Bowl,
Fragmentary, Seljuk White
Ware With Moulded
Decoration Showing, Human
Heads. Mangkuk ini
dihasilkan pada abad ke-12
dan dikeluarkan di Iran atau
Kashan .
Pedestal Bowl, Coated With a Green Glazed
With Moulded an Applique Decoration
terdapat di Iran pada abad ke-12 di bawah
pemerintahan Kerajaan Seljuk. Terdapat
ukiran muka panglima ataupun pemimpin di
bahagian tengah mangkuk. Kelihatan seperti
muka panglima berbangsa Cina.

Ewer Coated With a Dark Cobalt, Blue


Glazed With Moulded Decoration.
Terdapat ukiran gambar wanita atau ratu
di sekeliling tembikar tersebut. Tembikar
berwarna biru ini diperbuat daripada batu
permata biru dan berkilat. Dihasilkan
pada zaman pemerintahan Seljuk pada
abad ke-12 di Iran.
Semasa pemerintahan Kerajaan Seljuk,
selain daripada menghasilkan tembikar
sebagai bekas penyimpan mereka juga ada
menghasilkan arca dekorasi bagi menghias
kediaman mahupun istana. Arca yang
dihasilkan adalah berbentuk haiwan yang
bergabung dengan jisim manusia.

Pada masa pemerintahan Seljuk,


mereka juga berkeupayaan
menghasilkan tembikar yang bersaiz
besar. Large Jar Moulded And Painted
Deco, With Brownish Green Lustre In
The Monumental Style. Tembikar yang
bersaiz besar ini dikeluarkan oleh Iran
dan Kashan pada abad ke-13.
Large Tray Luster Painted Decorated with
a Seated Monarch, Surrounded by
Attendants. Dulang besar ini mempunyai
corak lukisan bermotifkan maharaja
berketurunan Cina dengan dikelilingi
dayang-dayang Istana. Selain itu di
sekeliling dulang juga ada ukiran corak.
Wujud pada abad ke-13 di Iran.
Masyarakat Seljuk juga telah mencapai kemajuan dalam bidang kesenian tembikar
dengan menggabungkan beberapa ciri-ciri penting alam semulajadi iaitu dengan adanya
corak bermotifkan burung, haiwan, tumbuhan dan inskripsi atau kalligrafi. Jug Luster
Painted Birds, Animals and Inscriptions terdapat di Iran pada abad ke-13.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Mamluk

Kemajuan seni kemahiran membuat tembikar pada zaman pemerintahan kerajaan


Mamluk juga membanggakan. Ini kerana, masyarakat pada masa ini bukan sahaja mampu
menghasilkan tembikar mahupun lampu pelita malah mereka juga telah menghasilkan
jubin dinding dan jubin lantai. Selain itu, negara yang menjadi penyumbang pada
kesenian tersebut ialah Syria dan Damsyik pada abad ke-15.
Corak jubin yang menjadi kegemaran mereka pada masa itu ialah berunsurkan tumbuh-
tumbuhan dan bunga-bungaan. Panel of
nine tiles painted in black blue
turquoise and green under clear glaze
terdapat di Syria atau Damsyik pada
abad ke-15.

Jar blue and white ini terdapat di Syria


pada zaman dinasti Mamluk, rekaan
corak terbaru dapat dikenal pasti selain tembikar juga mempunyai sentuhan halus dalam
corak yang dihasilkan.

Pedestal bowl, fragmentary, Mamluk


Sgraffiato, decorated with a six lobed
flower and a star ini terdapat di Mesir
pada abad ke-14 hingga ke-15.

Kesenian Seramik Di Andalus

Seni seramik di Andalus bermula dari abad ke-15 hingga abad ke-18. Tidak banyak
diceritakan namun masyarakat pada masa itu telah mencapai tahap kesenian yang begitu
membanggakan.
Bowl luster painted showing a
flying bird. Mengekalkan ciri-
ciri haiwan iaitu burung yang
terbang dan berkilat. Terdapat
pada abad ke-17 hingga ke-18
di Andalus.

Albarello painted in luster and cobalt


blue, hampir menyamai tembikar yang
dihasilkan pada zaman kerajaan Seljuk.
Namun apa yang membezakan ciri
tersebut ialah tembikar yang menyerupai
tajau ini dihasilkan daripada bahan kimia
(logam) yang berwarna biru dan
berkilat.Dihasilkan di Andalus pada abad
ke-15.

Kesenian Seramik Pada Zaman


Pemerintahan Uthmaniyyah

Rekaan seni seramik pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah mempunyai ciri-ciri dan
paduan warna yang luar biasa. Ini kerana rekaan yang mereka telah hasilkan pada zaman
tersebut adalah hampir menyerupai ciri dan rekaan yang ada pada hari ini. Kesenian
seramik pada masa ini meliputi Turki pada abad ke-16 hingga ke-19.

Dish Painted in Polychrome,


Turkey . Dilukis dengan corak
yang mempunyai gabungan
pelbagai warna dengan
bermotifkan daun atau pokok
debagai dekorasi. Telah wujud
pada abad ke-16 di Iznik.

Large Dish Painted in Blue a Green


Panel of a Iznik Tiles Painted in
Polychrome with Hatay motifs
and Saz Leaves, Turkey. Jubin
ini bermotifkan bunga yang
mempunyai variasi warna yang
terang. Dihasilkan pada abad
ke-16 fi Iznik.

Flask, Polychrome Painted di Turkey


atau Kutahya pada abad ke-18.

Seramik berbentuk jubin yang wujud pada zaman pemerintahan Mughal, India.
Selain daripada tembikar, seni ukiran seramik juga diaplikasikan dalam bentuk jubin
untuk menghiasi keindahan istana pada era pemerintahan Mughal di India. Salah satu
daripadanya ialah, sekeping jubin yang bermotifkan dedaun dan bungaan yang halus.
Jubin yang ditemui ini mempunyai ketinggian 20.8 cm dan lebar 17.5 cm. seramik pada
zaman ini mempunyai pengaruh daripada zaman Uthmaniyyah.

Jubin ini dicat dalam bentuk berkilau yang mewah dengan warna orange, hijau,
ungu biru dan sedikit warna biru dan kuning. Jubin daripada kerajaan Mughal sangat
jarang ditemui. Jubin jenis yang sama boleh ditemui di makam Qutbuddin Baktiyar Kaki
di Mahrauli dekat Delhi. Ianya telah dipasang semasa pemerintahan Shah Jahan yang
sukakan motif bunga-bungaan.
Seramik Islam yang berwarna biru dan putih yang jarang ditemui menampilkan pengaruh
China yang kuat dari Dinasti Ming dalam kerajaan Mughal pada abad ke-17 dan abad ke-
18. Antara ciri-cirinya ialah tembikar yang berbentuk bulat, mempunyai muncung, dicat
dengan warna biru yang bersinar serta bermotifkan bunga dan dedaun, mempunyai
pemegang yang sangat menarik berbentuk haiwan. Ketinggian tembikar ini ialah 12 ½
inci (31.8cm).
Kesenian Seramik di Nusantara.

Labu Sayong adalah nama yang sinonim dengan bekas tembikar yang boleh digunakan
untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman. Secara tidak langsung, ianya juga
merupakan salah satu kesenian seramik yang terdapat di Nusantara. Ia terbahagi kepada
saiz, warna pembakaran, jenis atau bentuk serta samada kegunaan perhiasan atau tujuan
minuman. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa 'Labu Sayong' semata-mata untuk
tujuan minuman. Anggapan ini adalah salah dan tidak lagi relevan dengan zaman
semasa.

Kini Labu Sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan selain untuk tujuan
minuman. Berbagai-bagai kegunaan yang direka mengikut cita-rasa pengguna. Antaranya
Lampu Tidur, seni taman air terjun, hiasan pejabat dan banyak lagi. Justeru, perlu diingat
mana-mana 'Labu Sayong Untuk Tujuan Hiasan' bukannya boleh dibuat bekas
menyimpan air minuman.

Pilihan perhiasan atau untuk kegunaan bekas minuman.

Dalam hal ini, Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman terbahagi kepada dua iaitu
Bakar Hitam dan Bakar Merah. Bakar Hitam bermakna sebarang bentuk Labu Sayong
bagi kegunaan bekas minuman akan dimasukkan ke dalam sekam padi pada masa masih
panas setelah dipastikan telah cukup masak. Lihat jujukan proses pembakaran dengan
sekam padi. Berikut gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar
secara Hitam.
Bakar Merah pula bermakna sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas
minuman akan dibakar sampai masak dan dibiarkan sejuk dalam dapur pembakaran tanpa
dimasukkan ke dalam sekam padi. Maka sekam padi tidak diperlukan bagi teknik Bakar
Merah.Pengguna boleh dapatkannya dalam bentuk 'merah kosong' atau ditambah nilai
dengan pelbagai perwarna yang dibenarkan yang dihias pada permukaan Labu Sayong.
Lihat jujukan proses pembakaran tanpa sekam padi iaitu teknik Bakar Merah. Berikut
gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar merah.

Perhiasan semata-mata- Dalam hal ini, Sebarang Labu Sayong untuk kegunaan bekas
minuman boleh juga dijadikan sebagai produk perhiasan bergantung citarasa pengguna
dan kreativiti pengusaha dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun, jumlah yang
dikategorikan sebagai produk perhiasan adalah terhad. Antaranya, Labu Kecil Perhiasan
dan sebarang bentuk Labu Sayong yang ditambah warna cat dipermukaannya.
Seramik di kepulauan Indonesia

Dibawah ini merupakan beberapa artifak seramik yang dijumpai di beberapa kepulauan
Indonesia, yang menampilkan keunikannya yang tersendiri. Antara bentuk seramik yang
ditemui seperti seramik senduk, tembikar dan porselin.

Seramik Sendok Naga dengan email hijau


tipis buatan zaman Dinasti Han, yang
ditemukan di Kalbar

Tembikar berkuping dua Dinasti Han,


ditemukan di Pendagri, pantai timur Sumatra.
Seramik berlukiskan naga
dan Phoenix di
Singkawang, Kalimantan
Barat

Porselen Tiongkok masa


silam di Muzium Jakarta.

KESIMPULAN

Penghasilan seramik telah bermula sejak dari zaman pra awal Islam. Namun begitu
seramik pada zaman tersebut hanya digunakan sebagai perkakas penting semata-mata.
Apabila peredaran zaman, penghasilan seramik telah berubah mengikut citarasa dan
keprcayaan pada zaman masing-masing. Keunikan seramik tidak dinafikan kerana
sentuhan halus yang terdapat padanya membuktikan bahawa ketamadunan dan pemikiran
manusia semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai