Anda di halaman 1dari 3

Gasing leper Kelantan

Gasing leper Kelantan.

Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan. Ia
biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar.

Gasing leper kelantan merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan
berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6 cm. Jenis ini
hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini disimpai
berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60%
berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran,
tetapi harganya agak mahal.

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang
pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.
Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung.
Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu
tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali
nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1
meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
-gasing Leper Kelantan

Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan juga
leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat
dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal
gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu
mahal.

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di
negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi
kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima
belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di
antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau


burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak,
wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,
wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh
orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan
awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-
warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik,
selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai
hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Wau bulan Galeri Wau


Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh
untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah
ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah.
Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi
mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali
akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah
wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau
yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi
layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan
dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-
layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan
menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih
mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai