Anda di halaman 1dari 9

PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

TAJUK 5 : BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan pengenalan umum tentang kraf tradisional, latar belakang dan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat : .

1. Menjelaskan bidang kegiatan mengenal kraf tradisional


2. Mengklasifikasikan jenis-jenis aktiviti bidang kegiatan Mengenal Kraf Tradisioanal
3. Menggunakan pelbagai strategi untuk pengajaran dan pembelajaran bidang kegiatan
Mengenal Kraf Tradisioanal

TAJUK 5 BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Tajuk 5: BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL

5.1 Konsep mengenal kraf tradisional


- Alat dan Bahan
- Penggunaan
- Pengubahsuaian
5.2 Aktiviti kraf tradisional
- Alat Permainan (wau, gasing, congkak), anyaman kelarai, tembikar,
tenunan, ukiran, batik
5.3 Kraf kanak-kanak
- Kraf kertas, alat permainan, perhiasan diri
5.4 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
5.5 Persembahan hasil karya
- Mentafsir – Aktiviti, idea, alat, bahan dan proses
- Apresiasi karya seni

*Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan perlulah disesuaikan dengan peringkat


umur kanak-kanak

5.1 Definisi kraf tradisional

64
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Makna kraf

Dengan perkataan kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran
tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang
dijalankan secara sendiri atau melalui pengusaha kecil.

Makna tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi

Makna kraf tradisional

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan
tangan yang diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi seperti membuat tembikar,
batik, ukiran, anyaman, wau dan sebagainya.

5.2 Aktiviti kraf tradisional

Alat Permainan

Alat permainan tradisional bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya dimainkan
untuk mengisi masa lapang orang dahulu selepas penat bekerja. Permainan tradisional
memberi peluang kepada komuniti mengalami sendiri kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang masyarakat masing-masing. Oleh itu, antara alat permainan yang terkenal sehingga
kini adalah seperti gasing, wau, congkak, batu seremban, sepak raga dan sebagainya

Wau
Wau adalah merupakan salah satu daripada permainan kraf tradisional. Ia diertikan sebagai
layangan iaitu rangka kayu yang dibaluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang

Wau bulan

Gasing

65
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Perkataan gasing berasal daripada suku kata ‘ka’ dan ‘sing. ‘Ka’ iaitu singkatan kayu dan
‘sing’ daripada perkataan pusing kerana gasing sifatnya berpusing. Untuk memusingkan
gasing memerlukan ketangkasan dan kecekapan seorang pemain.

Permainan gasing

Anyaman kelarai
Anyaman bermaksud proses menyilang bahan daripada tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah
lidi, rotan, akar, buluh, pandan mengkuang, jut dan sebagainya. Kesemua bahan ini biasanya
mudah dikeringkan dan dilentur. Aktiviti menganyam telah diamalkan oleh masyarakat sejak
dahulu lagi dan kebanyakannya menjurus kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan
tudung saji.

Anyaman tikar

Tembikar

66
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Seni tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada
tanah liat. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian,
upacara kematian dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di
Sarawak.

Tembikar pelbagai saiz

Tenunan
Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli
antara benang loseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang) untuk
dijadikan sehelai kain.Seni tenunan merupakan warisan yang terus mendapat tempat istimewa
dalam kebudayaan Nusantara. 

Proses menenun

Ukiran

67
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Ukiran ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir.
Pahat merupakan alat terpenting untuk seni ukiran kayu. Ukiran kayu dianggap sebagai hasil
kreativiti orang-orang melayu yang unik dan berseni

Ukiran timbul

Batik

Batik merupakan sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan
mencelup kain. Produk ini berasal dari Indonesia dan nama batik terhasil daripada perkataan
bahasa Jawa, iaitu tik yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Kini, perusahaan batik
merupakan kraftangan popular yang masih diusahakan hingga ke hari ini dan telah
berkembang dengan pesatnya hingga menjadi industri kampung yang penting terutamanya di
Terengganu dan Kelantan.

Batik Tulis

5.3 Kraf kanak-kanak

68
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Kraf kertas, permainan dan hiasan diri

Kertas merupakan bahan yang mudah manupulasi kerana ia senang diperolehi, harganya
murah dan boleh didapati dengan percuma seperti kertas surat khabar dan majalah lama.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kertas seperti membuat anyaman
kertas, membuat pinggan dari paper mache iaitu kertas yang telah dihancurkan dan direndam
didalam air dan layang-layang kertas. Alat senjata seperti keris juga boleh dihasilkan
menggunakan kertas dengan teknik origami

Contoh Aktiviti membuat anyaman kertas


Memandangkan bahan semulajadi untuk menghasilkan kraf tradisional sukar diperolehi, guru
boleh mempelbagaikan bahan dan alat untuk mengajar murid asas pengenalan kraf tradisional
agar pengajaran tetap boleh dilaksanakan

Alat dan bahan


Murid boleh menggunakan pelbagai kertas warna, gunting, pembaris dan gum.

Proses
Kertas warna dipotong memanjang, diselitkan selang seli pada potongan kertas warna
melintang sehingga memenuhi kekosongan.

Hiasan diri

69
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Alat hiasan diri juga boleh dihasilkan oleh murid dengan menggunakan pelbagai jenis bahan
seperti manik, butang, siput dan kertas yang dibentuk.

5.1.5 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Penggunaan teknologi maklumat

Peranan guru sangat penting dalam membentuk sosial, sahsiah serta perkembangan kreativiti
murid-murid. Oleh itu idea dan pengajaran guru sangat penting dalam membantu murid
menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai. Penggunaan
teknologi maklumat merupakan cara yang sangat mudah untuk menyerapkan pengetahuan
kepada murid kerana ia memberi satu kelebihan kepada murid untuk melihat secara lebih
visual. Dengan hanya menggunakan persembahan power point, guru dapat menunjukkan
proses penghasilan dengan lebih jelas dan sistematik.Murid juga boleh menggunakan laman
web untuk mencari gambar kraf tradisional atau bahan yang boleh membantu dalam
menghasilkan kraf.

5.1.6 Persembahan hasil salah satu karya

Aktiviti membuat tembikar

Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang boleh dihasilkan oleh murid. Salah satunya
adalah dengan membuat pasu menggunakan tanah liat. Selain dari penggunaan bahan yang
mudah dibentuk, tanah liat tidak merbahaya dan boleh digunakan semua peringkat umur.

Alat dan Bahan

Alat dan bahan yang diperlukan untuk membuat tembikar adalah tanah liat, pinggan, air dan
tali untuk memotong. Jika tidak dapat menggunakan tanah liat, guru boleh mempelbagaikan
bahan lain bagi menggantikan tanah liat seperti paper clay atau plastersin.

Proses

Menghasilkan tembikar boleh menggunakan pelbagai teknik lingkaran seperti dibawah. Murid
hanya perlu membuat lingkaran, membentuk dan menyusun mengikut bentuk pasu yang
dikehendaki.

5.1.7 Mentafsir karya

70
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Membuat tembikar menggunakan teknik lingkaran

Contoh bagaimana membuat Apresiasi karya seni

Karya menunjukkan rekaan pasu yang diperbuat daripada bahan tanah liat. Bahan tanah liat
dibentuk menggunakan teknik lingkaran dan disusun menjadi pasu. Terdapat proses teknik
bulatan yang disusun rapat dalam menghias pasu. Terdapat jalinan yang dihasilkan oleh murid
dengan mencucuk benda tumpul pada permukaannya. Tiada penggunaan warna dalam karya
ini.

Apresiasi karya seni

Pasu yang dihasilkan oleh murid diatas nampak begitu kreatif kerana penggunaan pelbagai
teknik membentuk tanah liat digabungkan. Diantara teknik yang digunakan adalah teknik picit,
lingkaran, gentelan, acuan dan direka mengikut cita rasa mereka sendiri. Pasu telah dibentuk
dengan pelbagai saiz. Penggunaan bahan tumpul dicucuk pada permukaan pasu agar
kelihatan lebih menarik dan dijadikan sebagai ragam hias.

TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN

71
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

i. Bincangkan kefahaman anda tentang definisi kraf tradisional


ii. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat tembikar.
iii. Terangkan proses membuat anyaman.

72

Anda mungkin juga menyukai