Anda di halaman 1dari 9

Layang-layang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti
menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai


barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu
kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat
pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan
menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau
juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya
diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan
ukurannya.

Sejarah wau
Di Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di
Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan
evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari
negara China.

Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian).
Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.

Mitos permainan wau

Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan
yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang
belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau
dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya,
dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita,
lahirlah perkataan "Wau".

Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi
Dewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke
laut. Maka Mak si Dewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa
duduk di kayangan, lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnya
tembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadi
seorang dewa yang dinamakan Awang si Jambul Lebat dan selaput tembuni Dewa Muda
itulah dijadikan “rangka” Wau untuk Dewa Muda.

Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk
dijadikan bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda
dijadikan tangan dan badan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila
Wau ini dinaikkan, maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari
bunyi busur itulah wujudnya nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang tidak
ada busur atau busurnya tidak berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam dipanggil
"layang-layang".

Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada satu hari, seorang
petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan seorang anak
perempuan yang cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap hari membawakan
minuman dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi,
yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati isteri. Anak perempuan itu dipukul
oleh si isteri lantas melarikan diri dari rumah petani tersebut menghala angina barat.

Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang
penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi.
Untuk memohon maaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan
sekarang ini dan dinaikkan setelah menuai.

Mengikut asal usul yang lain, Wau Bulan lahir sebagai lambang penyatuan kembali
Empayar Srivijaya oleh Dewa Muda. Setelah kemangkatan pembina Empayar Srivijaya
iaitu Sri Maharaja Sri Jayanaga, maka empayar yang meliputi seluruh Asia Tenggara ini
mulai berpecah diperintah secara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu Medang
Bhumi.

Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang
bernama Jaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai gelaran, antaranya Sabjaya atau
Sanjaya Putera, Inu Dewa, Seri Panji, Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapati
atau Raden Asmarajaya dan Hyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam cerita-cerita
tradisi sebagai Dewa Muda. Dewa Muda telah mengadakan beberapa serangan untuk
menyatukan kembali Empayar Srivijaya.
Sebelum Dewa Muda mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila selesai,
dia pulang dari gua tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau ‘lembaga’ wau
bulan yang baginya merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar
Srivijaya atau Asia Tenggara itu.Dewa Muda menakluk kembali empayar yang agung itu
kira-kira pada tahun 713 hingga 779 Masihi. Setelah mendapat kemenangan, Wau Bulan
yang menjadi lambang Empayar Srivijaya dikenali sebagai ‘Sejagat Tanah Jawa’.

Kepala dan tengkuk wau bulan yang berbentuk garuda itu melambangkan raja segala
burung yang sebenarnya seorang wali. Namanya ialah Riah, dalam Bahasa Arab disebut
‘Nabi Mahlail Alaihissalam’ antara 313 rasul dan dalam Bible, beliau disebut dengan
nama ‘Mahalelselt’. Dalam cerita-cerita tradisi dia digelar ‘Burung Petala Indera’. Jadi,
kepala Wau Bulan ini melambangkan roh dan semangat Empayar Srivijaya, dan memberi
erti asas kebudayaan dan asas peradaban dalam empayar ini.

Dikisahkan bahawa busur wau ini memiliki dua belas bahasa, dua belas ragam yang
melambangkan negeri atau daerah yang disatukan kembali dengan negara pusat Empayar
Srivijaya. Dua belas negeri tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting, Kemboja-Laos-
Thailand Tengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur menganjur ke
Kepulauan Andaman, Pulau Irian dan Pulau Sulawesi. Sementara dua belas ragam bererti
dua belas suku terdapat di dua belas daerah/negeri tersebut tadi.

Bulatan bulan pada Wau Bulan melambangkan negeri-negeri daratan yang dinamakan
Nusarantang-kawasan yang bersambung. Bintang yang terletak di antara bulatan bulan
sabit penuh dilambangkan sebagai ‘negara pusat’ atau ‘kawasan pusat pemerimtahan’
yang dinamakan ‘Nusa Kencana-Kawasan Emas dan bulan sabit penuh yang menjadi
bahagian bawah wau ini dilambangkan dengan negeri-negeri kepulauan yang dinamakan
Nusantara-Kawasan yang dirantai oleh laut-laut.

Wau Bulan ini memiliki tiga teraju yang melambangkan tiga bahagian empayar Srivijaya
dan tiga teraju ini diikat oleh satu tali, yang melambangkan Empayar Srivijaya ini
diperintah oleh satu pentadbiran pusat.

Dalam asal usul yang lain pula, wau dinyatakan berasal dari Kembayat Negara di zaman
Siti Zubaidah dan wau ini bernama Wau Lenggang Kembayat. Wau inilah yang dinaikkan
oleh Pembina Empayar Srivijaya iaitu Dewa Muda. Bentuknya tidaklah seperti Wau
Bulan seperti yang dinyatakan dalam asal usul di atas. Wau Lenggang Kembayat ini
bentukya seperti Wau Ikan yang wujudnya sekarang ini.

Banyak lagi terdapat asal usul wau, tetapi hampir semuanya menyerupai asal usul yang
telah dicatat.
Jenis-jenis Wau
 Wau Bulan.
 Wau Burung
 Wau Pari
 Wau Katak
 Wau Bayan
 Wau Merak
 Wau Kucing
 Wau Jala Budi
 Wau Lenggang Kebayan
 Wau Sewah
 Wau Barat
 Wau Dodo Helang
 Wau Kebayak
 Wau Puyuh
 Wau Seri Negeri
 Wau Kangkang
 Wau Kikik
 Wau Payung
 Wau Seri Bulan

Menghasilkan wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh
untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka
wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang
wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang
mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang
telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau
mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti
alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah
bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Perincian wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala
wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Teknik pembuatan wau tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit
rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk
menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh
terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan pantang larang pemilihan buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang
Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu
tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka
wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada
dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat
ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.


2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu
jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti
ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan
berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar
tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan
mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan.
Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter
untuk memudahkan ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok
pula dengan kertas pasir.

Membuat bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping
untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah
kepingan buluh.

Rangka bingkai wau kemudian akan diikat:

1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3


bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian
tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap.
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya
kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di
tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu
bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Langkah terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh
daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada
wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih
kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah:

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.


2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, melukis dan menyobek corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat:

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak
asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan
kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap
tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup
kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.

Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas
yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan
dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau
hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Memasang jambul atau rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Jambu biasanya diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu.

Memasang belalai

Belalai menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.

Memasang busur

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri
daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian
bunyi yang dikehendaki.
3. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua
sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
4. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala
wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan
benang nilon.

Cara bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang
wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup
maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah
cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta,
ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan
dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang
masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai