Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Sastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang sastera akan dirasai
apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan tokoh-tokoh sastera
ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda masa kini terutama yang
melibat pelajar ipt sekarang kurang meminati bidang sastera. Namun, semua ini
bukanlah satu penghalang kepada kumpulan kami untuk menyelami bidang sastera
seterusnya menyiapkan tugasan ringkas yang telah diberikan kepada kami. Setelah
diundi, kami telah bernasib baik kerana dihadiahkan tajuk pendekatan memahami
teks melalui kaedah global. Jadi, pada bahagian seterusnya kami akan menghuraikan
serba sedikit perihal kaedah global beserta contoh-contoh yang bersesuai.



Konsep Pendekatan
Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh Kamus
Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk situasi-
situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul dan
berbagai-bagai lagi.

Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks pendidikan.
Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara mendekati sesuatu atau
perihal mendekati. Bagi lebih memahami, ita lihat contohterdekat dengan kita iaitu
objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif pembelajaran, seseorang guru perlu
menggunakan beberapa pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan
muridnya. Menurut Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu
dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini
diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk
pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Definisi Kaedah Global
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama.
Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid
kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-
kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-

aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan
perasaan.
aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.
aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya
aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
lakonan berasaskan gambar
lakonan berasaskan skrip
lakonan guna topeng
lakonan guna cerita berlagu

Nota BMM3116 : PENDEKATAN PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS



Pendekatan pemahaman yang digunakan dalam teks terdiri daripada empat bahagian iaitu kaedah
struktural, kaedah mengalami menghayati, kaedah berfokus dan kaedah global. Pendekatan struktural
sering digunakan oleh guru dalam bilik darjah.







Kaedah Struktural


Kaedah struktural merupakan kaedah yang paling klasik dan sering digunakan dalam pengajaran
kesusasteraan Melayu sejak beberapa dekat yang lalu. Menurut Mahzan Arshad (2008), kaedah
struktural ini melibatkan kritikan teks kerana melihat karya yang dihasilkan daripada dari dua aspek
utama iaitu bentuk atau format bahan tersebut di samping kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh
oleh penulis dalam karyanya. Oleh itu, berdasarkan pendekatan struktural ini, amalan pengajaran dan
pembelajaran bahan sastera lebih tertumpu kepada aspek terminologi dan elemen-elemen struktur
yang membina bahan tersebut.

Selain itu, kaedah struktural berasal daripada linguistik yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure.
Pandangan beliau telah ditransformasikan dalam bidang kesusasteraaan oleh tokoh-tokoh selepasnya.
Kaedah ini juga menyatakan bahawa pengkritik harus berusaha untuk mencari makna teks berdasarkan
struktur teks itu sendiri. Pengkritik perlu mengkaji setiap aspek yang terdapat dalam karya dan unsure
yang membentuk karya tersebut mestilah diselidiki dan dianalisis.

Kelemahan utama kaedah ini, ialah corak pengajarannya terlalu menekankan aspek analisis struktural
yang boleh menimbulkan rasa bosan dalam kalangan murid terhadap bahan sustera tersebut kerana
pengajaran sebegini akan menimbulkan kekeliruan kepada murid untuk memahami unsure teknikal
pembinaan bahan da istilah yang sukar difahami. Pendekatan struktural ini walaupun berkesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat dilaksanakan secara teratur namun kaedah ini
mengabaikan aspek teks yang indah dan tersirat.


Kaedah Mengalami Menghayati


Kaedah mengalami dan menghayati ini muncul apabila kaedah struktural dikatakan tidak sesuai dengan
sifat semula jadi sesebuah karya sastera. Karya sastera yang dihasil merupakan karya seni yang indah,
bersifat naratif dan mengandungi emosi kerana dibina melalui pemilihan kata yang dapat
mengambarkan maksudnya.

Semasa kaedah ini digunakan, guru bukan lagi menjadi pemberi makna yang mutlak tetapi perlu
berfungsi sebagai fasilitator yang memandu interaksi murid dengan dengan bahan sastera yang dibaca
serta membantu murid mengupas maksud melalui kajian bahan tersebut. Kaedah mengalami dan
menghayati turut menekankan pengalaman murid dan bagaimana murid dapat menghayati pengalaman
penulis melalui teks yang dibaca. Keupayaan memahami maksud puisi sebelum mengkaji secara secara
terperinci memudahkan pemahaman murid.

Bahan sastera, khususnya sajak dianggap sebagai subjek yang rumit, sukar difahami dan
membingungkan. Malah kesusteraan juga sudah mula diberi tanggapan negatif. Subjek ini dianggap
sebagai subjek yang ketinggalan zaman dan tidak mengikut peredaran semasa yang lebih
mengutamakan penekanan terhadap perkembangan komunikasi dan teknologi. Menurut Othman Putih
(1996), apabila seorang guru menggunakan kaedah Mengalami Menghayati, maka guru tersebut perlu
membuat kerja lebih daripada sepatutnya. Dia perlu mencari petikan, memperdengarkan rakaman atau
tayangan yang membolehkan petikan yang baca lebih dekat dengan jiwa mereka.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru semasa menggunakan kaedah mengalami dan memahami
ialah guru perlu meminta murid membaca karya sastera terlebih dahulu. Setelah itu, aspek yang paling
berkesan akan dipilih dan diaktifkan dalam aktiviti yang akan dijalankan. Melalui kaedah ini, murid akan
merasai dan menikmati karya sajak tersebut melalui deklamasi manakala perwatakan watak yang
difahami akan dilakonkan melalui drama atau improvisasi.


Kaedah Berfokus


Kaedah berfokus telah diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum
pada tahun 1984 (Mahzan Arshad, 2008). Pendekatan struktural menjadi dasar pengenalan terhadap
kaedah berfokus yang menekankan aspek struktur dalam karya sastera. Kaedah berfokus mampu
membantu guru untuk melakukan pengajaran dalam bilik darjah berbanding kaedah struktural yang
perlu mengkaji terlalu banyak struktur karya sastera. Kedah berfokus ini memberikan tumpuan terhadap
satu struktur tertentu dalam karya serta satu struktur sampingan yang diajarkan dalam sesi pengajaran.
Contohnya, pada satu sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru hanya mengajarkan watak
serta latar sahaja. Guru akan menerangkan dengan terperinci mengenai watak yang terdapat dalam
bahan sustera tersebut dan menerangkan latar sebagai penerangan sampingan sahaja.


Kaedah Global


Kaedah global merupakan kaedah yang mudah dan sesuai digunakan oleh murid. Hal ini kerana, apa
yang ingin disampaikan melalui kaedah ini meliputi kepandaian dan kesesuaian yang menyamai tatacara
hidup kanak-kanak seperti yang biasa dilihat dalam permainan mereka (Ishak Ramly, 2003). Kebiasaanya
kaedah ini dilaksanakan secara bebas. Kaedah ini sering digunakan dalam drama menggunakan teknik
simulasi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan kaedah global ini ialah aktiviti yang
berbentuk lakonan seperti aktiviti mimic muka yang tidak menggunakan suara dan sebagainya.

Pendekatan Pemahaman Teks


Kaedah Struktural

Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk menganalisis karya naratif dengan meneliti
struktur dalaman teks
Strukturalisme berasal daripada linguistik Ferdinad de Saussure yang mengetengahkan cara berfikir
tentang dunia melalui persepsi dan deskripsi berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk melihat
sistem tanda.
Pandangan tersebut telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan oleh tokoh-tokoh
selepasnya
Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa memainkan peranan penting dalam pencarian makna
Makna itu pula bukanlah sesuatu yang mudah dicari memandangkan makna itu sendiri suatu konsep
yang abstrak.
Suatu makna adalah sebagai fungsi sistem bahasa, sistem itu pula membentuk struktur sastera dan
seterusnya mempunyai hubungan dengan sistem kehidupan
Strukturalisme menyatakan pengkritik haruslah berusaha untuk mencari makna teks berdasarkan
struktur teks itu sendiri. Menurut pendekatan ini, dalam sesebuah itu terkandung makna sebenar dan
pengkritik bertanggungjawab menyorot dan menggeledah struktur teks tersebut
Teori ini melihat pembentukan kesatuan teks dalam erti kata teks sastera sebagai jalinan struktur yang
kompleks
Segala unsur yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan dianalisis dan dengan berbuat demikian
makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan. Teori ini menekankan elemen yang menjadi pengawal
sesebuah teks. Pengawal sesebuah teks itu ialah segala unsur yang menjalin teks yang terdiri daripada
keseluruhan, transformasi, regulasi diri, sinkronik dan desentralisasi
Menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada apa yang dihasilkan
Menghuraikan aspek ekstrinsiknya
Melihat mutu pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan karya tersebut
Pertama, Karya sastera sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri ibarat
sebuah rumah.
Melihat komponen tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan
Memberi perhatian yang utama terhadap aspek-aspek dan unsur-unsur membina sesebuah karya iaitu
aspek teknik karya
Menurut C.T.Winchester, 1960, kekuatan karya terletak pada teknik dan kemahiran pengarang bercerita
atau berkarya

KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

Pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauhmana pelajar dapat menghayati
pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.
Keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi karya yang dikaji Kebolehan memahami dahulu isi cerita
atau maksud puisi sebelum mengkaji secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya
Keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yang tertentu dalam sesebuah karya
sastera.
a.Guru suruh murid baca dulu karya sastera
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.Perwatakan watak
difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi.Karya sastera seperti pantun
pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau karya gurindam dinyanyikan mengikut irama-
irama tertentu seperti joget, zapin, dangdut dan yang bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.

Anda mungkin juga menyukai