Anda di halaman 1dari 4

Intervensi 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)



Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Genius
Bilangan murid : 36 orang
Tema : Patriotisme
Tajuk : Jalur Gemilang
Masa : 60 minit

Fokus utama : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada
yang sesuai.

Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
dengan menggunakan bahasa yang sesuai.


Fokus sampingan: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i) Berbual tentang tajuk dengan menggunakan pelbagai ayat yang betul dan bahasa yang sesuai dalam situasi formal
secara bertatasusila (Kognitif).

ii) Membaca dengan sebutan yang jelas,intonasi dan tanda baca yang betul
(Kognitif).

iii) Menyanyikan lagu dan menggayakannya mengikut irama dan gerakan tangan (Psikomotor)

iv) Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar (Afektif)


Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kemahiran Bernilai Tambah : Kontekstual, interpersonal, visual ruang.

Nilai : Semangat patriotik, keyakinan, menghormati, kerjasama.

Sistem bahasa : Kata nama am.

Pengetahuan sedia ada: Murid selalu menyanyikan lagu kebangsaan dan menaikkan Jalur
Gemilang semasa perhimpunan mingguan sekolah.

Media : Radio, kostum bendera Malaysia, gambar bendera, pita rakaman
dialog dan carta petikan.


FASA
ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN
KURIKULUM
GURU PELAJAR

Fasa
persediaan

(5 minit)


Gambar bendera
Malaysia
(mencungkil idea)


Media:
Radio, kostum
bendera Malaysia,
gambar bendera

Guru memaparkan gambar
bendera Malaysia dan
kostum bendera Malaysia.

Guru menyoal murid-
murid tentang warna-
warna yang terdapat pada
bendera Malaysia.


Guru meminta
murid menyanyikan lagu
Jalur Gemilang.

Murid meneliti gambar
bendera Malaysia dan
kostum bendera Malaysia.

Murid berbual secara
bertatasusila dengan guru
dan rakan-rakan tentang
warna- warna yang
terdapat pada bendera
Malaysia.

Murid menyanyikan lagu
Jalur Gemilang.



EMK :
Kreativiti dan
inovasi
(Fasa
Persediaan )

Strategi dan
Teknik :
Penyoalan
seluruh kelas

Nilai:
Patriotisme
Menghormati

Langkah 1

(15 minit)


Aktiviti dalam
kumpulan

Media :
Pita rakaman
dialog

Guru membahagikan
murid kepada empat
kumpulan.

Guru
memperdengarkan dialog
melalui rakaman suara dan
meminta murid
mencatatkan isi-isi
penting.

Murid-murid yang berada
dalam kumpulan
diperdengarkan dialog
melalui rakaman suara dan
diminta mencatatkan isi-isi
penting.

Murid dalam kumpulan
diminta berbincang secara
bertatasusila tentang isi-isi
yang telah dicatatkan.

Wakil kumpulan
menyatakan hasil
perbincangan berkaitan isi-
isi penting yang telah
dicatat.




Strategi :
Pemusatan
murid dan
bahan
pengajaran.

Kaedah dan
Teknik :
Aktiviti
inkuiri dalam
kumpulan.

KBT :
KB : Hubung
kait
TKP : Audio
visual

Langkah 2

(10 minit)


Kemahiran
membaca

Guru mengedarkan petikan
dialog kepada murid-murid




Murid dalam kumpulan
dan diberikan satu petikan
dialog untuk dibaca.

Murid secara bergilir-gilir
membaca
petikan dengan sebutan
yang betul dan intonasi
yang jelas manakala murid
lain mendengar dengan

Strategi :
Pemusatan
murid.

Nilai :
Bekerjasama
teliti.


Langkah 3

(10 minit)


Kemahiran
tatabahasa.

Guru
mengedarkan lembaran
kerja kepada semua murid.



Murid menyalin semula
ayat dengan
menggunakan tanda baca
yang betul.

Murid membaca semula
ayat yang lengkap
mengandungi tanda baca
yang tepat dengan sebutan
dan intonasi yang betul.



KBT :
TKP:
Interpersonal

Nilai :
Kerjasama

Langkah 4

(10 minit)


Menyatakan
maklumat

Guru meminta murid
menjawab soalan
pemahaman berdasarkan
petikan dialog yang telah
diperdengarkan
sebelumnya.


Murid menjawab soalan
pemahaman
berdasarkan petikan dialog
yang telah diperdengarkan
sebelumnya.

Murid membaca jawapan
yang telah
dibina untuk dinilai oleh
rakan.


Strategi :
Pemusatan
murid dan
bahan
pengajaran.

KBT :
KB : Menjana
idea

Nilai :
Rasional

Pemulihan


Pemulihan

Guru membimbing murid-
murid mengeja perkataan.

Murid berbual tentang
warna-warna pada Jalur
Gemilang.

Murid mengeja dan
melengkapkan suku kata
bagi warna-warna yang
diberi.



KBT :
KB : Menjana
idea
TKP : Visual
ruang

Pengayaan

(7 minit)

Pengayaan.

Guru meminta murid
berbincang dengan
pasangan masing-masing
dan menomborkan
pernyataan mengikut
urutan berdasarkan isi-isi
petikan dialog yang
dibaca.

Murid bertutur dengan
rakan tentang lambang-
lambang yang terdapat
pada Jalur Gemilang.

Murid menomborkan
pernyataan mengikut
urutan berdasarkan isi-
isi petikan dialog yang
dibaca.


KBT :

KB : Menjana
idea
TKP : Visual
ruang

Strategi :
Pemusatan

Penutup

(3 minit)

Pita rakaman Guru meminta
murid menyanyikan lagu
Jalur Gemilang dengan
pergerakan tangan.
Murid menyanyikan lagu
Jalur Gemilang

murid.

Nilai :
Patriotisme

Anda mungkin juga menyukai